Pengskodeng terhebat

Great deal yawww

Tuesday, July 12, 2011

Ayah Kau Pesan...

Semalam aku jumpa ayah kau
Dia ingat lagi kat kau tapi kau ingat ke kat dia 
Dia nampak macam risau je... 
Aku tanya kenapa nampak macam risau je??
Dia jawab "Pak Cik teringin nak jumpa anak pak cik"..
Dia cakap kalau dia tak sempat nak jumpa dengan kau
Dia ada tingalkan pesan..

AYAH KAU PESAN..
Jangan kau lupa pada Tuhan
Takut nanti Tuhan pula lupa pada kau.

AYAH KAU PESAN..
Bila berkawan jangan berperang
Takut nanti kalau sakit, takde kawan yang hendak datang.

AYAH KAU PESAN..
Kalau kau sesat, janganlah malu hendak bertanya orang
Supaya kau boleh nampak jalan pulang.

AYAH KAU PESAN..
Bila dah senang nanti, jangan kau lupa pada ibu bapa
Takut nanti kau jadi macam TANGGANG anak DERHAKA!!

AYAH KAU PESAN..
Jangan lupa segala pesan
Sebab tak ada apa yang dia hendak bekal
Kerana dia sudah pergiI ke BATU NESAN!!!

Sayangi dan hormatilah bapa,ayah,abah,abi,babah,daddy,dad dan segala apa yang anda panggil seorang insan yang bergelar bapa dan suami sementara mereka masih hidup.

Sunday, July 10, 2011

tak payah kerja dengan kerajaan kalau kau rasa nak berpolitik......

aku terbaca benda ni tadi...pas tu tetibe terfikir....kalo kerja ngan gomen memang xleh berpolitik ea???????
kalau kerja ngan gomen tak boleh pilih sape yang kite suke ke???? kalau sokong pembangkang disuruh berhenti kerja......pe kate kalo pembangkang yg tadbir kerajaan..adkah yg sokong bn kene berhenti keje?????? tak faham lak aku dengan term2 ni...

aku rasa kita berhak pilih mane yg kite suke kot...kerja gomen pun terdiri dari rakyat jugak...kalau pembangkang tak betul xkan kite nak pilih pembangkang ye tak...begitu jugak la sebaliknye....ke salah care aku ni?? ntah la..pening aku ngan politik2.....

itu saje ulasan saya untuk status facebook pada hari ini.....pendapat korang lak cane????

Saturday, July 9, 2011

30 Jalan Utama Di Kuala Lumpur Ditutup

30 Jalan Utama Di Kuala LUmpur Ditutup

Kuala Lumpur – Polis akan menutup hampir 30 jalan utama di ibu negara esok menjelang tiga perhimpunan yang akan dianjurkan Bersih 2.0, Perkasa dan Pemuda UMNO.
Penutupan itu dilakukan selepas polis menerima laporan terdapat beberapa kumpulan merancang berkumpul di lokasi panas.
Berikutan itu, Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh ketika memaklumkannya meminta orang ramai menjauhi diri dari Kuala Lumpur,  jika tiada sebarang urusan.
Namun,  mereka yang menetap dan bekerja di kawasan berkenaan akan dibenarkan melaluinya.
30 kawasan yang akan ditutup kepada trafik pada Sabtu ialah, Jalan Syed Putra,  Jalan Istana, Jalan Bukit Petaling, Jalan Bellamy dan kawasan sekitar Istana Negara.
Selain itu, Jalan Sultan Hishammuddin, Jalan Lembah Perdana, Jalan Chenderasari dan kawasan sekitar Masjid Negara, sekitar Dataran Merdeka, Pasar Seni, Masjid Jamek, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Kompleks Sogo, Maju Junction, Masjid Kampung Baru juga ditutup.
Turut terlibat dalam penutupan itu ialah Jalan Kinabalu, Jalan Kuching, Jalan Sultan Ismail, Jalan Raja Laut, Jalan Sri Amar, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Haji Taib, Jalan Raja Muda Musa, Jalan Raja Bot, Jalan Raja Abdullah, Jalan Dang Wangi, Jalan Munshi Abdullah, Jalan Gereja, Jalan Raja Chulan, Jalan Tun Perak, Jalan Tun Tan Cheng Loke, Jalan Sultan Mahmud dan semua kawasan berhampiran. – mynewshub.my
pstt** seme jalan penting der........hawau tol

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath Anniversary tickers