Pengskodeng terhebat

Great deal yawww

Showing posts with label zalora. Show all posts
Showing posts with label zalora. Show all posts

Monday, May 5, 2014

Shopping Jam dekat Zalora


Hari tu dapat baucer dari Zalora, alang-alang dah ada baucer boleh la menyoping lebih sikit kan...
mula-mula aku usha dress-dress untuk aku.... pencarian dress tu makan masa lebih seminggu jugak la...
sebab banyak sangat yang berkenan...nak beli semua pulak bukan ada duit sangat aku ni, banyak lagi benda lain nak kena beli... oleh itu beli la satu-satu..untuk aku satu, untuk Encik Suami satu...cenggitu kaedah pembahagian hartanya.....
tapi last-last decide nak belikan Jam tangan untuk Encik Suami sebab jam lama dia dah rosak (sebenarnya tak de bateri)
aku tak faham konsep yang dia guna, habis bateri bukan reti nak tukar bateri tu.... 
2 3 hari jugak la aku usha website Zalora nak pilih jam
asal berkenan je harga 800...berkenan aje harga 1k
amboihhhhh.... tak mampu la teman
banyak lagi jam yang murah2 dan cantik sebenarnya, tapi mata berkenan tengok yang mahal T__T
last2 berkenan dengan satu jam ni.. Harga pun masih dalam bajet aku
terus beli....
ni first time aku beli dengan Zalora ni, pengalaman aku puas hati sangat2 la dengan perkhidmatan dia
aku beli 29 April baru ni, Esoknya dah sampai jam aku..
hoihhhh..ingat dalam 2 3 hari baru sampai..
 
dalam parcel tu ada siap2 plastik pos laju dengan return Slip dengan borang pos laju..
kiranya kalau korang tak puas hati dengan barang yang die bagi tu , kita boleh pulangkan la..
kot la rosak ke ape ke...


*Dulu2 takut jugak nak guna servis dari zalora ni...sebab baca banyak review tak best... tapi bila dah try ok aje ... laju lagi...semalam beli hari ni dah sampai... mungkin la bad review tu masa awal2 dulu kot...sekarang dah ada peningkatan..

kalau ikut review dari aku 9/10 la untuk servis zalora
servis cepat, 
barang dalam keadaan baik
ada polisi pemulangan barang kalau kita tak puas hati




Tuesday, April 1, 2014

Peplum Madness


perasaan tak trend sekarang ni, banyak yang mengambil inspirasi dari dulu-dulu punya trend????? lepas tu di modenkan dan wallahhh hasilnya memang cantik.
hari ni nak cakap pasal trend baju peplum...
aku rasa kebanyakan dari korang mesti dah ada sekurang-kurangnya 1 atau 2 helai baju peplum dalam almari korang kan???lagi satu kenapa orang suka sangat dengan peplum ni, aku rasa sebab senang nak mix & match dengan segala benda yang ada dalam almari tu kan. satu top pun dah boleh pakai 2 3 style betul tak?? dengan seluar cantik, dengan legging cantik, dengan skirt pun sesuai.

aku suka tengok orang pakai peplum sebab apa automatik akan nampak diorang langsing, nak-nak kalau yang jenis tinggi lampai tu,



kalau yang jenis ketinggian yang rendang-rendang pun boleh pakai, tapi kena pandai pilih jenisnye la pulak kan???badan berisi pun boleh pakai jugak apa...peplum kan ada macam-macam jenis, korang nak yang seksi meksi, yang simple, bertudung pun boleh pakai peplum, baju kurung pun orang dah buat ala-ala peplum sekarang.. 

tapiiiiii kena hati-hati kalau nak beli peplum ni, sebab kadang-kadang korang nak bergaya macam orang lain , tapi kedekut sikit nak keluar duit, so korang rembat peplum dekat pasar malam, harus ingat ye peplum pasar malam memang murah, tapi kualiti kain dia memang tak berapa elok, kebanyakan kalau beli kat pasar malam diorang akan guna kain lycra , lycra korang paham2 je la..memang jenis melekat kat badan. kalau jenis badan kita tak berape nak ada shape tu, memang nampak tak kemas sangat kalau pakai kan?????

untuk raya ni boleh la korang grab peplum lagi kan???? Baju peplum korang boleh dibeli secara atas talian di Zalora Malaysia. yela nak bergaya macam artis-artis tapi nak kain yang berkualiti aku suggest beli dekat zalora la. Zalora aku tengok ada banyak koleksi peplum tops, baju kurung peplum pun banyak, dari designer terkenal lagi, dengan harga yang affordable . Selain daripada itu ada juga pelbagai jenis women tops lain seperti sleeveless tops, long sleeves tops dan macam-macam lagi. bagi yang berminat nak bergaya dengan peplum tu boleh terus klik online shopping ,shopping la puas-puas dengan Zalora!








dan yang paling aku minat sekali















Thursday, November 14, 2013

MUSIM KAHWIN - KAHWIN DATANG LAGI

Standard rakyat Malaysia la kan , cuti sekolah aje kahwin, kahwin aje cuti sekolah
Nak pulak bulan 12 ni, musim hujan pulak kan... rawwwrrrrrr
Dah terbau-bau nasi minyak ni...
Jemputan dah ada la dua, tiga, jemputan yang dah comfirm, kad je yang belum sampai....
Kalau ada rezeki , ada la muka aku jadi penyeri kat majlis korang
Baju pengantin flowy manje-manje aje, kau tengok aku datang nanti pakai kain flowy aku.... terbang semua Rumput kering atas jalan...hahahha
Tapi kalau dah tak dapat nak datang nak buat macam mana kan,
Lepas kahwin ni aku cuma sempat pergi 2 atau 3 majlis kahwin kawan aku
yang lain semua tak dapat datang T__ T tapi ketahui lah bahawasanya doa aku tetap bersama korang....

Last kenduri kahwin aku pergi kenduri dak eny

hye eny....sia-sia aku pakai kain flowy hari tu tau bergambar nampak kepala je..

tengok gambar ni teringat pulak, 
memang semua jenis event aku pakai baju ni...
kenduri kahwin, 
kenduri doa selamat, 
kenduri tunang, 
time raye pun baju ni.... T____T *nanges*
Kahwin  sepupu, baju yang sama


time raya....

korang tak payah nak sengih sangat yeeee....lempang kang
dah ini aje baju yang paling glamour aku rasa.... T_____T

timbul kesedaran untuk beli baju baru..........
takkan asyik nak pakai baju sama aje kan….

aku dah usha 2 3 helai baju...tapi tak tahu mana nak pilih..semua shantek shantekkkkkk shantekkkkkkkkkkkkk

*kalau aku kaya aku borong semua, bil-bil jiran tetangga aku belanja selamba*lagu awie rafael


antara baju-baju yang TER bekenan

cun tak???? harga pun affordable
RM 190.00 
dari rizalman kauuuuuuu

yang ni gilaaaaaaa punya cantik
tapi tengok harga terus telan air liur....
RM 480.00
tapi cantiknye kat bahu tu....
nangessss


kurung pesak tahrina
simple but nice
RM 85.00



maimunah kurung pahang 
RM 500.00
aku minat gila-gila dengan baju 
tapi mahal sangat, tapi minat
macam cantik je, macam comel je, macam nak aje
maimunah ooo  maimunah T__T * nanges lagi tunggu diskaun 70% 


Hatta Lady Brocade Paisley
RM 177
cantikkkkkkkkkkkk
dah terbayang-bayang dalam kepala, nanti bila orang tegur 
'cantik baju beli kat mana?'

"alaaaaa....biasa-biasa je, hatta dolmat je" sambil libas shawl


nur qamarina peplum
rm 135.00
pun cantikkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk
murah pulak tu

cantik kan korang semua...
pendapat aku baju under RM 150.00 dah kire murah gile la tu...
ingat lagi aku beli baju raya dekat Jalan Tar RM170.00
menangis aku tengok manik-manik and labuci dia jahit
siap ada akak office tanya , jahit sendiri ke manik ni...
boleh bayangkan macam mana kerja tangan diorang???
nampak tak betapa sakit hatinye aku??

baju-baju ni semua aku tengok dalam Zalora
Zalora Malaysia la, jangan pulak korang tengok website Zalora Negara lain pulak ..
menangis kau tengok baju cantik-cantik
dulu aku takut sikit nak membeli online ni
tapi baru-baru ni akak office aku borong t-shirt untuk husband dia dari Zalora
kejap aje dah sampai
aku rasa ambil masa sehari dua je tak salah
siap dapat kupon tengok wayang lagi bersama kupon-kupon lain
so aku yakin sikitlah nak membeli, walaupun banyak dengar komen yang negative, tapi  pada aku , kita kena tengok sendiri baru tau kan, nak percaya bulat2 pun payah jugak. Yela mungkin nasib korang tak baik, mungkin ada beberapa masalah barang lambat sampai.
Okey la abaikan hal tersebut.

korang rasa yang mana satu yang cantik???
yang harga RM200 ke bawah je la ye...
yang lain Kak Ton tak mampu T__T

ehh...korang pun nak cari baju nak pergi kenduri????? hahaha meh le kita shopping ...pada yang tak tahu ni  dibawah ni link Zalora..


jumpa lagi nanti.....







LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath Anniversary tickers