
Pengskodeng terhebat
Great deal yawww
Showing posts with label solid food. Show all posts
Showing posts with label solid food. Show all posts
Monday, July 6, 2015
Wednesday, June 3, 2015
Resepi Makanan bayi- Campuran Jagung Manis, Ubi Kentang dan Ayam

(Hidangan untuk 2 orang)
Bahan-Bahan
- 60 g (¼ cawan) dada ayam, dimasak, dibuang tulang dan kulit.
- 90 g (1 biji) ubi kentang, dikupas dan dipotong dadu
- 20 g (2 sudu makan) lobak merah, dipotong dadu
- 30 g (2 sudu makan) jagung manis
- 125 ml (½ cawan) stok ayam
- 30 ml (2 sudu makan) susu ibu
- 10 g (1 sudu makan) bawang besar, dicincang
Cara memasak
- Rebus bawang besar dengan stok ayam di dalam periuk.
- Masukkan ubi kentang. Tutup dan renehkan selama 15 minit sahingga ubi kentang menjadi lembut.
- Masukkan jagung dan masak lagi selama 2-3 minit.
- Akhirnya masukkan ayam dan rebus sehingga masak.
- Kisar campuran sehingga menjadi kasar.
- Masukkan susu ibu dan hidang.
Cadangan
- Anda boleh melenyek dengan belakang sudu semasa memberi anak anda makan.
- Hidang bersama nasi lembik.
Selamat mencuba!
pstt* resepi ni semua saya telah savekan lameee dulu..so tak dapat nak bagi kredit dekat orang yang postkan pasal ni..saya tak ingat ambil di blog..majalah..website..fb..ntah la...mintak halal
Thursday, March 5, 2015
Wednesday, March 4, 2015
Tuesday, March 3, 2015
Monday, March 2, 2015
Thursday, February 26, 2015
Wednesday, February 25, 2015
Tip-tip Untuk Mengelak Bayi Anda Daripada Tercekik

• Sayur seperti lobak merah, batang saderi dan kacang buncis boleh dicincang atau dimasak sehingga lembut.
• Potong buah-buahan seperti anggur sekecil saiz kacang sebelum dihidang.
• Potong kecil atau cincang daging dan keju.
• Buang semua tulang pada isi ikan.
• Elak daripada memberi bayi anda:
✗✗ Makanan kecil dan keras seperti gula-gula dan kacang
✗✗ Makanan lembut dan lekit seperti jeli atau mentega kacang.
Resepi Bayi : 6 - 8 Bulan - Keledek Lecek

Hidangan untuk 4 orang
Ramuan:
• 1 biji ubi keledek kecil
• 2 sudu besar susu
• ¼ sudu kecil minyak zaitun
Kaedah:
1. Kupas ubi keledek dan dipotong dadu.
2. Kukus ketulan keledek selama 15 minit atau sehingga lembut.
3. Puri ketulan sehingga menjadi pes yang sebati dan pekat.
4. Tuangkan ke dalam mangkuk dan masukkan susu dan minyak zaitun sebelum dihidangkan.
X Files:
resepi bayi 6 bulan,
resepi makanan bayi,
solid food
Monday, February 16, 2015
Cara membuat stok (air rebusan)

A. Vegetable Stock / Stok Sayuran
Kaedah ini menghasilkan 800 hingga 900 ml stok. Anda boleh menyimpannya selama seminggu di dalam peti sejuk atau sebulan di dalam pembeku.
• Baki sayuran boleh dikisar dan ditambah ke dalam makanan bayi anda.
X Files:
baby food,
resepi bayi 6 bulan,
resepi makanan bayi,
solid food
Wednesday, February 11, 2015
FIRST SOLID FOOD SOPHEA

puree epal
masam
sophea tak suka mula2 tapi habis
makan puree ni sophea macam xmembuang
so aku stop
lepas tu aku beli pisang blend dan tapis bagi kat sophea
selera dia makan....
cerelac ni aku beli masa balik jb umah mak mertua sebab xde buah untuk aku buat puree
nasib baik sophea tak suka sangat benda alah ni..
aku beli brown rice cereal ni kat cosway ..simpan untuk time jalan2 ..
kadang2 aku buat puree mangga
puree mangga anak aku paling suka
skang aku dah start buat bubur nasi bagi die nanti aku update lain ye resepi2 die
skang alhamdulillah aku dah masak sndiri untuk anak aku...
makanan2 mcm ni aku dah tak bagi dah...
skang masih dalam fasa try n error
hari tu buat bubur + brokoli+ ikan bilis anak aku xnak makan...
sempat jamah 2 sudu je T__T
setakat ni aku belum buat stok makanan untuk anak aku
sebabnye ntah ..aku takut sophea sakit perut..
semua aku masak fresh...
kirenye hari2 aku masak untuk die makan...
kalau x sempat aku akan bagi puree buah
buah2 yang xpayah kukus or masak
jeles tengok kawan2 yang ada masa masak untuk anak...
X Files:
parenting,
solid food,
Sophea,
Sophea Journey
Subscribe to:
Posts (Atom)












.jpg)