Pengskodeng terhebat

Great deal yawww

Tuesday, June 30, 2015

MEGA RAMADHAN ATJ GIVEAWAY


Klik banner untuk menyertai GIVEAWAY


Sedikit pengenalan mengenai penubuhan projek Amal Till Jannah
1) Ditubuhkan pada 1hb Jan 2015 2) Pengasas ATJ: Pn Rosyamila binti Yunus 
3) Misi ATJ: 
membantu anak2 yatim,tahfiz,
umah org tua,
fakir miskin, 
pesakit kronik,
gelandangan, 
asnaf 
serta golongan yang memerlukan
4) Objektive - mendidik diri mendekati Allah swt dan Rasulullah saw melalui saluran sedekah 5) Matlamat Akan datang - meluaskn pelbagai program dakwah dn kerohanian di pelbagai daerah dan negeri melibatkn dari kanak-kanak hingga warga emas melalui program yang bakal dirancangkan 6) Harapan - harapan utama ATJ ialah untuk melihat kejayaan umat Islam dlm pelbagai bidang khasnya dr segi ekonomi,sosial dn politik dgn mengutamakan prinsip dn syariah Islam. Semoga ATJ menjadi medium bagi umat Islam menyalurkan sedekah, ilmu serta tenaga dalam mencari redha Allah swt

Cara Menyertai MEGA RAMADHAN ATJ GIVEAWAY amat mudah yaitu

1. Buat satu entri bertajuk  MEGA RAMADHAN ATJ GIVEAWAY

2. Copy banner/logo diatas, pastekan ke dalam entri blog dan backlink ke page ini.

3. Anda cuma perlu like page dibawah
5. Komen link entry anda sebagai pengesahan anda telah membuat entry dibawah

6. TARIKH PENYERTAAN BERMULA DARIPADA 1 JULAI - 31 JULAI

7. Keputusan adalah MUKTAMAD

P/S kalau rasa tak nak join GA ni pun tak apa..tapi anda boleh like facebook ..Mohon sokongan dari anda semua



Setahun sudah !!!!


12 Ramadhan 1435 - 12 Ramadhan 1436

Alhamdulillah dah setahun anak aku ikut kalendar islam la..
kalau ikut kalendar biasa tarikhnya jatuh gedebuk pada 10 Julai ..

Semoga menjadi anak yang solehah...
semoga jadi insan yang berguna suatu hari nanti
semoga Allah kurniakan rezeki yang melinpah ruah buat kamu anak
semoga diberikan kesihatan yang baik untuk kamu anak...

Harta dunia akhirat ibu




Monday, June 15, 2015

RESEPI MAKANAN BAYI 1 TAHUN KE ATAS


RESEPI BIHUN SUP:
1. bihun macam biasa la celur sampai lembut..ketepikan
2. tumis seulas bawang putih, seulas bawang merah & sepotong halia dgn olive oil sampai naik bau, tak perlu sampai bawang hitam
3. masukkan stok ayam (air rebusan ayam)- kalau takde guna air biasa pon boleh tapi tak brp umphhh la, sup bunjut & ayam biar sampai mendidih (sup bunjut tu i masukkan dalam 10min je lepas tu angkat balik sbb boleh pakai utk masak lain kali- kedekut sikit sbb makanan budak ni bkn byk sgt pon hahaha)
4. masukkan lada hitam sikit & garam kalau anak korang dah makan garam
5. letak daun sup, daun bawang & bawang goreng...tuang atas bihun & siap!

RESEPI MEE SUAH GORENG:
1. cuci je mee suah dgn air paip sekejap...jgn terlalu lembut, kang hancur masa nk goreng
2. tumis bawang putih & bawah merah dgn olive oil...masukkan air sampai keluar minyak
3. masukkan tomato puree (blend je 2-3 biji tomato sampai hancur) & sedikit puri kurma (kurma rebus sampai lembut lepas tu lenyekkan je)
4. letak mee suah & goreng sampai masak...masuk la apa2 sayur yg korang suka...perasakan dgn garam kalau dh makan garam..

RESEPI CHICKEN CORDON BLEU
*resepi mashed potato with dates gravy tu i dah pernah share...click je label solid food, cari dalam tu..carrot & sweet corn tu pulak i rebus je lepas tu gaulkan dgn extra virgin oil & parsley
1. ambil bahagian isi ayam, ketuk2 bagi nipis sikit...gaulkan dgn garam(kalau dh makan yer) & kunyit, perap dlm 10 minit.
2. letakkan cheese (i guna cheddar & mozzarella) kat tengah2 isi ayam tadi & gulungkan.
3. salut ayam dgn telur, lepas tu baru salut dgn bread crumbs (cara buat bread crumbs: bakar roti sampai keras lepas tu blend halus)
4. deep fry ayam tadi sampai masak.

RESEPI HASH BROWN
1. rebus kentang jangan terlalu masak, biarkan ada keras2 sikit, lepas tu baru potong dadu.
2. kentang yg dah dipotong tadi gaulkan dgn minyak sayur, cheddar cheese & bread crumbs sampai rata.
3. bentukkan & bekukan dlm freezer
4. lepas tu baru deep fry..kalau taknak pakai minyak, bakar/grill pan pon boleh...sangat rapuh, jgn goreng terlalu lama

RESEPI NASI AYAM
Ayam:
1. blend bawang putih, bawang merah & halia...gaulkan ayam dgn hasil blend tadi selama 5 min.
2. rebus ayam sampai separuh masak, jgn masak sgt yer!
3. ayam yg direbus tadi perapkan dgn madu..blh letak garam sikit kalau anak dh mkn garam
4. bakar/deep fry sampai masak. (lebihan air rebusan ayam jgn buang!)
*kalau nak buat ayam steam, ayam goreng, atau apa2 je la jenis ayam pon boleh..ikut tekak anak kita

Nasi Ayam:
1. tumis bawang putih, bawang merah & halia (blend)...tumis sekali dgn bunga lawang & kulit kayu manis, minyak jgn banyak...tumis pakai planta/butter
2. masukkan air rebusan ayam tadi & beras (i suka pakai beras basmati kalau buat nasi ayam)
3. tanak sampai nasi masak

Sup:
1. lebihan air rebusan ayam tadi letakkan black pepper, garam (kalau dah intro kat baby), calery, daun sup & daun bawang...masak sampai mendidih

RESEPI POTATO PAN CAKES
*yg nampak mcm minyak2 dlm pic tu bkn minyak tau, madu sebenarnya..hihi
1. rebus kentang sampai empuk...toskan & lenyek hancur
2. campur kentang dgn fresh milk & telur
3. masak dalam pan. boleh makan dgn buah & madu

RESEPI PASTA GORENG
1. rebus pasta sampai masak..masa rebus tu masukkn sikit minyak sayur supaya pasta berkilat & tak melekat
2. tumis bawang putih & bawang merah sampai naik bau.
3. masukkan ayam, carrot & celery, goreng sampai masak 
4. masukkan pasta & perasakan dgn garam kalau anak dh mkn garam. dah siap boleh hiaskan dgn daun sup & bawang goreng

RESEPI TELUR BUNGKUS
1. tumis bawang putih & bawang merah (yg dah blend)
2. masukkan tomato puree & sedikit celery puree
3. masukkan ayam/daging, kacau sampai masak
4. masukkan carrot & kacang peas. perasakan dgn garam kalau dh intro kat baby. tutup pi & ketepikan
5. pukul telur sampai kembang & masak atas pan mcm nk buat telur dadar tu. 
5. letakkan isi ayam yg dimasak tadi atas telur dadar & bungkus/gulung.

RESEPI BUTTER COOKIES
1. butter mesti pada suhu bilik. pukul butter sampai kembang. kali ni i pakai buttercup, bkn unsalted butter. saje bagi rasa masin sikit
2. masukkan sebiji kuning telur dalam butter tadi...kalau buttercup tu, biasanya i potong dua, ambil half je..utk resepi ni i campurkan sikit dgn hirisan kurma & kismis
3. ayak tepung gandun, campur dlm adunan butter sampai jadi doh...agak2 je la yer asalkan dah boleh bentukkan kuih
4. tekap doh, sapu dgn kuning telur atas hasil tekapan kita & bakar dlm oven 120'c selama 15-20min atau sampai masak

RESEPI MUSHROOM SOUP
1. tumis bawang putih dgn olive oil sampai naik bau...masukkan air rebusan ayam sampai mendidih.
2. masukkan bancuhan tepung gandum & fresh milk dlm air rebusan tadi.
3. masukkan cendawan butang yg dipotong kecil, sedikit black pepper, cheddar cheese, mozzarella cheese, basil & oregano
4. kacau sampai pekat & nampak creamy. 

RESEPI PUMPKIN WITH POTATO SOUP
1. rebus pumpkin & potato sampai empuk, toskan & lenyek/blend sampai hancur
2. dlm kuali lain tumis bawang putih dgn unsalted butter
3. masukkan ai rebusan ayam, biarkan mendidih
4. letak pumpkin & potato lenyek tadi. letak fresh milk, cheddar cheese, parsley & basil
5. kacau sampai pekat.

Wednesday, June 3, 2015

Resepi Makanan bayi- Campuran Jagung Manis, Ubi Kentang dan Ayam



(Hidangan untuk 2 orang)

bubur

Bahan-Bahan

  • 60 g (¼ cawan) dada ayam, dimasak, dibuang tulang dan kulit.
  • 90 g (1 biji) ubi kentang, dikupas dan dipotong dadu
  • 20 g (2 sudu makan) lobak merah, dipotong dadu
  • 30 g (2 sudu makan) jagung manis
  • 125 ml (½ cawan) stok ayam
  • 30 ml (2 sudu makan) susu ibu
  • 10 g (1 sudu makan) bawang besar, dicincang

Cara memasak

  1. Rebus bawang besar dengan stok ayam di dalam periuk.
  2. Masukkan ubi kentang. Tutup dan renehkan selama 15 minit sahingga ubi kentang menjadi lembut.
  3. Masukkan jagung dan masak lagi selama 2-3 minit.
  4. Akhirnya masukkan ayam dan rebus sehingga masak.
  5. Kisar campuran sehingga menjadi kasar.
  6. Masukkan susu ibu dan hidang.
Cadangan
  • Anda boleh melenyek dengan belakang sudu semasa memberi anak anda makan.
  • Hidang bersama nasi lembik.
Selamat mencuba!

pstt* resepi ni semua saya telah savekan lameee dulu..so tak dapat nak bagi kredit dekat orang yang postkan pasal ni..saya tak ingat ambil di blog..majalah..website..fb..ntah la...mintak halal 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...