Pengskodeng terhebat

Great deal yawww

Monday, June 30, 2014

Set Bersalin Pilihan


Sebenarnya dari awal mengandung lagi aku dah usha2 set bersalin ni...
baca review semua orang...
Orang macam aku ni memang tak boleh nak telan jamu segala ni...
so pilihan aku adalah set bersalin tanamera..
sebab kebanyakan barang die semua untuk kegunaan luaran...
Lagipun Insyaallah kalau ada rezeki aku nak fully BF baby
orang kate jamu2 ni panas...xelok untuk baby

Gaji baru ni, Encik Suami terus ajak g cari set bersalin, aku dah gtau dia aku tak tau kat mana set tanamera dijual..sebab biasa tengok orang jual online... tapi degil diajak jugak aku pergi...
kitorang singgah kat warta bangi tu, sebab kawan die cakap dia beli set bersalin untuk wife die kat situ T__T
last2 memang xde satu kedai pun yang jual set tanamera....
kecewa jugak la aku..
lepas tu Encik Suami suruh cari yang lain..
amboiiiii...penat aku survey selama ni
aku rasa memang tanamera la yang terbaik sekali...
Pilihan kedua aku set bersalin Anugerah je la
yang tu pun aku dah baca review orang
kebanyakan memang untuk luaran jugak...
oklah cari set Anugerah
Jumpa terus beli...
Walaupun dah beli tapi hati aku tetap nak pakai yang tanamera jugak...
sobbbbbb T__T
aku beli Set bersalin Anugerah Premium 
Harga RM 288 , tapi kakak tu bagi RM 280

Dalam set ni ada 
Minyak Sejuta Anugerah
Minyak Telon
Minyak Pilis
Minyak Selusuh
Feminin Wash
Air tak ingat
Losyen
Pek Mandian Herba
Tungku
Bengkung

satu je la aku tak puas hati...Bengkung tu...aku tak reti pakai....
die cuma sehelai kain yang panjang gile... T__T
nak tak nak aku terpaksa beli lain...
Nasib baik budak office aku ade jual jugak barang2 ni
aku beli bengkung Nonaroguy 
Ada tali2 senang sikit aku nak pakai
Bengkung ni Harga dia RM 55 
tapi aku dapat murah sikit la...bukan sikit2 murah die...banyak jugak la..hihihi
bengkung ni mudah laras..kire kalau bdan kite menggemuk pun still lagi boleh pakai...
nak g kencing ke buang air besar ke tak de masalah...
nak review tak boleh lagi la...sebab aku tak pakai lagi barang2 die...
Insyaallah nanti kalau dah pakai kite buat review...

gambar2 hasil ihsan google la yee...
nak harap aku snap gambar lepas tu transfer...lepas tu baru nak up entry memang berzaman la jawabnye...

Wednesday, June 25, 2014

Dapat Free Scan + Dah tau gender baby


Minggu lepas adik bongsu aku kena Denggi...
platelet rendah tapi xdapat masuk spital sebab spital pun penuh dengan orang denggi
so tiap2 hari amek darah and drip je la kat klinik ..
adik aku dah 2 3 hari demam tak bagitau sape2
bila badan die timbul bintik2 merah baru la bagitau kakak aku die demam...
bawak klinik rupanya demam denggi

Malam tu aku g klinik sebab nak hantar barang pada adik aku yang kerja klinik tu...
Alang2 adik bongsu aku pun ade situ sebab nak amek darah n masuk air, aku stay la sekali dalam klinik nak dengar doktor cakap pe...

lepas setel adik aku Dr Azfar tanya gender baby (lepas die ngutuk size badan ngan chipsmore kat muka aku)
aku cakap la tak tahu lagi...
sebab dah banyak kali scan memang x nampak
sekali Dr cakap meh saya scan kot boleh nampak..
aku memula macam berat hati jugak..konon nak suprise...tapi alang2 dah offer..ne tau nampak kan..

sekali bila scan memang nampak jantinanye
amboiiii baby...memang nak tunjuk kat klinik sini je..
kalau dekat kk tu Dr beria pusing pun xnampak..
lepas scan aku tanya berapa kena bayar
Dr kata tak payah bayar..FREE sajok

Alhamdulillah 
happy
semoga murah rezeki Dr...
hikhik..kita dah tau gender baby...
boleh start cari nama dengan sungguh2 dah

korang nak scan baby boleh la ke klinik 

Untuk kemudahan pelanggan kami

Alamat Klinik As-Salam 24 Jam,
No 69, Jalan 7/7 C,
Seksyen 7,43650 Bandar Baru Bangi, Selangor.
Tel: 03 8912 9969/ Hp:019-3370969

FB : Klinik As-Salam

Thursday, June 19, 2014

36 Weeks Check up ~ Hospital serdang & KKIA


hari isnin baru ni ada appointment dengan Hospital Serdang 
dari pukul 8 pagi aku kat hospital dekat pukul 3.00 baru la jumpa doktor.... T__T
penat nye jangan cakap
dengan laparnye.... dahaganyeee....
Nak pergi 
Encik Suami teman aku sampai pukul 12 je... lepas tu die kena keje... kebosanan la aku sorang2 kat situ...
nak main game bateri hp dah xbanyak....bertabah la aku kat situ...
masuk2 bilik doctor....terus doc mintak maaf sebab lama tunggu...
lembut jekkk.. senyum sentiasa... 
ramai patient katanyeee..... 
oklah..aku pun xde la nak merungut sangat... faham sangat dah kalau dah nama Hospital Kerajaan kan...
aku nak ngamuk pun xde guna... buang masa & tenaga...

doc check buku pink aku dulu..tengok BSP pe semua....
terangkan kat aku satu2 pasal keadaan sebenar nanti macam mane..
tanya masalah pe semua
lepas tu doc tanya nak scan tak???
haruslah nak kan... 
doc suruh duduk dulu...kena tunggu turn nak scan
Alhamdulillah baby sihat..dah 2.6 kilo....doc jangka time deliver nanti berat dalam 3.2 kg...
lepas tu sehari sebelum tarikh EDD kalau belum turun tanda, doc pesan sila serah diri kat hospital...
sebab aku GDM...diorang akan induce ...tatotnyeeee..

aku suka sangat dengan doc tu..lembut...dia layan kita macam anak2 die...
nama dia pun unik Dr Wan Hamilton 
lepas scan boleh balik....
patutnye aku kna ambil sampel keputihan..tapi dah x larat aku menunggu kat spital...so aku decide buat kat KK je la

Rabunya kena pergi KKIA pulak..untuk ambil sampel keputihan
kat sini aku request uk checkup terus...
kalau tak hari ni kena g klinik lagi...dah jadi 2 3 kali kerja pulak kan...tak kuasa la mak enon
Alhamdulillah semua ok...berat ok, hb ok, urin ok....cuma keputihan banyak sangat T__T
tu je kot untuk kali ni...

lately ni malas betul nak update blog.....




Monday, June 16, 2014

Posisi Menyusu


walaupun aku dah pernah dengar talk pasal penyusuan tapi lama2 lupa jugak kan..
ni aku nak share satu gambar yang aku terjumpa
pada yang newbies macam aku ni boleh la kita buat rujukan kan... 


Penting ke Nursing Bra???


Aku rasa kebanyakkan mommy memang berniat nak susukan anak masing2 ...
cuma ada ngan tak de je susunya...
aku doa la semoga ada rezeki susu untuk bakal anak aku nanti...
semoga aku dapat bagi fully breastfeed atleast 6 bulan...kalau dapat sampai 2 tahun tu Alhamdulillah sangat2..
lepas tu bila baca blog2 mommy semua, semua cadangkan beli Nursing bra, sebab nursing bra ni lain dengan bra biasa kita pakai...maknanya penting la ok... 

ni tips2 yang aku dapat simpulkan setelah pergi ke blog2 lain

Bila masa yang sesuai nak beli nursing bra?
Semasa kandungan dah masuk minggu ke32 dan ke atas sebabnya masa ni saiz breast tak jauh beza dengan lepas bersalin nanti.

Nak pilih yang ada besi atau tidak?
Seeloknya pilih yang tiada besi kerana bra yang ada besi boleh menyekat pengeluaran susu ibu dan boleh sebabkan bengkak susu. Bagi nak elak rasa terhayun, boleh pilih tali yang besar dan bahagian tepi yang lebar supaya breast kita dapat sokongan yang mantap.

Material apa yang sesuai?
Semestinya cotton kalau iklim Malaysia ni. Mudah meresap peluh dan membantu pengaliran udara yang baik.

Jenama apa yang best?
Setiap orang berbeza saiz dan bentuk badan. Jadi cuba variasikan brand sebab lain brand, mungkin ada sedikit perbezaan dari segi cutting.

Berapa helai perlu beli?
At least sediakan 3 helai nursing bra untuk tukar. Maklumla, kalau dah basah kena susu, mesti berbau.

Kat mana nak beli?
Banyak ada jual kat kedai barang baby, supermarket mahupun online store. 

banyak jenama Nursing Bra ni aku rasa...autumz pun ada..tapi tak ingat lak harga dia...
maybe kalau korang g jusco pun boleh jumpa kot..

so aku fikir-fikir sebab sepanjang pregnant pun aku dah tak boleh pakai bra biasa...memang aku pakai genie bra sajorkk...pada aku dah selesa sangat dah tu, xde besi , bagi sokongan jugak...done..xpayah beli dah... Alang-alang dah cerita pasal genie bra ni..kalau korang berminat nak beli boleh la contact aku ok.. sekotak RM 35.00 sahaja exclude postage...
mengandung boleh pakai, tak mengandung pun boleh pakai... remaja pun boleh pakai...kang korang salah faham pulak kan..






 

RM 35.00 Exclude Postage

Warna Pilihan : 
Pastel
 Modern
Classic

berminat ??
016-8965045 

Pre Order Sahaja 




Saturday, June 14, 2014

Latihan Matematik



terjumpa dekat satu forum...
hehehe menangis bapaknye kalau mcm ni


Friday, June 13, 2014

tak jadi nak bagi sample ke???


Semalam aku dapat call dari mana ntah..tapi chinese la yang bercakap..
tanya aku tengah pregnant ke???
aku cakap la ye...
lepas tu die offer nak bagi sample susu
dia tanya lagi mengandung berapa bulan sekarang??
aku jawab 8 bulan lebih....
lepas tu perempuan tu macam diam...
lepas tu dia tanya pernah dapat sample susu dari mana-mana tak??
aku jawab la tak pernah (padahal pernah je dapat dari spital An-Nur tu)
lepas tu ingatkan dia nak mintak alamat la kan, kate nak hantar sample susu...
lepas tu dia kata ok lah..terima kasih puan, kita nak survey je...
pulak dah...mentang2 aku dah dekat 9 bulan, mesti dia rasa tak berbaloi nak bagi sample susu pada aku.. T__T

KPSL N27 - CONTOH SOALAN UNDANG-UNDANG UMUM TAHUN 2002


TAHUN 2003

1.    (a)  Nyatakan keadaan – keadaan yang menyebabkan seseorang kakitangan awam boleh dibersarakan dari perkhidmatan awam.
(b)  Encik Johan membuat perakuan sumpah secara bertulis bahawa beliau tidak pernah disabitkan dengan apa-apa kesalahan jenayah. Berdasarkan kepada perakuan tersebut beliau telah dilantik dalam perkhidmatan awam

Beliau telah dibersarakan setelah didapati perakuan sumpah yang dibuat adalah palsu. Beliau tidak diberi peluang yang munasabah untuk membuat representasi kepada Yang Di-Pertuan Agong

Jelaskan sama ada tindakan tersebut teratur dari segi undang-undang




2.    Encik Samdol seorang kakitangan Kerajaan telah ditangkap kerana terlibat dalam penerimaan rasuah. Perbicaraan kes rasuah beliau telah dijalankan dan masih berterusan melepasi uur persaraan 56 Tahun.
Jelaskan samaada perkhidmatan Encik Samdol telah terhenti  ketika umur persaraan beliau.

(b)  Perbicaraan kes rasuah Encik Samdol tamat ketika umur beliau 60 tahun dengan keputusan beliau didapati tidak bersalah.
Jelaskan samaada tempoh perkhidmatan beliau selepas umur persaraan diambil kira dalam perkhidmatan.




3.    JELASKAN tindakan yang perlu diambil di bawah kaedah-kaedah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1991 bagi ke- kes berikut.
a.    Encik Anuar , seorang yang bekerja sendiri yang ingin menjadi ahlu Kumpulan Wang simpanan pekerja.
b.    Encik Nordin , seorang yang telah pencen yang ingin mencarum semula dengan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
c.    Encik Aziz, seorang yang bekerja sendiri yang ingin berhenti dari membayar caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
d.    Encik Yusof, seorang yang telah pencen yang kemudiannya mencarum semula dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja tetapi kemudiannya ingin berhenti dari membayar caruman tersebut.




4.    (a)  Sebagai satu langkah keselamatan, Lembaga Kumpulan Pekerja telah menetapkan setiap perkerja memberikan cap ibu jari mereka dalam rekod keahlian mereka.
JELASKAN dengan secara terperinci perkara yang berikut.
(i)            Cap Ibu jari mana yang perlu diberikan
(ii)           Siapa yang perlu menjadi saksi semasa cap ibu jari diberikan dan apa yang perlu dilakukan oleh saksi tersebut.
(iii)          Sekiranya ibu jari kanan seseorang pekerja tiada  samaada cap ibu jari kiri boleh diberikan.
(iv)         Sekiranya ibu jari kanan dan kiri seseorang pekerja tiada, apakah cara pengenalan lain boleh dibenarkan oleh Lembaga Kumpulan Wang Simpanan Pekerja?
(b)        Encik Ariff enggan memberikan cap ibu jari kanannya walaupun ibu jari kanan beliau tidak mengalami apa-apa kecacatan.
Jelaskan kesalahan dan hukuman yang boleh dikenakan ke atas beliau di bawah kaedah-kaedah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1991.

     


5.         Encik Devalky seorang warganegara Rusia berumur 25 tahun. Beliau datang ke Malaysia mengikut ibu bapanya yang bekerja di sebuah Syarikat Multinasional di Cyberjaya.
Beliau berjumpa dengan anda yang bertugas di kementerian Dalam Negeri untuk mendapatkan Nasihat mengenai perkara-perkara berikut.
(a)  Kategori kerakyatan yang boleh diperolehi oleh encik Devalky\
(b)  Syarat yang perlu dipenuhi oleh beliu sebelum memperolehi sijil Naturalisasi
(c)  Nyatakan tempoh tinggal di Malaysia yang perlu dipenuhi oleh beliau sebelum memperoleh sijil Naturalisasi




6.         (a) Yang Dipertuan Agong (YDPA) adalah Ketua Negara Malaysia. Sebagai Ketua Negara YDPA mempunyai kuasa-kuasa tertentu seperti yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan. Perlembagaan Persekutuan juga memperuntukkan perkara-perkara yang tidak boleh dilakukan oleh YDPA. JELASKAN perkara-perkara tersebut.

            (b) Penubuhan Majlis Raja-raja telah diperuntukkan dalam perkara 38 Perlembagaan Persekutuan sebagai satu Majlis yang dianggotai oleh semua  Sultan  dan Yang di-Pertua Negeri

            Dalam hal keadaan tertentu, Majlis raja-raja boleh bertindak mengikut budi bicara. Jelaskan hal keadaan tersebut

KPSL N27 - CONTOH SOALAN UNDANG - UNDANG UMUM TAHUN 2001


TAHUN 2001

1.       Encik Osman berumur 30 tahun telah meninggal dunia semasa dalam perkhidmatan awam. Beliau telah berkhidmat sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik secara tetap selama 4 tahun  dah baru disahkan dalam jawatan seminggu sebelum hari kematiannya.
Beliau meninggalkan seorang balu dan seorang anak perempuan berumur 2 tahun.

i)                    ADAKAH Encik Osman layak diberikan taraf seorang pegawai berpencen. Berikan Alasannya.
ii)                Balu dan anak perempuan Encik Osman juga layak diberikan  pencen Terbitan dan/atau apa –apa pampasan terbitan. Nyatakan sebabnya, tempoh pemberian dan jumlah pencen terbitan tersebut.
iii)             Nyatakan hal keadaan yang boleh menyebabkan pencen terbitan yang diterima oleh balu dan anak perempuan Encik Osman diberhentikan.


2.       Cik Samihah seorang Ketua kerani yang berkhidmat secara tetap di salah sebuah jabatan kerajaan telah mengalami kecederaan parah setelah terlibat dalam kecelakaan jalanraya semasa dalam perjalanan menuju ke pejabat.

Kecederaan parah tersebut telah menyebabkan beliau lumpuh seluruh anggota badan dan setelah diperiksa oleh lembaga perubatan beliau dinasihatkan untuk bersara daripada perkhimatan awam. Beliau kemudiannya bersara daripada perkhidmatan awam.

Cik Samihah masih belum berkahwin dan beliau tinggal bersama ibunya yang sudah tua, Beliau adalah anak tunggal dan beliau seoranglah yang menjaga dan memelihara dan memberi nafkah kepada ibunya secara sepenuhnya selepas kematian bapanya 10 tahun lalu.

Selepas 6 Tahun menghidap penyakit lumpuh , Cik Samihah meninggal dunia dengan meninggalkan ibunya yang sudah tua hidup keseorangan.

i)                    Jelaskan samaada Cik Samihah boleh diberikan pencen hilang upaya selepas persaraan beliau
ii)                   Jelaskan samaada ibu Cik Samihah boleh diberikan pencen tanggungan selepas anaknya meninggal dunia 6 tahun selepas menghidap penyakit lumpuh. Beri alasan
iii)                 Nyatakan hal keadaan yang boleh menyebabkan pencen tanggungan yang diterima oleh ibu Cik Samihahdiberhentikan.



3.       Negara Malaysia telah selamat melangsungkan pertabalan Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong Yang baru. Kerajaan telah memerintahkan anda untuk memberi penerangan kepada Seri Paduka baginda tentang beberapa perkara yang berkaitan fungsi eksekutif yang dipertuan Agong seperti yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Malaysia. Fokuskan penerangan anda kepada perkara-perkara berikut.
(a)                Peranan Yang Di-Pertuan Agong dalam bertindak mengikut nasihat yang diberikan oleh Jemaah Menteri
(b)               Perkara-perkara Yang Di-Pertuan Agong boleh bertindak mengikut budi bicaranya tanpa terikat dengan nasihat yang diberikan. Dan
(c)                Tatacara yang perlu diikuti dalam melantik Jemaah Menteri



4.       Pada tahun 1990, suatu perkahwinan telah dimeterai Antara Azhari seorang warganegara Indonesia dengan Lusia seorang warganegara Malaysia yang kemudiannya menetap di Dungun, Terengganu. Azhari telah menjadi seorang warganegara Malaysia pada tahun 2000 di bawah Perkara 16A, Perlembagaan Persekutuan. Pada tahun 2001, Azhari telah pergi ke Singapura dan secara terbuka menghina Persekutuan Malaysia dan mengatakan bahawa dia lebih cintakan Negara tersebut. Azhari juga telah melakukan suatu rompakan di Filipina tetapi telah ditangkap dan dijatuhi hukuman penjara selama 5 tahun.
a.       Bolehkah kerajaan Malaysia melucutkan kewarganegaraan Azhari? Berikan justifikasi bagi jawapan anda
b.      Apakah tatacara yang perlu diikuti oleh kerajaan sebelum melucutkan kewarganegaraan Azhari?


5.            Shahron ialah ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yangtelah meninggal dunia pada tahun 2001 di Jordan . Sebagai warisnya yang berhak , Yassir bercadang untuk mengeluarkan amaun yang ada dalam Kredit Shahron di KWSP. Bagi maksud ini, Yassir telah meminta nasihat anda
                a)            Sila maklumkan Yassir dokumen-dokumen yang beliau perlu kemukakan kepada KWSP sebagai bukti kematian Sharon
                    b)            Apakah yang perlu dilakukan oleh Yassir bagi membuktikan kematian Sharon.
                  c)            Apakah tatacara yang perlu diikuti Yassir bagi mengeluarkan amaun yang ada dalam kredit Sharon di KWSP?

(Jawapan hendaklah berdasarkan kepada kaedah-kaedah KWSP 1991)




6.            Aisyah telah ditugaskan oleh syarikat rakamannya untuk membuat pembayaran caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi pekerja-pekerja syarikat tersebut. Sila nasihat Aisyah berkenaan
                     a)            Cara pembayaran caruman yang perlu diikuti
                     b)            Pihak yang mana pembayaran caruman –caruman itu hendak dikemukakan dan
               c)            Tindakan yang perlu diambil oleh pihak penerima apabila menerima pembayaran caruman  tersebut
Sila nasihatkan Aisyah dengan merujuk Kaedah-kaedah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja1991.

KPSL N27 - SOALAN UNDANG - UNDANG UMUM TAHUN 2000


TAHUN 2000


2.            a.            Encik Jalil seorang wakil rakyat di suatu kawasan Parlimen telah dikenakan hukuman denda RM 10,000.00 atau satu tahun penjara oleh Mahkamah Tinggi Melaka kerana di dapati menerima rasuah berjumlah RM 15,000.00 daripada sebuah syarikat Percetakan. Beliau telah mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Rayuan dan keputusannya rayuan beliau telah ditolak.
                i)             Jelaskan sama ada beliau hilang kelayakan sebagai ahli parlimen  kerana sabit kesalahan  dan dikenakan hukuman tersebut.
                    ii)            Apakah perkara-perkara  yang boleh menyebabkan seseorang wakil rakyat hilang kelayakan menjadi ahli parlimen?

                b.            Y.B Dato’ Arif seorang ahli parlimen  dalam ucapannya di Parlimen telah mencerca dan menuduh Y.B Encik Zulkifli  sebagai penipu besar. Y.B Encik Zulkifli terlalu marah dan ingin mendakwa Y.B Dato’ Arif di Mahkamah kerana tuduhannya itu. Bolehkah Y.B Encik Zulkifli berbuat demikian? Berikan alasan.





3.            a.            Cik Su dilantik dalam skim perkhidmatan.B Encik Zulkifli terlalu marah dan ingin mendakwa Y.B Dato’ Arif di Mahkamah kerana tuduhannya itu. Bolehkah Y.B Encik Zulkifli berbuat demikian? Berikan alasan.

                a.            Cik Su dilantik dalam skim perkhidmatan Penolong Jururawat (Gred U14) pada 1.1.95. sebelum beliau disahkan dalam jawatan beliau telah diberikan satu opsyen di bawah Akta Pencen 1980.
Apakah Opsyen tersebut?
Di bawah peruntukan yang manakah opsyen itu dihulurkan?

                b.            Setelah Cik Su melaksanakan opsyen dan disahkan dalam jawatannya, beliau berubah fikiran dan ingin menukar pilihannnya.
Adakah ini dibenarkan oleh undang-undang?
Berikan sebab-sebab anda.

              c.             Encik Nazri dilantik sebagai seorang Juruteknik tetap di jabatan Kerja Raya, Kuala Lumpur pada 15.6.74. seterusnya pada 18.5.77 beliau telah dihulurkan satu opsyen dan telah memilih tangga gaji ebrsih dengan syarat-syarat perkhidmatan yang baruserta skim pencen yang baru di bawah Pekeliling Perkhidmatan Bil.2 Tahun 1977 yang bertarikh 31.3.77 (“ perubahan Gaji dan Syarat-syarat Perkhidmatan bagi Pegawai-pegawai Dalam Perkhidmatan awam semenanjung Malaysia). Semasa perkhidmatan  Encik Nazri , beliau juga telah disahkan dalam jawatan dan diberikan taraf sebagai seorang pegawai berpencen. Padatahun ini Encik Nazri membuat keputusan  untuk bersara atas pilihan sendiri mulai 15.6.2000. Permohonan beliau dibuat di bawah subsekyen 12(1), akta pencen 1980 dan telah diluluskan pada 25.5.2000 oleh timbalan pengarah Bahagian Pencen, Jabatan Perkhidmatan Awam yang menjalankan kuasa yang diwakilkan kepadanya oleh yang Di-Pertuan Agong. Sebelum tarikh kuatkuasa persaraannya atas pilihan sendiri, Encik Nazri telahdiberikan satu Opsyen di bawah peraturan-peraturan pencen 1980.
Apakah opsyen tersebut?
Nyatakan peruntukan yang mengkehendaki opsyen dihulurkan.


4.            Encik Gopal dilantik sebagai seorang buruh am di Jabatan Pendidikan Selangor pada 1.5.84 dan telah ditugaskan di sebuah sekoalh rendah dalam daerah Banting. Pada 27.3 .92 beliau telahbersetuju menerima opsyen Sistem Saraan baru dan telah diberikan taraf berpencen  mulai 1.8.93. pada 31.3.95 Encik Gopal telah menumpang kereta kawannya untuk balik ke rumah dari Bandar Klang. Dalamperjalanan suatu kemalangan berlaku. Encik Gopal telah meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepalanya.
Encik Gopal (Gemulah) meninggalkan seorang balu dan tiga orang anak kandung yang berusia Antara 2 tahun hingga tujuh tahun. Beliau telah bertugas di sepanjang tempoh perkhidmatannya melainkan selama 1 bulan cuti tanpa gaji dalam tahun 1994. Gaji akhir yang diterima oleh gemulah  pada tarikh kematiannya ialah RM 464.00 sebulan
Oleh kerana gemulah hanya merupakan seorang penumpang maka kemalangan yang berlaku bukanlah berpunca dari kecuaian atau salah laku beliau. Tiada pampasan di bawah Akta Pampasan Pekerja 1952 yang telah di awardkan kepada balu gemulah.
a.       Nyatakan kesemua jenis bayaran yang boleh dibuat kepada orang-orang tanggungan gemulah di bawah akta Pencen 1980 danperaturan-peraturan pencen 1980.
b.      Apakah tempoh yang boleh dimasukkira bagi maksud penghitungan bayaran di bawah undang-undang tersebut.?
Sekiranya  terdapat apa-apa tempoh yang tidak boleh dimasukira, nyatakan sebab-sebabnya berdasarkan peruntukan yang relevan.
c.       Bagaimana setiap jenis bayaran yang layak diterima oleh orang-orang tanggungan gemulah dihitung dan nyatakan peruntukannya.




5.            a.            Cik Wan Hairian seorang pencarum kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah mengemukakan kepada lembaga KWSP satu akuan bersumpah menamakan Cik Norzainah dah Cik Rosamiza sebagai penama bagi caruman tersebut. Bolehkah Cik Wan Hairiah berbuat demikian? Berikan Alasan.
                b.            En. Geoge , seorang warganegara Britain adalah merupakan Jurutera di salah sebuah syarikat yang terkenal di Kuala Lumpur dan merupakan pencarum kepada KWSP. Setelah tamat tempoh perkhidmatan dengan syarikat tersebut, beliau telah kembali keBritain pada tahun 1995 dengan mengeluarkan ke semua carumannya di dalam KWSP. Pada Januari 2000 , beliau telah kembali ke Men George bercadang untuk mencarum semula kepada KWSP tetapi tidak mengetahui  proses yang sepatutnya dilakukan olehnya. Anda diminta menasihatkan En. George cara bagaimana serta prosedur yang seharusnya dilakukan oleh Encik George.




6.              a.            Cik Norhayati adalah merupakan seorang yang bekerja sendiri dan bercadang  membuat caruman kepada KWSP . Beliau telah bertanya kepada anda prosedur  yang perlu dilakukan olehnya untuk membolehkan beliau mencarum kepada KWSP . Nasihatkan Cik Norhayati.

                b. i)        Puan Salbiah, majikan kepada cekap jaya sewaktu membuat semakan kepada dokumen-dokumen syarikatnya, mendapati beliau telah terlupa untuk membayar caruman pekerja-pekerjanya selama 2 bulan kepada lembaga KWSP. Apakah tindakan  yang seharusnya dibuat Puan Salbiah?

                  ii) Puan Salbiah juga telah didapati gagal untuk mempamerkan sijil Pendaftaran seperti yang dirujuk dalam kaedah 9(2)(b) kaedah-kaedah KWSP 1991 di Premis Cekap Jaya sepanjang masa. Seorang pegawai KWSP telah memaklumkan kepada Puan Salbiah yang dia telah melakukan satu kesalahan. Jika disabitkan, apakah hukuman yang boleh dikenakan ke atas Puan Salbiah?

KPSL N27 - SOALAN UNDANG - UNDANG UMUM TAHUN 1999




1              a)            Yang Berhormat Datuk Mustafaadalah seorang anggota dewan rakyat. Beliau telah disabitkan di mahkamah atas suatu kesalahan dan dihukum penjara selama tempoh tiga tahun. Datuk Mustafa telah hilang kelayakan untuk menjadi anggota Dewan Rakyat kerana sabitan itu. Sampai bilakah hilang kelayakan itu berkuatkuasa?

                b)            Encik Ahmad telah hilang kelayakan menjadi anggota Dewan Rakyat atas sebab dia memegang Jawatan berpendapatan. Tetapi dia dipilih menjadi anggota dewan tersebut. Bolehkah Encik Ahmad menjadi anggota dewan itu?

                c.             Dalam satu mesyuarat Dewan Rakyat yang Berhormat Encik Lim membuat tuduhan yang tidak benar terhadap YangBerhormat Encik Gopal . Bolehkah yang Berhormat Encik Gopal membawa perkara itu ke Mahkamah?

                d.            Bolehkah anggota yang tidak hadir dalam mesyuarat Dewan Rakyat atau Dewan Negara mengundi?

                e.            Suatu rang undang-undang telah diluluskan oleh kedua-dua Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Bolehkah undang-undang itu berkuatkuasa sebaik sahaja Yang di-Pertuan Agong memberikan persetujuannya?



2.            a.            A seorang wanita bangsa Australia telahberkahwin dengan B seorang warganegara Malaysia. A telah menjadi warganegara Malaysia dengan cara pendaftaran dibawah perkara 15(1)Perlembagaan persekutuan. A Berjaya menuntut cerai dari B. A kemudiannya berkahwin dengan C seorang warganegara Jepun dan menjadi warganegara Jepun. Bolehkah Kerajaan Malaysia melucutkan kewarganegaraan A?

                b.            Puan Juriah berusia 18 tahun ketika berkahwin dengan Encik Robert, warganegara Australia. 2 tahun kemudian Puan Juriah telah mengikuti suaminya balik ke Australia dengan hasrat menetap disana. Puan Juriah berhasrat untuk tidak lagi  menjadi rakyat Malaysia. Bolehkah Puan Juriah berbuat demikian?




3.            Puan Jamilah (gemulah) seorang pegawai berpencen telah bersara wajib daripada jawatannya sebagai pembantu tadbir (perkeranian/operasi) di kementerian pertanian pada 1.6.96. Beliau telah meninggal dunia pada 15.8.98. berikutan dari itu suami gemulah, Encik Jailani telah menerima pencen terbitan di bawah sebseksyen 15(1)(a) akta pencen 1980. Namun begitu siasatan polis kemudiannya membuktikan bahawa kematian gemulah adalah akibat diracun oleh suaminya sendiri. Pada 15.12.98 Encik jailani telah mengaku salah  atas pertuduhan “ mematikan orang dengan salah yang tidak terjumlah kepada kesalahan membunuh orang” di bawah seksyen 304 (Bahagian pertama) Kanun keseksaan dan dihukum penjara  selama 12 tahun dari tarikh ditangkap (7.12.98). Gemulah mempunyai 2 orang anak kandung yang masih bujang ( dan tidak cacat atau hilang upaya) Jamal dan Jaharah, yang berusia 23 dan 19 tahun masing-masing pada tarikh kematian gemulah.

                a.            adakah Encik Jailani layak menerima bayaran pencen terbitan setelah beliau disabitkan dan dihukum penjara pada 15.12.98? berikan sebab-sebab anda.

                b.            Bolehkah anak-anak gemulah mendapat pencen terbitan? Berikan sebab-sebab anda.

             c.             Bagaimanakah amaun pencen terbitan di hitung?Nyatakan peraturan-peraturan yang berkaitan.






4.            a.            Bilakah seseorang pegawai sama ada pegawai persekutuan atau pegawai Negeri boleh memohon untuk persaraan pilihan sendiri?

                b.            Apakah fakta-fakta yang perlu dipertimbangkan dalam menentukan kelayakan seseorang pegawai yang telah bersara atas pilihan sendiri untuk menerima pencen dan bila pencen itu mula dibayar.?
Nyatakan seksyen-seksyen yang berkaitan dalam jawapan anda.

                c.             Bagaimanakah kedudukan pencen seseorang pegawai perempuan yang dilantik sebelum peruntukan mengenai persaraan pilihan mula berkuatkuasa dan telanh bersara secara pilihan sendiri apabila mencapai umur 40 tahun tetapi meninggal dunia sebelum mencapai umur 45 tahun?




5.            a.            Syarikat ABC telah menjalankan perniagaannya sejak 3 tahun yang lalu dan mempunyai 50 orang pekerja. Pengurus besar KWSP telah mengesyaki bahawa Syarikat ABC  telah gagal untuk membayar caruman terhadap beberapaorang pekerjanya. Bagi maksud untuk mendapatkan maklumat penuh bagi menentukan sama ada Syarikat ABC bertanggungan untuk membayar caruman tersebut. Pengurus Besar KWSP telah menyerahkan notis secara bertulis kepada Syarikat ABC.
                i)             Apakah tujuan notis secara bertulis tersebut diserahkan kepada Syarikat ABC?
                ii)            Jika Syarikat ABC gagal eatuhi kehendak notis bertulis tersebut, apakah hukuman yang boleh dikenakan ke atas Syarikat ABC?

                b.            Encik Rashid adalah merupakan Ahli Lembaga KWSP. Di Dalam satu mesyuarat lembaga yang dihadirinya, lembaga telah membauat perbincangan dan seterusnya bersetuju untuk membeli sebidang tanah di Johor. Tanah tersebut sebenarnya adalah kepunyaan isteri Encik Rashid dan perkara ini tidak diketahui oleh ahli-ahli lembaga yang lain.
                i)             Apakah tindakan yang sepatutnya dilakukan oleh Encik Rashid sewaktu perbincangan tersebut diadakan.
                ii)            Jika gagal melakukan tindakan di (b) (i) di atas, Encik Rashid telah melakukan satu kesalahan di bawak Akta KWSP 1991. Jika sabit kesalahan tersebut, apakah hukuman yang boleh dikenakan ke atas Encik Rashid.






6.            a)            Encik Devaraj seorang pencarum kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Beliau ingin menamakan ibu dan isterinya sebagai penama bagi carumannya itu. Menurut isterinya, beliau hanya boleh menamakan salah seorang daripada mereka. Adakah kenyataan isteri Encik Devaraj itu betul atau tidak? Berikan alasan.

                b)            Encik Muthu seorang juruteknik di Jabatan Kerja Raya telah bersara wajib pada 20 Januari 1999. Semasa membuat lawatan ke India dalam bulan Mac 1999 beliau telah meninggal dunia dan dikebumikan di India. Bagi maksud untuk menuntut KWSPnya , bagaimanakah warisnya perlu membuktikan kematian pegawai ini?

Thursday, June 12, 2014

Review - Buku Ahmad Ammar




buku ni aku boleh simpulkan menceritakan kisah/keperibadian Ahmad Ammar dikaca mata Ibu,Bapa, Sahabat, guru dan lain-lain lagi...
buku yang boleh bagi kita inspirasi la ...
aku beli buku ni sebab tertanya-tanya apa cerita kat dalam buku ni, sebab aku cuma baca kisah pemuda ni dalam facebook je... tu yang buat aku tergerak nak beli tu...
pada korang2 yang belum beli tu boleh la beli kot..untuk buat inspirasi...
tu je yang boleh aku cakap setakat ni..sebab belum habis baca lagi..


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath Anniversary tickers