Pengskodeng terhebat

Great deal yawww

Friday, May 30, 2014

Ayat Kursi Menjelang Tidur


Abu Hurairah r.a. pernah ditugaskan oleh Rasulullah S.A.W untuk menjaga gudang zakat di bulan Ramadhan. Tiba-tiba muncullah seseorang, lalu mencuri segenggam makanan. Namun kepintaran Hurairah memang patut dipuji, kemudian pencuri itu kemudian berhasil ditangkapnya.

"Akan aku adukan kamu kepada Rasulullah S.A.W," gertak Abu Hurairah.

Bukan main takutnya pencuri itu mendengar ancaman Abu Hurairah, hingga kemudian ia pun merengek-rengek : "Saya ini orang miskin, keluarga tanggungan saya banyak, sementara saya sangat memerlukan makanan."

Maka pencuri itu pun dilepaskan. Bukankah zakat itu pada akhirnya akan diberikan kepada fakir miskin ? Hanya saja, cara memang keliru. Mestinya jangan keliru.Keesokan harinya, Abu Hurairah melaporkan kepada Rasulullah S.A.W. Maka bertanyalah beliau : "Apa yang dilakukan kepada tawananmu semalam, ya Abu Hurairah?"

Ia mengeluh, "Ya Rasulullah, bahawa ia orang miskin, keluarganya banyak dan sangat memerlukan makanan," jawab Abu Hurairah. Lalu diterangkan pula olehnya, bahawa ia kasihan kepada pencuri itu,, lalu dilepaskannya.

"Bohong dia," kata Nabi : "Pada hala nanti malam ia akan datang lagi.

"Kerana Rasulullah S.A.W berkata begitu, maka penjagaannya diperketat, dan kewaspadaan pun ditingkatkan. Dan, benar juga, pencuri itu kembali lagi, lalu mengambil makanan seperti kemarin. Dan kali ini ia pun tertangkap."Akan aku adukan kamu kepada Rasulullah S.A.W," ancam Abu Hurairah, sama seperti kemarin.

Dan pencuri itu pun sekali lagi meminta ampun : "Saya orang miskin, keluarga saya banyak. Saya berjanji esok tidak akan kembali lagi."

Kasihan juga rupanya Abu Hurairah mendengar keluhan orang itu, dan kali ini pun ia kembali dilepaskan. Pada paginya, kejadian itu dilaporkan kepada Rasulullah S.A.W, dan beliau pun bertanya seperti kelmarin. Dan setelah mendapat jawapan yang sama, sekali lagi Rasulullah menegaskan : "Pencuri itu bohong, dan nanti malam ia akan kembali lagi."

Malam itu Abu Hurairah berjaga-jaga dengan kewaspadaan dan kepintaran penuh. Mata, telinga dan perasaannya dipasang baik-baik. Diperhatikannya dengan teliti setiap gerak-geri disekelilingnya sudah dua kali ia dibohongi oleh pencuri. Jika pencuri itu benar-benar datang seperti diperkatakan oleh Rasulullah dan ia berhasil menangkapnya, ia telah bertekad tidak akan melepaskannya sekali lagi. Hatinya sudah tidak sabar lagi menunggu-nunggu datangnya pencuri jahanam itu. Ia kesal. Kenapa pencuri kelmarin itu dilepaskan begitu sahaja sebelum diseret ke hadapan Rasulullah S.A.W ? Kenapa mahu saja ia ditipu olehnya ? "Awas!" katanya dalam hati. "Kali ini tidak akan kuberikan ampun."

Malam semakin larut, jalanan sudah sepi, ketika tiba-tiba muncul sesosok bayangan yang datang menghampiri longgokan makanan yang dia jaga. "Nah, benar juga, ia datang lagi," katanya dalam hati. Dan tidak lama kemudian pencuri itu telah bertekuk lutut di hadapannya dengan wajah ketakutan. Diperhatikannya benar-benar wajah pencuri itu. Ada semacam kepura-puraan pada gerak-gerinya.

"Kali ini kau pastinya kuadukan kepada Rasulullah. Sudah dua kali kau berjanji tidak akan datang lagi ke mari, tapi ternyata kau kembali juga. Lepaskan saya," pencuri itu memohon. Tapi, dari tangan Abu Hurairah yang menggenggam erat-erat dapat difahami, bahawa kali ini ia tidak akan dilepaskan lagi.

Maka dengan rasa putus asa ahirnya pencuri itu berkata : "Lepaskan saya, akan saya ajari tuan beberapa kalimat yang sangat berguna."

"Kalimat-kalimat apakah itu?" Tanya Abu Hurairah dengan rasa ingin tahu.

"Bila tuan hendak tidur, bacalah ayat Kursi : Allaahu laa Ilaaha illaa Huwal-Hayyul Qayyuuumu….. Dan seterusnya sampai akhir ayat. Maka tuan akan selalu dipelihara oleh Allah, dan tidak akan ada syaitan yang berani mendekati tuan sampai pagi."

Maka pencuri itu pun dilepaskan oleh Abu Hurairah. Agaknya naluri keilmuannya lebih menguasai jiwanya sebagai penjaga gudang.Dan keesokan harinya, ia kembali menghadap Rasulullah S.A.W untuk melaporkan pengalamannya yang luar biasa tadi malam. Ada seorang pencuri yang mengajarinya kegunaan ayat Kursi.

"Apa yang dilakukan oleh tawananmu semalam?" tanya Rasul sebelum Abu Hurairah sempat menceritakan segalanya.

"Ia mengajariku beberapa kalimat yang katanya sangat berguna, lalu ia saya lepaskan," jawab Abu Hurairah."

"Kalimat apakah itu?" tanya Nabi.

Katanya : "Kalau kamu tidur, bacalah ayat Kursi : Allaahu laa Ilaaha illaa Huwal-Hayyul Qayyuuumu….. Dan seterusnya sampai akhir ayat.

Dan ia katakan pula : "Jika engkau membaca itu, maka engkau akan selalu dijaga oleh Allah, dan tidak akan didekati syaitan hingga pagi hari."

Menanggapi cerita Abu Hurairah, Nabi S.A.W berkata, "Pencuri itu telah berkata benar, sekalipun sebenarnya ia tetap pendusta."

Kemudian Nabi S.A.W bertanya pula : "Tahukah kamu, siapa sebenarnya pencuri yang bertemu denganmu tiap malam itu?"

"Entahlah." jawab Abu Hurairah.

"Itulah syaitan."


KELEBIHAN AYAT KURSI

Dari Anas bin Malik r.a. berkata, "Rasulullah S.A.W bersabda : Apabila seseorang dari umatku membaca ayat Kursi 12 kali, kemudian dia berwuduk dan mengerjakan solat subuh, nescaya Allah akan menjaganya dari kejahatan syaitan dan darjatnya sama dengan orang yang membaca seluruh al-Qur'an sebanyak tiga kali, dan pada hari kiamat ia akan diberi mahkota dari cahaya yang menyinari semua penghuni dunia."
Berkata Anas bin Malik, "Ya Rasulullah, apakah hendak dibaca setiap hari?"

Sabda Rasulullah S.A.W, " Tidak, cukuplah membacanya pada setiap hari Jumaat."

Umat-umat dahulu hanya sedikit sahaja yang mempercayai rasul-rasul mereka dan itu pun apabila mereka melihat mukjizat secara langsung. Kita sebagai umat Islam tidak boleh ragu-ragu tentang apa yang diterangkan oleh Allah dan Rasul. Janganlah kita ragu-ragu tentang al-Qur'an, hadis dan sunnah Rasul kita. Janganlah kita menjadi seperti umat yang terdahulu yang mana mereka itu lebih suka banyak bertanya dan hendak melihat bukti-bukti terlebih dahulu sebelum mereka beriman.

Setiap satu yang dianjurkan oleh Rasulullah S.A.W kepada kita adalah untuk kebaikan kita sendiri. Rasulullah S.A.W menyuruh kita mengamalkan membaca surah Kursi. Kehebatan ayat ini telah ditearngkan dalam banyak hadis. Kehebatan ayat Kursi ini adalah untuk kita juga, yakni untuk menangkis gangguan syaitan dan kuncu-kuncunya di samping itu kita diberi pahala.

Begitu juga dengan surah al-Falaq, surah Al-Kahfi, surah Yasin dan banyak lagi ayat-ayat al-Qur'an yang mempunyai keistimewaannya. Setiap isi al-Qur'an itu mempunyai kelebihan yang tersendiri. Oleh itu kita umat Islam, janganlah ada sedikit pun keraguan tentang ayat-ayat al-Qur'an, hadis Nabi dan sunnah Baginda S.A.W. Keraguan dan was-was itu datangnya dari syaitan.

copy paste SINI

Thursday, May 29, 2014

Mohon sumbangan untuk adik Izz Rizqi.


Assalamualaikum,

Mohon bantuan sahabat-sahabat bloger sekalian menghulur sumbangan bagi menampung kos pembedahan Adik Izz Rizqi yang mengalami sakit jantung berlubang, salur darah ke badan sempit dan salur injap sempit. Anggaran 50 ribu ringgit Malaysia diperlukan untuk pembedahan itu.

Marilah bersama-sama kita menghulurkan bantuan. Sebarang pertanyaan tentang pembedahan dan sakit baby ini, boleh bertanya kepada Rina Ellisa, maklong kepada baby Izz Rizqi.

Sumbangan ikhlas sepenuh hati bagi membantu baby ini boleh disalurkan kepada ibunya, Nur Atika Rusdan di nombor akaun Maybank 5623 7540 1747.



Untuk baby Izz Rizqi, bertahanlah ye sayang. Awak kuat, tak lama lagi awak akan sihat. Ok?


Tuesday, May 27, 2014

Strawberi nyum2


teringin punya pasal
sekotak kecik sampai 16 hengget...
makan sambil nangis


Monday, May 26, 2014

Happy Birthday Encik Suami



Berchinta dengan Encik Suami lebih kurang 4 tahun lebih, kenal masa zaman study lagi
sejak aku kenal dia, time birthday dia memang tak suka kalau aku buat suprise2 dengan kek ni
ayat selalu die, dia tak biasa celebrate birthday...so tiap2 tahun memang sekadar wish je la...kdg2 belanje makan..

dah kawen baru la aku bagi die hadiah..tahun lepas birthday die pun aku just bagi hadiah PSP aku beli ngan dak ain...
tahun ni pulak aku memang plan nak suprise sikit beli kek...dah plan... birthday die hari rabu, tapi aku plan nak celebrate hari sabtu..pasal aku mintak tolong kakak aku belikan kek n tolong masak..aku nak buat sendiri payah... kalau nak g mana2 dia yang hantarkan...kang x dpt nak suprise2

kek yang dia paksa aku beli

birthday cake suprise...hehe

Anak buah yang teruja potong kek birthday 
yang gugurls tu share tarikh birthday yang sama dengan Encik Suami...
tapi iols tak ingat...kalau tak aku dah suruh kakak aku letak sekali nama die dekat kek...

Selamat Hari Jadi Encik Suami
semoga Panjang Umur
murah Rezeki
Dirahmati Allah
semoga Jodoh Kita Kekal hingga ke Jannah
amiin






Kuiz Medical #1 by Dr. Shikin

nak join Klik Banner ye

Soalan :
1. Medical term bagi pendarahan 
    (11 huruf).
2. Ujian kencing (short form) bagi
     menentukan samada positif. 
     mengandung (3 huruf).
3. Ujian darah (short form) bagi
    menentukan samada terdapat jangkitan.
    kuman dalam darah (3 huruf).
4. First line of treatment bagi pesakit DM
    type 2 (9 huruf). 
5. Medical term bagi jangkitan kuman paru-     paru (9 huruf).
6. Medical term bagi penyakit resdung ( 9.         huruf).

Friday, May 23, 2014

Giveaway RM300 By Blog Pancing Elih



KLIK BANNER UNTUK JOIN

Syarat-syarat penyertaan:

  1. Mestilah mempunyai blog/website dan akaun Google+. 
Tugasanya tersangatlah mudah, nak join sila ikuti langkah-langkah dibawah ini:
  1. Buat satu entry bebas yang bertajuk "Giveaway RM300 By Blog Pancing Elih".
  2. Follow blog ini dan Follow Google+ saya. 
  3. Letakkan banner giveaway diatas. Dan, link kan ke entry ini. 
  4. Jangan lupa tinggalkan link entry anda di ruangan komen dibawah.
Hadiah-Hadiah Giveaway:

Hadiah-hadiah yang bakal dimenangi adalah seperti berikut;
  • Tempat Pertama: 1 X RM100
  • Tempat Kedua: 1 X RM60
  • Tempat Ketiga: 1 X RM40
  • Hadiah Saguhati: 5 X RM20
 
Tarikh tutup penyertaan adalah pada 04 Jun 2014

Wednesday, May 21, 2014

Cara Bedung Baby baru lahir


Kemungkinan besar aku akan berpantang sekejap dekat Selangor , sebelum balik ke pahang
untuk newbie mcm aku ni ,comfirm2 la tak reti nak bedung ke ape...tadi aku google keluar la gambar ni...
so aku nak share dengan korang semua, disamping boleh jadi rujukan untuk aku jugak...
bila google sebenarnya banyak cara yang diajar...tapi kita ambil mana yang mudah je la ye...
sebenarnye apa fungsi bedung ni ye??? dulu makcik2 kat kampung kate kalau tak bedung jalan kengkang...betul ke???



Tuesday, May 20, 2014

Rezeki tu masih ada


minggu lepas2 office aku kena rampok dek .................
semua laci office kena kopak...
pagi-pagi lagi akak office aku wassap kata duit kelab hilang...
dalam kepala aku memang aku dah agak..comfirm la laci kena kopak lagi ni...
sebab dulu dah pernah ada kes...
aku dah la simpan duit dalam laci kat office
duit terdesak aku panggil
duit tu aku guna time2 terdesak...
nanti aku topup balik...
pagi tu pulak aku ade check up...
memang masuk office lambat sikit la..
aku cuma doa je la..kalau rezeki tu aku pnya Insyaallah duit tu tak hilang...
kalau tak aku anggap bukan rezeki aku

sampai office aku cek laci aku dulu..
Alhamdulillah duit tu ada lagi... 
huiiii 150 tu..boleh beli macam2
laci aku dah tak boleh nak tutup dah sebab terkopak habis kat tepi tu...xpe lah
duit singgit aku atas meja pun die tak ambik...maybe perampok tu tak perasan kot..duit orang lain memang habis dikebasnya...dasar perampok..duit syiling pun dia ambik...tapi tak ambik semua..berat nak bawak kot..

32 Weeks- Check up KKIA


Tadi g Check up lagi..tapi kali ni tak jumpa doktor pun...
Nurse aje...
berat badan turun sekilo lebih...boleh pulak gitu???maybe sebab lately ni aku kurang berselera time makan kot.. selera makan jajan2 je..nasi memang kurang...
cek perut....cek heartbeat...
Alhamdulillah semua ok...
lepas tu cucuk ATT kali kedua...

sakit ok...ingat tak first time cucuk aku cakap tak sakit sangat....lenguh pun rasa sikit2 je...
tu la ...hari tu berlagak sangat...cucuk kali kedua ni aku rasa sakit+pedih....
lepas tu tangan lenguhnye lahai... baru aku faham perasaan korang sampai nak tampar2 orang yang langgar bahu tu...huhuhu...lenguh ok..rasa mcm nak sangkut je tangan tu....

lepas tu nurse tegur kaki bengkak sikit...
aku tak pandai tengok...aku rasa ok je kaki aku ni...
kaki aku memang besar kot..
ok dah boleh balik...
lepas tu dah sampai office baru teringat 
urine aku nurse tu belum cek lagi...
urine aku tertinggal atas sinki klinik...
sebakul la kena sumpah seranah jap lagi...
nak buat mcm mane... nk patah balik aku tak de transport...

Checklist Barang baby


Checklist ni sebenarnya aku dapat dari Blogger jugak..tapi dah tak ingat blogger mana
sebab banyak sangat copy and paste...

dah 31 Weeks barang tak complete lagi sebenarnya..patutnya sekarang beg dah prepare dalam kereta kan... aku baju pun tak beli habis lagi...basuh pun belum...hehehe
baju-baju baru aku beli semalam sebenarnya... tu pun dapat 2 3 helai baju je, sebab malas nak berebut2 dengan mommy2 lain dalam expo midvalley tu

yang ni aku dah edit sikit2 ikut apa yang aku rasa perlu dan tak perlu ...so kalau korang nak copy dipersilakan...semua ni aku buat dalam excell sebenarnya ..sebab senang nak kira berapa total duit yang dah keluar....
kalau nak softcopy boleh roger2 aku..nanti aku emailkan...










yang kuning-kuning tu maknanya dah setel..yang putih belum beli lagi..colour pink tu bermaksud beli time pantang nanti pun boleh...kira KIV dulu la..
total tu sebenarnya lebih aku rasa..pasal ada yang tak ingat harga, sebab tak ambil resit..
harap checklist ni membantu korang la ye... 

Monday, May 19, 2014

Sayanggggggg...meh makan meh


kan hari tu aku ada story-story pasal Encik Suami nak bela anak kucing...
dia dah dapat dah anak kucing tu... T__T

masa balik kerja tiba2 Encik Suami kata ada suprise tengok kat belakang
aku jenguk tak nampak pape...
jenguk lagi sekali baru nampak anak kucing
iols suprise sangat....tetibe rasa menyesal bagi dia bela kucing...

comotnye lahai kucing tu...siap lepak atas bantal aku T__T
aku tanya jumpa mana, dia kata kucing kat ladang dia... tapi xjumpe maknye...
tu yang die bawak balik tu...

sampai rumah terus aku suruh encik suami mandikan kucing tu sebab kotor sangat
lepas mandikan Encik Suami bagi makan...
yang aku tak boleh blah boleh pulak dia guna Tupperware aku letak air untuk kucing tu...haihh...macam xde bekas lain...bekas taufu fa kan ade....

malam tu aku dah melingkar dalam bilik, sekali dengar Encik Suami panggil
"sayanngggg...meh makan meh"
aku pun dengan susah payah bangun, keluar dari bilik sambil tanya "makan apa???"

sekali tengok die tengah sediakan makanan untuk kucing dia 
T__T
sambil kucingnye terkedek2 g ke dapur
abang panggil kucing la, g tidur tu...
amboi tak sampai sehari dah ambil alih takhta aku ye ko kucing...

tapi Alhamdulillah la..anak kucing yang Encik Suami bawak balik tu , bukan jenis pengotor...
dah tau tempat buang ooo ot die tu...
time kitorang makan die tak kacau..redha je bila2 ko bagi die makan...kalau lapar pun die mengiau je kat dapur..

tapi satu jela...aku tak suka dia dtg gesel2 kat kaki aku...
Encik Suami aku panggil kucing dia aie.... die tu semua kucing 

Thanks sebab ada 2 3 orang blogger yang nak bagi kucing... thanks neny sebab bg num kakak kucing tu(tapi tak sempat nak call dah dapat kucing) hehehe







31 Weeks - Check up KKIA


Hari Khamis lepas check up lagi...
Jumpa Doktor scan
Still tak nampak Gender...sebab dah besar sangat kot..macam mana nak beli baju ropol2 ni...kalau jumpa baju tu aku asyik la duk pegang baju baby girl...kang beli yang ropol2 kang keluar pulak boy...dah guana nak pakai ropol ngan headband bunga besar bagai...

kedudukan baby ok..
kepala kat bawah, uri kat atas...
baby dah 1.7 kg...
Alhamdulillah
lepas tu doktor tanya nak bersalin kat mana???
terus aku blur...
aku belum decide lagi ni, nak bersalin kat kampung ke kat sini..
aku cakap dengan doktor nanti saya fikir
terus doktor pressure aku "ehhhh, awak jangan main2..awak dah nak masuk 32 weeks...bila2 masa je boleh ni.....buat keputusan sekarang...saya nak faks something (tak ingat doktor sebut apa) ni..kalau bersalin kat kampung saya faks dekat hospital sana...

lagi la aku blur...Encik Suami dah la kat luar...tak reti aku buat keputusan sorang2 ni...
last2 doktor cakap, kalau nak bersalin kat kampung awak kena balik 2 minggu awal ye...

aku pun jawab la yang aku bersalin sini ....
doktor terus refer aku dekat serdang untuk appointment ape ntah... 
aku tak kisah la, kajang ke, serdang ke putrajaya ke... 
sebab kat mana2 pun sama je...
bertabah la aku berpantang sorang-sorang kat rumah nanti...
nasib baik rumah Kak long aku dekat je...
kot tak tau nak buat ape, aku jerit je panggil die nanti..



Friday, May 16, 2014

Genie Bra - PRE ORDER BACTH 2

STICKY POST SEHINGGA 16 MAY 2014

Dulu sebelum pregnant aku dah pernah pakai Genie Bra ni...
Memang Selesa la, sebab tak ada besi apa semua
nak basuh pun senang
sejak-sejak pregnant ni
Saiz dah berubah kan
Bra aku , Avon tak Avon semua dah tak muat
so solution dia memang aku pakai genie bra ni je la
selesa pun selesa
sebelum ni cuma promote2 dalam FB je, 
hari ni baru terfikir nak promote dalam Blog
ehhhhh...ke aku dah pernah promote eh????
kalau korang teringin pakai boleh la order
untuk pembaca blog ni , kalau korang order lebih dari 3 Box aku bagi harga lagi murah ...
cara Order boleh baca kat bawah





PRODUK : 
GENIE BRA RM35 ( 1 SET FOR 3)

PRE ORDER : 
ORDER BESERTA PEMBAYARAN SEBELUM 30 APRIL 2014 (RABU) 10 MALAM

PENGHANTARAN :
7 HARI BEKERJA SELEPAS TARIKH DITUTUP

**SEBARANG KELEWATAN AKAN DIBERITAHU

** SEMUA HARGA TIDAK TERMASUK KOS POSTAGE

POSTAGE :
1-2 ITEM RM7
3-4 ITEMRM9
5-6 ITEM RM12

** harga semenanjung ..sabah sarawak adalah berbeza
** KOS MENGIKUT KUANTITI DAN BERAT

CARA ORDER :
WHATSAPP 016-8965045/
EMAIL: miszsheyla@yahoo.com
NAMA :
ALAMAT:
CONTACT NO :
SIZE & WARNA :

PEMBAYARAN :
MAYBANK & CIMB 

Thursday, May 15, 2014

Birthday Party!!! Let's Party

birthday party la sangat kan...Hari Sabtu baru ni Sahabat telah menginvite untuk ke rumah...
dia buat makan-makan sikit sempena birthday anak die kat putrajaya
Sebut makan-makan harus lah aku datang kan....
kebetulan pulak ramai ex2 officemate nak datang...
dah lama tak jumpa diorang...
boleh la kita tumpang birthday anak orang untuk buat reunion...
gitew kaedahnye...
ni la kawan2 office lame iols... 
stress sama-sama, ngumpat sama-sama, makan sama-sama... citer problem sama-sama, walaupun tau problem tu tak boleh nak solve pun... rindu aihhh..ni sebahagiannye je...
lepas makan 2 mangkuk bihun sup +  tembikai aku dah bersandar kekenyangan


yang baju pink tu mak pengantin
yang pakai crown tu la pengantinnye (birthday girl)
  
ni dak rayyan sedang scan perut aku....
  

ehhh..rayyan masih lagi scan perut aku....tak pasan lak bila dia pegang 

Balik tu dalam kereta Encik Suami aku cakap
" nape tak amik kek upin ipin untuk dia???"
T__T


lepas tu hari-hari dia duk zikir dengan aku nak makan kek
nak kek
nak kek
T__T
nasib baik semalam dah makan
beli sebijik terus

cerita pasal beli kek semalam pun dah boleh buat satu entry... tapi masih fikir nak cerita ke tak...
pasal ada rahsia disebalik kejadian itu...huhuhu..


**Kepada Zara Alisha semoga jadi anak yang solehah..
semoga panjang umur, murah rezeki....amiin



IKLAN JAP



Monday, May 12, 2014

Sakit kepala sampai ke rahang rasa lenguh

semalam sakit kepala sejak dari tengahari...ni semua gara-gara tido petang semalam...
bangun je terus denyut-denyut kepala...
sampai sakit rahang aku rasa ...
malam tu muntah ntah sebab apa... T__T
malam tadi tak dapat tidur....
perut lapar la... bangun makan buah jambu
masuk bilik try tido
lapar lagi...
keluar buat air enfamama coklat....
dah minum masuk tidur balik
tetap tak boleh tidur
bukak hp... cari game sodoku...
perghhhh tetap tak boleh tidur....
cuba baca-baca Al-fatihah banyak2 kali
tak sampai 5 kali baca kot aku dah terlelap....
baby pulak aktif main kalau time aku tak gerak...
hiiiiiii.. main la puas2 ...
tak sabar nak peluk awak nanti...

Thursday, May 8, 2014

30 Weeks ~ Check up KKIA


Tadi check up ..Alhamdulillah HB dah naik 12... yahuuuuuuu
berat makin bertambah ....lagi 2 kilo naik... boooooooo sama itu penimbang
aku syak penimbang kat klinik tu rosak...
cek perut ape semua, 

Nurse tegur kaki bengkak..awak banyak drive ke??? eh tak de lah nurse..bukan saya drive pun...tapi saya la tukang tekan break kereta tiap kali husband drive.....nak2 kalau lalu selekoh...2 2 belah kaki tekan break...dah nak haus dah lantai kete tu.... T__T

Nurse tekan2 perut cari kepala baby, sebab nak dengar heartbeat...
Nurse kata berat baby lebih kurang 2 kilo...
dia ukur guna tangan je ok...
satu tapak tangan makna 1 kilo, katanya....
aku angguk je la...
perut aku mungkin dah besar lagi sikit kot...sebab semalam aku lalu tepi mesin basuh rumah tu muat lagi...hari ni lalu dah tak muat...kena adjust betul2 baru boleh lalu..
semalam baju aku sehelai pun dah ketat sikit kat perut...kena beli yang lain ni
makan makin selera... baru lepas cuci tangan tak sampai 5 minit , aku dah lapar balik... T__T
aiskrim dah jadi kewajipan setiap hari...
nak2 cuaca tengah panas sekarang
minggu depan kena g klinik lagi...
jumpa doktor dengan pakat zat makanan pulak...



Suprise tak jadi


Kan aku cerita aku beli jam dari zalora hari tu, Jam tu kan aku nak bagi Encik Suami,...ingat nak surprise la kononnye… nak balut-balut sikit…parcel dari zalora sampai terus aku simpan dalam beg, so handbag aku dah comfirm2 kembung…masuk kereta encik suami terus serkap jarang, beli barang ape pulak ni? (suka sangat beli online skang)
 Aku dah tentu2 la kate xde pape kan…kata nak buat suprise
Biasa kalau aku beli pape, masuk je kereta terus aku tunjuk kat dia barang yang aku beli tu,
 ni aku sorok2 dengan beg kembungnye, dari situ timbul syak wasangka dia… dia bajet aku beli produk2 kuruskan badan.. T__T

Balik rumah pulak aku terus bawak masuk beg dalam bilik, biasa aku campak kat sofa dulu…masa aku tengah sibuk2 masak terus dia selongkar beg aku…ambil parcel terus koyak plastic, lepas tu tiba-tiba jerit yeyeyeyeyyeyeyyeyyeyeyeeeee…….spoil sangat…tak sempat aku nak wrap… T__T nak buat surprise
….
Hangin je aku..tapi tak boleh nak marah sebab tengok dia happy….lepas tu boleh pulak request birthday dia nanti dia nak hadiah lain… jam tu tak kira dah, sebab dia dah tau…amboiiiiii..ingat aku gaji puluh ribu ke nak beli 2 3 adiah…
kemain rakus lagi dia bukak parcel dari Zalora 


idok la mahal mana... tapi pada aku yang super duper kedekut ni..harga lebih dari RM 50 aku consider mahal dah la... hikhok...


iklan jap



Wednesday, May 7, 2014

Antenatal Class Hospital Pakar An-Nur Bangi @ Amani Hotel


Ahad lepas 4/5 aku join ngan Encik Suami kelas antenatal anjuran Hospital An-Nur…sebenarnya dah lama aku usha pasal kelas ni, baca blog mommy2, tapi baru tergerak hati la nak join…Hospital Kerajaan pun ada jugak buat tanpa bayaran, tapi nak booking tarikhnye punyelah payah…

Aku usha 2 3 hospital jugak, tapi aku rasa An-Nur paling murah..
Walaupun ada kawan Encik Suami kata membazir je….benda-benda ni boleh belajar dari mak kat kampung aje… tapi tetaplah aku ngan Encik Suami nak join… Yela, tak kan aku nak tanye mak aku, macam mana proses bersalin, apa yang aku kena buat….nak menyusu macam mana.... aku malu weh nak tanya mak aku...
untuk first time macam aku ni, macam-macam benda yang aku tak tahu....

Dengan bayaran sebanyak RM 60.00 sahaja untuk join kelas ni, boleh bawak pasangan sekali, makan , minum disediakan…paling best dapat goodies bag….holoh-holoh…….suke sangat…
Kelas hari tu dibuat di Hotel Amani, pagi-pagi g daftar dulu, lepas tu sarapan disediakan kat kedai sebelah..perut dah kenyang terus naik ke kelas…
ni jadualnye ye... tapi nama Dr aku dah lupe..pasal jadual ntah aku campak kat mana

8.15 am - Registration & Breakfast @ Nasi Ulam
9.00 am - Islamic Practice in Welcoming Newborn 
by Ustazah .... tak ingat nama
9.30 am - Normal Labour and Instruments Delivery(sepatutnya Dr Fatimah, tapi diganti dengan DR Wan)

10.30 am- Delivery Without Pain 
by Dr tak ingat jugak 11.30 am - Nutrition During Pregnancy by Enfamama
11.50 am- Important of Early Feeding, Brest Feeding 
by Jasmeen Tay Abdullah, susuibu.com
12.50 pm - The Miracle of Stem Cell 
by Wan Jaswani, Stem Live Berhad
1.00 pm - Lunch & Zohor Prayer
2.15 pm - Preparation for Labour, Husband's Role in Labour & Delivery, What to Expect on Addmission and Pain Management 
by Ms. Jennifer Hor, Jenlia Maternity Centre
4.00 pm - Exercise During Pregnancy: Pelvic, Breathing, Relaxation and Massage During Labour 
by Ms. Jennifer Hor, Jenlia Maternity Centre
5.00 pm - Care of Mother Post Delivery 
by Ms. Jennifer Hor, Jenlia Maternity Centre 


serius cakap banyak yang kita boleh dapat kalau join antenatal class ni..yang bagi talk semua dari pakar-pakar... walaupun aku akan bersalin dekat hospital kerajaan, tapi tak salah kita pergi ambil ilmu...

 aku paling suka talk pasal penyusuan tu...
sebab penceramahnya sangat la open.. sempat lagi melaser suami..siap sound lagi pada suami jangan beli breast pump yang murah..sakit ko tau tak, ko tak rasa sebab ko tak ada...

lagi satu aku suka time senaman...
time ni la dia ajar macam mana teknik bernafas time kita tengah sakit tu, dengan teknik yang betul kita boleh kurangkan at least 30% rasa sakit tu...eh ke 3%??? ntah la...dah lupa
Encik suami pun diajar sekali teknik pernafasan....
harap dia tak lupa la bila tiba masanya nanti

lagi satu aku berminat pasal stemcell tu..tapi aku x dapat nak register la, sebab aku berkemungkinan bersalin dekat kampung..
hospital kerajaan yang ada private wing sahaja yang boleh collect darah tali pusat dan tali pusat baby

Hospital kerajaan lain xboleh kot... 
Sob2...sedih sebab banyak benefit yang kita boleh dapat dengan stem cell ni...
darah tali pusat tu boleh selamatkan banyak nyawa tau...adik bradik, atuk nenek... 
yang pasti dibenarkan dalam islam, 

best dapat banyak goodie bag


perasa coklat dia sedap



ada buku untuk panduan kita



cryocord - kalau korang ada duit lebih dan bersalin di hospital swasta or gov hospital yang ada private wing boleh la apply... tak rugi...
ini antara artikel berkenaan cyrocord
hari tu siapa yang daftar dapat free stroller ngan car seat..





buku panduan ni je yang aku beli..dengan harga 10 hengget...

oh ..lupe nak cerita ...aku register untuk kelas ni melalui FB
aku tak call pun...semua aku PM je...call ntah dapat ntah tak
lepas bayar attach resit
bagi nama aku and num telefon
lepas tu diorang bagi jadual siap2
macam aku, sepatutnya kelas dekat masjid Al hasanah bangi tu, tapi sebelum kelas tu staff Annur call bagitau tempat dah ubah...buat dekat Hotel Amani pulak..dekat area situ2 jugak...

nak free pun boleh..hospital serdang dengan hospital putrajaya pun buat jugak...
tapi aku tak pasti pulak macam mana nak book..




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...