Pengskodeng terhebat

Great deal yawww

Wednesday, April 30, 2014

Genie Bra - Pre Order CLOSED

Terima Kasih pada semua yang telah Order 
Barang akan dihantar secepat mungkin
aku tak sure customer dari blog atau FB..
tapi apa-apa pun terima kasih semua...
Lepas setel aku pos semua barang aku akan bukak untuk Pre Order lagi...
Terima Kasih semua

Esok Cuti Yeayyyy!!!!


aku lupe bahawasanya esok adalah 1 Mei
aku jugak lupa bahawasanya 1 mei adalah cuti umum
yeayyyy cuti....
tu je nak cakap
yeayyyyyyyy
cutiiiiiii

aku lebih suka update cerita dalam blog berbanding FB, FB macam terlalu public
blog rasa macam safe sikit nak story2...walaupun blog pun tetap semua orang boleh baca...

Genie Bra - PRE ORDER


STICKY POST SEHINGGA 30 APRIL 2014

Dulu sebelum pregnant aku dah pernah pakai Genie Bra ni...
Memang Selesa la, sebab tak ada besi apa semua
nak basuh pun senang
sejak-sejak pregnant ni
Saiz dah berubah kan
Bra aku , Avon tak Avon semua dah tak muat
so solution dia memang aku pakai genie bra ni je la
selesa pun selesa
sebelum ni cuma promote2 dalam FB je, 
hari ni baru terfikir nak promote dalam Blog
ehhhhh...ke aku dah pernah promote eh????
kalau korang teringin pakai boleh la order
untuk pembaca blog ni , kalau korang order lebih dari 3 Box aku bagi harga lagi murah ...
cara Order boleh baca kat bawah





PRODUK : 
GENIE BRA RM35 ( 1 SET FOR 3)

PRE ORDER : 
ORDER BESERTA PEMBAYARAN SEBELUM 30 APRIL 2014 (RABU) 10 MALAM

PENGHANTARAN :
7 HARI BEKERJA SELEPAS TARIKH DITUTUP

**SEBARANG KELEWATAN AKAN DIBERITAHU

** SEMUA HARGA TIDAK TERMASUK KOS POSTAGE

POSTAGE :
1-2 ITEM RM7
3-4 ITEMRM9
5-6 ITEM RM12

** harga semenanjung ..sabah sarawak adalah berbeza
** KOS MENGIKUT KUANTITI DAN BERAT

CARA ORDER :
WHATSAPP 016-8965045/
EMAIL: miszsheyla@yahoo.com
NAMA :
ALAMAT:
CONTACT NO :
SIZE & WARNA :

PEMBAYARAN :
MAYBANK & CIMB 

29 Weeks ~ macam tu eh rasanya bila baby pusing


semalam dalam pukul 9.30 macam tu aku ngah Encik Suami dah terbongkang dua-dua tidur
aku penat + mengantuk sangat2...
Encik Suami pulak boring tengok tv sorang-sorang pun join aku tidur
dalam pukul 1.30 aku terbangun 
sebab rasa baby menendang2
bangun jap g toilet 
ingat nak sambung tidur, tapi aku mengiring ke kiri dia menendang ke kiri, mngiring ke kanan dia main kat belah kanan...
mata jadi segar, perut rasa geli2 sikit...
lepas tu rasa macam ada satu gerakan besar...
"oooooo macam tu ke rasa dia berpusing??? dia pusing ke tu??"
"lepas tu rasa mengeras kat belah kiri perut
"ehhh....ni kepala ke montot dia"
excited jugak la aku, sebab biasa dia kick2 je, aku tak tahu macam mana rasa bila dia pusing ke apa..

ntah pukul berapa aku tertidur balik 
time tu baby gerak2 pun aku dah tak boleh nk layan..mata tutup terus...

tak cukup tidur??? memang......berbaloi rasa
 rezeki Allah bagi pada aku..
aku syukur sangat2...
pengalaman paling best aku rasa...

pagi biasanya pukul 6.30 baby akan aktif 
tapi pagi tadi gerak2 macam tu je...
dalam kereta OTW g kerja
encik suami kuatkan radio
sekali baby Kick kuat2
"amboiiiii marah benor orang kacau tidur die"
terus encik suami slow kan radio
lepas tu dia sambung tido agaknye...






Mee cina a.k.a Pan Mee



ingat nak buat wordless tapi memang tak de less nye kalau menaip...
kompem nak type berjela-jela jugak...
aku rasa kebanyakkan korang kenal dan pernah makan kot mee cina ni
dulu masa kecik2 kakak aku selalu buat..
first time makan terus suka...
rasa hari2 nak suruh kakak aku buat...

hari tu tiba-tiba teringin makan mee cina
terus whatsapp kakak aku mintak resepi....
sebab aku tak pernah masak benda alah ni
paling rajin pun aku tolong diorang gelek tepung je dulu
dia ulii mcm mana aku tak tahu la plak kan...

esoknya terus Encik Suami beli bahan2 sebab dia tak pernah makan n eksaited nak rasa
aku buat macam tak jadi sangat...
bila makan tu tak ada rasa feel macam kecik2 dulu...

Encik Suami aku terus snap gambar hantar Whatsapp kat adik beradik aku
kakak aku kate macam lain je rupa dia...
holoh, jangan kata rupa, rasa pun tak berapa ada, tpi sedap la jugak, bukan tak sedap tau, 
rasa dia je tak sama...

esoknya kakak aku whatsapp gambar mee cina yang die buat...
cisssss... menyampah tol....
aku suruh hantar , masing2 malas nak hantar...nak g rumah die dah lewat sangat...
menguji betul....

weekendnya adik aku datang rumah
terus aku kerah suruh buat mee cina...
kahkahkahkah
berpeluh-peluh la dak ina menguli tepung kat dapur, sementara aku goyang2 kaki arah itu ini....
bengkek je adik aku...
tiap kali datang rumah aku Comfirm kena masak....hakhakhak

macam gini la rupanya... kuah tu pekat sebab letak tepung lebih sikit, baru umphhh rasa dia..





Tuesday, April 29, 2014

Mengandung Boleh ke Naik Flight ~ Takut naik Flight

Semalam birthday MIL aku, 
aku tak tahu pun,Encik Suami pun tak ingat... Mujurla adik ipar aku sms Encik Suami 
"jangan lupa hari ni birthday mak"
saling ingat mengingati gitu kaedahnya...
Malamnye kitorang call MIL wish birthday ape semua, dan aku dah tentu2nya tak faham sepatah haram ape yang Encik Suami aku borak....
lepas ni kena ambik kelas belajar bahasa Sarawak
senang sikit nak menyampuk kan...

bulan 5 biasa MIL balik Sarawak...
Encik Suami aku tanya nak ikut tak...
ikut hati memang nak ikut
tapiiiiiiiiiii boleh ke aku ni naik flight????
dah 7 bulan macam  ni boleh lagi ke???
aku rasa lepas je kot kalau ada surat doktor.. tapi aku yg tak berani
aku dah google banyak jugak mommy2 yang travel naik flight sebenarnya

ni yang aku cilok dari blogger shakinafarhan


Air Asia
*Perempuan hamil dari awal kehamilan sehingga 27minggu (termasuk 27minggu) kena sign liability statement yang mana ada 3 copy, satu masa nak boarding, satu bagi dekat flight attendant & satu lagi copy kita pegang. Bila masa nak sign? Masa tengah check in @ masa tunggu nak boarding. Tapi kalau perut kecik, pakai plak seluar jeans, boleh la terlepas tanpa disoal atau kena sign apa-apa. hahaha.

*Perempuan hamil dari 28 minggu sehingga 34 minggu (termasuk 34minggu) kena bawak surat dari doktor yang menyatakan anda hamil berapa minggu & anda tiada complication serta boleh dibawak terbang ke mana-mana. Yang ni pun kena sign liability statement seperti di atas.

*Perempuan hamil dari 35minggu ke atas tidak dibenarkan menaiki flight. Tapi doktor Clarence yang check up kina sekarang cakap Air Asia 32 minggu dah tak boleh sebenarnya. Confuse part ni je la. Kalau ikut policy Air Asia sampai 34minggu boleh naik lagi.

Malaysia Airlines
*Tidak dibenarkan/tidak digalakkan untuk menaiki flight. 

  • Selepas 32 minggu bagi multiple pregnancy (kembar)
  • Selepas 35 minggu bagi penerbangan international.
  • Selepas 36 minggu bagi penerbangan domestik (dalam Malaysia).
  • 7 hari selepas bersalin

*tak pe lah..tunggu bulan 12 la Encik Suami....boleh jalan2 , skang nak jalan lama sikit dah mengah...

Monday, April 28, 2014

Sengkuang Calit


Baru tahun lepas kot aku tau kewujudan makanan ni
serius tak pernah dengar, makan, rasa apatah lagi membayangkan keadaannya
sebab tak pernah makan, tak ada la pulak aku teringin nak membelinya
minggu lepas dekat pasar malam Presint 2 ni tiba-tiba Encik Suami singgah beli

Encik Suami kata kecik2 dulu dia pernah makan, tapi dia dah lupa rasa dia macam mana..
gitu kaedahnya...
dah beli tu masuk kereta terus makan
Encik Suami kata sedap...
teringat masa dia kecik2 dulu (nostalgia sangat)
aku pun try la sekeping..ohh boleh tahan gak rasanya...
sedap sebab rangup kot sengkuangnya...

pada yang tak kenal sengkuang calit ni gambarnya
gambar ihsan google...

rasa dia boleh la...
makanan ni asal mana ea????apasal aku tak pernah tau pun ada makanan ni...
kecik2 dulu aku kenal satay ikan aje.... skang satay ikan pun dah mahal...


Plan asyik tak jadi


sepatutnya weekend ni kitorang balik JB..sebab dah lama x balik JB...
tapi pagi2 sabtu tu Encik Suami kate tak jadi balik
sebab ada hal...
so Plan nak g jalan-jalan dekat the mines...
(dalam kepala otak aku dah plan macam2 nak kemane2, nk makan apa)
dah gerak g the mines dah sampai fly over dekat KTM serdang tu boleh plak Celcom call suh bayar bil T_T
dekat the mines tak ade Celcom Centre budak tu cakap, paling dekat Kajang( cari centre sebab Encik Suami nk terminated Bil)
Cancel lak g the mines, g jelajah sg chua cari celcom centre .... 

sebab dia nampak muncung aku dah sedepa, dia ajak g makan dekat wong solo...(dalam kepala otak dah plan nak order ayam penyet + air mangga+ cah brokoli)
okeh menu menyelerakan  muncung masuk balik...
sampai wong solo pulak Full house... T__T
cancel makan dekat wong solo

pergi Abdullah Chan, nasib ada meja kosong ,
order wantan mee (tak sedap) dengan ribena laici
makan ala kadar sebab mee rasa kicap semata-mata...
habiskan air tinggal laici tergolek2 dalam gelas, g toilet kejap sebab tangki penuh sangat, (toilet sangat bersih kedai ni)
balik dari toilet tengok meja dah clear...
Encik Suami dah tunggu kat kereta 
menjerit aku dalam hati , sebab laici tu aku belum makan lagi T__T
masuk kereta terus aku bising kata belum makan laici lagi...

Lepas tu Encik Suami kata moh la kite pergi putrajaya, ada karnival metro ke ape ntah kat presint 2...
pergi la sana jap, dengan panas teriknya, aku tak tahan...sekali pusing aku terus ajak balik, serius aku penat..
dah la makan pun ala kadar je tadi kan...
tu la cerita hari sabtu aku, semua benda tak jadi...
cissssssss

Hari Ahad pulak plan nak ke Gombak tengok abang sepupu aku 
tapi K.long aku ajak g keduri sedara dia pulak ...Husband dia kerja tak dapat g..
kesian pulak, g la kenduri...dah lama tak makan lauk kenduri
balik tu kawan aku call, ajak jumpa kat Alamanda pukul 5...okeh ade lagi 2 jam sempat tido dulu
lepas tu tido (balik dari kenduri memang ngantuk gile kan)
pukul 6 lebih baru bangun T_T
tak jadi g  Alamanda....
ohhhh baru plan nak makan nasi ayam T__T
plan asyik tak jadi jeeeeee....
tu la orang kata kita hanya merancang ......


Friday, April 25, 2014

Check Up 28 Weeks - Cucuk ATT kali pertama



Hari tu Nurse dah bagitau siap2,untuk next check up kena cucuk ATT
suntikan ATT ni bermaksud (ANTI TETANUS) atau Kancing Gigi
bagi yang tak tahu la ye...
sebelum kena cucuk harus la aku google dulu pengalaman orang kan
sakit ke idok...
kebanyakkan nya kata sakit , lepas kena cucuk lenguh gila tak boleh buat kerja sangat
aku pun fikir positif je la...kalau sakit , sakit la....
nak buat macam mana, nak tak nak kena hadap jugak...
untuk kehamilan kali pertama kena 2 kali cucuk
kalau yang kedua , ketiga sekali je kena cucuk

Semalam ke KKIA untuk check up macam biasa
Agaknye semalam hari gaji , Nurse semua peramah gila...
biasa pun peramah, tapi semalam lagi double peramah...hehehe
pagi-pagi macam biasa cek BSP dulu
Alhamdulillah bacaan Normal...
berat naik lagi T__T (tabah la berdiet lepas ni)
HB nurse tak cek pun sebab dah ok...
Sticker pada buku merah dah tukar dari kuning ke Hijau balik 
Lepas ukur perut dengan Heartbeat Baby terus g ambil suntikan ATT
dah cucuk , xde la sakit mana pun rupanya...
lenguh sikit la... tapi aku rasa tak lenguh sangat
ok setel semua, balik office

Balik keje semalam, tiba2 Encik Suami kata Klinik Call dia
Nurse Suruh aku datang Klinik Doktor nak jumpa
korang boleh bayangkan sepanjang malam aku cuak memikirkan kenapa, kenapa dan kenapa
sebab aku 2 3 kali ambil darah,
aku memang ingat doktor nak jumpe sebab result dah ada...
aku risau sebab aku ada buat ujian thalassemia sebab HB aku tak pernah naik2 dulu...
aku memang harap sangat bukan yang tu..
Pagi tadi pergi Klinik dengan perasaan yang berdebar-debar
sampai klinik bagi Nurse buku merah aku, terus Nurse suruh masuk jumpa Doktor
nervous ko jumpe doktor...

rupanya Doktor Cek bacaan BSP aku je... T__T
sia-sia aku berdebar2
"bacaan BSP awak ni cantik...
nanti 3 minggu lagi baru buat next BSP.. ok tu saje, awak boleh balik"

baik lah doktor...







Thursday, April 24, 2014

Cepat sangat Panik kot..


Kita kan dah start kira pergerakan baby
hari First kira memang aktif gile...
pukul 12 lebih macam tu dah cukup 10 kali gerak
kebiasaannya pukul 6.30 pagi dia dah start gerak....

hari kedua kiraan
pagi tu aku rasa baby macam tak gerak...
sampai office pun tak rasa tendang ke ape
aku pun macam biasa la, tanya doktor google...
mengadu kat akak office
tanya macam mana 
akak office kate rileks...
awal lagi, maybe die tido kot...
dlm pukul 11 lebih baru rasa gerak sikit..tapi slow sangat
aku dah risau, sebab Nurse pesan kalau x cukup 10 kena g hospital..
baca pulak pengalaman orang
buat aku jadi negatif lepas tu positif balik
sebab pengalaman orang macam2 kan...
tapi dah call Encik Suami ngadu2 <---ngade sangat
Encik suami kate kalo pukul 2 tak rasa dia kick kite g klinik dulu scan tengok...
aku pun ok la...
letak telefon  sambung google baca pengalaman orang...
lepas tu bukak AG punya website sebab nak cek slip gaji
lepas tu call balik Encik Suami bagitau elaun die masyukkk
sekali tengah bercakap tu 
pang dia menendang..
aku terus lega gila....

masa mkn pun aku rasa dia bergerak...
Alhamdulillah dah tak risau
tapi memang hari tu dia gerak slow je rasa tak macam biasa, guna siku + lutut untuk gerak2
start dari pukul 7 malam baru dia aktif berkickboxing guna siku + lutut (aku rasa la, sebab tajam je rasa) sampai pukul 1.00 pagi 


pstt * menurut pembacaan aku kita jangan main tick aje pergerakan dalam buku asal cukup 10 padahal sebenarnye tak kira betul2... penting tau benda ni




Monday, April 21, 2014

Cara check tracking Number sendiri


sekarang kan semua zaman online..
semua nak online aje kan...
shopping pun sambil goyang-goyang kaki kaedahnye...
tapi walaupun dah selalu shopping online tak dinafikan ada, sorang dua customer yang tak pandai cek tracking num sendiri, untuk tahu barang dia kat dah ada kat mana...
hari ni ahkak nak tunjuk step2 cara untuk cek online menggunakan EFT number yang penjual online bagi...

biasa customer kita , walaupun dah bagi EFT number pun still tanya jugak, barang dah pos belum , dah kat mana.... tapi setakat ni kita boleh tolong cek lagi la kan...alaaa customer kita pun bukannya ramai sampai beratus sehari...tapi kalau kat luar lambat sikit la kita tolong cek...

tapi ada jugak kita bagi tracking number, barang tak sampai2 lagi ,tuduh kita menipu (tak pernah terjadi lagi setakat ni, alhamdulillah)
ada jugak bila kita tak sempat nak cek online, kita mintak dia call poslaju sendiri cek , dia kate orang Pos laju kate num tu x valid T___T.... tak tahu salah siapa yang ni...mungkin staff poslaju tu yg slh, or customer salah baca number...
tapi kita cuak jugak la kan...sebab nya berniaga atas talian ni, kepercayaan pelanggan tu yang penting
kalau dah macam tu,mesti kepercayaan tu jadi tercalar sikit kan...
jangan kata orang lain, kalau aku pun yang kena aku cuak...
dah call Pos laju tiba2 number EFT tak valid...
so hari ni meh ahkak share cara cek tracking Num

*UPDATE
LINK BAWAH NI LINK LAMA DAN CARA CHECK PUN YANG DAH LAMA

mula-mula korang klik sini

http://www.pos.com.my/pos/appl/service/sub_poslaju.asp

NI LINK BARU

http://www.poslaju.com.my/track-trace/

WEBSITE DIE PUN DAH BERUBAH
THANKS PADA YANG MENEGUR

dia akan keluar gambar seperti dibawah
masukkan tracking number yang korang dapat dalam kotak yang disediakan...
lepas tu klik kotak merah yang tulis perkataan TRACK tu


nanti dia keluar macam ni ye tuan-tuan dan puan-puan,
kalau nak tahu lebih detail berkenaan parcel tu klik pada tracking number tersebut..


tadaaaaa...dia akan keluar macam ni
detail
bila parcel tu dihantar
parcel tu dah sampai mana
siap ada masa lagi yang direkodkan...


senang je kan??? lepas ni boleh la kita check parcel kita dah kat mana....
penjual online pun dah tak boleh nak tipu2 kita lagi...



28 Weeks - Kira Pergerakan Bayi


hari ni start kira berapa kali baby gerak a.k.a tendang2
kalau ikutkan dari pukul 9 tadi dah 5 kali baby menendang...
tapi tendang2 gitu je, dia kuis2 kadang slow kadang kuat, orang kata kalau dia sedu tu tak kira gerakan...
ehhhhh... macam mana nak tau dia sedu ke dia tendang?????
ni hasil dari carian google tadi ye...
moga ada mommy2 yang blur macam aku boleh buat rujukan...
tapi dah baca pun aku stil blur jugak.


Mari berkogsi:
  • Pergerakan bayi di kira pada jam 9.00 hingga 9.00 malam. Tempoh di beri selama 12 jam. 
  • Pengiraan bermula apabila bayi mula membuat pergerakan, gerak, gerak,gerak dan gerak. Bermakna dia menendanglebih dari 2x dalam 1 masa. Kemudian dia berhenti. Peregerakan tadi dikira 1x.
  • Kemuadian bayi akan mula bergerak lagi, mungkin berbeza, terasa bahagian kiri atau kanan perut menjol, dalam beberapa saat dan kembali pulih. (waktu ini kita akan merasa sedikit sakit akibat pergerakan bayi tadi) Pergerakan kali ke-2 akan dikira 2x. 
  • Dan seterusnya,.. mungkin berbeza rasa, waktu, pengalaman dan pergerakan bayi. (hanya kita yang tahu rasanya bila ada sesuatu yang sedang bergerak-gerak dalam perut kita.
  • Mulalah mengira sehingga cukup 10x pergerakan dalam tempoh 12 jam tadi. Sekiranya merasakan bayi memang tidak bergerak, mungkin dia bergerak tapi tak cukup 10x, sebagai contoh dari jam 9.00 pagi aktif tetapi selepas itu bayi tidak bergerak lagi sehingga jam 9.00 malam. Haruslah ke hospital dengan segera.

pstt** tengah blur2 sekali dia buat gerakan menyeret dari pusat sampai ke bawah perut..senak oihhhh... tapi happy....dah boleh tick kira 1 gerakan la kan???

macam mana rasa dia kalau baby sedu sedan???Serius aku tak faham yang ni

Psiko lebih..


sebelum kahwin lagi muka aku memang jenis yang problem
jerawat selalu ada..
sejak pregnant pulak , makin teruk rasanya kulit aku ni,
dengan jerawat dah buat kawasan setinggan kat muka aku, kulit kering lagi, dengan kusamnye lagi
dengan kering tepi bibirnya lagi(dah macam air liur basi aku tengok)
tapi serius aku takut nak makan suplement ke ape...
aku stop makan vitamin c, stop makan vco jap...
ESP shaklee yang kawan aku bagi masa aku pregnant pun aku xpernah sentuh lagi...
serius aku takut nak makan 

aku cuma makan iberet folic je sekarang ni, 
sebab nak naikkan HB
walaupun hati meronta2 nak makan ESP tu untuk bagi tenaga + kulit cantik (ikut testimoni orang) tapi tetap aku tahan perasaan tu
tengok orang makan Ephyra pun lahaaiii naknye la try
vitamin c pun aku tak makan (psiko gile) walaupun doktor kate lagi elok makan vit c time pregnant 
pencuci muka pun aku takut pakai
sebab ada orang kata elakkan pakai bahan2 kimia
make up pun takut, (tapi pakai jugak bedak)
nak pakai mask pun takut koooo 
kadang-kadang bila doktor kata boleh pun aku ragu dengan kenyataan doktor tu...
boleh gitu??? ilmu kau lagi tinggi dari doktor kaedahnye

ni la padahnye asyik cari jawapan doktor google.. T__T semua benda jadi meragukan...
ke aku yang psiko lebih??

Friday, April 18, 2014

Doa dan terus berdoa


semalam Encik Suami call mak dia
borak2 sambil gelak-gelak..
aku of course la tak faham apa yang diorang borak..
kalau bahasa Melayu Sarawak aku boleh tangkap lagi isi perbualan nye 
dah kalau bahasa Iban memang kelaut la, memang aku tak faham
yang aku faham
makan
kat mana
cam tu jela
lepas tu Encik Suami tukar TV 9

aku terus jeling sebab dah kacau aku tengok drama kan...
"nape alih siaran??"

"saja nak tengok , sebab mak kata dia tengah tengok yang ni"
tergamam aku, aku tak berani nak tanya lebih2
lepas tu Encik Suami sambung
"kot hati dia dah terbukak sikit nak masuk Islam"
"tak apa lah, kita doakan "

lepas tu masing-masing diam tengok tv
terus tak berani mintak dia alih siaran


aku tak ingat tajuk ape program tu, tapi dia cerita pasal islam, pasal qada' dan qadar






Wednesday, April 16, 2014

Maluuuuu


nak ambik gambar tadi
godek2 hp untuk silentkan
takut bila ambil gambar satu office dengar
biasa hp kalau kita dah buat silent automatik camera pun x bunyi kan???
hp silent ~Done
camera ready
capture
cikettttttttt<----bunyi camera satu bangunan boleh dengar
cepat2 tutup speaker...
T___T
iols is maluuuuu

psttt** bukan ambil gambar selfie tau..zaman selfie aku dah habis bertahun yang lalu...

Janji dicapati T__T ,


ada sorang ahkak ni, selalu datang office aku 
tiap kali datang memang dia akan jumpa aku, (pasal kerja)
selalu la borak2
sekali dia cerita pasal kucing dia beranak 3 ekor, dia nak bagi kat orang, bagi je dia tak jual pun..asal orang tu sanggup jaga betul2... sebab dia tak terjaga, dah banyak sangat kucing...kucing parsi lak tu
aku memang x suka dengan kucing. tapi aku kesian kan dengan Encik Suami yang suka sangat dengan kucing
banyak kali dia pujuk2 aku nak bela kucing seekor kat rumah
tapi tak pernah aku layan.....
bukan ape, rumah aku tu kecik, rumah flat je kot.. kang kencing berak, satu rumah berbau

Tapi, untuk birthday dia yang akan datang memang aku ingat nak belikan Encik Suami anak kucing 
kebetulan pulak akak tu nak bagi kat orang , terus aku mintak
akak tu kate ok, tapi aku kena ambik tiga-tiga ekor..
aku tak nak la..aku kata nak seekor aje, sebab takut tak terjaga pulak... 
biar le seekor aje...
akak tu beria-ria suruh aku ambik 3-3 ekor kucing dia...
aku cakap dekat akak tu , aku kena tanya encik Suami dulu macam mana...
yela kang tak terjaga pulak, kesian kat kucing tu, aku memang xboleh nak pegang..entah sejak bila aku tak suka kucing, padahal dulu aku ngan adik aku siap2 nangis2 kalau kucing aku mati, siap tanam tepi pokok , petang2 datang kubur kucing tu siram, baca Al-Fatihah... tu cerita kecik2 la...
aku ambik number phone akak tu siap2

balik tu dalam kereta terus aku cerita dekat encik suami, pasal ahkak tu nak bagi anak kucing parsi 3 ekor,
dia nak tak???
melompat2 la laki aku ni kan...
of course la dia nak...
terus dan2 tu jugak nak cari pasir la, cari makanan la...
overrrrr sangat
suruh aku call akak tu siap2 ,suruh tanya bila nak bagi kucing

malam tu aku call akak tu, 
aku cakap aku nak kucing tu , 
lepas tu akak tu cakap, kalau nak ambik la 3 3 ekor, terus aku cakap ok... husband saya nak 3 3 ekor, dia sanggup jaga...
dan-dan pulak akak tu cakap kalau nak kucing tu kena tunggu ibu dia beranak lain, 
yang 3 ekor tu dah cerdik dah...
so dia tak nak bagi...
T___T
korang boleh bayangkan tak betapa kecewanya muka Encik Suami????
orang dah tak jadi bagi tak kan kita nak paksa pulak kan..
aku ok kan je la....
ye la..mungkin tiba2 dia rasa sayang pulak nak bagi kat orang kucing dia...
tapi aku boleh nampak la betapa kecewanya muka Encik Suami
naik kesian pulak aku dengan dia...

malam tu asyiklah dia berzikir tepi telinga aku nak kucing...nak kucing...nak kucing....
last2 aku cakap kat dia, nanti la kita cari yang lain, tapi sekor je boleh bela...

start dari hari tu hari2 dia cerita dia cari anak kucing 
T___T
kesiannnnnyeeeee...


ada tak yang macam ni...comel...
aku suka tengok

pstt** korang ada tak anak kucing sekor boleh dermakan bagi pada aku....

Tuesday, April 15, 2014

Ikan terubuk masin

semalam tengah blogwalking terbaca la pasal ikan terubuk masin goreng...
perghhhhh terus kecur air liur
teringin terus
teringat ikan terubuk pemberian MIL masa dia balik Sarawak berbulan yang lepas
aku tak sure la elok lagi ke tak..tapi sebab simpan dalam freezer aku rasa elok lagi la kot...
balik keje terus keluarkan ikan terubuk tu, tanya Encik Suami elok lagi ke tak...
mula-mula dia tak bagi makan, sebab dah lama sangat,
tapi sebab aku dah teringin sangat die mengalah jela..
pas tu membebel.. minggu lepas MIL pun balik Sarawak, tak nak kirim pulak...

'ehhhhhhhhh minggu lepas aku xde rasa nak makan..hari ni baru terasa nak makan' <--menjawab dalam hati

terus potong sikit rendam dalam air
goreng garing
potong bawang, potong cili, 
perah limau...
makan dengan nasi panas2
perghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh kenyang 
gambar tak nak la aku tepek..nanti mommy lain  ngidam pulak...hehehe
kite bukan boleh kan tengok gambar makanan sikit..terus rasa nak try...

Diet!!!!


aku memang tiap2 pagi wajib beli karipap 2 ketul, kek gula hangus tu 2 ketul...
lepas tu turun cafe beli nasi goreng or maggie goreng...
tapi sebab semalam dah kena brainwash dengan doktor
pagi ni aku suruh Encik Suami beli karipap seketul je dengan Kek gula hangus pun seketul (tapi encik suami beli 2)
lepas tu tak turun cafe pun sebab aku bawak bekal salad
ye salad yang aku buat...
sebab nak jaga makan 
aku makan salad pukul 8.30 tadi
pukul 9 makan karipap
9.30 makan kek seketul...
pukul 10 aku masih lagi lapar, makan seketul lagi sambil menaip T__T
macam mana ni???? lapar lagi ni......
rasa nak minum milo ais la pulak
habis macam mana nak jaga pemakanan kalau dah macam gini cara aku melantak T__T
esok nak cuba puasa pulak la...hutang lama belum habis ganti, bulan puasa dah tak lama lagi....

pstt ** maaf ye kalau entry boring sikit sebab tak bergambar..baby makin aktif bergerak... makin kuat menendang....Alhamdulillah

Check up 27 weeks - scan baby ngan ambik darah lagik.... T__T


lupa nak sambung bab BSP tu...
bacaan BSP hari tu
8.00 pagi ~ 5.00
10.00 pagi ~ 3.4
2.00 petang ~ 3.9
8.00 malam ~ 5.1/4.6

sebab bacaan rendah aku call Klinik...so Nurse suruh datang klinik malam tu tengok bacaan macam mana, bawak glucometer sekali... bacaan memang berbeza...Nurse ckp 2 minggu lagi buat BSP kat Klinik 4 kali, sebab nak tgok beza bacaan....hoihhh tujuan beli glucometer sebab malas g klinik..

semalam ada appointment dengan doktor...timbang berat ngan tekanan darah...semua normal
Alhamdulillah...walaupun aku terkejut sikit bila tengok angka dekat penimbang..tapi Nurse tak de cakap apa-apa aku pun ok aje la...

doktor nak scan.. yeay panggil Encik Suami sekali
kali ni dia scan detail, bagi penerangan satu-satu... i loikeee
nak skodeng gender tak dapat, sebab baby dalam posisi sujud...
amboi soleh/solehah la hendaknya....
memang baby tak nak tunjuk jantina die ni..
xpe la..kite suprise jela...
lepas tu doktor tanya pasal BSP aku yang rendah sangat tu, aku pun explain kat dia, lepas tu bagitau aku makan apa je hari tu.(siap tulis ok makan ape)
lepas tu doktor bg Advice pe semua, buat appointment dengan Pakar Zat Makanan
lepas tu bagi date untuk next appointment untuk scan lagi..
start minggu depan doktor suruh start kira pergerakan...
walaupun doktor+Nurse dah explain macam mana kira, aku tetap blur

lepas tu suruh ambik darah satu tiub untuk cek kencing manis aku tahap mana
tak sukeeeeee..
macam biasa la..badan dah mengembang ni payah sikit nak dapat darah...
3 kali kena cucuk, siap Nurse godek2 lagi kat urat nak dapatkan darah T__T
akhirnya baru dapat
lepas tu nurse cakap start bulan depan aku kena g klinik 2 minggu sekali dah
aikkkk....selama ni pun aku g 2 minggu sekali...
dari awal aku pregnant lagi dah start kena g klinik 2 minggu sekali, sebab HB low...
dah siap terus balik..
wohoooo




Thursday, April 10, 2014

26 Week


kejap je masa berlalu.... perut aku tak besar sangat..tapi kalau jalan memang termengah-mengah..
kalau time balik rumah kena naik tangga tu setiap level aku rasa aku berhenti rehat..
mengah hoiiiiii
kalau naik tangga biasa aku la duk depan lepas tu Encik Suami suka buat scene mr bean time nak turun tangge yang ada orang tua kat depan die tu...aku sabar je dengan perangai die...kalau aku marah terus die naik tangga hentak2 kaki...
ehhh aku ke dia yang pregnant ni...

perut dah start gatal-gatal..rasa nak menggaru 24 jam, 
setiap malam aku sapu dengan VCO Liquid
sapu kat perut, kaki..urutan perenium tu tak berani lagi nak buat..
i is takut...
kaki kejang makin kerap jadi..dulu2 selalu nangis sebab sakit sangat...skang dah rileks dah...dah boleh handle sendiri..dah tak payah kejut Encik Suami tolong urut kaki...
tidur malam dah tak seselesa dulu..kalau dulu-dulu bunyi jam tepi telinga pun boleh tak dengar..membe2 bengkek je dengan aku..pasal diorang asyik terbangun bunyi jam aku
skang ni pantang bunyi sikit, mesti terbangun ,lepas tu bengkek je hati rase...
dah boleh control makan malam...dulu tiap2 hari letak air kotak milo kat dalam bilik, sebab selalu rasa lapar, skang dah tak macam tu...

lepas masak dah tak payah basuh segala khazanah dalam sinki....hoyeahhhhhhhh
Encik Suami offer diri tolong basuhkan...
tapi pinggan aku makan sendiri tu aku la yg basuh..periuk belanga dia yang basuh..

apa lagi ek nak cakap..tu je kot...


iklan





Check Up 26 Weeks - HB naik yeay, bacaan BSP turun boooooooo


Hari ni check up kat KK macam biasa..
cek perut , HB ape semua
Alhamdulillah HB naik 11.2
hoyeaaahhhhh.......akhirnyaa
selama ni asyik la 9 ke 10 je..paling tinggi tak salah aku 10.6 je... T__T

pagi tadi buat BSP, nurse tunjuk cara buat...
 tapi bacaan dekat Glucometer klinik 5.2 kat glucometer aku 4.7 
nurse ambik bacaan yang klinik punya...
aku tanya tak apa ke kalau beza macam ni???
dia kata ok selagi tak tinggi

fineeeee... pukul 11 aku kat office atas pertolongan budak office ni cucuk jari aku
aku buat BSP sendiri
bacaan jadi 3.4
hoihhhhh dah kenapa ni???
setahu aku bacaan normal 4-6 mmol kan???
terus call KK bagitau bacaan 3.4
Nurse tanya ada rasa macam menggigil2 tak..ada rasa berpeluh tak???
time tu aku tak rasa pape lagi, so aku kate tak ada... 
Nurse cakap tengok result pukul 2.00 nanti macam mane , kalau bawah 3 terus datang klinik
ok....
letak je telefon terus badan aku rasa gigil2 
terus g makan , buat air milo manis2, sampai 2 mug aku minum...
badan aku ni memang macam ni... pantang bila aku dengar simptom2 penyakit, badan aku cepat follow simptom2 yang aku dah baca...
harap tak ade apa2
harap bacaan pukul 2 ni ok la...

NS Dreams Giveaway Contest



mood menjoin GA masih ada so marilah sama-sama kita buat entry..
kebetulan pulak syarat2nya tak banyak..
tak payah kena klik itu klik ini...bukan la malas sangat nak klik
nak loading satu2 tu lama...
so pada korang2 yang nak join tu boleh klik banner diatas...

Giveaway contest ni akan berakhir pada 25 April 2014. Pemenang akan dipilih secara rawak melalui undian -- macam lucky draw tu. :) 

Pemenang akan diumumkan pada 28 April 2014.

Wednesday, April 9, 2014

Ganguan Tidur malam semalam dan malam tadi T__T


 semalam dalam pukul 4 pagi aku terbangun tidur, bunyi anjing bersahut-sahutan..lepas tu diiringi bunyi cam menangis...gile seriau aku...dah macam bunyi ponti ke cik lang menangis...mendayu-dayu je dengar...terus mata aku segar bugar... lama pulak tu... aku pujuk jugak mata ni untuk lelap walaupun seram dengar bunyi tu....akhirnya ntah pukul berape aku tertidur, lepas tu terbangun balik sebab bunyi orang menumbuk guna lesung batu T__T
tengok jam pukul 5.00 pagi...
haaihhhhhhh time2 ni la diorang ni nak masak kan...
nak bersahur ke ape
klentung klentang bunyi lesung batu...
bunyi anjing kat luar masih ada sayup2...
pujuk lagi mata untuk tido....
tapi serius..bunyi anjing tu memang betul2 menyeramkan...
aku sampai nak g toilet pun aku tahan je..sebab takut nak bangun..takut ada benda menunggu..
haishhh ni lah padahnye bila pengarah kat Malaysia ni berlumba-lumba buat cerita hantu....
kan iols dah terbayang2
malam tadi pun ada bunyi anjing tu lagi..serius seram....

iklan





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...