Pengskodeng terhebat

Great deal yawww

Monday, March 31, 2014

Suka melebih-lebih


aku tak faham satu perangai aku ialah suka melebih2 dalam bab masak-memasak
dulu  mase bujang2 rileks je aku masak main campak2 je dah jadi
tapi bila dah kawen ni ,nak masak je mesti aku melebih2
maksud melebih2 tu dalam meletakkan bahan2nye la

contoh kalau resepi tulis letak 2 biji bawang putih mesti aku campak sampai 5...
sebab aku fikir letak banyak baru rasa kan.....
bila dah masak jadi terasa bawang putih lebih jadi tak sedap... T__T
kalau cakap 2 sudu gula , aku taruk 4 sudu, pasal aku takut nanti tak berasa, lepas tu manis nak mam***

haihhhhh.... lepas tu bertekad dalam hati lepas ni ikut betul2 resepi yang aku dah print tu
tapi tu semua hanya tekad semata-mata esok aku masak macam tu jugak rupanya
ni contoh kalau aku masak benda2 complicated la ye
jangan pulak korang fikir aku masak sardin pun rujuk resepi...
tu memandang rendah namanya...

aku rasa macam nak masuk kelas masakan la...
ade tak yang buat terutamanya area B.B.Bangi ke Putrajaya ke???
ade tak cikgu yg nk menerima anak buah macam saye???
saya selalu tengok channel AFC tau....

CPUV COLGATE SAN


CPUV dari colgate tengah menari-nari dalam blog
Alhamdulillah..rezeki lagi...
hikhik


colgate ni untuk maximum cavity protection. sesuai lah agaknye untuk preggy mommy untuk mencegah kaviti
balik ni nak tanya hencik dokter boleh tak pakai



kalau bukak website die colgate siap tunjuk penyebab2 cavities ye anak2
dan yang paling seronok kalau korang masuk website die ada sweet counter
korang boleh check sugar calories...
aku dan2 cek...
pagi makan nasi lemak, karipap 2 bijik..hambek..result die 30G
korang try la masuk website die..seronok 

thank to colgate
thanks Nuffnang..

pstt** ade rakan2 mintak suh buat entry macam mana nk dptkan earning...alaaaaa kite tak pandai sangat la... tapi nanti kite buatkan eh...






Kasut


aku rasa perempuan ni sinonim dengan perasaan suka beli banyak kasut...
ade 2 3 orang kawan2 aku yang memang suka sangat membeli kasut
setiap baju mesti ada kasut yg macthing
macam aku ni, baju pink ke, merah ke purple ke biru ke, 
aku pakai je kasut yang ada 
ntah aku tak paham

aku betul2 tak reti nak beli banyak2 kasut
paling banyak kasut dalam koleksi aku adalah 3 pasang...
tu time kasut kaler2 harga 20 hengget tu tengah top

aku selalu kalau g kedai kasut tu mate terus melilau mencari...
tapi bila dah test hati berbelah bagi pulak..
tengok kasut orang, alahai cantiknye..tapi xberani nak pakai pulak.. 
cantik kan kasut nana ni...

skang ade 2 pasang beli masa bujang2 dulu kat primevera..
tapi itupun aku pakai sepasang je bawak ke hulu ke hilir,
dah rupe sampan dah kasut aku tu tapi tetap aku pakai
ke pasar malam, ke office, ke kedai 
ikut Encik Suami g masuk ladang tempat keje die pun aku pakai kasut tu T__T
hari ni tetiba terfikir nak cari kasut baru sebab kasut aku dah berambu ramba dah...
daif betul aku tengok kasut aku skang...

korang ade tak yang macam aku...
tak pandai beli kasut banyak2...
T__T

pstt** jumaat baru dengar berita abang sepupu aku eksiden dekat area gua musang,
anak dia yang bongsu umur 8 bulan , meninggal...mohon korang sedekahkan Al-Fatihah... semoga abang sepupu aku dan wife dan anak dia umur 2 tahun tak salah aku cepat sembuh dan tabah...aku nak call mak saudara aku, tanya pasal ni pun xsampai ati, benda baru lagi jadi , aku tak reti nak comfortkan orang .. 

Sunday, March 30, 2014

RESEPI PUDING TRIFFLE SIMPLE


Dengan bangganya kali ni buat triffle tak rujuk resepi google…
Kalau tak gigih la aku mengoogle
Kat dalam kedai runcit tiba-tiba encik suami request nak triffle…
Terus ambik bahan-bahan nak buat trifle, amek mana yang ingat

Bahan-bahan 
roll cake
susu sejat (yang cair tu)
jeli
tepung custard 
gula
dengan buah dalam tin

bahan A
potong swiss roll dan susun dalam bekas
lepas susun aku percik2kan air buah dalam tin tu, jangan banyak sangat nanti kek jadi benyek


bahan B
3 sudu Tepung custard (resepi biasa 2 sudu je)
1 tin susu cair
1 tin air 
2 sudu gula pasir

cara masak custard
campur semua bahan dalam periuk dan kacau bagi tepung custard tu larut kemudian baru nyalakan api dapur dah terus kacau sampai custard jadi pekat dan berkilat.. (guna api perlahan). bila dah pekat tutup api dan kacau perlahan -lahan . bila custard dah suam2 sikit baru tuang atas swiss roll.. lepas tu susun buah/cocktail yang dalam tin tu... guna buah je tau, air die jangan guna


maaf custard aku berkedut2
buah tu encik suami susun sebab tu tak berseni..kehkehkeh

Bahan C
bancuh jelly crystall ikut arahan dekat kotak die aje...senang je
lepas jelly mendidih tutup api, kacau perlahan2...
sampai dah suam2 kuku boleh tuang atas custard tadi....
jangan tunggu lama sangat , takut jelly mengeras dalam periuk, aku selalu dah masak terus tuang, sampai hancur2 la custard aku..
lepas tuang jadi cenggini


bila jelly dah sejuk baru masuk dalam peti sejuk
dah sejuk boleh la ngap....
sedap makan time panas2 gini
aku biase taruk aiskrim kalau nak makan..
perghhhh sedap

pstt** kerja laki aku la tu dok tambh buah atas jelly T__T







Makan Time - Sushi la pulak


Aku pernah makan sushi sekali je masa duduk kl dulu, itu pun housemate bagi,
Tekak melayu aku betul2 tak boleh telan
Baru-baru ni masa pergi econsave dekat jalan reko tu tiba-tiba encik suami Tanya
Nak makan sushi tak????

Dah Tanya teringin la pulak kan….
Aku pun ok la kita try tapi jangan beli banyak
Tapi selera aku tak bekerjasama dengan pemikiran aku
Sudahnye
 macam biasa, tekak orang kampong aku tak boleh telan sushi…sekian
Tapi kalau takoyaki aku suka…nyummmmmmmmmmm

Saturday, March 29, 2014

Makan Time Nando's


Cerita minggu-minggu lepas ni
nampak sangat tak de idea nak buat entry baru kan

teringin sangat nak makan nando's lepas geledah blog orang
Ingat nak tunggu cek nuffnang dapat baru nak pergi makan
Tapi sabtu hari tu encik suami dah ajak
Apa lagi.. moh le kite ke alamanda

Haih…tak ada gambar beria sangat
Sebab sampai je makanan terus ngap
Menunggu agak lama jugak  la

okeh serius aku tak faham kenapa gambar ni senget benget..sebab aku dah edit....bluerghhhh


Friday, March 28, 2014

Itik Panggang Abdullah Chan


hoih, lama gila dah tak makan dekat Abdullah Chan..
tetibe Encik Suami kata nak makan itik panggang
aku pun ape lagi, aku on jela
tapi xmakan kat kedainya pun
tapau bawak balik...
seronok sikit makan sambil tengok tv kan...
kot tak habis boleh simpan, lapar makan balik

itik panggang
kailan ape ntah
butter prawn
yg kuning tu dimsum tak salah aku...

makanan die kali ni kurengggggg sikit...
nak2 itik panggang die..ntah nape...ke selera aku yang kureengg sikit hari tu...

Minyak Kelapa Dara VCO Catalyst Liquid




150 ml ; sesuai untuk lelaki wanita (wanita mengandung/menyusu anak digalakkan)
2 sudu sehari (sebelum/selepas makan)
sapu dan makan 


Antara Kebaikan / Khasiat VCO CATALYST :
- Menghilangkan parut jerawat dan strechmark bagi wanita yang hamil.
- Tiada masalah keputihan ketika hamil.
- Kulit tidak mengalami sebarang masalah jerawat, berminyak, dan kering.
- Membantu mengurangkan berat badan dengan meningkatkan angka metabolik.
- Melembutkan kulit muka dan memberi perlindungan dari sinaran matahari.
- Meningkatkan tenaga dan daya tahan fizikal dan mental.
- Memperbaiki pencernaan dan penyerapan vitamin-vitamin.
- Melawaskan pembuangan air besar dan kecil.
- Melindungi tubuh daripada kanser.
- Menambah dan banyakkan susu badan
- Memontok dan memejal payudara dan punggung wanita.
- Memberi kecergasan.
- Jerawat cepat susut.
- Sistem penghadaman lebih baik.
- Kesuburan.
- Agen pelincir dalam hubungan suami isteri.
- Melancarkan kitaran haid dan kurangkan rasa senggugut.
- Batuk dan Selsema cepat hilang.
- Mengurangkan tidur berdengkur.
- Memperbaiki kandungan asid dalam rahim.
- Memperlambatkan proses monopaus bagi wanita.
- Membantu pesakit Hepatitis C, Cacar dan Herpes.
- Mengelakkan penuaan awal dan kedutan kulit.
- Menyegarkan dan merawat sel kulit menjadi lebih tegang dan lembut.
- Mengekalkan fungsi tiroid yang sihat.
- Mencegah dan mengatasi jangkitan bakteria, virus dan kulat (yis) dan masalah sakit kulit pada kemaluan (masalah keputihan).
- Mencegah risiko penyakit jantung dan kadar kolestrol tinggi.
- Pertumbuhan rambut lebih baik dan kelemumur akan hilang.
- Terhindar dari segala alahan.
- Tidak meningkatkan paras kelekitan platlet dalam darah yang menjadi punca serangan jantung.

VCO SOFTGEL CATALYST(Minyak kelapa dara)




Harga :RM39.90 (exclude postage)
tapi kalau mention dari blog ni akan dapat harga murah sikit
untuk order  boleh Whatsapp/Sms 0168965045

60 biji sofgel ; sesuai untuk lelaki wanita (wanita mengandung/menyusu anak digalakkan)
2 biji sehari (sebelum/selepas makan)

Antara Kebaikan / Khasiat VCO CATALYST :
- Menghilangkan parut jerawat dan strechmark bagi wanita yang hamil.
- Tiada masalah keputihan ketika hamil.
- Kulit tidak mengalami sebarang masalah jerawat, berminyak, dan kering.
- Membantu mengurangkan berat badan dengan meningkatkan angka metabolik.
- Melembutkan kulit muka dan memberi perlindungan dari sinaran matahari.
- Meningkatkan tenaga dan daya tahan fizikal dan mental.
- Memperbaiki pencernaan dan penyerapan vitamin-vitamin.
- Melawaskan pembuangan air besar dan kecil.
- Melindungi tubuh daripada kanser.
- Menambah dan banyakkan susu badan
- Memontok dan memejal payudara dan punggung wanita.
- Memberi kecergasan.
- Jerawat cepat susut.
- Sistem penghadaman lebih baik.
- Kesuburan.
- Agen pelincir dalam hubungan suami isteri.
- Melancarkan kitaran haid dan kurangkan rasa senggugut.
- Batuk dan Selsema cepat hilang.
- Mengurangkan tidur berdengkur.
- Memperbaiki kandungan asid dalam rahim.
- Memperlambatkan proses monopaus bagi wanita.
- Membantu pesakit Hepatitis C, Cacar dan Herpes.
- Mengelakkan penuaan awal dan kedutan kulit.
- Menyegarkan dan merawat sel kulit menjadi lebih tegang dan lembut.
- Mengekalkan fungsi tiroid yang sihat.
- Mencegah dan mengatasi jangkitan bakteria, virus dan kulat (yis) dan masalah sakit kulit pada kemaluan (masalah keputihan).
- Mencegah risiko penyakit jantung dan kadar kolestrol tinggi.
- Pertumbuhan rambut lebih baik dan kelemumur akan hilang.
- Terhindar dari segala alahan.
- Tidak meningkatkan paras kelekitan platlet dalam darah yang menjadi punca serangan jantung.

Thursday, March 27, 2014

Susu pilihan untuk mummy to be


Dah 5 bulan lebih baru la tekak ni boleh terima air susu ni….
Padahal sebelum preggy selamba je minum susu..


Mula-mula minum anmum, tapi encik suami beli yang susu punya, makanya tak boleh telan

Lepas tu beli susu coklat hl je..tapi tetap xdapat telan jugak….

Lepas tu try dumil mama perisa oren…yang ni beli trial pack yang kecik punya tu RM2.90 kot
Try minum pun tak boleh
So stop dulu minum susu

Baru2 ni nak g cari anmum yang perisa coklat tu, kot la tekak boleh terima, tapi aku telah disapa oleh kakak mamil mama
Dia suggest aku minum mamil mama
Aku ambil perisa coklat
Dia kate rasa macam susu hl jugak….

Aku pun dalam2 tak nak caya tu terpedaya jugak la…beli sekotak terus sign in untuk jadi mamil club


Balik tu test minum
Ok la…boleh telan..betul cakap akak tu rasa macam air HL sikit2…
Ok la boleh continue dengan susu ni je
Susu coklat ni untuk preggy mommy dengan bf mommy tau…kira 2 in 1 la…nanti boleh continue terus dengan susu ni….
korang minum susu ape???

Petua cuci kerang


oleh kerana tiap2 minggu aku kena bebel ngan nurse pasal HB tak naik2, makanya minggu ni encik suami belikan aku kerang untuk naikkan HB, 
aku memang suka sangat makan kerang
tapi masalahnye aku tak reti cuci kerang tu
kalau kat kampung senang
gadjet keliling rumah
biasa mak aku ambil pelepah pisang tu..lepas tu kite henyak2 sampai bersih...
kat sini mana aku nak cekau pelepah pisang
ini pelepah pisang kot la korang tak kenal..

nasib baik kat rumah ade benda ni
gambar gugel ye....

benda ni MIL yang bagi, tiap kali MIL balik sarawak mesti aku kirim suruh bawak balik..
gigih la aku nyental sekor2 kerang tu...
sampai sakit pinggang aku...

eh...sebenarnya aku nk share petua cuci kerang...
dah kenapa panjang sangat intro nye

tadi aku gugel, terjumpe satu petua kat blog sahabat ni
Kerang
kadang-kala ada ibu-ibu yang berdepan dengan masalah sewaktu mencuci kerang. Ini kerana kerang sukar dibersihkan kerana berpasir. Bagaimanapun ada petua untuk membersihkannya. Sangat mudah.

Ambil beberapa batang serai lalu ditumbuk tetapi jangan hingga hancur. Rendam dengan air sama cukup dengan kerang. Gaul dengan tangan. Biarkan selama 10 minit dan tos. Anda akan dapati kulit kerang akan lebih bersih. Selamat mencuba! 

ambik la ha....simple sangat 

SURIA AMANDA iols curi petua dari blog awak...



Wednesday, March 26, 2014

KFC zinger reloaded


macam yang korang semua dah tau dan dah tengok iklan kat tv, kfc ada keluarkan burger baru...
aku kalau ke kfc tak ade lain yang aku beli melainkan cheezy wedges dia yg yummeh tu, dengan coselaw ngan kentang putar tu....mkn 3 tu je pun dah perghhhhhhhhhhhhhhhhhhhh.....
dapnye lahai....

hari tu nampak pulak iklan KFC menari2 dalam blog...
bukak blog tengok macam menyelerakan, selera tengah mencanak-canak naik ni kan..
terus berazam nak g beli ..
nak test rasa die sedap ke idok
hari Ahad baru ni balik dari kampung singgah la kt KFC dekat serdang tu ha....
time beratur tu memang dah set dalam kepala nak order Zinger Reloaded
Tapi ntah kenapa sampai je depan kaunter mesti order snack plate + chezzy wedges+coselaw besar +kentang putar besar....air tukar milo ye dik....

masuk kete encik suami tegur
kate nak makan zingggggg
sengih jela aku...

nampak sedap

untuk lebih maklumat korang boleh klik SINI

nak buat duit dengan Blog boleh klik Nuffnang


Expo Baby di PICC


semalam kan last day expo baby kat PICC...
beria la aku g terjah...
tapi hampa...
x banyak booth pun...pusing x sampai 5 minit dah habis...
serius x sampai 5 minit....eh..ke 10 minit...
grab la 2 3 barang jugak sebab encik suami beria nk membeli
siap ugut aku lagi...
nanti dah last2 minit dia malas nk g shopping dah...
yela....die pun dengan excitednye pilih 2 3 barang, 
macam tilam ,bantal pe semua
dengan towel baby 2 helai
kerja aku pilih colour aje, bila aku pilih dia tak setuju...fineeeeeee 
hoihhhhh kemain suka lagi die...
ntah kenape aku asyik nak ambik pink aje..padahal aku bukan suka pink sangat pun...
adekah ini tandanya baby gegurl......?????

Digi -Project Red


baru dapat CPUV menari-nari dalam blog ni....
dari DiGI - Project RED


Klik Sini untuk maklumat lanjut

pada blogger baru nak jana pendapatan boleh la daftar dengan Nuffnang ye...
masyukkkkk ooo....walaupun x banyak sikit2 tu tetap rezeki..



Tuesday, March 25, 2014

perjalanan MH370 berakhir di lautan Hindi

Pagi tadi baru terdengar berita ni masa dengar ERA
semalam pukul 9.45 PM kita umumkan yang perjalanan MH370 berakhir di lautan Hindi
terkejut campur sedih
aku percaya seluruh Rakyat Malaysia sekarang sedih dan terkesan dengan berita ni
walaupun penumpang bukan dari ahli keluarga kita
Alfatihah untuk semua mangsa yang beragama Islam..
takziah untuk semua keluarga mangsa..

p/s: This is a remote location, far from any possible landing sites. It is therefore with deep sadness and regret that I must inform you that, according to this new data, flight MH370 ended in the southern Indian Ocean. - PM

Sunday, March 23, 2014

Puan ke Paun????


email dapat baru-baru ni..tapi macam biasa la..aku kan jarang bukak email
sekali baca dan-dan pulak tang nama aku diorang eja paun
hoih sentap...mentang2 dah gumuk T__T
paun pun paun la.....
nak tergelak pun ada...
sebab aku pun selalu sangat typo


Friday, March 21, 2014

Pengalaman Buat BSP


semalam aku start buat BSP yang aku cerita tu ,
sebabnya result MGTT aku 8.0... boleh tak doktor terus tulis GDM kat buku pink aku T__T
perghhhh rasa macam blog budak2 medic pulak bila pakai shortform segala ni....

GDM ni singkatan bagi Gestational Diabetes Mellitus (kencing manis untuk ibu2 mengandung) 

mula-mula kena puasa dari pukul 10 malam
pagi tu pukul 8 pagi terus g klinik amek darah 
lepas tu nurse suruh makan tapi pukul 8.30 stop makan
kena puasa 2 jam pukul 10.30 datang balik klinik
haish..terus encik suami suruh cuti je..sebab payah dia nak ulang alik hantar aku

makan bihun goreng sikit....minum air mineral banyak2 terus start puasa
tak sentuh pape yang manis pun ok...
jangan makan kuih yg tepung2
roti putih kurangkan
nasihat dari mommy kat blog ni
mekasih semua atas tips2 yang penting tu

pukul 10.30 datang balik amek darah
lepas tu boleh makan , stop makan pukul 12 sebab pukul 2 nak kena ambik darah lagi
dia kena puasa 2 jam sebelum darah tu diambil ye...

result ok, balik tu singgah kedai beli aiskrim bentuk panda
encik suami tak bagi makan lagi takut nanti bacaan darah tinggi
iols terpaksa letak aiskrim dalam peti
time die tido , aku bukak aiskrim tu makan sikit aiskrim tu...makan tang telinga panda..huhuhu

pukul 2 ambil darah bacaan naik sikit, tapi tak tinggi sangat
last amek darah pukul 8.00 malam
balik dari klinik aku bantai makan aiskrim, minum milo
wallahhhh padahal kalau xde test BSP xde pun aku teringin minum milo malam2 kan...

haihhhhh.... renyah tau kena g klinik 4 kali sehari
lepas tu aku try tanye nurse kalau aku beli glucometer sendiri boleh ke tak
tak payah la aku ulang alik banyak2 kali g klinik kan...
nurse kate ok...
terus msg adik aku , nak beli glucometer kat klinik dia...
sebab klinik yang aku pergi ni ada 1 je agaknye glucometer, so xdapat bawak balik
kalau klinik kat putrajaya dia bagi korang pinjam bawak balik kan????

bacaan BSP semalam
4.5
4.7
5.2
5.5

ok la kan???Nurse tak cakap pape pun...aku assume ok la bacaannye

so mommy2 yang kena buat BSP ni better la beli glucometer
aku tengok dekat farmasi mahal sikit regenye 
tanya adik aku berapa harga kat klinik dia 
Alhamdulillah murah...
gambar google
ni la rupe glucometer tu..

sabtu ni la kot pergi beli...


psss** nak buat test sendiri aku ok je..cuma aku tak sanggup cucuk jari sendri... kena paksa budak office cucukkan la jawabnye... 




Wednesday, March 19, 2014

Baju dah tak muat


pagi tadi terbangun lewat sikit
makanya gopoh-gapah la bersiap
mujur baju kurung aku dah iron siap2 
so pakai je la
sarung2 dah tak muat tang perut T__T
mula2 nak buat tak tahu je
tapi senak pulak ase
menangis iron baju kurung  lain.... T__T
dah boleh beli uniform mengandung ni...
yela, baju kurung yang ada semua jenis kurung moden, 2 3 helai je pun kurung biasa
itupun kalau pakai semua kain dah singkat sebab perut dah buncit sket..

Tuesday, March 18, 2014

Result MGTT tinggi..kena buat BSP T__T


hari tu kan aku ada cerita pasal aku buat MGTT kat Klinik swasta
minggu lepas aku ada appointment dengan doktor KKIA untuk amek darah berikutan HB aku yang tak naik-naik
time tu nurse tengok result MGTT aku
before = 4.6 mmol
after = 8.0 mmol
masa kat klinik swasta haritu nurse kat situ tak de inform pun aku yang bacaan gula aku tu tinggi
makanya aku rileks je la
sekali nurse KKIA kata bacaan aku tinggi
tekujat la aku...
jumpa doktor pun doktor kata bacaan tu tinggi

makanya aku diarahkn untuk buat BSP (Blood Sugar Profile) 2 kali sebulan
sehari 4 kali ambil darah
hoihhhh.. renyah nye la....
20 hb ni start ambil darah...
ada tak mommy2 yang berpengalaman buat BSP ni????

apa yang mommy makan ye masa buat BSP ni nak bagi resultnya tak tinggi sangat
iols is very the takut kena cucuk insulin
doktor dah psiko aku macam-macam pasal kena cucuk la...kena induce la
nanti baby besar
kemungkinan boleh lemas...

menakutkan
padahal aku ni bukan suka makan benda2 yang manis
kuih2 manis memang aku tak makan
kecuali kek la
air suam paling minimun 2 liter sehari aku minum
tapi tu la..aku suka makan aiskrim T__T tapi bukan hari-hari pun

ingat nak beli glucometer tu test sendiri
aku tak dapat bayangkan kalau kena cucuk insulin...
mintak dijauhkan...
doktor ni suka takut2 kan aku,...



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...