Pengskodeng terhebat

Great deal yawww

Thursday, February 27, 2014

kencing kotor ketika pregnant


kebiasaannya check up kat KKIA aku terpaksa buat urin test sendiri guna strip yang disediakan...
kita mana la pandai sangat kan.... tengok mcm tak ada perubahan so aku assume kencing aku ok....
tapi semalam perut aku betul2 sakit kat bahagian bawah....dengan pinggangnye sakit
untuk first time pregnant macam aku ni terpaksa la panik sorang2 kenapa ni
kenapa ni....


balik kerja cerita dekat husband, terus ke klinik As-salam seksyen 7
OTW klinik call klinik siap2 tanya doktor mana yang ada
kebetulan ada doktor Rosma, ...
sampai kat klinik kebetulan doktor tu dah nak balik....
lepas register terus masuk bilik rawatan...(xpayah ambik number)
doktor sanggup tunggu kejap T__T (terharu)
cerita2 problem semua, doktor suruh aku buat urin test
pas tu doktor kate kencing kotor....
bagi ubat lawas kencing....
tapi kite takut nak makan T__T
rasa macam semua jenis ubat tak nak makan boleh???

tapi biasa aku kena kencing kotor ,bila kita buang air kecik rasa macam tak puas macam tu kan...
tapi yang ni xde..aku cume rasa sakit perut.....
mummy2 lain pernah ade pengalaman macam ni...
minum air dah lebih 2 Liter setiap hari ni.....
kena gak kencing kotor...





waktu sesuai keluarkan duit nuffnang


Hari ni gatal je tangan nak Cash out duit Nuffnang... dalam tengah fikir-fikir tu, tiba-tiba pulak jari terklik Cash Out...thehehehehehee...... kebetulan pulak hari ni dah 27 hari bulan. makanya memang sesuai sangat-sangat la kita keluarkan. 
kalau mengikut  tips dari blogger otai-otai kita, waktu yang sesuai untuk kita cashout earnings di Nuffnang. 

COPY PASTE : networkblog tak salah aku.....maap encik blog... x dpt nak bgi link...sebab banyak sangat bukak tadi...lupe nk copy link

  1. Cashout di HUJUNG bulan, diulangi HUJUNG bulan
  2. Jangan cashout awal bulan, akan kena tunggu 2 bulan untuk cek sampai
  3. Cashout pada atau selepas hari Isnin hujung bulan sebab earnings CPC update setiap hari Isnin
  4. Pilih tarikh selamat untuk cashout, pilih 27 atau 28 haribulan
  5. Tapi kalau waktu tu tengah ada buffered earning yang masyuk, tunggu la lama sikit. Kot-kot buffered jadi metered. Hehehe. Tapi jangan sampai lewat sangat
Kalau tak faham berapa lama cek akan sampai, saya jadikan diri saya sebagai contoh :
Bulan ini (April) di hujung bulan, saya cashout Nuffnang. Sepanjang bulan Mei, pembayaran untuk pendapatan bulan April saya akan diproses. Jadinya, saya dijangka akan menerima cek pendapatan bulan April pada awal bulan Jun nanti
Apa yang berlaku kalau saya cashout awal bulan :
Saya cashout pendapatan bulan ini (April), contohnya pada 3 Mei. Cashout tersebut akan dikira sebagai cashout bulan Mei punya. Jadi, cashout tu tak diproses. Dia akan hold sampai hujung bulan Mei, bulan Jun dia akan proses pembayaran. Jadi, saya dijangka akan terima cek pada bulan Julai nanti. Wahh sempat berjanggut dulu la. Jadi, jangan cashout awal bulan ye? Hohoho

Merata-rata


hari tu aku bukak peti ais, bahagian freezer tu sekali aku jumpa lighter Ecik suami dok dalam tu...
aku ambik , bagi jelingan maut dulu kat die...
lepas tu pura2 tanye...
lauk lighter ni kite nak masak ape ye????

sengih2 die ambik lighter die...
tanpa perasaan bersalah dia cakap
"ni kalau masak 3 rasa pun sedap"

hangin tol aku....

2 3 hari lepas tu encik suami tolong basuhkan kain dalam washing machine...
sebab dia dah tolong basuh 
balik keje tu aku terus nak jemur...
angkat2 kain nak masuk dalam bakul 
aku jumpe lagi lighter dalam mesin basuh....
aku tanye encik suami
"baju sape kaler kuning ni????"

die tengok aku sengih2...
"patut la abang cari tak jumpe2...duk kat situ rupanya"

T____T

Tuesday, February 25, 2014

POTLUCK YANG TAK JADI & KARNIVAL KUCING PUTRAJAYA

Maknye si Rayyan hari tu ajak geng2 ex JKR warrior makan kat rumah..
dia nak masak KATENYEEEEEEEEEEEEE
so ajak la  4 5 6 orang...
suh buat potluck...
aku cam biasa, mestilah aku cop untuk buat satu-satunya jenis dessert yang aku pandai buat iaitu triffle...
yang lain aku lantakkan aje diorang nak bawak ape pun...
bincang punya bincang
aku ngan dak ain je yang dapat g...
so disscuss ngan Mr Suami, dia kate ok...
balik dari Mega PACG putrajaya tu, aku beli barang siap2 untuk buat triffle....
tapi oleh kerana aku sakit kepala yang amat sangat aku tertidur awal dan tak sempat la aku buat triflle malam tu...
bangun pukul 12 tu baru aku potong2 kek,masak custard pe semua..
alkisahnya sebab aku dah tuangkan agar2 panas ke custard yang masih panas..makanya custard aku hancur....jadi tak cantik triffle aku ...
sedihhhhh...semangat nak tunjuk skill buat dessert hancur...
bukan senang tau nak tunjuk skill....
esoknya aku SMS siap2 dekat dak Dya bagitau dessert tak jadi bawak...kihkihkih
nampak tak alasan-alasan kenapa dessert boleh tak jadi....
nasi ayam bibik dya masak....
first time masak ni katenye..hasil google...
tahniah2...sedap gak..
laki aku makan sambil jeling2 aku...nak suh aku try la tu...


balik dari KL Mr suami ajak g tengok kucing...
dia memang peminat kucing 
aku suka tengok kucing...nice to see only...x suka pegang2...
kesian jugak dengan Encik Suami yang nak sangat bela sekor kucing kat rumah...
aku bukan ape...aku tak boleh sikit dengan kucing...yang sifatnya suka menggesel2... 
tapi tak nampak kucing pun kat situ...nampak orang je lebih...
sampai aku confuse ni pameran kucing ke pameran orang...
masuk kejap je..terus gerak balik...
hoihhh...sampai rumah lapar balik....T_T

psttt** ehhhh ...sibuk makan xde bergambar pun dengan kawan2... T__T

Thursday, February 20, 2014

Degilnye lah kau hai manusia


aku tak faham....dah tau musim kemarau lagi korang nak membakar2 hutan...
baru2 ni hutan terbakar sebab mercun...perghhhhhh korang dah kenapa???
penat tau dak bomba berkejar ke sane kemari....

aku angin bukan ape...kat area perumahan aku ni dah 3 hari berturut2 tiap2 petang ada orang membakar...
aku start perasan ada asap2 tu start pukul 6 lebih..dekat2 pukul 7...
asap bukan main tebal ko tau....sampai pukul 8 pun asap still masuk rumah...
sakit tekak tau tak...sakit mata...nak bernafas pun susah....
anak buah aku kate orang bakar sampah....
amboiiiii bakar sampah macam bakar hutan..
harap hari ni dah xde aktiviti membakar2 lagi....



Tuesday, February 18, 2014

Mc Saver Always affordable


Pada korang yang memang layan McD ni boleh la ke McD sementara harganya murah....
Mcd skarang menawarkan harga lebih murah....





aku tak berapa sangat dengan apple pie...aku lebih suka makan banana pie...mabeles


kalau nak tau lebih lanjut boleh ke facebook mcd https://www.facebook.com/My.McDonalds/app_1397287640532822 

kalau nak makan boleh ke Mcd

kalau nak duit lebih, boleh ke Nuffnang 

Friday, February 14, 2014

MEGA PACG 2014



Ada tak sahabat-sahabat yang datang sini esok?????
ni first time aku nak join...
tu pun sebab encik suami yang join....
aku follow je.... mula2 rasa malas nak ikut..tapi kena ikut jugak...bukan boleh bagi g sorang2..kang merate lak die g...
esok kite xde kawan... T__T

pstttt*** esok nak pakai tudung baru...hikhikhik

Jangan pandang ringan dengan air kencing kerana ia punca SEKSA KUBUR

Assalamualaikum!

Salam Jumaat kawan semua :)

Dalam hadist yang diriwayatkan dari Abu Huraihah ra secara mauquf, Rasulullah saw bersabda,:
" Kebanyakan siksa kubur itu disebabkan AIR KENCING." [Shahih, HR. Ahmad dan Ibnu Majah serta dishahihkan Syaikh al-Albani dalam Irwa'ul Ghalil (280)]

 Eloklah sekiranya kita baca betul-betul dan sentiasa beringat ketika nak membasuh air kencing.
Cara mencuci kemaluan dengan betul
Sememangnya, kita mencuci dengan bersih tapi bersih bukan bermakna cara kita tu betul. Penting untuk kita pastikan diri kita bersih terutamanya di bahagian sulit. Selain untuk menjaga kesihatan ia juga penting untuk memastikan amal ibadat kita seharian di terima.
Kenapa penting untuk kita bersihkan kemaluan kita dengan betul?

Ramai orang merasakan diri mereka cukup bagus dengan banyak amal ibadah, bersedekah dan lain lain tetapi masih tidak terlepas dari azab api neraka.

Saidina Abu Bakar pernah hendak menyembahyangkan mayat seorang lelaki tetapi tiba-tiba tersentak dengan suatu benda bergerak-gerak dari dalam kain kafan lelaki itu. Lalu disuruhnya orang membukakannya. Alangkah terkejutnya apabila seekor ular sedang melilit kepala kemaluan mayat lelaki itu.

Saidina Abu Bakar mencabut pedang lalu menghampiri ular tadi untuk membunuhnya. Tetapi ular itu tiba tiba berkata-kata, Katanya” Apakah salah ku kerana aku diutus oleh Allah untuk menjalankan tugas yang diperintahkan” Diselidiki amalan lelaki itu semasa hayatnya, jelas dia merupakan orang yang mengambil ringan dalam hal menyucikan kemaluannya setelah selesai membuang air kecil.
Jadi macam mana kita nak bersihkan diri dengan cara yang betul?
Lelaki dan wanita berbeza caranya. Bukan basuh sekadar dengan air dan asalkan bersih je. Ada caranya….

kaum lelaki:
Selepas membuang air kecil, disunatkan berdehem dua atau tiga kali supaya air kencing betul betul sudah habis keluar. Lepas itu urutlah kemaluan dari pangkal ke hujung beberapa kali sehingga tiada lagi air kencing yang berada dalam saluran. Kemudian basuhlah dengan air sebersihnya.

*I ada tengok 30 minit bersama Ustaz Don, dia ada ajar cara lelaki bersihkan air kencing.Memang cenggitu caranya*

kaum wanita pula:
Apabila membasuh kemaluannya, pastikan dicucikan bahagian dalam dengan menjolok sedikit dengan jari dan dipusing-pusingkan semasa dilalukan air bersih. Bukan dengan hanya menyimbahkan air semata-mata. Jika dengan melalukan air sahaja ia tidak membersihkan bahagian dalam kemaluan wanita yang berbibir-bibir itu.

Betul atau tidak cara kita selama ini ? Kalau yang tak betul tu jom sama sama betulkan supaya diri kita bersih dengan cara yang betul.

Saya nak tambah sikit kat sini, semasa kencing, angkat kain tinggi-tinggi, lepas kencing, sila simbah kaki bersih-bersih takut air kencing terpercik dekat kaki.

Dijanjikan neraka utk mereka yg tidak menyucikan diri dengan sempurna baik hadas kecil/hadas besar.

Semoga bermanfaat. Rajin-rajin membaca In Shaa Allah :)

Thursday, February 13, 2014

kegilaan apakah ini?????


sekarang ni suka betul dengan bau shower tea tree...
eh tak kira la, shower ke,sabun basuh pinggan ke, shampoo ke..kalau boleh ubat gigi pun aku nak yang ada bau tea tree..
ehhh...sebenarnye bukan nak cerita pasal tea tree ..
sebenarnya dah 2 3 4 hari aku asyik terpakai shower gel buat cuci muka....
dah tonyoh satu muka baru perasan....
eh...nape aku taruk kat muka benda ni.....
esoknya aku ulang benda yang sama
esoknya lagi dan lagi...
asal la ngan aku ni????

emmmm wangiiii


Thursday, February 6, 2014

Alhamdulillah lepas sudah Trimester pertama


Sebenarnya aku tak tahu nak karang ayat macam mana....zaman mengarang karangan dah lama berlalu...
dah lama tak update blog rasa kekok pulak...
nak tulis ayat elok-elok sikit pun kekok
nak bahasakan diri saya or akak dalam blog ni pun kekok..
nak buat macam mana kite biasa guna ayat rempit-rempit
tak biasa dah guna bahasa baku ni weh

Alhamdulillah aku dah melepasi trimester yang pertama, sekarang dah 4 bulan dah
mula2 aku tak bagi tau sape2 pun sebenarnya pasal ni..
adik beradik aku je yang tau...
ingat dah masuk 3 bulan baru cerita kat orang...(laki aku pesan ni)
yela yang 1st dulu aku kemain excited
tapi dah bukan rezeki aku...
tapi belum cukup 3 bulan pun Encik Suami aku yang terlebih excited buat status kat fb...
teruja sangat mase g scan nampak baby kick2....
nasihat aku kemain lagi kan.......

Alhamdulillah Allah bagi lagi rezeki/anugerah/nikmat yang baru untuk aku...
Trimester pertama adalah dugaan morning sickness yang kerap
bukan morning lagi dah, afternoon, evening sometime night sickness
melepek je la aku
muntah-muntah
tak selera makan(2 3 hari adik aku jadi bibik kat umah, masak nasi...basuh pinggan)
tak boleh bau nasi (bajet tol)
sakit badan
mc bertimbun
EL jangan cerita
makan ubat tak sekira
hoihhhhhh berat turun 5 kilo ok......
segala suplement untuk kulit aku stop dulu...
sebab banyak sangat makan ubat

doktor cakap aku mcm doraemon pun aku pasrah...
doktor tegur muka aku berchipsmore pun aku redhooooooo aje
tunggu 5 bulan baru aku start balik makan vitamin c + vco

Sepanjang aku mengalami morning sickness ni memang Encik Suami aku la yang uruskan rumah...makan minum die...
aku memang xboleh langsung masuk dapur...

Sepanjang 1st trimester jugaklah
tiap2 minggu aku kena cucuk T__T untuk kuatkan rahim
sebab aku pernah ade history and klinik As-salam kat sek 7 tu memang ade rekod aku
so doctor memang pantau sikit aku punye pregnancy kali ni
nasib baik la murah sikit kat klinik ni
sebab regular patient (ade ke ???)
sebab aku pape memang g klinik ni je.....
sebab rekod aku semua kat sini....kalau datang tak payah la susah2 nak cerita dari A-Z .
nanti sambung balik cerita dengan gambar.... xde hp nak upload
tunggu cd dari klinik As-salam untuk gmbar scan 2D and 3D aku....
hukhuk
tiap2 bulan pun aku scan.... 2D ngan 3D
nak tengok perkembangan
sebab aku dapat rege murah sikit boleh la tiap2 bulan scan...
kalo korang nak scan murah sikit ko datang la sini
nanti time bayar ko mintak diskaun
sempena pertama kali ko datang klinik tu....
heh....

sampai sini je la dulu...





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...