Pengskodeng terhebat

Great deal yawww

Friday, July 26, 2013

nuzul Quran! hari yang Allah menurunkan ayat al-Quran yang pertama kepada Rasulullah SAW


nuzul Quran! hari yang Allah menurunkan ayat al-Quran yang pertama kepada Rasulullah SAW


Tanggal 17 Ramadhan merupakan satu tarikh yang selalu diperingati oleh umat Islam. Pada tarikh inilah masjid-masjid dipenuhi dengan ceramah dan media massa terutamanya televisyen tidak akan terlepas menyiarkan rancangan atau kuliah sempena memperingati Nuzul (penurunan) Al-Qur’an. Majlis Tilawah Al-Qur’an juga tidak pernah ketinggalan diadakan bersempena meraikan bulan yang penuh keberkatan ini. Ratusan ribu dibelanjakan setiap tahun semata-mata untuk memperdengarkan bacaan Al-Qur’an oleh peserta-peserta yang bersaing merebut gelaran Qari atau Qari’ah. Pendek kata, pelbagai program tak putus diadakan sempena menyambut tarikh penurunan Al-Qur’an ini. Bagi kebanyakan individu pula, pada bulan inilah mereka berusaha bersungguh-sungguh untuk menghabiskan bacaan 30 juzuk Al-Qur’an sebagai satu kelaziman.
Peristiwa Nuzul Al-Quran merupakan peristiwa turunnya ayat al-Qur'an yang pertama kepada Nabi Muhammad s.a.w. hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada hari ini. Peristiwa Nuzul Al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad s.a.w. ketika baginda sedang beribadat di Gua Hira, bersamaan dengan tanggal 6 Ogos 610M. Perkataan "Nuzul" bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa Al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.
Seperti yang di ketahui, Ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w. melalui perantaraan Malaikat Jibril ialah lima ayat pertama daripada Surah Al-Alaq.
Memang benar bahawa setiap Muslim sepatutnya memperingati tarikh penurunan Al-Qur’an. Al-Qur’an merupakan sebuah kitab yang diturunkan oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala kepada Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam untuk disampaikan kepada umat manusia. Al-Qur’an adalah petunjuk (huda) dan pembeza (furqân). Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:
“Bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al-Quran sebagai petunjuk bagi manusiadan penjelasan mengenai petunjuk itu serta pembeza (antara yang haq dan yang bathil)”  [TMQ al-Baqarah (2):185].
Seperti penjelasan Imam al-Qurthubi, ayat ini menjelaskan bahawa Allah menurunkan Al-Quran untuk menjadi petunjuk dan penjelasan bagi umat manusia; menjelaskan kepada mereka yang halal dan haram, berbagai peringatan dan hukum-hakam, serta pembeza antara yang haq dan yang batil. Al-Qur’an adalah huda (petunjuk), artinya AlQur’anlah yang seharusnya memandu dan memimpin kehidupan umat manusia. Al-Qur’an telah menjelaskan perbuatan  apa yang wajib dilakukan, mana  yang sebaiknya dilakukan, mana yang boleh dilakukan, mana yang sebaiknya ditinggalkan dan mana yang wajib ditinggalkan. Al-Qur’an juga menjelaskan apa yang boleh diambil dan apa yang tidak. Al-Qur’an adalah furqân (pembeza), artinya menjadi piawai yang menentukan mana yang haq dan mana yang batil. Oleh kerana itu, al-haq (kebenaran) adalah apa saja yang dinyatakan benar oleh Al-Qur’an dan al-bâthil (kebatilan) adalah apa saja yang dinyatakan batil oleh Al-Qur’an. Yang dituntut dari kita hanyalah menjadikan Al-Qur’an sebagai petunjuk yang memandu dan memimpin kehidupan kita; sebagai sumber hukum yang wajib kita ambil dan kita terapkan; juga sebagai sumber penyelesaian bagi seluruh masalah kehidupan kita.
KESIMPULAN
Sama-samalah kita menghayati apa itu Al-quran dan ayat2 yang terkandung di dalamnya..  Jadikan peristiwa Nuzul-alquran  ini suatu peristiwa besar yang penuh bermakna dan hikmah. kita seharusnya melihat al-quran itu sebagai kitab induk panduan ilmu pengetahuan untuk memajukan manusia seluruhnya.umat islam juga perlu mempertingkatkan amal ibadah terutamanya mengejar anugerah Allah yang tidak terhingga kepada umat Islam  akhir zaman. Beribadah di 10 akhir Ramadhan memberikan kita peluang keemasan ganjalan pahala seolah-olah beridadah sepanjang hidup kita iaitu 1000 bulan. Mari lah sama2 kita menambahkan harta akhirat. semoga diberkati olehNya... Amin...

copypaste : http://ahmadfaizar.blogspot.com/2012/08/salam-hari-nuzul-al-quran.html

Thursday, July 25, 2013

Bertabahlah!!!!!!


aku rasa korang semua tau kot pakej smartphone yg digi buat...
aku adalah salah seorang yang grab hp free yang digi bagi...
berbekalkan rebat RM200 yang aku dapat
aku pun pergi claim hp free dekat digi center..
dapat simcard digi smart plan
so far aku rasa digi memang murah la...
senang pun senang
nak2 kalau korang memang jenis berfb, berwassap, berline, berkakao talk...
digi memang terbaik la kate ko...
memang smart la plan die....
even dekat area perumahan aku yang line kadang2 ting tong pun laju aje kalau aku bukak fb ke ape....
so far aku suggest digi la untuk social network ni...
budak sekolah pun boley pakai 

tapi yang tak smartnye hp aku tu...
haishhh..biasa la hp murah
xreti guna sangat
hurup pun kecik2
dapat pulak jari aku ni besar gedabak.
nak tekan satu huruf smpai 3 huruf die keluar..
cissssssssssssssss
dapat bonus t ingat nak pergi digi 
beli hp baru...
sekali bonus dapat 500 je...
Alhamdulillah...lepas la buat belanja raya...
beli hp xkot...
aku terlalu kedekut untuk itu kot...
tunggu orang belanja...
tapi orang tu buat tak reti aje...
nyampah nok

sorry tak de gambar...
lately ni iols sgt malas nak upload gmbar....
hari tu buat triffle pun x upload2 lagi gmbarnye 
nak bagi mak jemah-mak jemah jeles...


Tuesday, July 23, 2013

Monday, July 22, 2013

Santai - Kartunis lambok


sapa yang tak kenal kartunis lambok???
aku suka baca kartun2 dia..kelakor beb..kadang2 simple aje kartunnye....
kalau yang selalu baca majalah APO? tu tau la kan...
meh aku nak share sikit hasil nukilan lambok ni...
aku jumpa dekat forum cari..hehehe



Cik Puan


Tadi terbaca kat blog sepet pasal si Qery panggil dia cik ta...dulu cik puan
tetibe aku teringat 
dulu cc Hanapiyah pernah cakap kat aku , 
masa mula2 masuk diorang tanya cik ke puan???
jangan jawab cik puan..
sebab
cik = bujang
puan = dah kahwin
Cik Puan = Janda

T____T
owh rindunye g office lama jumpa mak jemah mak jemah di kawalan
makan cucur udang + goreng pisang petang2

pst*** cerita tak berkenaan langsung dengan si sepet..

Tuesday, July 16, 2013

Hukum ‘pasangan blogger lucah’, kata Guan Eng


OLEH RITA JONG dan HASBULLAH AWANG CHIK
Ahli politik Barisan Nasional (BN) dan parti pembangkang bersepakat mengutuk pasangan yang mengirim ucapan Ramadan melalui Facebook dengan menegaskan pasangan berkenaan harus menerima hukuman yang setimpal.
Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng turut menganggap pasangan berkenaan telah melakukan satu penghinaan.
Lim yang juga merupakan Setiausaha Agung DAP berkata Tan Jye Yee (Alvin) dan Vivian Lee sudah keterlaluan.
“Perbuatan mereka melanggar undang-undang. Mereka seharusnya dihukum. Tiada syak lagi. Ini jelas bertentangan dengan prinsip masyarakat berbilang kaum. Ini jelas satu penghinaan,” ujar Lim.
Timbalan Pengerusi Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar turut sekata berhubung hal berkenaan.
“Mereka sudah keterlaluan dan perbuatan mereka menghina orang Islam,” kata beliau.
“Meskipun mereka telah memohon maaf namun itu tidak memadai. Hal itu telah pun berlaku.”
Noh bersetuju pasangan berkenaan harus disiasat dan dihukum sekiranya sabit kesalahan.
Pandangan itu dikeluarkan setelah pasangan berkenaan dipanggil oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) bagi tujuan siasatan hari ini.
Pasangan itu mengirim sekeping gambar di laman Facebook Khamis lalu dengan mengucapkan “Selamat Berbuka Puasa” sementara menikmati ‘bak kut teh’ (sup herba babi). Logo Halal juga dipamerkan pada gambar berkenaan.
Gambar berkenaan mengundang kemarahan di kalangan orang Islam dan bukan Islam.
Facebook telah menutup laman berkenaan setelah SKMM menjalankan siasatan selepas menerima beberapa laporan daripada orang awam berhubung kiriman itu.
Mereka telah memohon maaf dalam satu laman kiriman video YouTube dengan mendakwa perbuatan mereka hanyalah satu jenaka.
Walau bagaimanapun, SKMM tidak melihat isu berkenaan sebagai melucukan.
Ketua bahagian penguatkuasaan dan pemantauan SKMM Zulkarnain Mohd Yasin berkata siasatan akan dapat dilengkapkan dalam minggu ini dan pihak polis juga akan menjalankan siasatan mereka sendiri.
Pasangan itu disiasat di bawah Seksyen 211 dan 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan jika sabit kesalahan mereka boleh dipenjara satu tahun atau denda RM50,000. - 15 Julai 2013.


pstt** harap sangat diambil tindakan...supaya jadi pengajaran....

Awal Kehamilan memang tak boleh makan jambu batu ea???


terbaca pasal makanan2 yang tajam tadi
tersembul pulak jambu batu
seyes ke jambu batu tak boleh makan???
dulu time aku peknen aku memang kaki pelahap jambu batu
sehari 2 bijik aku makan...
pasal ada orang kata pregnant elok makan jambu batu...
mana satu ni???

sedihnye bila baca 
ni diantara makanan yang dilarang ketika awal kehamilan

1. NO PINEAPPLE!
2. NO GUAVA! - hari2 aku telan
3. NO PAPAYA!
4. NO PAINTING!
5.NO SNIFFING PERFUME!- aku suka cium bau
6.NO SPRAYING SHIELTOX OR RIDSECT or seangkatannya! - tiap2 malam...setengah jam sebelum masuk tido
7. NO SUSHI!! EAT SPICY FOOD OK..DONT OVER DO IT! - xboleh hidup tanpa makanan yang pedas
8. NO HANG OUT AT PASAR MALAM..! - setiap sabtu
9.AVOID CROWDED - 
10. NO SQUATTING AT ALL AND NO BENDING TOO MUCH!
kredit to http://brendasecretdiary.blogspot.com/
  1. Nenas muda - 
  2. Betik muda
  3. jambu batu
  4. Ikan2 yang bersisa seperti pari, keli, duri, tenggiri, semilang etc
  5. Durian - makan sikit2 je
  6. Tapai
  7. Rebung
  8. Air kelapa - awal kehamilan
  9. Black pepper? --- cuba baca post saya kat atas tu 
  10. Tebu
  11. Makanan over pedas dan panas dan tajam
  12. Air gas
  13. Makanan yang tak dimasak dengan sempurna like sushi..
  14. Makanan yang berangin like nangka dan sejuk like tembikai - pernah makan nangka n hari2 minum air tembikai...nak elakkan minum kopi....rupenyeeeeeee

betul ke ni???confius....

Monday, July 15, 2013

Tabiat Time puasa kembali

time2 puasa ni adalah time yang paling seronok google resepi,
google juadah berbuka orang lain
g jengok blog2 masakan
tengok makanan yang korang-korang post..
perghhhhh....layan betul...
siap aku imagine lagi kalau makan piza macam ni dapat minum air coke best jugak
kalau makan nasik ayam pekena air sirap limau perghhhhhh
lepas tu terteguk air liur 2 3 kali
aku terus surrender
tutup blog2 masakan
aku beralih ke tabiat ke 2
bukak blog mengumpat-ngumpat 
terkurang pulak pahala puasa tengok aurat orang...
perghhhhh bukak balik blog resepi
copy paste dalam word 
print
siap
balik rumah singgah bazar kejap
balik rumah tampal resepi kat peti sejuk...
T__T
bila nak start try ni...
dah 6 hari puasa
baru 2 kali aku masak kat rumah
sambal udang
sambang udang + kacang buncis 

Simple rules untuk kuruskan badan

ramai yang teragak-agak nak kuruskan badan/sihatkan tubuh badan dengan herbalife
bila dah bagitau 
dia menjawab
kalau macam tu la caranya baik tak payah beli produk awak...
sama jugak kena berlapar,kena senaman,baik bersenam aje"katenye...
aku tau ada sesetengah produk yang mintak korang skip meal kan????

xde la pulak pengguna herbalife tu berlapar kalau makan herbalife
dah tu pergi lah ko bersenam tu....
start dari sekarang...
4  5 bulan lagi boleh la kurus....

macam ni la kepada orang-orang yang eager sangat nak kurus tu...
kurus ni bukan boleh buat dalam masa seminggu ok...
korang makan la apa-apa produk sekalipun
ambil la pakej pelangsingan badan dari london sekalipun
peraturan dia tetap sama

banyakkan minum air,
jangan ambil makanan berlemak dengan kerap
senaman

kalau korang tak ambil apa2 produk pun 

banyakkan minum air,
jangan ambil makanan berlemak dengan kerap
senaman

peraturan dia simple kak..beza dia cuma keberkesanan produk
makan la apa2 produk pun kak 
kalau makan 40 kali sehari pun tak kurus...
malas pulak tu nak bersenam
minum air pun tanak
dah acane tu????




Nilai duit sekarang...............

Kalau g bazaar ramadhan tak sah kalau tak habis RM 50...
bunyi macam banyak kan..tapi tak byk pun yg dpt dengan RM 50.00
balik rumah terus membebel..
duit 50 sekarang macam 10 aje...
ni aje yg dapat...
tak kuasa betul...
tengah membebel2 teringat ustaz Yapeim cakap masa berucap dalam perhimpunan bulanan masa awal puasa
50 ringgit kalau dibawak shopping nilaine sikit sangat...
tapi kalau 50 ringgit dibawak ke masjid /untuk derma
besar ke kecik nilai die???
50 ringgit tu serta merta jadi besar nilainye

okeh2 muhasabah diri

Wednesday, July 10, 2013

Budak Couple Seminggu tampil beri penjelasan

ramai kan yang tengok video budak seminggu kapel tu????
kesian kat budak tu kena maki hamun...
nasihat la elok2 brother.....
budak kecik lagi..fikir pun x panjang...kite yang dah besar ni pun kdg2 akal pendek...

Allah Rindukan Doa Hambanya :'(



Assalamualaikum , Mesti tengah panas dengan cerita video Puteri kan ? Hmm , sebenarnya video tu di uploadkan
 lama dh tapi di privatekan dan video tu takdak sapa yg view. Memang niat taknak publickan tapi masa hangout 
last week ramai pulak yang nk view , Mulanya kami *saya dengan ery* terima komen yang baikbaik daripada anda
 semua. Kami ingat benda ni akan okay, Puteri ada mintak nk private balik vid tu tapi ery tak kasi sbb dia kata
 semua orang suka dan dia nk download masuk note II dia. So tak jadik lah nk privatekan semula.

Puteri tahu ini semua salah Puteri buat vid mcm tu . Puteri nak mintak maaf kalau ada buat koqang rasa sakit 
mata ka sakit telinga ka apa. Allah uji Puteri ni bersebab. Mungkin atas apa yg dah Puteri buat selama ni. 
Mmg dari dulu lagi Puteri ramai haters, tapi selepas buat vid ni lagi bertambah lah kan? Malah seluruh
 malaysia mugkin seluruh dunia. 

Allah maha mengetahui apa yg akan berlaku disebalik semua ini. Mungkin Allah rindukan doa daripada 
hambanya yang bernama Syazwani :') Allah rindukan solat taubat dari hambanya. 
Dia lebih tahu daripada segalanya. Puteri hanya mampu berdoa dan melihat.
 Korang ramai namun ? Puteri seorang diri , Nasib ada kawankawan yang sangat baik dan selalu sokong wani
 dari belakang . 

Puteri mohon , orang yg upload vid puteri kt youtube, tlg lah delete. Puteri baru tahu saat dan ketika ini 
siapa yang bergelar kawan dan bergelar musuh . Mungkin cerita ini akan terus tersebar tapi, 
Puteri redha dengan dugaan Allah malah Puteri bersyukur diatas apa yg berlaku ini mengakibatkan
Puteri selalu mendekatkan diri dengan Allah. 

SubhanaAllah, Semalam lepas tengok apa yg terjadi , Hati gelisah sangatsangat. 
Walaupun kawankwan, family dah ckp sabar semua tapi ttp tak okay . 
Lepas buat solat solat semua, baca alquran , rasa betapa tenangnya hati ni. Allah maha berkuasa . 

Mungkin setakat ini sahaja post saya buat kali ni. Tapi ini mungkin post terakhir dari saya. Assalamualaikum :')

pstt**Alhamdulillah dengan kesilapan yang
adik ni lakukan buat dia dekat dengan Allah...kita??? bila lagi????







Tuesday, July 9, 2013

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN



Selamat menyambut bulan Ramadhan kepada semua pembaca blog ini :)


Monday, July 8, 2013

Eye Floater a.k.a nampak benda hitam dan cahaya terbang -terbang


Aku sebenarnya tak tahu sangat nak cerita macam mana.....nak2 kalau cerita serius ditambah pulak dengan sedikit ilmiah....tapi aku nak share jugak la cerita ni dengan korang....
hari tu kan aku ade story2 pasal aku pergi Klinik mata tu kan, kena bius bagai....
Hari ni aku nk cerita keseluruhan story dia...

Lebih kurang sebulan yang lepas kot, aku macam biasa duduk depan pc , tiba-tiba rasa macam ada benda hitam, aku ingat kan bulu mata duduk terjuntai ..puas jugak aku gosok-gosok tapi benda hitam tu tetap ada ....setiap kali mata aku bergerak, benda asing tu pun bergerak jugak...
aku pun macam biasa google dulu apa2 pun...kebetulan pulak mata aku tak sakit, so aku malas nak pergi klinik..

dua minggu lepas aku pergi floria putrajaya dengan encik suami , mata aku rasa sakit sangat, macam berpasir rasa dalam mata..lepas tu bila pandang langit nampak macam ada cahaya gerak-gerak... 


lepas makan tengahari terus cari klinik mata, cari punya cari pergi la klinik Az zahrah bangi... pakar tak de pulak time tu..jumpa doktor biasa aje...aku cerita problem aku, then doktor tu tak cek sangat pun sebab dia xde mesin yang berkenaan  katenye, dia cuma tanya2 aku, then buat surat refer pada doktor pakar,dia pun x bagi ubat, sebab dia xberani bagi, apa2 pun jumpa pakar dulu , katenyeeee......"

rabu minggu lepas pun aku gigih la jugak buat appointment dengan pakar, 
doktor bius  2 2 mata aku, guna ubat titis ye bukan guna jarum... kalau jarum mau aku lari keluar klinik time2 tu jugak...
kawan2 aku tau la macam mana aku tak boleh kalau orang pegang mata aku, sebab tu sampai sekarang contact lens aku xpernah berjaya pakai....so korang boleh bayangkan macam mana doktor tersebut bersabar dengan aku...dah cek doktor bagi ubat titik untuk besarkan anak mata, sebab dia nak cek lagi....retina dan vitreous akan diperiksa dengan sinar-sinar yang terang dari ophthalmoscope.
pedih sikit la ubat titis tu, tapi aku tahan jugak la... 2 kali titis pun anak mata dah besar, tulisan kat klinik pun dah x nampak..rupa orang pun x nampak..apatah lagi jerawat orang..

sorry ye aku tak reti nak explain guna medical term..tapi bahasa kampungnya mata aku ada lebih cecair.... apa yang aku alami sekarang dipanggil eye floater, api biasanya orang umur 50an sahaja yang kena benda ni... sentap kejap....doktor kata kes aku belum berbahaya,kes paling teruk boleh menyebabkan buta... tapi kalau ikutkan dalam 1000 hanya ada 1 kes....

time tu terus aku rasa down ...."Ya Allah, kenapa aku??? Ya Allah ya Tuhan ku, seandainya aku berdosa aku mohon keampunan kepada mu.. mungkin ada rasa sakit hati, rasa tak puas hati , rasa menyampah denga n orang ..hati x pernah nak bersih..orang kata penyakit2 hati macam ni boleh menimbulkan penyakit lain...tak apa lah... Alhamdulullah, aku masih dapat nikmat melihat walaupun pandangan itu sedikit terganggu..." 

xpe lah mungkin ni ujian untuk aku...
ini mungkin akibat dari dosa-dosa aku yang ada....mungkin ini balasan di dunia... di akhirat nanti macam mana pulak??? Astghfirullah mohon dijauhkan.. T___T ... 

doktor jugak kata aku kena terima sahaja keadaan aku sekarang, maknanya benda tu kekal dalam mata aku ke???aku malas nak tanya lebih2... 

doktor bagi aku ubat titis je sebab mata aku terlalu kering.dan kena buat check tiap2 bulan kat klinik dia....next check up ujung bulan ni....

hari ni bertambah lagi satu bintik hitam T___T haish....


macam ni yang aku nampak kalau tengok langit or awan yang cerah... tapi dia bukan statik ye,...sentiasa bergerak laju dan bentuk berubah2



tompkan hitam macam ni yang aku nampak...tapi cuma 2 tompok sahaja, satu besar satu kecik ......



untuk rujukan korang2...

"eye floaters" merupakan objek-objek berbentuk aneh yang muncul di pandangan kita, terkadang muncul ketika melihat yang cerah-cerah seperti langit biru. Bentuk objek yang dilihat pun berbubah-ubah, terkadang berwujud titik, terkadang berbentuk berserabut dan panjang.

Ini bukanlah ilusi optikal, Hal ini kemungkinan disebabkan oleh adanya vitreous yang keluar dari tempatnya semula dan kemudian bergerak-gerak di sekitar bola mata kita.

Vitreous adalah media seperti agar-agar bening yang mengisi bagian dalam bola mata mulai dari belakang lensa mata sampai ke retina, berfungsi untuk mempertahankan bentuk mata kita. Gel alias agaragar pada mata ini terdiri atas 99% air dan 1% elemen lainnya, seperti jaringan asam hyaluronic dan kolagen. Asam hyaluronic berfungsi untuk mempertahankan molekul air. Terkadang, jaringan ini mengekuarkan asam hyaluronic yang kemudian asam ini "menangkap" molekul air. Ketika ini terjadi, akan membentuk inti yang berair di vitreous body.

Kemudian, bagian dari jaringan asam hyaluronic dan kolagen akan terlepas dari tempat yang seharusnya dan mengapung di tengah mata. Dan ketika cahaya melewati area ini, maka akan membentuk bayangan di retina kita. Bayangan inilah yang kita lihat pada saat ini terjadi.

"Eye floaters" juga bisa dikatakan sebagai deposit atau kondensasi di jeli vitreous pada mata. 
mata yang mengalami floaters adalah bisa disebabkan dari hasil perubahan dalam pendinginan tubuh dimana gel koloid yang menempati sebagian besar bola mata berongga.
pencegahan tetap mempertahankan hidup sehat dan biasanya pengobatannya dengan laser YAG.
Persis saran salah seorang dokter kepada saya.namun tidak ada bukti bahwa ini efektif. Penggunaan laser juga menghadapkan pada risiko-risiko signifikan pada penglihatan dari mata yang jika tidak adalah suatu mata yang sehat. Vitreous sendiri juga dapat diangkat dengan operasi oleh suatu prosedur yang disebut vitrectomy. Ini melibatkan beberapa irisan kedalam mata dan dicadangkan untuk situasi-situasi yang mana ada sejumlah besar dari darah yang tidak menghilang atau puing-puing peradangan didalam mata. Operasi dari yang manapun seharusnya tidak dilaksanakan pada pasien-pasien dengan tipe yang umum dari eye floaters dalam kaitan dengan vitreous syneresis atau posterior vitreous detachment.

dan alhamdulillah eye floaters berkurang pada ukuran dan kegelapannya seiring waktu. Katanya sih karena proses-proses alamiah didalam mata. Sekarang floaternya bergeser dalam posisinya didalam mata, berakibat pada efek bayangan yang lebih sedikit. Mungkin karena syaraf-syaraf didalam otak beradaptasi dan menjadi terbiasa dengan kehadiran eye floaters, mengabaikan dan membuat diri gembira dengan hati yang lebih 'luas'.
“Tiada seorang mu’min yang rasa sakit, kelelahan (kepayahan), diserang penyakit atau kesedihan (kesusahan) sampai duri yang menusuk (tubuhnya) kecuali dengan itu Allah menghapus dosa-dosanya” (HR. Bukhari).

Info lain eye floater

banyak sumber yang aku dapat semua dari blogger indonesia... kat Malaysia xramai ke yang pernah dapat eye floster ni???

Friday, July 5, 2013

Utusan surat khabar kejenye menfitnah aje ke???


terbaca artikel ni tadi kat yahoo...
akhbar utusan asyik kena saman fitnah aje...
surat khabar pun propa sekarang ni...

sumber : http://my.news.yahoo.com/nizar-menang-kes-saman-fitnah-terhadap-utusan-malaysia-065416355.html

Oleh JENNIFER GOMEZ
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, hari ini, memerintahkan Utusan Malaysia membayar ganti rugi umum dan teladan sebanyak RM250,000 kepada bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin (tengah) atas saman yang difailkan terhadap akhbar itu berhubung isu pendaftaran nombor plat kereta WWW1, pada tahun lalu.
Peguam Nizar, Fitri Asmuni memberitahu The Malaysian Insider, Hakim Rosnani Saub dalam keputusannya mendapati Utusan Malaysia bersalah melakukan fitnah terhadap Nizar dan akhbar itu gagal dalam pembelaannya yang menyatakan bahawa tindakan mereka menyiarkan kenyataan Nizar menerusi akaun Twitternya itu adalah satu justifikasi, komen berpatutan, perlindungan bersyarat dan kewartawanan.
"Hakim dalam penghakimannya turut berkata bahawa Nizar dalam kenyataan itu tidak mempersoalkan dari mana Sultan memperoleh wang berkenaan, tetapi hanya berkata ia satu pembaziran wang," katanya.
Mahkamah juga, katanya, memerintahkan Utusan Malaysia membayar kos RM30,000.
Fitri berkata, Nizar yang kini berada di Australia sudah dimaklumkan mengenai keputusan mahkamah itu menerusi teks pesanan ringkas.
Nizar menyaman Utusan berikutan akhbar itu menerbitkan pernyataan fitnah berhubung pembelian nombor plat kenderaan WWW 1 yang dibida pada harga RM520,000. Nizar pada 28 Mei tahun lalu mengeluarkan satu kenyataan melalui akaun Twitter miliknya berhubung nombor plat itu. Mohammad Nizar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Panjang mendakwa pada 30 Mei tahun lalu, TV3 mengeluarkan berita melalui Buletin Utama jam 8 malam, berhubung kenyataannya itu. Keesokannya pada 31 Mei, Utusan Melayu menerbitkan satu artikel di halaman 11, akhbar Utusan Malaysia berhubung kenyataannya itu.
Nizar mendakwa pernyataan ftnah itu antara lain membawa maksud bahawa beliau adalah seorang penderhaka kepada sultan amnya, dan Sultan Johor khususnya, beliau adalah ahli politik yang anti-sultan dan seorang ahli politik yang cuba menghasut rakyat untuk membenci Sultan Johor.
Sementara itu, pada April lalu, Nizar kalah dalam tuntutan saman sama terhadap TV3 dan Fitri memaklumkan bahawa pihaknya akan memfailkan notis tuntutan di mahkamah esok.
Pada Februari 2011, Mahkamah Rayuan memerintahkan Utusan membayar ganti rugi RM200,000 kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berhubung penyiaran artikel bertajuk `Kebiadapan Guan Eng' yang disiarkan pada 20 Disember 2011.
Pada Januari lalu, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menang dalam tuntutan saman terhadap Utusan selepas Hakim Mahkamah Tinggi, VT Singham mendapati akhbar itu memfitnah Anwar dalam dua artikel. - 4 Julai, 2013.


psstt** aku tak tahu kesahihannya, sebab aku tak cari info lebih lanjut pasal ni..kalau korang tau sila share la yeaaaaa....

Jangan sampai tak sorang umat manusia pun dah xde mood nak tegur kesalahan kita...


sekarang kan trend retis duk post2 gambar seksi 
lepas tu kena bahan dengan peminat2..
lepas tu ngamuk2
yang aku tk faham kenapa la duk upload gmbar seksi kalo tak nak jadi isu..
upload gmbar orang tengok, sikit sebanyak tempias tu kena kat kita...
ke aku yang salah fahaman....
aku rasa peminat ni menegur sebab tu tanggungjawab dia...
dah nampak tegur la kan, 
walaupun kita bukan baik mana pun,
jangan la semua umat manusia ni suatu hari nanti masing2 jaga hal masing2 aje...
takut satu hari nanti aku buat salah tak de yang nak menegur dan nasihat aku...
T___T
ye la...kita kan manusia

Thursday, July 4, 2013

Dugaaaannnnn....

semalam g klinik pakar
mata kena bius
letakkan ubat besarkan anak mata...
seharian aku rabun
T___T
nanti la story2 
mood menulis ke laut sekarang....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...