Pengskodeng terhebat

Great deal yawww

Tuesday, April 30, 2013

Harap rezeki itu masih ada...


standing still, remain silent, doa,
harap masih diberi kesempatan di atas rezeki ini....
ameen.


Friday, April 26, 2013

Hey ! blogger asal mana?

titew asal dari PAHANG !!!!kamu???
Segmen hanya berlangsung selama satu minggu bermula dari tarikh 24 April sehingga 30 April 2013.
nak join klik banner


Thursday, April 25, 2013

English Cotton ala-ala Vintaj gitu

ENTRY MELEKAT
SCROLLLLL UNTUK N3 BARU
Dalam pada aku bersenang lenang menantikan kerja yang bakal tiba, maka sempat la aku memikirkan baju raja aku untuk tahun ni...
seingat aku family aku belum decide lagi nak kaler apa untuk tahun ni,
"family" yang dimaksudkan ialah kakak Shima aku...
asyik die aje decide kaler ape...
taun lepas aku decide dorang setuju..lepas tu tengah tahun kaler berubah sebab kakak aku nak kaler lain...
nampak tak permainan autokrasi dia disini???

raya lambat lagi kan???
ye aku tau tu......
tak kan la nak tunggu last minute baru nak terhegeh2
aku bukan macam korang...
aku ni jenis yang susah sangat nak cari baju kurung siap...
sebab lengan baju tu pendek...
senteng sangat la sampai atas lutut baju tu..
kain ketat
baju ketat kat ketiak...
maka satu2 penyelesaian aku adalah beli kain sendiri dan tempah kat tailor

Bagi korang-korang yang suka dengan kain cotton meh jenguk2 kat sini design dia..aku belum upload dalam fb lagi gambar ni..ni kire teaser la...
kain cotton ni kire ala-ala vintaj gitu coraknya...shantek tol kak tonnnnnnnnnnnnnn.....'
















SOLD OUT







SOLD OUT



SOLD OUT
SOLD OUT


MAHAP LA YE KAWAN2 NUMBER TUNGGANG TERBALIK...



yang ni english cotton...kalau nak cotton lain 
nanti kak ton carikan ok...

SEMUA KAIN 
- 4 METER BIDANG 45
- RM 75 

EC 9 - PAISLEY PURPLE PINK
EC 12 - COKLAT CAIR BUNGA PURPLE
EC 13 - COKLAT CAIR BUNGA HIJAU
EC 14 - HIJAU

KOD LAIN SAMA MACAM GAMBAR


Wednesday, April 24, 2013

Nak Jadi LESBIAN okay tak????


bukan pasal aku ni..terjumpa status budak ni dekat fb aku tadi...
bukan nak memalukan cuma elok la kita perhatikan....
baca status dia, tengok berape ramai yang like...
mungkin budak ni tulis status dengan niat bergurau.... tapi benda macam ni dah macam common sangat
sampai dah tak rasa segan lagi.....
yang tukang komen pun mungkin ikut sama bergurau
tapi itulah....kadang2 boleh jadi pendorong jugak kot...
entah la.
ke aku yang kepochi ni???
adik2 boleh tak mintak jadi kaya ke, jadi superman ke, ultraman ke, keluang man ke,
kan lebih berfaedah...
boleh melancong tanpa menggunakan kapal terbang tambang rendah yang menghidangkan nasi lemak pak nasir..





Aku tak nak sedekah kat pakcik tu, takut die menipu...


Dulu masa keje kat KL, perjalanan pergi dan balik tu comfirm terserempak dengan peminta sedekah....
mula2 aku memang kesian....
ada sorang pakcik tu berdiri, pegang cawan, 
badan dah bongkok..
serius aku kesian
tapi bila dah hari2 jumpa orang sama, aku jadi tertanya2 betul ke tidak orang ni susah...
kadang2 kita nak bagi sedekah pun was2..takut orang tu menipu....
ada yang bagi nasihat jangan sedekah..tu semua tipu je tu...

tapi baru2 ni aku terdengar ustaz kazim elias cakap dalam kalau dah jodoh...

aku tak ingat sangat ayat betul dia, macam ni la lebih kurang ayatnye..kalau terlebih terkurang saya mintak maaf..

"kita tak tahu hati orang, kita tak tahu orang tu menipu atau betul....
kalau nak sedekah, sedekah lah dengan ikhlas, setiap sen yang keluar dari poket kita ada pahalanya....
kalau dia menipu, tu urusan dia dengan Allah...."

Tapi kalau korang dah tau orang tu menipu ,tak payah la bagi lagi...kang dapat duit dia g joli berjudi ke, minum arak ke...dah seolah2 menyumbang pada benda tak elok pulak..

Tuesday, April 23, 2013

Dasar mak ayah tak pandai jaga anak!!!!!


Aku cukup menyampah kalau anak buat salah then masyarakat mula menyalahkan mak ayah dalam hal tersebut....
hoih...mungkin ada sesetengah perkara ko boleh salahkan mak ayah...
tapi ko ingat ade ke mak ayah dalam dunia ni yang nak anak dia jadi jahat...
tak ade beb...
walaupun mak ayah korang bagi pendidikan yang baik pada korang , tapi pemikiran korang tu ,korang aje yang boleh kawal...

tak payah cerita pasal orang la..tengok diri masing2 masa kecik dulu...
mak ayah ko kate jangan mandi sungai...
ape yang ko buat?? curi2 keluar jugak kan mandi sungai...
ohh sebelum tu , sebab aku ni duduk kampung so contohnya agak kekampungan la kan...
kalau budak2 sekarang dah tak boleh buat contoh mandi sungai..
kena buat contoh main Ipad, main facebook, main iphone... serius tak de life dan thrill.....
sambung balik pada contoh....
mak ko kate jangan panjat pokok ko tu perempuan.....
tapi tetap korang panjat, bila mak ko balik rumah cepat2 turun pokok dan pura2 pegang galah jolok buah rambutan..
bila bapak ko pesan jangan amek lagi buah rambutan tu , muda lagi katenye...
dalam2 korang tak de perasaan nak makan rambutan muda terus rasa nak makan...
makanya bila bapak tak de rumah , terus korang memanjat pokok dan makan rambutan muda....kaedahnya....

mak bapak pesan bawak motor jangan laju...
tapi bila korang bawak motor ramai2 tanpa sedar korang akan bawak laju2 kan...
betul tak betul tak...

ni cuma pendapat aku la...mak ayah tak patut disalahkan 100% bila anak tu sendiri dah ada otak..cukup sifat untuk buat pilihan.... 

akhir kata jangan la merempit....dan membuli, dan mencuri...


ni polis tahan, bukan nak mintak korang buat high five





Monday, April 22, 2013

Thursday, April 18, 2013

Garam dilaut asam didarat


tengah sibuk2 hari ni...aku jadi stress...
tetibe terdengar lagu
garam dilaut
asam di darat
dalam periuk bikin muafakat...
ceh...terus aku tergelak...
pffttttt...sila kuatkan lagu tersebut

Wednesday, April 17, 2013

40 minit rayu selamatkan isteri dan bayi yang terlibat dalam kemalangan-New Delhi


semalam ternampak dekat TV3, tapi tak tahu berita penuh...
tapi serius kot kalau macam ni...
macam dah tak de perasaan belas kasihan...
kereta lalu buat tak tahu...
orang melintas jalan buat tak tahu...


Lal merayu meminta bantuan orang ramai di sebatang jalan di Jaipur selama 40 minit

NEW DELHI - Satu rakaman video menunjukkan seorang lelaki merayu pertolongan selama 40 minit selepas dia bersama isteri dan bayinya terlibat dalam satu kemalangan jalan raya dekat Jaipur, India, kelmarin.

Jurucakap polis memberitahu, tindakan orang awam yang tidak mempedulikan mangsa dan keluarganya yang dalam kesusahan itu dianggap sebagai sifat yang memalukan di India.

"Selama lebih 40 minit Kanhaiya Lal merayu pertolongan daripada orang yang lalu lalang di situ. Kejadian berlaku sebaik motosikal yang dinaiki mereka bertiga dilanggar oleh sebuah trak," katanya pada laporan Al-Jazeera.

Isteri Lal, Guddi, 26, dan anak mereka yang masih bayi berumur 10 bulan maut di tempat kejadian.

Sebelum ini, sebuah stesen televisyen (TV) tempatan menyiarkan rakaman yang menunjukkan mayat seorang wanita bersama bayinya dan seorang lelaki menjerit meminta pertolongan.

Lebih menyedihkan, sebaik ambulans tiba, mayat isteri dan anaknya itu diangkat secara kasar dan umpama membuang sampah ke dalam kenderaan itu.

Ketua polis trafik Jaipur, Lata Manoj dalam satu temu bual siaran TV berkata, adalah menjadi tanggungjawab setiap penduduk menghulurkan bantuan demi menyelamatkan nyawa.



sumber:.http://www.sinarharian.com.my/40-min...-anak-1.150847

Awas Kejar JKR dihadapan - LOL



Tuesday, April 16, 2013

Device MENCURI KENDERAAN!!! Laporkan jika anda ternampak alat ini



alat ni digunakan utk mencuri signal frequency alarm..

bila owner tekan alarm utk lock/unlock kereta,frequency akan dicopy device tersebut.

bila owner kereta tinggalkan kereta , si pencuri akan manipulate frequency tu utk unlock kereta tanpa sebarang bunyi alarm dan dgn mudah bawa lari kereta.

Peringatan Kedua :- sebarkan utk kebaikkan bersama . Jika ternampak alat ini pada seseorang d mana anda berada, laporkan segera di Balai2 Polis yg berhampiran atau menggunakan talian Rakan Cop, utk tindakan segera . ALAT INI DI GUNAKAN UTK KEGIATAN MENCURI SEBARANG KENDERAAN TANPA MENGGUNAKAN KUNCI ASAL . Mungkin kenderaan anda. ...Pastikan kenderaan anda selamat di mana anda meletaknya. ....



Sumber forum cg 

perghhhhh senang betul keje pencuri skang ni...

New Alyah - Alyah Bertudung Sekembali Daripada Umrah





Foto diatas merupakan salah satu foto terbaru yang dimuat naik oleh Alyah dengan menyelitkan caption yang berbuyi, ‘New ALYAH.’ Wah, sungguh cantik dan anggun bukan?
Untuk makluman, baru-baru ini Alyah baru sahaja selesai menunaikan ibadah umrah di tanah suci Mekah dan nampaknya sewaktu berada di sana, penyanyi ini telah sempat merakamkan beberapa foto kenangan manisnya untuk dikongsikan bersama peminat di laman Instagram-nya.
Dalam pada itu, melalui salah satu foto yang dimuat naik oleh penyanyi ini, dirinya turut berharap agar suatu hari nanti dia dapat menjejakkan lagi kaki ke tempat suci itu di masa akan datang.

sumber :oh bulan

Saturday, April 13, 2013

Nak kad kahwin murah-murah aje


cerita pasal kahwin pun tak abes nak cerita lagi...
so untuk panduan korang bride to be
meh la aku cerita sikit demi sedikit

before aku tempah kad kahwin aku memang dah plan
tak nakkad kahwin mahal-mahal
sebab apa, kad tersebut akhirnya akan ke tong sampah jua akhirnya...
percaya lah cakap aku...
berapa lama korang nak simpan....
lagi satu aku tak nak buat banyak2 sebab apa.
Encik Suami aku cuma mintak 15 keping kad je untuk die jemput kawan-kawan dia...
abah aku mintak 30 keping...
jemput kawan2 , saudara mara, orang kampung aku pulak, alhamdulillah masih mengekalkan tradisi lama, iaitu jemput pakai mulut.. kalau jemput pakai kad aje , diorang segan nak datang.
aku pulak dah cuma nak dalam 30 keping jugak....
bagi kawan-kawan , budak ofis, kawan2 masa study, masa sekolah...
yang lain jemput fb..
tapi tak boleh pulak kan nak order bawah 100...kesian lak tukang buat kad...
so aku order la 300 keping...

mula-mula gedik nak order 100 keping yang mahal sikit, yang lain yang murah2
tapi nasib baik ada orang bagitau.....tak boleh buat macam tu...
HARAM
ingat tau bride to be, jangan bezakan kad korang..haram hukumnya.. jap aku tepek

Ustaz Azhar Idrus ~ Kitab Muhimmah

Soalan: Perihal kad kahwin.
Jawapan: Haram bezakan kad kahwin(mahal dan murah) kerana nak bagi yang murah kepada orang miskin, dan yang mahal kepada orang kaya... Yang bolehnya, yang mahal beri kepada adik beradik, atau qarabah, dan yang murah untuk jiran-jiran dan tetamu lain tanpa kira kaya atau miskin...

ni contoh kad kahwin aku 
gambar aku copy dari vector dan bagi pada bos a.k.a tukang buat kad... yang lain husband die or staff die yang design... 
harga ikut permintaan kita la kan...
demand tinggi harga tinggi la jugak kan..
aku malas nak letak gambar sendiri 
takut2 musuh yang nyata dapat kad aku duk pijak2 lak kad aku...
huaaaa imaginasi aku memang tinggi..
tapi tak faham kenapa aku tetap tak kreatif 


kalau korang nak order dengan dia pun boley

Friday, April 12, 2013

Jelly Bean tu apa???? macam sedap kan


kat rumah semalam borak ngan encik suami

aku: smart kan smsung galaxy note II
ES: smart
A: sekarang keluar limited edition punya kaler pink .. sekarang hanphone baru semua ada jelly beans kan.....
ES: Jelly Bean???ape tu??? macam sedap je kan kalau makan....eeeee teringinnye makan jellybean...
aku : =,=!

ni mesti die dengar iklan radio ni....
menyampah tol kalau borak ngan die...selalu main2...


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...