Pengskodeng terhebat

Great deal yawww

Friday, December 21, 2012

Nak tengok gambar kahwin Maria Elena lagi..........


korang jangan tanya aku, banyak lagi tak gambar kahwin Maria Elena..
gambar yang ada pun aku telah copy paste, bulat-sebulat bulatnya dari blog Hazanis tanpa kebenaran..tapi ai bagi kredit okey....hai hazanis saya dah copy paste....tak mo marah titew....

aku tengok gambar2 die tu aku cam 'eh kahwen pun wat muke biasa dia tu'
biasa kan kahwen orang wat muke ayu2 sikit...husband die pun lebih kurang aje...hahahaa 
pada korang yang nak tengok lagi meh aku bagi sikit...
semua pun copy dari gugel.....



cam shantek lak baju die ni.......nak yang niiiii plissss... oh...ok dah x sempat nak buat T__T


 bersama family hasbennye.... hahahaha aku tau sebab fatin liyana ada....




Thursday, December 20, 2012

Durian Crepe punya pasal


oleh sebab tak nak rasa loser sangat kerana tak pernah makan durian crepe
maka aku telah mengoder durian crepe dari kak masruha 
aku tak kenal pun kakak ni tapi si neny yang telah rekemen kan....
kakak opis katenye....
gambar gugel okeh

gigih la aku g pick up durian crepe dekat midvalley <---- a="a" href="http://meeoowwers.blogspot.com/" ofis="ofis" sebab="sebab">neny
kat situ
amek durian crepe pas tu terus bergegas g beli takoyaki kat midvalley
sangat ohsem tau tako kat situ...
tau tak tako tao dekat midvalley????
ohhhh dap...dap...dap...
kalau beli tako dekat sogo ko akan rasa macam makan tepung aje.... puiiiiiii
bukan pui dekat tako.. tapi pui dekat diri sendiri....
terus beli 2 kotak sekali dekat tako tao
ase mcm nak amek 3 kotak.... tapi tak nak nampak tamak sangat...
lepas beli terus g komuter nak balik...
tunggu lame gile okeh...
asyik komuter rawang aje yang lalu....
eiii jadah tol....mane komuter ke batu caves ni...
dekat 3 4 komuter gak la yang lepas....
abes gak la takoyaki aku sekotak tu...
dengan durian crepe seketul
akhirnya aku ngan dak ain decide naik aje komuter ke rawang tu....ingat nak turun kat stesen putra
dah naik tu, komuter pulak ade masalah aiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii...dekat sejam bergerak x sampai lagi ke kl sentral... sampai kl sentral aku perasan lane sebelah sane komuter ke batu caves... aku bagi tau dak ain
kitorang pun turun kat kl sentral tunggu komuter kat lane sebelah sini pulak...
abes lagi sekotak lagi tako... T__T
masih nak makan sebenarnye...
menyesal tak beli 3 kotak tadi.....


p\s * baru2 ni nek komuter baru perasan yang kalau tunggu kat midvalley memang komuter ke batu caves takkan lalu...nasib baik aku ngan dak ain tak tunggu...kalau tak mau berjanggut gak kitorang kat midvalley tu T__T

Wednesday, December 19, 2012

10 Gambar Perkahwinan Maria Elena dan Asfirdaus dari Mukhriz Latif & Udey Ismail Photography


copy paste dari http://hazanis.blogspot.com/2012/12/10-gambar-perkahwinan-maria-elena-dan.html

Tahniah kepada pasangan


Untuk lihat banyak lagi gambar dah video mereka terjah la entri sebelum ini "Majlis pernikahan Maria Elena dan Asfirdaus"& "Video sweet : Maria Elena dan Asfirdaus".


“Demi sesungguhnya Kami (Allah) telah mengutus beberapa rasul sebelum kamu dan Kami menjadikan untuk mereka isteri-isteri dan keturunan.” (Surah Al-Ra’d: 38)

yang ni aku suke...sweet

Busana pengantin yang dipakai sangat sesuai dengan Maria Elena. penuh dengan ciri muslimah. tengok sini untuk "busana pengantin & tunang". Mek cah pun dah jatuh hati. =)



Ayuh terjah page Mukhriz Latif & Udey Ismail Photography untuk melihat banyak lagi gambar yang menarik. so kepada sesiapa yang bakal berkahwin ataupun memerlukan khidmat photographer boleh la ushar page ni. mana tahu berkenan dan teringin menggunakan service diorang.


Jangan lupa bagi sokongan untuk page Mukhriz Latif & Udey Ismail Photography dan LIKE kalau korang suka hasil kerja mereka

like a BOSS!!!!!!!!!


semalam baru dapat sijil
setelah sebulan lebih anta untuk dicop
sijil tak cop2
so aku amek keputusan amek balik sijil tu
sampai2 dekat office pengarah
pa die suh cop sendiri
apakah??? kenape tidak diberitahu sebulan yang lepas....
gigih la aku dengan mommy to be cop sijil2 tu semua
tampal common seal bagai
lalu balik ke office

selepas itu
aku kembali ke meja lantas jari jemari pantas menaip surat
terus aku print dan fotostat surat2 tersebut untuk edaran
lantas aku staplerkan surat2 tersebut...

aku susun mengikut negeri
langkah terakhir aku masukkan dalam sampul surat untuk tujuan pengeposan
dah separuh siap... 
aku tengok surat yang dah fotostat tersebut...

Ohhhhhhhh.........
number surat dan tarikh tidak aku catat sebelum difotostat tadi...
xpe lah hal kecik
aku boleh tuliskan aje untuk setiap surat yang telah aku fotostat
pandang kat bawah
ohhhhhhhhhhh
surat belum sign lagi !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
kejam betul dunia ni T____T
ikut ati aku nak signkan aje setiap surat yang telah aku fotostat



10 Gambar Perkahwinan Maria Elena dan Asfirdaus dari Mukhriz Latif & Udey Ismail Photography


copy paste dari http://hazanis.blogspot.com/2012/12/10-gambar-perkahwinan-maria-elena-dan.html



Untuk lihat banyak lagi gambar dah video mereka terjah la entri sebelum ini "Majlis pernikahan Maria Elena dan Asfirdaus"& "Video sweet : Maria Elena dan Asfirdaus".


“Demi sesungguhnya Kami (Allah) telah mengutus beberapa rasul sebelum kamu dan Kami menjadikan untuk mereka isteri-isteri dan keturunan.” (Surah Al-Ra’d: 38)

yang ni aku suke...sweet

Busana pengantin yang dipakai sangat sesuai dengan Maria Elena. penuh dengan ciri muslimah. tengok sini untuk "busana pengantin & tunang". Mek cah pun dah jatuh hati. =)



Ayuh terjah page Mukhriz Latif & Udey Ismail Photography untuk melihat banyak lagi gambar yang menarik. so kepada sesiapa yang bakal berkahwin ataupun memerlukan khidmat photographer boleh la ushar page ni. mana tahu berkenan dan teringin menggunakan service diorang.


Jangan lupa bagi sokongan untuk page Mukhriz Latif & Udey Ismail Photography dan LIKE kalau korang suka hasil kerja mereka

Kuih Terang Bulan vs Kuih Lenggang


apa khabar sahabat2 semua????
Ada sihat ka??? ka tarak sihat????kalau kat alam maya ni memang aku tak tahu la korang sihat ke tak...
duduk atas katil ospital pun masih boleh online kan???

walaupun aku rasa blog aku ni kadang2 update benda2 bongok tapi aku xde hati lagi dah nak buat blog baru
kerana aku adalah spesis penlupe password...
hari tu dah buat blog baru, konon nak tulis matang2 sikit
nak bahasa diri ni akak, saya , bla,,bla,bla ayu gile la konon...
pas tu aku nk sign in balik dah lupe password...
sangat menyampah ok...

sejak dari hari tu
aku dah give up
sekian dari saya.....

nak cerita pasal kuih terang bulan sebenarnya..tapi macam xde mood pulak...
sebab dah cerita pasal password blog yang tak ingat....
cancel la cerita....esok2 la ea...

ohh lupe nak cakap 
lately ni umah aku cam horror sikit la...

Friday, December 14, 2012

Alhamdulillah 1/2/34


Perasan tak tarikh hari ni cantik , smart dan tersusun giler. dan yang paling best tarikh ni jatuh pada hari yang terpenting sekali iaitu jumaat, penghulu kepada segala hari....Subhanallah Maha suci Allah, Alhamdulillah pujian bagi Allah, Allahu Akbar Allah maha besar ....... Alhamdulillah masih lagi diberi kesempatan untuk bernafas, dan berpijak di bumi ini. Masih lagi diberi kesempatan untuk berubah menjadi lebih baik... 











Thursday, December 13, 2012

Nak cash out duit Nuffnang


okeh2..... jangan tanye aku banyak mana duit aku dapat
sebab aku dapat x sebanyak korang dapat....
tapi okeylah..boleh wat beli cekedis stok untuk 2 bulan...
tapi macam sayang lak nak kuarkan 
sebab ngah ada CPUV skang dari taylor
ke nak simpan sampai bertambah lagi satu telur???
mau berjambang aku tunggu ni....kahkahkah 
apa-apa pun mekasih nuffnang


Wednesday, December 12, 2012

Padah bila over confident........


semalam kepada semalam aku bukak peti
rasa dahagaaaaaaa sangat...
tengok ada air bliss perisa anggur ke blackcurrant aku dah tak ingat...
ambil air tu... 
emmm dah ringan ni, baik abeskan aje
tengok tarikh expired............
7.12.12.. ag 2 3 ari lagi expired ni...
minum sampai abes.....
ahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh....... lega rasa tekak dapat minum sejuk2...
tgok balik tarikh expired 7.12.12 
tetibe teringat
eh............ hari ni bukan 10.12 ke????
dunia tetibe rasa kelam....
cisss..... padahal dah terang2 aku tengok bila expired
elok pulak dah abes minum baru ingat tarikh
T__T

Tuesday, December 11, 2012

Jadual Pembayaran Gaji Kakitangan Awam 2013


tahun 2012 dah nak abes
tak lama lagi nak masuk tahun 2013
so pada korang-korang 
yang berkerja di dalam sektor awam sahaja ok....
nih jadual gaji untuk korang
maaf la senget benget..ni pun aku copy dari blog orang lain...
dah tak ingat sapa punya...
credit 2 tuan empunya yang gigih scan jadual ni.....



Herbalife -Aloe Vera


pernah tak korang terfikir
kenapa bila makan ubat kurus tak kurus2
bila makan ubat jerawat, jerawat tetap berdiri megah dekat muka, 
bila makan vitamin
kesan die tak seperti yang orang lain dapat???

iye, mula2 korang kena tau, 
badan korang tak sama dengan badan orang lain...
tahap kekotoran usus korang tak sama dengan orang lain
usus yang kotor tak dapat serap sepenuhnya apa yang baik untuk badan

korang bayangkan selama korang hidup ni, selama tu la usus korang tu berfungsi 
selama tu la jugak usus tu tak dicuci...

 walaupun korang berak 5 kali sehari tak bermakna usus korang tu bersih ,suci dan murni okeh


so aku nak perkenalkan satu produk iaitu
Kandungan di dalam pokok lidah buaya:
1. Air
2. 20 mineral
3. 12 vitamin
4. 18 asid amino
5. 200 phytonutrien
6. Enzim
7. Triterpen
8. Glyconutrien & glycoprotein
9. Polisakaraid
10. Aceman
11. Fenolik, glikosid
12. Dihidrokomarin

Aloe concentrate ni sangat2 bagus untuk membantu penghadaman, melancarkan perjalanan darah, meningkatkan kecekapan buah pinggang, pundi kencing dan hati.

Apa yang luar biasa hebat tentang produk ni, ianya mengandungi sekurang-kurangnya 3 asid lemak yang berguna untuk perut, usus kecil dan usus besar. SUBHANALLAH!

Sifatnya yang beralkali juga dapat membantu mengurangkan masalah asid berlebihan dalam badan yang juga merupakan PUNCA UTAMA masalah sukar menghadamkan makanan.

Selain dapat mencuci usus dan meningkatkan kesihatan usus, Aloe concentrate ni jugak dapat meningkatkan penyerapan nutrien serta melegakan perut. =)

Senang jea cara nak guna Aloe ni, masukkan dalam air minuman (air putih, jus dsbg) dengan sukatan dua tudung botol ini, dan MINUM!.. =)

Faedah yang boleh diperolehi daripada Aloe Vera:

1. Menghentikan pertumbuhan tumor
2. Merendahkan kadar kolesterol
3. Memperbaiki sel darah
4. Menambah oksigen di dalam darah
5. Menghalang penyakit kidney stone dan kesan kafein dari kopi dan teh
6. Memberi keseimbangan asid/alkali di dalam badan
7. Menyembuhkan penyakit ulser dan sistem penghadaman
8. Mengurangkan tekanan darah tinggi dengan merawat punca, bukan hanya simptom
9. Menambah mineral, vitamin, enzim dan nutrien di dalam badan
10. Menghilangkan buasir
11. Meneutralkan gula di dalam darah
12. Memelihara buah pinggang dari penyakit
13. Menghalang jangkitan
14. Menguatkan ketahanan badan

InsyaAllah, jika anda mengamalkannya dari sekarang, anda akan dapat banyak kebaikan di masa akan datang..



Monday, December 10, 2012

Malas


hari ni malas nak buat pape...
malas nak g keje
malas nak wat keje
malas nak update blog
malas
malas
dan malas
kemana menghilang sifat rajin aku ni...
eh??? pernah ada ke sifat tu...
kahkahkah

Wednesday, December 5, 2012

Tips untuk turunkan berat



pertama sekali nasi ambil separuh dari yg biasa kita ambil. Lebihkan sayur-sayuran dan buah-buahan

Kedua, kuah ambil minima yg mungkin. Sebab kebanyakkan kuah kat malaysia ni ada byk santan & lemak.

Ketiga, banyakkan minum air kosong

Keempat, kuih muih kena tinggalkan.

Kelima, pastikan dlm sehari anda telah berjalan selama 2 jam.

Keenam, buat senaman circuit 15 minit minima.
(Jumping jack 30x, push up 10x, ketuk ketampi 20x, lari setempat 50x). Senaman ini penting untuk anda yg tiada masa nak pergi jogging.

pakai felinna + minum herbalife ^^

Itu sahaja tip yg pasti menurunkan berat badan anda jika anda laksanakan. 

jangan main2 tepek2 felinna hari2 tapi malas nak gerak.. lemak ko dah ternak 10 taun memang susah la nak ilang..dah tepu tau.... ingat tau..lemak kat perut adalah lemak viseral yang melekat dengan kukuh...minum la herbalife untuk mendapatkan nutrisi yang diperlukan....




Nak makan subway


aku malam2 memang kelaparan yang hamat...hari2 makan megi kari buh telur sebijik...
cili potong tambah sos cili...perghhhhhhhhh sedap amat ahhhhh....
sejak2 makan rumpai laut dari sabah ni kan, aku memang jarang rasa lapar...
malam2 takde dah bukak peti sambil nanges2 hampa ....
xde dah teringin nak makan ayam goreng bagai...
kentang la, jejari ayam la...
woooohoo lari tajuk lak...
padahal cerita pasal teringin makan subway...

nak dijadikan cerita semalam nak pegi makan dekat subway
tapi tercongok kat luar subway tu...
haih...cam ne nak order ni?????
ai orang kampung...kat kampung tak de subway...
cane nak order...
setahu aku kita pilih sendiri die punya semua2 tu...
tapi macam mana????
T___T nanges 
last2 g oldtown sebelah subway...
makan oldtown dengan gembiranya

hari ni nak balik awal g makan dekat subway.......
bhahhahahhahaa






LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...