Pengskodeng terhebat

Great deal yawww

Monday, April 30, 2012

Fasha Sandha Nikah



Ekceli aku tak minat ngan fasha sandha ni..tapi baju kawen die comel tol...meh nengok

fasha sandha nikah-113

Majlis Pernikahan Fasha Sandha

aihh...xnmpak sgt..kalo korang nak tengok ..g tengok kat oh bulan...

Wednesday, April 25, 2012

Planking.... aku tak faham betul.... ape yang smart sangat???



Masa memula aktiviti Planking ni tersebor aku rasa macam...
"eh...whatever la"

ape benda planking ni sebenarnya???meh baca sikit

“Planking” adalah satu aktiviti di mana seseorang itu perlu berbaring secara terlungkup di tempat yang luar biasa macam kat tepi jalan ke,tengah jalan ke,atas bumbung rumah ke dan tempat tu jugak hendaklah tidak selaras..maknanya tak rata la..tangan pulak,mesti berada disisi badan..jurugambar jugak perlu ada untuk menyempurnakan aktiviti “Planking” ni.lepas ambik gambar hendaklah dipaparkan di internet..ini sebahagian dari aktiviti ni la..pemain “planking” ni perlu bersaing untuk mencari lokasi yang paling luar biasa dan pelik..hehe..kalau boleh dekat tempat awam,ajak orang yang lalu lalang kat situ join “planking” sekali..lagi ramai lagi bagus..

seyes aku tak faham ape yang smart sangat dengan aktiviti planking ni.... adekah waktu remaja aku sudah berlalu, sebab tu la aku tak faham dengan aktiviti planking ni... meh layan sikit gambar2 planking 




family planking not planning

tapi yang ni aku rasa comel
bhahahahaaa...

Kebaikan Epal Hijau



Aku suka makan semua jenis buah, kecuali buah Lai tu... aku paling suka epal, tak kira la hijau ke, merah ke, pink ke... yg penting epal la...kalau korang nak tau amalan memakan sebiji epal hijau setiap hari sememangnya digalakkan. Lebih-lebih lagi bagi korang nak  menurunkan berat badan. Ini kerana ia bukan sekadar mempunyai pelbagai khasiat malahan ia juga mampu mengurangkan kadar kolesterol dalam badan.

kat bawah ni antara kebaikkan epal Hijau ni...
Epal hijau mengandungi zat besi, magnesium, potasium, kalsium, soldium, vitamin C, vitamin A dan vitamin B serta merupakan sumber serat yang mudah larut. Kita digalakkan memakan epal bersama dengan kulitnya kerana sebahagian kandungan vitamin C terletak di bawah kulitnya.

Epal hijau boleh membantu mencegah:
  • Pembinaan kolesterol dalam dinding salur darah.
  • Mengurangkan risiko penyakit jantung.
  • Membantu kesihatan membran paru-paru.
  • Membantu kesihatan tulang dengan menambah bahan kimia (boron) pada mineral tulang.
  • Membantu kesihatan sistem kardiovaskular dengan mengekalkan tahap kolesterol darah.
  • Membantu mengekalkan berat badan.
  • Mengurangkan tekanan penyakit asma.
  • Mengurangkan risiko barah.
Bagi mereka yang mempunyai masalah sembelit atau penghadaman, kisarkan epal hijau dengan saleri dan diminum setiap pagi sebelum sarapan. Ia dapat membersihkan saluran usus serta membuang toksid dengan pantas menerusi sistem pencernaan. Zat masam epal hijau merupakan pembersih tubuh yang sangat baik.
Epal hijau juga bertindak sebagai penyegar kulit wajah. Potong epal hijau dan rendamkan seketika di dalam air batu selama 5 minit. Kemudian letakkan di muka, biarkan selama 15 minit. Anda akan dapat rasakan kesegarannya. Jika diamalkan selalu ia boleh melicinkan kulit.

Pssstt*** ade lagi tak yang nak tanye kenapa orang guna ayat "an apple a day keeps the doctor away" ? tapi kan kalo korang memang keje kat spital memang akan jumpa doctor la hari2...

Tuesday, April 24, 2012

menari 3 hari , semua part badan terkejut



Oleh kerana aku ni kurang bersenam tapi banyak makanOnion Icons, aku tertanya2 la jugak banyak mane lemak yang hidup subur dalam badan aku ni...kekadang risau gak tau...penyakit zaman skang ni tak segan silu ag macam dulu....sebab tu la aku ngan dak2 umah de masuk kelas untuk eksesais sketOnion Emoticons... 

cikgu kitorang glemer gak tapi seb baik caj murah aje... nama die rachel korang  kenal x???  seminggu kena buat 4 kali..senaman untuk perut, tangan dan kaki...tak salah aku la...2 hari pertama aku steady ag..sebab die punya step slow2 aje...banyak guna kaki, shuffle la ape la.. tapi kelas semalam lebih kurang macam boxing dance...Onion Iconsperghh...sakit tangan2 aku pasal banyak wat gerakan tumbuk2.tendang depan , tendang belakang, kung fu punye gerakan, akibatnya malam tadi badan terus lemau je ase,ngantuk gile..tangan masih rasa lenguh, tak pasti sama ada teknik aku salah ke , atau otot2 badan aku terkejut, pasal otot2 ni tak pernah kerja keras tetibe semalam kena pakse..MSN Onion Emoticon.atau aku yang over mase tumbuk2 tu.... aishhh x sabar nak belajar tango punye step lak... Onion Icons

Monday, April 23, 2012

K-POP = Ptuiiiihhh



malas nak cakap la kan..aku seyes tak minat sangat dengan k-pop bagai ni...wondergirl la wonderpet la... dan aku tak faham kenape adik aku minat giler sampai cd-cd segala group die ade.... tapi drama korea aku memang layan la dari zaman-zaman winter sonata dulu...perghhh tangkap leleh babe..tapi kalau nama k-pop aku rasa macam...macam...macam ptuihh la...

tapi lately ni aku tetibe macam terlayan lak k-pop mepop ni...hahhaa tetibe terminat dengan jung yong hwa pas aku nengok we got married...jangan kate minat kat orangnye aje..sekali ngan lagu2 die aku minat... jangan kate yong hwa, bini die tu sape name??? seohyeon ke ape....dan dan aku minat kat girl generation... bhahhahahahaa... adeh... dulu kalau adik aku citer sal group2 korea ni, aku macam urghhh tangan di dada mata ke atas...sekarang ni aku lak jadi forumer die sekali....semalam mintak lagu korea dari adik aku..tetibe die gelak....paling tak boleh bla ayat die...

" lagu dah lame baru skang ko nak minat"

ahhhh kesah plak aku kan... dah aku baru skang minat yong hwa.... bhahahahahaa...tapi seyes aku minat tengok yongseo couple ni....tengok WGM ni baru aku kenal 2 orang ni...kalau tak..haram...

oh..kepada kamu semua..maafkan lah andai korang rasa entry ni agak nampak remaja... ye la remaje je kan yang minat k-pop ni??? sejak minat k-pop ni kan terus aku feeling remaja ever after....kalau tengok running


Saturday, April 21, 2012

Jangan Menangis Dalam Bilik Air



sape yang tak pernah menangis???? semua orang pun pernah..tapi kalau aku la, aku agak malu nak nanges depan orang...seyes wehh...ape kes nangis depan orang, x ROCK la..... port yang paling aku suke nangis ialah bilik air... memang selalu pun macam ni... pas tu kuar bilik air wat2 muke cam biase... tapi tadi terbaca dekat blog mamagee's yang menangis dalam bilik air ni tak elok...pasai pa tak elok..meh kite bace sikit dari sumber budu dan belacan
Ada dua sebab. Pertama, kat bilik air adalah hangout feberet syaiton. Kalau dalam buku tu dia panggil 'Jin Tandas'. Biasanya, kita menangis bila kita dalam keadaan emosi yang sangat lemah, sedih sangat, marah sangat, kecewa sangat kan, ha masa ni lah yang paaaaling mudah untuk kita terhasut dengan bisikan mereka itu. 

Yelah, nak masuk tandas pon ada caranya, masuk kaki kiri dulu, keluar kaki kanan dulu. Tapi yang ni memang jarang sangat diamalkan, pakai taram je mana-mana kaki. Huhu. Dan semua sedia maklum doanya pon ada kan. 

So, kalau nak menangis tu, lagi elok kita duk nangis time tengah berdoa lepas solat tu. Nak berdoa pon lebih feel dan mungkin rasa lebih dekat pada Allah, sebab Dia mendengar rintihan kita, dan insya-Allah boleh menyembuhkan jiwa kita yang lara. 

Jangan mengumpat, mencarut, mengata, mengutuk di depan air. AIR ADALAH BENDA HIDUP. Ia dengar, rakam dan transfer balik. Jadi tak hairan lah kenapa sesetengah perangai buruk kita warisi dari turun temurun. Ini aku rujuk kepada perangai buruk aku sendiri. Perkara ni aku baru tahu. Aku rasa fakta ni menarik. Wajar kongsi. (SUMBER)



Friday, April 20, 2012

Wahhhh...sawah la


cerita ni berlaku masa otw g pulau pinang hari tu.... bulan 2 tak silap aku.... 
nak dijadikan cerita kitorang dah sampai utara yang memang terkenal dengan bendang yang terbentang luas...
sekali ade la budak dari johor ni tetiba memecah kesunyian....

"wahhhh...sawah la..... first time tengok...!!!"

aku pun jenguk la ke luar kereta.....ye la nak cari la celah ane sawahnye kan... walopon aku duk pahang tapi kat kampung aku penah la de sorang pakcik tu tanam padi...tapi dorang panggil padi bukit... dan aku jugak selalu tengok cerite ...tau la keadaan sawah macam mane...korang cuba teka ape yang aku tengok?????

bhahhahahahhaaaa...meh aku letak gambar aje la... amek dari google..lebih kurang gini la ...


aku terus cakap kat die...

" woiiii...tu kolam ikan la...bukan sawah!!!!"

bhahhahahaha ...ye kawan-kawan... ini adalah sejenis kolam yang mengandungi ikan...
ini baru sawah padi namanya....

Adab Menguruskan Sisa Kuku dan Rambut


Walaupun tidak diwajibkan memandi rambut atau kuku atau sebagainya yang terpisah dari badan kita itu, namun kita disuruh agar menghormatinya. Kerana itu, menurut ulamak, sebaiknya rambut, kuku atau sebagainya yang kita buang dari badan kita, hendaklah kita ambil dan kita tanam.

Mil binti Misraj menceritakan Bapanya Misraj -seorang sahabat Nabi- apabila ia memotong kuku, ia akan menghimpunnya, kemudian ia menanamnya. Ia berkata; “Begitulah aku melihat Rasulullah melakukannya”. (HR Imam al-Baihaqi dalam Syu’abil-Iman, hadis no. 6068)

ia menepati ayat al-Quran yang menyebutkan kemuliaan manusia iaitu firman Allah (bermaksud): “Dan sesungguhnya Kami (Allah) telah memuliakan anak-anak Adam (manusia)” (Surah al-Isra’, ayat 70)

Jika susah untuk menanamnya, hendaklah kita letakkan di tempat yang tersembunyi dari orang lain. Ini sebagaimana Rasulullah menyuruh Abdullah bin Zubair supaya mengambil darah bekamnya dan membuangnya di tempat yang tidak dilihat orang lain. 

Dalam Sunan Kubra (Imam al-Baihaqi), diriwayatkan dari Abdullah bin az-Zubair yang menceritakan; “Rasulullah telah berbekam, lalu ia memberi darahnya kepadaku dan berkata; ‘Pergi dan buangnya di tempat yang tersembunyi yang tidak ditemui oleh binatang buas, anjing atau manusia’” (Sunan al-Kubra, Imam al-Baihaqi, hadis no. 13789)

Adapun rambut yang gugur dengan sendiri tanpa kita menyedarinya, kita tidaklah disuruh mencari dan menghimpunnya.

Wallahu a’lam.

Rujukan:

1. Al-Majmu’, Imam an-Nawawi, 5/208, Kitab al-Janaiz.
2. Fatwa dari laman (Islamweb.com), no. 119428, 9187.

Oleh: USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL Ahli Panel Syariah HPA

Nak jalan-jalan kat london tak? join Samsung Olympic blogger audition sekarang



Bagi yang tak tahu meh aku nak bagitahu..kalau yang dah tahu tu ape lagi ...cepat2 buat video sekarang... ok sebelum tu meh nak terangkan sikit setakat yang aku faham tentang Samsung Olympic Blogger Audition ni..ni bukan audition nyanyi2 tau....
Audition ni banyak beri kelebihan pada blogger-blogger yang sukaaaaaaaaaaaaaaaa ambil gambar, ambil video  dan suka share semua-semua tu kat internet... tak kire la twiter ke facebook ke , blog ke...Samsung sedang mencari orang2 yang macam ni la, ada daya imaginasi yang tinggi, kreatif , bermotivasi, untuk trip ke LONDON okeyh...sempena London 2012 Olympic Games. kalau korang dapat pergi masa kat London korang akan cari apa benda yang best sekali kat sane semasa sukan tu berlangsung dan kongsikan dengan semua orang melalui video ke gambar ke dan yang paling penting tulis entry....name pun blogger kan...kena la tulis entry..korang tak boleh tepek gambar tanpa caption macam biase korang wat pada hari rabu tu...

tak kira la samaada korang ni wartawan ke, blogger ke, pelatih ke ape , korang boleh jadi Samsung Global Blogger yang dicari tu.... asalkan korang ade passion dlm menulis sesebuah entry...yang penting original...plagiat tak main okey...

Meh tengok sini untuk tahu lebih lanjut tentang cara nak join.... oooh lupa nak bagi tau video korang akan dinilai oleh selebriti...pergggghhhhhh..... klik SAMSUNG OLYMPIC BLOGGER AUDITION

Sunday, April 15, 2012

TRAVEL BAG - NEW STOCK APRIL



LV LUGGAGE TRAVEL DAMIER ABENE-300/LVT1
FREE LV DUFFLE BAG
H:51.5 CM X W:37CM X T:17.5CM
SUPER GRADE AA++
PRICE : RM 350.00



LV LUGGAGE TRAVEL GRAPHITE -300/LVT2

H:51.5 CM X W:37CM X T:17.5CM
SUPER GRADE AA++
PRICE : RM 350.00






LV MONOGRAM -300/LV3
H:51.5 CM X W:37CM X T:17.5CM
SUPER GRADE AA++
PRICE : RM 350.00

more @ STELACLOSET

Thursday, April 12, 2012

Paper Bag - New Stock April



 Gucci Paper Bag 
H:32.5 cm  width : 41.5 cm
PRICE : RM 18

Hermes Paper Bag 
h: 31.5 cm  W: 43. cm
PRICE : RM 18.00
 LOUIS VUITTON PAPER BAG SMALL
H : 29 CM W : 18.5
PRICE : RM 15.00
LOUIS VUITTON PAPER BAG 
H: 31.5 CM W 43 CM
PRICE : RM 18.00 

GUCCI PAPER BAG 
H:29CM W: 18.5 CM 
PRICE : RM 15.00 

PRADA PAPER BAG
H: 31.5 CM W:43CM
PRICE : RM 18.00

Wednesday, April 11, 2012

Gempa Bumi di Acheh


Tadi aku tol2 takut bila ofice bergegar....time tu aku terus wat entry..masa aku wat entry tu serius aku masih ketar2 lagi....aku tak terfikir pun gempa..aku fikir bangunan ni nak runtuh sebab bangunan office aku ni memang dah lame sangat2... pas tu baru tau rupanya ada gempa bumi kat Acheh... Ya Allah... selamatkan mereka yang berada di sana... sedangkan aku yang rasa sikit aje gegaran die aku dah betul2 takut ..inikan pulak dorang yang betul2 kena gempa kat sane... T__T ...ni first time aku rasa betul2 kuat dan lama....sampai segala benda bergoyang-goyang.... semoga semua penduduk di sana selamat Ya Allah.... 


Magnitude 8.7 - OFF THE WEST COAST OF NORTHERN SUMATRA
2012 April 11 08:38:38 UTC

434 km (269 miles) SW of Banda Aceh, Sumatra, Indonesia
550 km (341 miles) SW of Lhokseumawe, Sumatra, Indonesia
963 km (598 miles) W of KUALA LUMPUR, Malaysia
1797 km (1116 miles) WNW of JAKARTA, Java, Indonesia
 

nebes bile office bergegar


okeh aku sangat ketar sekarang sebab aku kat office sensorang... tadi tetibe ase ade orang tolak2 kerusi aku....pas tu aku dah panik sekali aku tengok segla kipas, air atas meja, bunga- bungaan ofis dah bergegar sekali... siap ade sound efek bunyik krakkkk...krak...... pas tu tetibe dak fiza kol tanye office aku gegar tak...upenye die pun rasa....bangunan ni nak runtuh ke ape...ape la nasib aku duk bangunan lama...seyes aku takut...jangan la ko runtuh bangunan T___T.. aku menaip ni pun rasa mengeletar ag takut..... berani masuk office balik sebab dah xde ase gegar...

Monday, April 2, 2012

Tips daripada PDRM yang dapat mengurangkan serta mengelakkan dari berlakunya kecurian di kawasan Rumah.

Lately ni banyak sangat dah kan kes pecah rumah ni..meh aku share sikit tips dari PDRM ni.
 
  • Jangan biarkan anak-anak tidur di ruang tamu seorang diri (Mereka mungkin menggunakan anak sebagai tebusan).
  • Kunci atau sorokkan semua pisau-pisau yang terdapat di dapur sebelum tidur (Kesemua kes kecurian di dapati pisau hilang dan menurut polis mereka akan mencari pisau dahulu sebelum mencuri bertujuan untuk melindungi diri mereka).
  • Sekiranya terdengar/terlihat paip air di luar rumah terbuka pada tengah malam (pukul 12 ke atas), jangan keluar rumah untuk menutup paip tersebut kerana ini adalah taktik terbaru mereka di mana mereka telah menunggu diluar pintu rumah untuk masuk (Kes ini berlaku di Dungun dan PJ).
  • Beritahu anak-anak sekiranya hendak ke tandas (jika tandas jauh) diwaktu tengah malam, kejutkan ibubapa untuk bersama mereka.
  • Jangan simpan barang-barang kemas di dalam almari baju (Cara lama...).
  • Bawa alarm kereta bersama semasa tidur, in case terjaga tengah malam, cuba on and off kan balik untuk menakutkan pencuri (Menandakan kita sentiasa alert).
  • Tekan button merah alarm kereta anda jika anda suspect pencuri sudah masuk ke dalam rumah.
  • Sekiranya terlihat orang-orang yang agak aneh dan asing di kawasan rumah anda, sila dapatkan plet no motor/kereta mereka (Selalunya naik motor dan mereka ni biasanya berdua, setiap kali kita lalu depan mereka, mereka akan menundukkan kepala).
  • Pesan kepada jiran, sekiranya ada sesiapa yang datang ke rumah kita dan mengaku saudara kita bertujuan untuk mengambil barang-barang, jangan benarkan, beri nombor telefon pejabat anda kepada jiran supaya mereka boleh double check dengan kita.
  • Semasa tidur, pastikan handphone anda berada di sisi atau pastikanjuga Cordless Phone anda berada di sisi anda ataupun sambungkan satuextension dalam kamar tidur anda. Ini memudahkan anda membuat panggilan kecemasan sekiranya anda terasa kehadiran pencuri di dalam rumah anda.
  • Adakan senarai nombor telefon kecemasan seperti polis, bomba , 991atau sebagainya. Pastikan nombor-nombor ini disimpan dalam handphone anda. Kalau boleh, hafalkan nombor tersebut. Ini memudahkan anda membuat panggilan telefon.
  • Kalau berkemampuan, pasangkan alat pengesan kecurian di rumah atau automatik alarm.
  • Lampu porch & lampu belakang rumah sepatutnya terpasang secara automatik bila malam, baik semasa kita ada di rumah atau pergi vacation.
  • Kalau cuti lama, pesan jiran kutip surat2 dlm mail box. Mail box yg penuh membantu pencuri menghidu ketiadaan tuan rumah.
  • Kalau kawasan anda kerap berlaku kecurian, buat permohonan rasmi dari Balai Polis berdekatan supaya ada anggota polis buat rondaan yang kerap di kawasan anda.
  • Kereta Proton adalah paling mudah dicuri. Kalau kereta anda brandnew, sekurang-kurangnya anda perlu lock gear & stering sebelum tidur (Sebenarnya masih boleh dicuri, tetapi akan berjaya melambatkan pencuri).
  • Kalau ada anak-anak perempuan, sebaik-baiknya pintu biliknya dikunci dari dalam (Sebab ada pencuri yg mengambil kesempatan seksual) dan anda perlu ada kunci pendua in case berlaku kebakaran.
  • Sekurang-kurangnya simpan kayu hoki atau baseball di bawah katil anda buat mempertahankan diri dari pencuri yang ganas.
  • Jangan letak kunci bawah pasu bunga/mail box/alang pintu/tepi tingkap bila keluar (Pencuri dah lama tau taktik ni...). 
  • Kalau sewa rumah baru pastikan anda tukar padlock baru, mana tau bekas-bekas penyewa lama simpan kunci pendua.
  • Kurangkan pendedahan dan pergaulan anda dengan pekerja asing.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...