Pengskodeng terhebat

Great deal yawww

Friday, September 30, 2011

Nabil & Zira Sah Bergelar Suami Isteri.


Hanya 2 kali lafaz, Ahmad Nabil Bin Ahmad, 28 atau lebih dikenali sebagai Nabil telah bergelar suami kepada Nazirah Binti Ayub, 23 dalam sebuah majlis akad nikah yang berlangsung di Majis Tuanku Zainal Abidin Putrajaya, tepat jam 5.16 petang tadi.
Nabil segak bergaya mengenakan persalinan Wazira Zainal telah dinikahkan oleh jurunikah merangkap pembantu imam Masjid Besar Putrajaya, Ustaz Muhd Redza Bin Ahmad dengan mas kahwin berjumlah RM300 dan wang hantaran berjumlah RM15000.
Nabil menerima 9 dulang hantaran daripada pihak perempuan berkonsepkan Red Rhapsody iaitu sebentuk cincin, coklat Godiva, sepasang kasut Tods, sebuah PlayStation 3, sebuah iPad, senaskah Al-Quran, tepak sirih, buah-buahan & kek fonding. Manakala, Zira pula menerima sejumlah 7 dulang hantaran berkonsepkan White English Contemporary iaitu gabungan wang hantaran & sebentuk cincin, tepak sirih, sebuah Blackberry Playbook, kasut Stuart Weitzam, set wangian Laura Mercier, set alat solekan dan senaskah tafsir Al-Quran. Kesemua hantaran telah direka oleh Persada Embun.
Pasangan suami isteri ini akan diraikan dalam sebuah majlis resepsi bertemakan Wonderland pada 2 Oktober nanti di Digital Park i-City, Seksyen 7, Shah Alam. Tahniah diucapkan kepada Nabil & Zira!

sumber : ohbulan

Thursday, September 29, 2011

Aidil Zafuan Bogel?????????

klik untuk pembesaran imej

holoh2....sape la punye kerja ni kan..... xde de aku nak letak pic bugil-bigul kat blog ni...aidil zafuan ni bukan asben rita rudaini ke??? yang ensem-ensem tu??? perghhh korang..tak hagak2 kan...sape la punye keje ni!! perempuan kah??? atau lelaki kah??? Lelaki?? errrrr..........


holoh2...dua-dua ensem..

Friday, September 23, 2011

Budak teriak nama bapa tepi jalan

ALOR SETAR: Tangisan seorang budak perempuan berusia empat tahun di tepi jalan, membawa kepada penemuan mayat bapanya yang dipercayai terbunuh selepas motosikal ditunggangi dua beranak itu terbabas sebelum masuk ke dalam parit berhampiran Taman Ampang, di sini malam kelmarin.
Dalam kejadian pada jam 7.30 malam itu, motosikal Honda berwarna merah yang dinaiki Zulfadly Hafiz Abu Bakar, 28, dan anaknya Nur Hidayah, 4, dikatakan dari Jalan Kilang Tebu menuju ke Taman Abadi di sini, dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas dan masuk ke dalam parit berdekatan Taman Ampang.
Difahamkan, anak mangsa yang terjatuh daripada motosikal berkenaan hanya cedera ringan, manakala Zulfadly Hafiz dipercayai terhumban ke dalam parit berdekatan bersama motosikalnya, mati di tempat kejadian akibat parah di kepala dan badan.

Ketua Trafik Daerah Kota Setar, Deputi Supritendan Mohd Sham Abdullah, berkata orang awam yang kebetulan lalu di kawasan kejadian berasa pelik selepas ternampak seorang budak perempuan menangis di tepi jalan sambil memanggil bapanya berulang kali.

“Kemalangan itu hanya disedari selepas orang awam yang kebetulan lalu di kawasan berkenaan terlihat seorang kanan-kanak perempuan menangis di tepi jalan berdekatan parit terbabit.

“Orang awam yang menemui kanak-kanak perempuan itu berasa pelik kerana mereka tidak menyaksikan kejadian, tambahan pula motosikal dan mayat mangsa yang sudah terperosok ke dalam parit tidak kelihatan,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Beliau berkata, Nur Hidayah yang tidak mengalami kecederaan menangis teresak-esak memanggil bapanya sambil menunjuk ke arah parit berdekatan, sebelum mayat Zulfadly Hafiz bersama motosikalnya ditemui orang awam terperosok di dalam parit yang mempunyai kedalaman air setengah meter.

“Mayat mangsa di bawa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk dibedah siasat sebelum dituntut keluarganya pagi ini (semalam). Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.


sumber: http://www.bharian.com.my/bharian/ar...ijalan/Article

Thursday, September 22, 2011

Baju Perkhawinan Memey Suhaiza RM7.2 ?


Selamat tengahari,
panas panas panas panas betul hari ini bukan apa  tengok si cantik (ke) memey suhaiza memperagakan baju kahwin yang katanya bernilai 7.2 juta gitewww. beruntungnyaa dia ni, disponsor hampir 12.2 juta oleh rafflesia oleh si pereka kasut terkenal dunia jimmy cho (perghhhh) #untunglah
kalau kita nak disponsor gini, mungkin kene ikut cara mereka kot dikatanya khalwat padahal mana ada, tak baik okeh mentuduh mereka yang suci murni giteww *SINIS*
pheww, ini ke baju kahwin merembes tak tengok baju kahwin jutaan hengget si memey suhaiza yang comel lote perampas suami orang giteww . Beliau akan memperagakan busana mewah cantik menarik tertarik ditarik masa kawin depa nanti.
Kad Kahwin Memey Suhaiza & Norman Hakim
ini pulak kad kahwin depa. pheww merembes kauu  ! kita mampu ke kahwin mewah cenggini? orang sponsor berjuta-juta lagi. pheww phewww pheww
CREDIT for HATTA DOLMAT – memang cantik rekaan HD :)



cumber : http://www.liyanaa.com/2011/08/inikah-busana-perkhawinan-memey-suhaiza-rm7-2.html

pstt** bukan aku punye tulisan..tapi amek kat blog liyana ni..

Lembu Vs Manusia

LEMBU OH LEMBU..KALAULAH KAU PANDAI BERCAKAP"
Seorang lelaki sedang berjalan dengan lembunya
..................................................

LEMBU. Aku makan rumput. tuan makan apa?
LELAKI. Aku makan nasi. kita tak sama.

LEMBU: tuan tidur di mana?
LELAKI. Aku tidur atas tilam. engkau tidur dalam kandang. mana nak sama.

tiba-tiba kedengaran laungan azan....

LEMBU: itu suara apa?
LELAKI: Seruan azan mengajak bersembahyang.

LEMBU: tuan tak sembahyang?
LELAKI: tidak.

LEMBU: samalah kita.
LELAKI: ????????????

Zizan Telefon Ust Azhar Idrus Rujuk Isu HANTU BONCENG

Menurut Ust Azhar Idrus, sebaik saja isu Zizan Raja Lawak mengucapkan 'Asyhaduanna Muhamadarr..Syaitan' di dalam satu babak filem Hantu Bonceng menjadi kecoh. Beliau menerima panggilan daripada Zizan yang menggunakan 'private number' untuk merujuk permasalahan ini.

"Saya ni baru kena marah dengan orang kerana filem Hantu Bonceng. Saya kata 'Asyhaduanna Muhammadarr' lepas tu nampak syaitan datang..saya kata SYAITAN" kata Zizan.

Jawab Ust Azhar Idrus. Dia boleh jadi dua hujah. Boleh jadi ada niat untuk mempersendakan Islam dan boleh jadi tidakberniat untuk mempersendakan Islam. Dalam kes ini dia mengucap ketika di dalam ketakutan, dalam cerita kelakar maka dia buat dialog mengucap "Asyhadu an la ilaha ill-Allah, wa asyhadu ana Muhammadarr.....Syaitan! Syaitan!."

Jadi boleh dikatakan bahawa penulis skrip ini untuk menghina nabi, dan boleh juga dikatakan penulis skrip berniat untuk menggambarkan seseorang yang di dalam ketakutan tidak sempat menghabiskan lafaz syahadahnya kerana ternampak syaitan. Ia boleh jadi niat untuk mempersenda.

Tetapi kesilapan ini tidak terletak kepada pelakon. Pelakon jahil dan tidak tahu apa-apa. Pelakon bukannya (perlu) belajar pondok untuk berlakon filem. Tetapi Penerbit, Penulis skrip dan Pengarah sepatutnya kena rujuk dahulu perkara ini kepada Pejabat Agama atau Jabatan Kuasa Fatwa. Skrip ini boleh jadi untuk mempersendakan Islam dan boleh juga bukan berniat untuk mempersendakan Islam.

"Walaupun ia bukan untuk mempersendakan Islam, ia tetap juga HARAM sebab mendatangkan FITNAH" tambah Ustaz Azhar Idrus lagi. Fitnah ini yang perlu di jaga dan kita perlu berhati-hati. Zizan sendiri telah mengakui bahawa beliau tidak pernah terniat untuk mempersendakan Islam.

"Jadi kita ambil secara baik, dia (Zizan) tidak berniat mempersenda Islam, tetapi kerana kejahilan punya fasal ia memberi fitnah." rumus Ust Azhar Idrus.

sumber

Wednesday, September 21, 2011

Macam Tu La Perasaan Abang!

Halim dan Milah baru pulang dari kenduri di rumah saudara Milah.Halim agak penat dan lapar kerana memandu sepanjang perjalanan pulang memakan masa 4 jam.

"Milah,buatkan abang nasik dengan telur goreng,boleh?"pinta Halim."Okeh!"kata Milah.Milah pun masuk ke dapur.Milah pun membasuh beras.Tiba-tiba kepala Halim tercongok di tepi peti sejuk,"Milah,Milah,basuh beras bilas 2 kali ya!"kata Halim."Baik bang!"kata Milah dengan riang.Milah membasuh beras dan meletakkan bekas beras itu ke dalam rice cooker."Milah,Milah,tekan butang dia betul2!Pastikan lampu menyala!"jerit Halim."Baik bang!"jawab Milah lagi.

Milah pun pergi ke peti sejuk dan mengambil dua biji telur.Sedar-sedar,Halim sudah ada ditepinya."Abang..abang nak makan sangat2 ke?Ke abang nak makan Milah ni?Hehehehe"tanya Milah bergurau.Muka Halim serius."Milah,pintu peti sejuk tu,tutup elok-elok!" kata Halim.

"Alah abang ni.."kata Milah mula rasa Halim annoying."Telur tu ketuk bagi pecah elok-elok,kulit telur jangan ada tertinggal lak,"kata Halim sambil jarinya menunjukkan pada Milah di mana telur itu patut diketuk."Minyak dah panaskan ke?Apsal minyak tak dipanaskan lagi?"

Milah memecahkan telur dan memukul 2 biji telur."Pakai garpu!Pukul telur tu sampai rata!Garam jangan lupa masukkan!" pesan Halim agak kuat dan serius sambil berdiri di sebelah Milah.Milah memukul telur itu sebaik mungkin."Kuat lagi,kuat lagi!"jerit Halim macam orang gila.Milah sudah mula rasa tension.

"Kuali ni dah berasap Milah,kuali tu dah berasap!Habis!Habis!"jerit Halim makin lantang."Iye bang,saya nampak ni..." kata Milah sambil menuang telur ke dalam kuali.Berdesit bunyinya lalu mengeluarkan bau yang harum."MILAH!MILAH!Dah nak hangit tu!JAGA-JAGA!KARANG TERBAKAR!" jerit Halim makin menggila.

"ABANG!APA NI!?Saya nak goreng telur aje.Tak payah la nak ajar saya sampai macam tu sekali!Sakit telinga saya dengar abang terjerit-jerit.Bukannya saya tak reti!Dah banyak kali la saya goreng telur!" balas Milah tak tahan dengan perangai suaminya.

Halim dengan selamba bangun ke ruang tamu untuk menonton sukan,"macam tu lah perasaan saya masa driving 4 jam on the way kita ke rumah tadi.Tension kan?"

Tuesday, September 20, 2011

Mamat Tak Sengaja Upload Gambar Fida?


Macam tak adil pula apabila timbul macam-macam dakwaan mengenai gambar Fida Ibrahim (kanan) seperti yang disebar dalam sebuah laman gosip, malam tadi. Paling dangkal, ada pihak yang mendakwa aktres ini sekadar bertudung untuk fesyen. Ish, melampau sangat tuduhan macam tu, kan? Sepatutnya kena usul periksa terlebih dahulu.
Spekulasi bermula apabila sekeping gambar yang turut memaparkan bayangan Mamat Sepah sedang mengambil gambar Fida daripada luar kereta tersebar di internet. Menurut cerita daripada sumber terapat, Mamat dipercayai tidak sengaja mengupload gambar Fida dalam laman Facebook. Sudah lumrah, orang kita ni memang pantang nampak, terus sahaja nak sampaikan macam-macam spekulasi.
Tambah sumber lagi, gambar ini dipercayai diambil ketika Fida & Mamat bercuti di negara seberang, baru-baru ini. Jangan fikir yang bukan-bukan ya. Mereka turut ditemani oleh adik beradik serta rakan terapat.
Berdasarkan pemerhatian kami, Fida sebenarnya pakai topi untuk melindungi rambut beliau. Mungkin sebab lasak berjalan-jalan, rambut Fida terkeluar daripada topinya. Biasalah, kita sebagai manusia kan memang tak lari daripada salah & silap.
Tak seronok pula kalau isu ini dibiarkan begitu sahaja. OHBULAN! akan cuba dapatkan kenyataan daripada Mamat & Fida dalam masa terdekat. Tunggu…
eh??? fida ke siti ni???

Monday, September 19, 2011

NOVEL SEKS JANDA

gile ghairah keyword  kat nupnang....
adoyai..bila lak aku jadi author novel XXX ni??
memang x dapek la kan ko mencari novel tersebut disini dek non oiiii

tapi kan bagi tak menghampakan orang yang mencari tuh meh aku bagi sikit novel yang bertajuk 

MAK JEJAN YANG DAHAGA

Disini saya ingin menceritakan sebuah kisah mengenai seorang janda yang baru sahaja kematian suami.... Hasnah seorang janda kaya yang baru sahaja kematian suaminya akibat kemalangan jalanraya. Beliau masih muda lagi dan mempunyai potongan badan yang cantik.

Sejak kematian suaminya, beliau sentiasa diusik oleh jejaka-jejaka kampung yang sudah lama memendam rasa kepadanya. Namun begitu, Hasnah tidak pernah melayan karenah pemuda-pemuda kampung tersebut, kerana hatinya masih lagi merindui arwah suaminya... Walaupun.... hatinya berasa sepi ketika waktu ini. Lebih-lebih lagi di waktu malam... Rasa sepi hatinya tiada siapa yang tahu...

Pada satu malam, kira-kira pukul 2 pagi.... beliau bangun dari katilnya... badannya terasa panas.... tekaknya terasa haus.... beliau terasa begitu dahaga sekali. Beliau bangun dan keluar dari bilik menuju ke dapur,... sampai saja didapur... beliau terus membuka peti ais dan mengambil sebotol air sejuk.... beliau tuang kedalam cawan dan meminumya... Setelah meminum air tersebut.. beliau kembali kedalam bilik dan tidur semula... Sekian... Terima Kasih Itulah kisah seorang janda yang dahaga...........

sepenuh hati korang mambaca nyer. Ha...haa...haaa.... 

eeewww...lalat !! ulat !!! gagak!!!! tapi makhluk ini penanda aras kepada bahaya.

LALAT

AWAS! Berhati-hati Membeli Ikan di Pasar Malam. Ia Mungkin Pembunuh Senyap.kapur barus adalah bahan kimia yang menghindarkan ikan di kerumuni oleh lalat.


Aku mengetahui cerita ini bukan melalui internet tetapi melalui seorg kakak saudara penjual ikan. Terkejut gaban aku dibuatnya. Kapur barus? Huh! Paling kurang ajar penjual ikan itu sendiri tidak mahu makan ikan krn takut.

Kapur barus atau nama sainsnya larutan formalin (formaldehid) adalah bahan kimia terlarang telah ditambah di dalam makanan. Ia digunakan untuk mengawet tisu organisma hidup seperti daging, ayam, ikan dan makanan laut lain bagi menjadikannya tahan lama, sentiasa kelihatan segar, cantik dan paling penting laris penjualannya.

Apa yang pasti larutan yang sama juga digunakan untuk mengawet mayat manusia! Huh!

"Antara penyakit yang boleh dialami oleh seseorang yang menerima bahan kimia tersebut secara berlebihan adalah kanser paru-paru, kanser otak dan leukemia.


So, berhati-hatilah membeli makanan segar. Tolong jangan sesekali membeli ikan di pasar malam atau yg sewaktu dgnnya krn memang banyak kapur barus digunakan.

ULAT

Memastikan sayuran yang kita beli berlubang-lubang(bekas gigitan)akibat dimakan oleh ulat sayur.Kehadiran ulat ini menyatakan sayur tidak pernah diracun oleh bahan kimia perosak serangga.

GAGAK

Kehadiran gagak disatu-satu tempat memberi isyaratbahawa tempat itu kurang memuaskan dari segi kebersihannya. Jadi gagak adalah penanda aras ciptaan Allah yang teramat canggih dapat mengesan ketidakbersihan sesuatu tempat tu.

RENUNG-RENUNGKANLAH DAN SELAMAT BERAMAL.....



copy dari mane ntah...tak hengat

5 Tahun tinggal Di hutan baru jumpa jalan keluar

BERLIN - Pihak Interpol yang merupakan pertubuhan polis terbesar dunia kini menyiasat sama ada seorang remaja yang menyatakan sudah tinggal di dalam hutan selama lima tahun merupakan seorang rakyat Britain yang hilang semasa dia masih kanak-kanak, lapor sebuah akhbar semalam.

Remaja berusia 18 tahun itu yang dikenali sebagai Ray muncul di sebuah dewan di bandar Berlin pada 5 September lalu.

Dia membawa sebuah khemah, beg tidur dan beg galas semasa berjalan menuju ke dewan tersebut.

Menurutnya, dia berjalan keluar dari sebuah hutan yang menjadi tempat dia dan bapanya tinggal.

Namun, bapanya sudah meninggal dunia kerana terjatuh dua minggu sebelum dia ditemui di dewan berkenaan.

Remaja itu menyatakan dia berjalan dengan menggunakan kompas ke utara untuk tiba di Berlin.

Ray dibawa masuk ke sebuah pusat belia di sini selepas dia memberitahu kisahnya itu.

Para pegawai polis kini menunggu hasil keputusan Interpol yang mungkin diketahui hari ini sama ada Ray berada dalam senarai rakyat Britain yang didapati hilang.

Menurut seorang pegawai polis Berlin, Claudia Elitok, Ray bercakap bahasa Inggeris dengan fasih dan beberapa patah perkataan dalam bahasa Jerman.

Elitok berkata, dia mengingati namanya tetapi polis tidak mendedahkannya kepada media.

Pegawai polis itu berkata, Ray menyatakan dia berjalan selama dua minggu sebelum tiba di Berlin.

"Dia menyatakan apa yang telah terjadi kepada ibunya tetapi saya tidak boleh memberikan maklumat itu.

"Ray ditemui dalam keadaan baik dan sedang dijaga oleh beberapa pegawai," katanya. - Agensi

Sunday, September 18, 2011

MERENUNG SEJENAK CIPTAAN ALLAH..LUAR DARI BATASAN AKAL MAKHLUKNYA! - EDISI NYAMUK



Saje letak pic nyamuk inesen...ptuiiiii
NYAMUK

Bunyi nyamuk ‘nyyeeeng,..nyeng..nyengg’ menyebabkan tidur kita sering terganggu. Tidak kiralah apa spesis nyamuk samada nyamuk aedes, nyamuk terjun tiruk, nyamuk tonggeng, semuanya mempunyai bunyi yang senada dan menyakitkan telinga. Sudah segala bagai jenis ubat nyamuk sudah kita beli dan praktikkan, namun nyamuk si kecil tetap juga mengganggu tidur kita. Kalau ianya berlarutan, mungkin kelambu boleh menyelesaikan masalah ini. Ada lagi ke antara kita yang tidur berkelambu?
Biasanya, untuk menyelesaikan sesuatu masalah, kita perlu tahu apa akar masalahnya. Saya terfikir, perkongsian 15 fakta menarik tentang nyamuk mungkin mampu memberi kita idea bagaimana menyelesaikan masalah nyamuk. Mari kita sama-sama telusuri misteri disebalik seekor nyamuk.

1. Nyamuk sudahpun wujud sejak 100 juta tahun lalu (dah lama dah..)

2. Kira-kira 3,000 spesis nyamuk dikenalpasti dan mempunyai kebolehan untuk menyesuaikan diri dengan persekitan dengan cepat. Diketahui hidup banyak di kawasan tropika dan juga Artik.

3. Dari telur ke nyamuk dewasa yang macho hanya mengambil masa 4 hingga 7 hari. Ianya bergantung kepada suhu. (Patutlah banyak sangat nyamuk, cepat betul proses perkembangannya!)

4. Nyamuk betina boleh hidup sehingga 100 hari, tapi nyamuk jantan hanyalah 10 hingga 20 hari saja. Nyamuk betina bertelur sebanyak 100 hingga 300 biji pada satu-satu masa dan sebanyak 1,000 hingga 3,000 biji sepanjang hayatnya. (Kesian nyamuk jantan, agaknya lepas saja habis ‘tugas’, terus mati..)

5. Kibasan sayap nyamuk ialah 300 hingga 600 kali sesaat (itu yang datangnya bunyi “nyyyennng” tu..sebab laju sangat sayap dia).

6. Nyamuk jantan mampu mengesan kahadiran nyamuk betina yang seksi dengan hanya bunyi kibasan sayapnya (memang senjata rahsia ni).

7. Nyamuk juga boleh kenal nyamuk spesis lain dengan hanya berdasarkan bentuk tompok di sayap (ada tompok rupanya).

8. Apa makanan nyamuk? Nyamuk makan pelbagai cairan (termasuk darah), dan mineral dari buah-buahan, tumbuhan serta dari sampah sarap dan air bertakung (patutlah banyak nyamuk aedes, dah memang makanannya air bertakung).

9. Nyamuk mampu terbang sejauh 1.5 kilometer dari habitatnya tapi ada spesis yang mampu terbang sejauh 30 kilometer (jauh perjalanan, ramai ‘pelanggan’).

10. Bagaimana nyamuk mencari mangsa? Nyamuk mempunyai penglihatan infrared iaitu kebolehan mengesan haba dan juga melalui hembusan gas karbon dioksida. Kita membebaskan haba dan melepaskan karbon dioksida bila bernafas. Senanglah nyamuk ‘target’ kita (kalau pakai selimut tebal, mungkinkah pelepasan haba dapat dikurangkan? Lalu nyamuk tak nampak kita?)

11. Spesis nyamuk yang paling ganas agresif ialah nyamuk yang hidup di kawasan Artik di Kanada. Satu kajian di mana para pengkaji sengaja mendedahkan kaki, tangan dan badan mereka untuk santapan nyamuk. Keputusannya, 9,000 gigitan dalam masa seminit. Kalau dibiarkan, darah kita akan kering dalam masa 2 jam (pergh..ganas betul tu!)

12. Nyamuk betina saja yang suka menggigit kita. Darah sumber protein untuk mereka hasilkan telur. Nyamuk jantan hanya menghisap cairan tumbuh-tumbuhan (macam baik jer nyamuk jantan nie..)


/13. Nyamuk memang terkenal menyebabkan penyakit demam malaria, denggi, JE dan sebagainya. Nyamuk juga membawa penyakit kepada haiwan seperti penyakit kecacingan pada lembu dan kuda.

14. Dilabel sebagai ‘makhluk pembunuh’ sebab penyakit demam malaria sudahpun hampir membunuh setengan dari populasi manusia sejak zaman paleolitik (zaman batu daa..).

15. Asal usul nyamuk aedes adalah dari Timur Asia. Mereka sampai ke sana melalui tayar-tayar buruk yang diimport (hati-hati dengan tayar buruk)

renungan...

1. Usia nyamuk pendek saja, tugasnya membawa penyakit sebagai memberi peringatan kepada kita. Sesakali sakit, membuatkan kita lebih taat pada Allah. Jika tidak, kita berasa sentiasa megah atas nikmat kesihatan dan mengabaikan tanggungjawab sebagai hambaNYA.

2. Kita sepatutnya berterima kasih kepada nyamuk sebab memberi peluang untuk kita merasai sakit. Bukankah sakit itu sebahagian dari peluang menghapuskan dosa-dosa kecil kita? Subhanallah.

3. Nyamuk sebagai penanda aras tahap kebersihan. Jika persekitaran kotor, nyamuk akan tunjuk kesannya. Tidakkah kita berfikir?

4. Kebolehan nyamuk menyesuaikan diri dengan cepat dengan persekitaran perlu kita contohi. Kalau kita ingin ’survive’ dan berjaya, pandai-pandailah kita menyesuaikan diri dengan suasana zaman sekarang (tapi agama tetap sebagai asas pegangan kita)

Saturday, September 17, 2011

Lumba ngesot.... ugh..sengal


terjumpe tadi...aku rasa sengal gile game nih...ptuiiiiiii

Rahsia Ais~ hoho baru ku tahu

okeh dalam waktu aku berpantang ais bagi mengatasi masalah ketagihan ais ni tetibe aku terbaca info ni..haahaaa pas ni ade alasan la kan..kalo korang nampak aku ngah kunyah2 ais sila jangan tego..baca info bawah
1. Zat di dalam ais tidak akan mampu dihasilkan oleh mana-mana saintis mahupun manusia.

2. Air sejuk yang hening dapat menolong pesakit insomnia yang sukar tidur agar dapat kembali tidur seperti biasa.

3. Orang yang tidur dalam udara yang sejuk dan berselimut untuk memanaskan tubuhnya adalah kombinasi yang baik untuk menjaga kesihatan secara menyeluruh dalam jangka masa pendek apatah lagi jangka masa panjang.

4. Udara panas lebih memudahkan penyebaran penyakit berjangkit kerana bakteria lebih agresif dan cepat membiak dalam cuaca begini.

5. Liputan ais di Antartika (daerah Kutub Selatan) dan Artik (daerah Kutub Utara) adalah pengimbang dasar bumi yang amat panas.

6. Kombinasi dalam bumi yang panas dan luaran bumi yang sejuk adalah rahsia keseimbangan tekanan semulajadi alam yang mengawal graviti dan pergerakan bumi pada paksinya.

7. Ais atau air sejuk dapat mengembalikan memori atau sifat pelupa yang keterlaluan.

8. Benarkan anak anda mengunyah ais kerana ini akan menguatkan giginya dan benarkan anak anda memakan aiskrim secara perlahan-lahan dan berterusan sehingga batuknya hilang dalam masa beberapa jam kerana mengambil ubat batuk biasanya akan mengambil masa satu minggu untuk melegakan batuk secara total.

9. Membiasakan diri mengunyah ais akan meningkatkan kecerdasan fikiran dan kepantasan pergerakan.

10. Ais amat diperlukan oleh mana-mana atlit sukan dalam kecerdasan yang tidak disangka-sangka.

11. Air sejuk atau ais kini dijadikan bahan perencat kepada kecederaan yang akut seperti demam panas yang biasanya dihidapi oleh bayi yang mempunyai potensi menghidapi penyakit sawan.

12. Air sejuk adalah terapi yang amat popular sebagai penguat tulang yang telah patah dengan syarat ia dibalut dengan kain hitam.

13. Air sejuk dalma rahsia cuka adalah sangat baik untuk menguatkan tulang yang patah kerana ia dapat menyembuhkan tulang dengan lebih cepat.

14. Air suam dengan rahsia cuka yang diminum akan melemahkan dan mengecutkan sistem aliran darah yang menjadi penyebab utama terjadinya lumpuh.


Sambung Part 2 okeh

Friday, September 16, 2011

FBI siasat gambar bogel Scarlett Johansson

LOS ANGELES 15 Sept. - Bintang Hollywood, Scarlett Johansson(gambar)*terpaksa mendapatkan khidmat Biro Siasatan Persekutuan (FBI) untuk menyiasat kes gambar separuh bogelnya yang disiarkan menerusi Internet, semalam.Gambar itu diambil sendiri oleh pelakon tersebut menggunakan telefon pintarnya dan dipercayai disiarkan menerusi Internet oleh pihak yang menggodam sistem telefonnya.Selain itu, FBI turut menerima laporan lain berhubung kes yang sama melibatkan penyanyi Justin Timberlake dan pelakon Mila Kunis."FBI kini sedang menyiasat individu atau kumpulan yang disyaki terlibat dalam penggodaman komputer melibatkan golongan berprofil tinggi," kata pegawai FBI di Los Angeles, Laura Eimiller.Antara gambar-gambar Johansson yang disiarkan dalam laman web tersebut menunjukkan bintang itu berada dalam keadaan separuh bogel di rumahnya, di dalam tandas dan juga di atas katil.Begitu juga dengan gambar Timberlake yang tidak berpakaian di atas katil manakala Kunis berada di dalam kolam mandi.Jurucakap FBI bagaimanapun enggan mengulas lanjut bagaimana gambar-gambar tersebut disiarkan di dalam Internet.*- AFP

sumber http://www.utusan.com.my/utusan/info...a&pg=lu_07.htm



Wednesday, September 14, 2011

ISU ARAK DALAM BISKUT MUNCHY'S



haa jangan salah sangka pula. sebab melalui kenyataan media , berita tentang isu tersebut adalah palsu! bukan pasu erk tapi palsu.  JAKIM melalui Bahagian Hab Halal menerima banyak pertanyaan dan aduan berhubung sms yang menyatakan..

 "JAKIM telah membuat serbuan ke atas kilang Munchys di Batu Pahat dan menemui stor arak". 

Adalah dimaklumkan bahawa JAKIM tidak pernah melakukan serbuan seperti yang didakwa dan di sini juga, JAKIM ingin menafikan kewujudan pegawai yang menghantar sms tersebut adalah pegawai JAKIM di Putrajaya. 



Sukacita dimaklumkan, produk yang dikeluarkan oleh kilang Munchys di Batu Pahat telah mendapat Sijil Pengesahan Halal dari JAKIM yang masih sah sehingga 31 Julai 2013. JAKIM menasihatkan kepada semua pengguna agar merujuk kepada portal halal di http://www.halal.gov.my/untuk pengesahan. haa jadi janganlah memandai buat andaian weyh. tak baik tutup rezeki orang.camner kalau jadi kat kite? pikir - pikir......

sumber : http://khaiartzfar.blogspot.com/2011/09/isu-arak-dalam-biskut-munchys.html
 

Wordless wednesday # # Edisi Salah Send Msg


Munchys haram??? Palsu atau Betul ???

Pagi tadi cc aku cakap sal sms yang die terima berbunyi
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
Terkini : Jakim telah buat serbuan keatas kilang Munchys, Batu Pahat dan menemui stor arak. Boss nya dengan rasa bangga dan rasa tak bersalah mengatakan arak tersebut untuk dicampur ke dalam biskut. Tolong sebarkan maklumat ini kepada semua orang demi kepentingan umat Islam. Dari Pegawai Jakim - Haji Jalil bin Raihan (Jakim Putrajaya)


betul ke information ni??? cam hari tu kes sardin cap ayam tu haram...sampai karat tin kat umah tu takut nak makan punye pasal..last2 company tu wat dalam iklan yang sardin die tak haram... try search pun makin pening...huee  T__T


*** tak boleh nak caya sgt sekarang...fitnah merate2...dalam tv luar tv... 

Tuesday, September 13, 2011

Kuih Raya Feveret raye ni...

aku tengok ramai yang up entry pasal kuih raya yang menjadi pilihan hati mereka di kala syawal ni..ciehhh ayat xnak kalah.. so bagi menyaingi mereka haruslah aku cerita jugak kan pasal kuih raya yang menjadi pilihan hati aku... dalam banyak-banyak kuih la kan time raya ni aku memang layan sejenis kuih ni..dari aku tadika sampai aku besar cam ni memang satu aje yang aku layan...

kuih peberet aku ialah 

KEREPEK

ok baiiiiiii......... =,=''

pst*** aku tak makan sebekut raya okeh... 

Monday, September 12, 2011

Kanak-kanak minum susu terus dari lembu

eh paham tak tajuk aku tu???kalo tak faham sila buat-buat faham..sekian.. hal ni pagi tadi lagi kawan aku dah cerita..tapi baru tengahari tadi aku jumpa gambar dia.tu pun bila jenjalan dekat lulu caldina punye blog..so dah nama pun jumpe entry ni di situ..makanya aku copy bulat2..pasal malas nak type2 dah...ah layan aje la..

Minum susu lembu sudah tentu merupakan hal biasa bagi seorang bayi. Namun bagaimana jika ada bayi terus meminumnya dari lembu?
 Ini benar-benar terjadi. Seorang anak di Kamboja menyusu susu lembu langsung dari induknya. Dia adalah Tha Sophat, 20 bulan.

 Datuknya, Um Oeung, yang tinggal di Desa Koak Roka, bahagian Siem Reap, Kamboja, mengatakan, kebiasaan itu berlaku sejak kedua orangtuanya meninggalkan desa dan bekerja di Thailand. Sejak saat itu, bila mencari susu, Robhat langsung menyusu dengan lembu.

 Ketika menyusu, anak ini sudah tidak memiliki rasa takut lagi. Sedangkan, jika lembu itu menggerakkan kaki saja, ianya akan sangat berbahaya bagi anak ini. Sebab tinggi badan Sophat tidak lebih tinggi dari kaki lembu itu.




Giveaway time!!!!

semak  link kome2 yeeee....!!!


kalau name xde..sila maklumkan..link xbetul sila betulkan....
TQVM

Friday, September 9, 2011

Ganti Puasa Gabung Dengan Puasa sunat syawal

aku pernah dengar yang orang ganti puase die gabung sekali dengan puasa sunat... baru2 ni ada jugak kawan-kawan aku yang bagi pendapat tapi masing2 tak sure..mesti korang pun sama kan...meh aku sharekan sikit info yang aku ambil dari blog ummi ...semoga dengan info ni korang semua jelas perihal hukum ni okey???


Satu soalan perlu ditanya manakah yang lebih utama di antara puasa sunat syawal dan puasa qadha?. Jawapannya sudah tentu adalah puasa Qadha.Kerana ia merupakan kewajipan yang boleh disamakan seperti hutang kita kepada Allah SWT. Ini terbukti dari sebuah Hadis Qudsi yang sohih:

.......))وما تقرب إلي عبدي بشيء أحب إلي مما افترضت عليه وما يزال عبدي يتقرب إلي بالنوافل حتى أحبه((........رواه البخاري

Ertinya : "..dan tidaklah hampir kepadaku seorang hambaKu dengan apa juapun, maka yang lebih ku sukai adalah mereka melaksanakan amalan fardhu/wajib ke atas mereka, dan sentiasalah mereka ingin menghampirkan diri mereka kepadaKu dengan mengerjakan amalan sunat sehinggalah aku kasih kepadanya..." (Riwayat Al-Bukhari, no 6021)

Hadis tadi sebagai asas keutamaan, walau bagaimanapun dari sudut amalannya mungkin berbeza menurut keadaan diri seseorang atau kemampuan seseorang.

Jika seseorang itu perlu Qadha puasanya selama 30 hari, 20 hari atau berbelas hari (kerana nifas atau haid yang lama di bulan Ramadan sebagai contoh) dan tubuhnya juga sihat dan di yakini masih kuat. Eloklah ia mengerjakan puasa sunat Syawwal terlebih dahulu di ketika itu . Ini adalah kerana waktu sunnat puasa Syawwal yang singkat berbanding Qadha (sepanjang tahun).Ini adalah pendapat sebahagian ulama’.

Namun harus di ingat, walaupun waktu bagi puasa Qadha adalah panjang yaitu 10 bulan lagi, kita tetap tidak pasti adakah kita sempat menggantikannya atau ajal menjelang dahulu.

Seseorang yang mati sebelum mengganti puasa Ramadannya yang wajib ke atasnya sedangkan sudah berpuasa sunat Syawwal akan pasti bermasalah kerana ia dikira masih berhutang dengan Allah SWT.
Bagaimanapun seseorang yang mati setelah berjaya menggantikan puasanya tetapi tidak sempat berpuasa sunat Syawwal, pastinya tiada sebarang masalah pun, malah mungkin ia juga mungkin boleh mendapat pahala sunat syawal itu sekali. Berdasarkan sabda Nabi SAW

Ertinya " ... barangsiapa yang beringinan melakukan kebaikan tetapi tidak melakukannya, telah di tuliskan oleh Allah baginya pahala penuh, maka jika ia beringinan dan kemudian melakukannya, di tuliskan 10 pahala sehingga 700 kali ganda.." ( Riwayat Al-Bukhari, no 6010)

Kita harus memahami bahawa darjat puasa Qadha adalah lebih tinggi dan tanggungjawab bagi menunaikannya adalah jauh lebih besar dari sunat Syawwal, ini kerana puasa qadha adalah puasa wajib dan merupakan ‘hutang' ibadah dengan Allah berbanding puasa syawwal yang hanyalah sebagai tambahan pahala.
Gabung Puasa Sunat & Qadha

Isu menggabungkan puasa qadha dan syawal sememangnya amat popular, pandangan ulama’ adalah seperti berikut :-

Tidak elok untuk menggabungkan kedua-duanya bagi mereka yang mampu (dari sudut kesihatan tubuh dan lain-lain) untuk memisahkannya. Ini kerana tiada dalil yang khusus membuktikan Nabi SAW pernah melakukannya atau menganjurkan kepada para sahabat untuk menggabungkannya.

Apabila Nabi, sahabat dan salaf soleh tidak melakukannya maka pastinya ia bukanlah amalan yang terpilih dan terbaik kerana pilihan Nabi SAW dan para sahabat selamanya adalah yang terbaik.

Malah terdapat juga hujjah-hujjah yang menyebabkan pandangan yang mengharuskan penggabungan ‘qadha dan ganti' itu dipersoalkan, iaitu :-

1. Menurut Prof. Dr Syeikh Abd Malik as-Sa'dy (ex-Lajnah Fatwa Iraq) dan Prof Dr Mohd ‘Uqlah el-Ibrahim (Jordan) mereka berpendapat bahawa amalan wajib tidak boleh digabungkan dengan apa-apa amalan wajib atau sunat lain, kerana amalan wajib memerlukan tumpuan khusus yang tidak berbelah bahagi semasa pelaksanaannya dan ia perlu bagi mengangkat tuntutan kewajibannya. Justeru, tindakan menggabungkan ini pasti mengurangkan kesempurnaan hamba dalam menunaikan tuntutan wajib mereka.

2. Tindakan A'isyah r.a yang melewatkan Qadha pula boleh di jadikan hujjah bahawa beliau mengasingkan kedua-dua puasa Qadha dan Syawwal. Maka inilah yang terpilih sepatutnya yaitu tidak menggabungkan kerana Aisyah r.a tidak menggabungkannya . Aisyah menyebut :

كأن يكون عليّ الصيام من شهر رمضان فما أقضيه حتى يجئ شعبان

Ertinya : Kewajiban ke atasku untuk puasa (Qadha) dari puasa Ramdhan, tidaklah aku menggantinya sehingga datang sya'ban" ( Riwayat Muslim, no 101)

3. Amalan wajib (qadha) memerlukan niat yang ‘jazam' (tepat dan pasti) maka tindakan mengabungkan ia dengan niat puasa sunat mungkin boleh merosakkannya kepastiannya. Kerana itulah ulama yang mengizinkannya mencadangkan agar diniat puasa qadha sahaja, adapun syawwal itu dipendam sahaja dengan harapan Allah menerimanya.
Bagaimanapun, ulama yang mencadangkan ini jelas menyatakan bahawa tindakan menggabungkannya tetap mengurangkan pahala sunat syawwal ini kerana tidak diniat dan tidak dilakukan sepenuhnya (Hasyiah As-Syarqawi ‘ala al-Tahrir, Syeikh Zakaria Al-Ansary, 1/427; naqal dari Min Ahsanil Kalam Fil Fatawa, Atiyyah Saqr, 2/23)

4. Malah ada pula yang berhujjah bahawa amalan sunat tidak boleh ditunaikan sebelum amalan fardu. Demikian menurut Syeikh Abu Raghib al-Asfahani, Syeikh Ihsan Muhammad 'Aayish al-'Utaibi dan juga di sebutkan oleh Dr Yusof Al-Qaradawi di dalam kitabnya Fiqh Awlawiyyat. Ini ada asasnya kerana berdasarkan hadith Nabi SAW

من صام رمضان ثم أتبعه ستاً من شوال فكأنما صام الدهر

Ertinya: "Barangsiapa telah berpuasa Ramadan kemudian diikuti dengan 6 hari dari Syawwal (puasa) maka ia adalah seperti (pahala) puasa ad-Dahr (setahun)" (Riwayat Al-Bukhari, no 6502).

5. Kita dapat melihat penggunaan ‘fe'il madhi' iaitu ‘past tense' bagi puasa Ramadan, mungkin sahaja boleh membawa makna sesiapa yang belum lengkap puasa Ramadannya perlulah melengkapkan dahulu, kemudian barulah mereka layak bagi mendapat peruntukan pahala sunat Syawwal.

Hujjah ulama yang mengharuskannya adalah hadith
" Sesungguhnya amalan itu berdasarkan kepada niat, dan bagi seseorang apa yang diniatkan." (Riwayat Bukhari, no 1, 1/12)
Ia dilihat agak umum, memang benar apa yang diniatkan adalah penting, tetapi niat mempunyai kaedah dan cara-caranya bagi diterima, (Rujuk Al-umm, hlm 78). Jadi jika seorang meniatkan puasanya dengan menggabungkan dua puasa tersebut, sudah pasti dia akan mendapat ganjaran dari Allah seperti mana ia niatkan.

Kesimpulan

Elok jika tidak digabungkan dan elok didahulukan yang wajib (qadha) daripada sunat (syawwal).Tetapi ada juga pendapat ulama’ yang mengatakan elok didahulukan puasa sunat Syawal.

Sementara di sana ada pandangan yang boleh dianggap sebagai rukhsah/keringanan bagi mereka yang mempunyai kesukaran kerana uzur dan tidak mampu untuk mengasingkannya. Antara ulama yang membolehkan untuk menggabungkannya adalah beberapa ulama dari mazhab Syafie (Mughni al-Muhtaj, 1/602), Syeikh Atiyyah Saqar, panelis fiqh Islam online.net dan beberapa ulama’ lain

Klik sini untuk persoalan lain

Thursday, September 8, 2011

Bahasa SMS dalam penulisan



axu turk rela nurk bercintew dgn xo


sepuluh kali aku bace sambil kerut-kerut dahi aku, try la nak faham tapi still aku tak faham.. tiba-tiba terasa diri sangat tua dan old skol... bahasa-bahasa sms tak cukup sifat ni kan bahasa budak-budak remaja sekarang.. kalau aku sms ngan adik aku memang dia guna bahasa-bahasa macam ni la.. aku sepantas kilat balas 


" akak tak faham bahasa urdu ko..guna BM la!!!"



Ya! Itulah bahasa SMS. Bahasa handphone trend kini kerana ia amat mudah dan ringkas. Bahasa yang sebenarnya tidak asing, kerana tetap berbasis pada bahasa kita sehari-hari. Tapi bahasa sms ni di upgrade menjadi tak ringkas lagi tapi mungkin pada penggunanya nampak lebih cool



contoh bahasa sms aku biasa guna dan orang lain masih boleh faham


ak x rela nk brcinta dgn ko

bahasa yang di upgrade
axu turk rela nurk bercintew dgn xo

see.... dia dah bukan jadi ringkas tapi jadi makin panjang.. cool ke??? tak kot sebab aku betul-betul pening bila baca...kalau dalam blog pulak, kebiasaannya blog para remaja yang menggunakan bahasa macam ni..tapi tak semua la, aku masih boleh faham kalau yang simple dan just guna short form... aku pun selalu guna bahasa sms jugak ape...tapi bila bahasa yang diupgrade macam ni memang aku payah nak paham

kadang-kadang aku nk baca entry mereka akan ambil masa pasal aku tak faham, sudahnya aku tekan close. macam mana nak baca entry yang seterusnya kalau yang first pun aku tak faham ... betul kan..
aku dah banyak kali baca otai-otai blogger nasihatkan agar gunalah bahasa yang proper bagi memudahkan orang asing faham apa yang kita tulis. tapi aku tak pernah ambil port pasal ni sebab aku rasa sape la yang nak bace blog aku ni kan. hahahahaha korang silap try tengok nuffnang punye analitik dekat lokasi pengunjung..jangan kata indonesia, egypt pun ada usha blog ni... cari apa aku sendiri pun tak pasti.. bayangkan kalo diorang nak translate guna translator..


axu nurk oo oot... 


memang tak boleh translate la... jangan kata dorang aku pun tak boleh nak faham...aduiiinye pun...


kalau penggunaan tak jadi "x" , belum jadi "lom" , pasal apa jadi "asal" itu aku masih boleh faham..tapi benda ni dah jadi common dan kadang-kadang aku sendiri tak perasan aku guna bahasa-bahasa sms ni dalam blog aku. hahaha harap korang masih faham la.


tapi tidak dinafikan ia dapat meninggalkan kesan buruk terutama dikalangan pelajar-pelajar. Penggunaan ejaan yang ringkas ni terbawa2 semasa mengarang karangan ataupun menjawab soalan kefahaman tanpa korang sedar. masa aku sekolah dulu salah ejaan pun dah boleh effect markah aku.ape jadi kalau kita tak perasaan... aku rasa lepas ni kena ubah gaya penulisan ..mane tau kan aku nak ambil exam naik pangkat ke ape lepas ni..kihkihkih


" k la kowang, 2 jew aku nurk bebel..xmo amerk atiew taw nan titew...2 cume titew punye pndangan ajew..kalo turk puas atiew ley mawah org len,,titew turk calah pown.. "

Monday, September 5, 2011

Pokok Hiasan Beracun


haluuuuu....... memang dah jadi kebiasaan suri rumah tu kan, mesti nak ada hiasan bagai dalam dia rumah , laman , etc... tadi aku baru terbaca pasal pokok hiasan yang boleh akibatkan kematian dalam masa lebih kurang seminit...gila!!!! seminit okeh..bukan soploh minit mahupun 20 minit..seminit aje...kesahihannya belum dapat aku pastikan lagi..tapi untuk kita sama-sama berhati-hati bagi mengelakkan kejadian tak diingini berlaku , better korang tahu awal kan????


Salam,
Sila perhatikan pokok hiasan ini betul-betul. Jika anda sayangkan anak-anak dan keluarga anda, musnahkan pokok hiasan ini segera. Sekiranya anda menanam di kawasan rumah, meletak diruang tamu atau di tempat letak kereta. Pastikan selepas membaca posting ini segera pindahkan pokok ini ke tempat yang jauh dari anak-anak anda. Pokok hiasan ini adalah yang sangat beracun boleh mengakibatkan kematian sekiranya anak anda mengigit daunnya. Kandungan racun yang kuat boleh membunuh kanak-kanak dalam masa kurang dari 1 minit. Bagi orang dewasa pula boleh membawa maut kurang dari 15 minit. Bayangkan betapa kuatnya racun yang terdapat pada daun pokok ini. Racun atau getahnya yang masuk ke dalam mata boleh menyebabkan buta.Kanak-kanak yang suka mengunyah terutama yang berumur 1 tahun ke 3 tahun yang tidak tahu apa-apa mungkin terkunyah daun pokok hiasan ini yang anda letak diruang tamu atau ditempat letak kereta, membawa padah.Kesan apabila mengigit daun beracun. Lidah akan terus membengkak dengan serta merta dan menghalangkan penafasan. Ini akan menyebabkan kematian kerana tidak dapat bernafas. Sila sampaikan kepada jiran-jiran dan saudara mara yang menanam pokok hiasan ini supaya memusnahkan pokok ini segera.Pokok ini sering terdapat di pejabat-pejabat dan sekolah-sekolah sebagai pokok hiasan kerana senang dijaga. Ia berasal dari Kenya , Rwanda dan Uganda . Senang tumboh di iklim negara ini. Daun yang besar dan hijau selalu diletak di kawasan taman awam. Sila maklumkan kerana terdapat kes kematian yang jarang dilapurkan diakibatkan oleh pokok ini. Selalu kes ini diklafikasikan sebagai "food poisoning".Keprihatinan anda menyebarkan berita ini mungkin dapat menyelamatkan nyawa seseorang.Wasallamhttp://adrydaud.blogspot.com/

Sunday, September 4, 2011

Giveaway time!!!!

AMARAN ini adalah Sticky Post
TUTUP SUDAH!!!!!!

new entry tengok bawah..
bukan tengok kasut korang, scrolllllllllllllllllllllllllllllllllllll
okeh time untuk giveaway 


dah setahun blog aku, mekasih sangat-sangat pada yang follow dan selalu singgah sini... :) walaupun entry aku kekadang ngarut2 tapi sudi gak korang jenguk..so untuk giveaway kali ni, lom fikir lagi nak bagi adiah ape, tapi korang jangan risau..xdenye MS bagi cekelat sebiji sorang..adiah nye haruslah spesial kan..tapi in case kalo xdpt nak fikir jugak adiah..so aku bagi cash aje la....okeh gitu??????wat duit raya la kan...syarat2 dia senang aje...


syarat-syarat (akan diupdate kalo rasa perlu)
1) wat entry seperti tajuk di atas ** perkataan sticky tu x perlu..nehi he..nehi he..nehi hee amek Giveaway time
 * dalam entry tu kalo korang ada cadangan bagi aku baiki kelemahan aku pun bagus gak..kalo malas xpe =,='' sumpah tak pakse
2) copy banner dan linkkan ke sini
3) Tag kawan kome , kalo korang nak bolot adiah x payah tag..kurang penyertaan lagi tinggi peluang korang kan(keji)
4) tarikh  tutup pada 04/09/11,pukul 11.59 malam ( cukup sebulan) nanti aku hapdet adiah die ok..


** letak kat sidebar ( x pakse gak ni =,='')


Pilihan Mungkin berdasarkan random.org
tak perlu susah2 follow ini blog, tapi kalau rasa nak follow tu dialu-alukan..... 
kalau pemenang x claim adiah satu hari dari tarikh aku umumkan pemenang , hadiah akan di beri kepada orang lain juga melalui random.org 
bagi peluang pada orang lain..


**KALAU ADE YANG SUDI JADI PENAJA HADIAH.. :)


**SENARAI PESERTA GA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...