Pengskodeng terhebat

Great deal yawww

Friday, July 29, 2011

Kenalan Ajoi

Cikgu: ” Ajoi…! cuba kamu jawab, Siapa itu Thomas Edison?”
Ajoi: ” Tak tau cikgu….”
Cikgu ( bengang ):” Ajoi!! kamu kenapa ha? Tak belajar ker?
Ajoi: ” Belajar juga cikgu. Cikgu tau tak siapa itu Sumardi?”

Cikgu: “Tak tau. Siapa dia?”
Ajoi: “Tulah cikgu, kita kan punya kenalan masing-masing…”
Cikgu: “#&$*#$^#)*$#$%”

Thursday, July 28, 2011

Terperangkap satu jam

“Belum sempat keluar lif, tiba-tiba lif bergerak ke atas dengan pintu tidak tertutup.
“Ketika itu, lif bergerak laju sambil pintu lif tertutup semula. Saya hanya mampu berdoa dan menunggu sebelum ia berhenti mengejut di tingkat 25 dengan hentakan kuat sehingga jatuh terduduk,” kata Mohamad Faizal Abu Hassan, 36.

Mohamad Faizal terperangkap dalam lif bersendirian hampir sejam di Blok A Pangsapuri Sutera di sini, selepas menaiki lif itu dari tingkat 25 rumahnya untuk ke tingkat bawah, kira-kira jam 7 malam kelmarin.
Menurutnya, dia bersama enam penduduk lain menggunakan lif itu untuk turun dan ketika itu tidak mengalami sebarang masalah.

Katanya, ketika lif sampai di tingkat paling bawah, dia yang berada berdekatan papan elektronik lif menekan butang buka untuk memberi laluan kepada pengguna lain.

Namun, dia terkejut apabila lif tiba-tiba bergerak ke atas ketika mahu keluar.
“Selepas lif berhenti dengan kuat di tingkat 25, saya yang terduduk disebabkan impak itu cuba bangun, tetapi gagal kerana sakit di pinggang dan belakang.

“Saya menghubungi jiran meminta bantuan sebelum diselamatkan bomba,” katanya yang menerima rawatan di Hospital Seberang Jaya (HSJ) sebagai pesakit luar.
Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Perai, A’azelan Hassan berkata, pihak bomba menerima panggilan jam 7.05 malam mengenai seorang penduduk Pangsapuri Sutera terperangkap di dalam lif.

Katanya, sebuah jentera dengan tujuh anggota dan seorang pegawai bergegas ke tempat kejadian.
“Anggota kami mendapati lif itu tersangkut di tingkat 25 dan terpaksa menaikkan lif itu ke tingkat 26 iaitu tingkat paling atas pangsapuri berkenaan.

“Jam 7.53 malam mangsa dibawa keluar dan ditemui dalam keadaan trauma serta mengadu sakit belakang,” katanya.
Menurutnya, mangsa terpaksa dibawa turun dari tingkat 26 menggunakan pengusung dengan bantuan penduduk yang bergilir-gilir mengangkatnya sebelum dihantar ke HSJ.
Sementara itu, Pengerusi Badan Pengurusan Bersama Pangsapuri itu, Mat Rodhi Puteh berkata, kejadian itu paling menakutkan berlaku di pangsapuri itu.
Katanya, setiap blok mempunyai dua lif, tetapi kerap rosak disebabkan vandalisme.

“Sebelum ini, lif blok A dua kali rosak kerana kilat selain sikap pengguna yang tidak bertanggungjawab.

“Kerja penyelenggaraan sukar dilakukan disebabkan sesetengah penghuni enggan membayar yuran penyelenggaraan,” katanya.

Menurutnya, kos untuk membaik pulih dua lif yang rosak itu dianggarkan kira-kira RM42,000.

Read more @ Lulu caldina



hueeee teringat kes aku terperangkap dlm lif hari tu..mujur tol x jadi camni

Cantik eh Gambar Ko Kat FB :)

mari kita renung-renungkan bersama...
fikir-fikirkan bersama...
jika satu hari nanti kita mati,
akaun facebook ini hanya kita yang tahu password,
hanya kita yang boleh access..

dan...

selepas kita mati..
apa yang jadi pada akaun fb kita?...
mungkin ada yang akan ucapkan takziah...
mungkin ada yang selalu menjenguk bagi mengubat rindu...

tetapi...

sedarkah kita,
gambar-gambar kita...
akan terus membuatkan kita terseksa di alam kubur?...
gambar-gambar yang tidak ditutupi aurat dengan sempurna...
macam mana nanti?

lelaki ajnabi terus-terusan tengok...
dalam masa yang sama, tiada siapa yang boleh deletekan gambar kita..
walau sudah bertahun-tahun kita mati, gambar itu terus ada...
saham dosa terus meningkat...

macam mana?...
pernah terfikir tak?...
tudung singkat yang dipakai tu, akan selamatkan kita dalam kubur nanti?...
legging dan jeans ketat, boleh selamatkan kita?...
baju yang membalut aurat itu, bagaimana?...

yang lelaki pula...
Dengan aurat yang terbuka...
berseluar pendek, menampakkan lutut...
menayangkan dada, menonjolkan pusat...

ada pula gambar bersama kekasih...
bukan muhrim, berpeluk erat, melagakan pipi...
ada pula yg hingga sanggup menayangkan...
gambar bibir bertemu pipi... bibir bertemu bibir...
menunjukkan pada semua betapa intimnya hubungan cinta mereka...
yg disaksikan oleh ramai org seluruh dunia...

mungkin kini
kita masih merasa tak sabar nak berkongsi cerita 
dengan gambar-gambar yang cantik, tempat-tempat yang kita dah lawati di muka bumiNya

tapi di akhirnya nanti..
semua itu tidak akan membawa erti
semuanya hanya tinggal kenangan bagi yang masih hidup
di alam kubur, semua itu tidak sedikit pun boleh menyelamatkan kita

cuba kita renung-renungkan,
saham dosa yang terus meningkat walau setelah ketiadaan kita di muka bumi sehingga hari akhirat,
tutupilah auratmu sebelum auratmu ditutupkan
peliharalah dirimu sebelum dirimu dikapankan~

jagalah maruah diri sebagai seorang muslim 
jagalah jua maruah diri sebagai seorang muslimah
mati itu pasti...persiapkan diri untuk mati itu perlu

moga Allah redha dengan perkongsian ini

~amin~ renung-renungkan da selamat beramal



mood: insaf T__T, semoga kita sama2 dapat manfaat dengan perkongsian ini


sumber : fb

Wednesday, July 27, 2011

7 Ekor Arnab Cikgu

Cikgu: Atan...cikgu nak tanya kamu satu soalan matematik....Kalau cikgu bagi kamu 2 ekor arnab dan 2 ekor lagi dan lagi 2 ekor arnab...Berapakah arnab yang ada pada kamu?

Atan: Tujuh ..cikgu..

Cikgu:??...Atan dengar baik2 soalan cikgu dan jaw...ab dengan betul...Kalau cikgu bagi kamu 2 ekor arnab dan 2 ekor lagi dan lagi 2 ekor arnab...Berapakah arnab yang ada pada kamu?

Atan: Tujuh.....

Cikgu: Ok..kalau soalan macamni plak...Kalau cikgu bagi kamu 2 biji epal dan 2 lagi biji epal dan lagi 2 biji epal...Berapakah epal yang ada pada kamu?

Atan: Enam..cikgu..

Cikgu:Erm..bagus...cube atan dengar dan jawab balik soalan cikgu memule tadi...Kalau cikgu bagi kamu 2 ekor arnab dan 2 ekor lagi dan lagi 2 ekor arnab...Berapakah arnab yang ada pada kamu?

Atan: Tujuh la...

Cikgu:Kenapa plak tujuh...Atan awak ni paham ke tidak soalan cikgu...knpe tujuh...why?..why? [cikgu nye naik tensen]

Atan:Sebab kat umah saye dah de seekor arnab..

Cikgu:????...

Wordless wednesday~Errrrr

Tuesday, July 26, 2011

Cano Crystals sungai tercantik di dunia







klik untuk pembesaran lebih sehat

Dinamakan sebagai Cano Crystals, ia diiktiraf sebagai sungai tercantik di dunia.

Cano Crystals terletak di hutan simpan Serrania de La Macarena, Colombia. Bagi yang tak tau Colombia tu di mana,korang leh google sendiri mana tempatnye

Biasanya,Cano Crystal adalah sama dgn kebanyakan sungai-sungai lain. Tetapi untuk satu tempoh di antara musim hujan dan musim kemarau, sungai ini akan dipenuhi dengan pelbagai alga yang merubah sungai ini kepada 5 warna.

Walaubagaimanapun, air sungai ini tetap jernih dan tidak berkeladak.

Jika anda berkeinginan untuk datang ke sini, anda harus datang pada waktu yang tepat iaitu di antara musim hujan dan musim kemarau sahaja.

Lagi satu, anda perlu mahir menunggang kuda, kerana ia satu-satunya pengangkutan yg dapat membawa anda ke situ.

SEGMEN : Mari Cari Kembar Blogger

nak join klik banner

29 JULAI 1987

KEMBAR SILA CARI DIRIKU...


Duit syiling baharu mulai 1 Januari


Selepas 20 tahun, Bank Negara Malaysia (BNM) akan memperkenalkan siri ketiga duit syiling Malaysia yang akan berada dalam edaran pada 1 Januari 2012.
Siri ketiga duit syiling tersebut adalah bagi denominasi 5 sen, 10 sen, 20 sen dan 50 sen.
Gabenor BNM, Tan Sri Zeti Akhtar Abdul Aziz berkata, duit syiling tersebut akan menggantikan duit syiling sedia ada dan ia adalah lebih kecil dan ringan untuk memudahkan orang menggunakannya.

''Duit syiling baharu ini dibuat dengan menggunakan kemajuan terkini dalam teknologi pembuatan duit syiling dengan memasukkan ciri-ciri keselamatan lebih baik bagi mengelakkan pemalsuan.
''Sementara itu, duit syiling sedia ada akan dikeluarkan dari pasaran secara beransur-ansur bagi memudahkan semua pihak termasuk vendor dan mereka yang menguruskan mata wang.

''Vendor yang mengendalikan mesin wang tunai akan diberikan tempoh selama enam bulan untuk mengubah suai mesin mereka bagi memudahkan penggunaan duit syiling baharu itu,'' katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar pengeluaran duit syiling peringatan untuk siri ketiga duit syiling baharu Malaysia di sini hari ini.
Zeti berkata, pada bulan September ini, siri keempat wang kertas turut akan dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

''Pengumuman lanjut mengenai wang kertas siri keempat itu akan dibuat pada bulan September dan ia turut memperkenalkan ciri-ciri keselamatan baharu,'' katanya.
Tambah Zeti, ciri-ciri unik yang mencorakkan budaya dan warisan negara menjadi sumber inspirasi reka bentuk syiling baharu ini.
''Motif reka bentuk duit syiling ini memaparkan keindahan alam semula jadi, flora dan fauna serta seni kraftangan tradisional yang terdapat di Malaysia.

''Ia didatangkan dalam warna kuning dan perak mempunyai sisi tepi berbeza-beza bagi membolehkan orang ramai dan mereka kurang upaya penglihatan untuk mengenali dan membezakan dengan lebih baik jenis-jenis duit syiling tersebut.
''Manakala logam baharu yang digunakan untuk membuat duit syiling itu adalah dari jenis yang lebih berkualiti dan tahan lama,'' jelasnya.
Reka bentuk duit syiling baharu itu bagi bahagian hadapan motif denominasi syiling lima sen, 10 sen dan 20 sen memaparkan 14 titik melambangkan 13 belas negeri serta Wilayah Persekutuan dan motif syiling 50 sen mempunyai lima garis mendatar bagi mewakili lima prinsip rukun negara.
Bahagian belakang pula bagi kesemua duit syiling memaparkan motif yang sama iaitu bunga raya, tahun penempaan, nilai muka duit dan perkataan Bank Negara Malaysia.


Sementara itu, motif bagi setiap denominasi adalah seperti berikut, 50 sen menunjukkan sulur kacang, 20 sen bunga melur, 10 sen motif Orang Asli dan 5 sen dengan Destar Siga.
BNM telah mengeluarkan set syiling peringatan sebanyak 500,000 secara berperingkat-peringkat yang dipakej secara khas dan akan dijual pada harga RM10 bagi setiap set.
Duit syiling peringatan itu akan mula dijual oleh BNM esok di ibu pejabat BNM dan cawangannya di Pulau Pinang, Johor Bahru, Kuala Terengganu, Kota Kinabalu dan Kuching.

copy from : lulu caldina

Ice berg berbahaya pada titanic tapi cantek











pstt ** aku tak ingat dah celah mane aku dapat gambar2 ni seme... ouhhh..tapi memang aku copy dr seseorang..x dapat nak bagi kredit...syian deh.. 

Jarak Paling Dekat Antara Matahari dan Bumi Pada Hari ini 26.07.2011

Amaran: entry ini telah dicopy bulat2 dan diedit sikit...kalo kamu copy jugak entry ini harap bg kredit pada blogger


ATT: Esok(makne kate hari ni) jangan memakai pakaian yg berwarna gelap, disarankan juga mengunakan topi atau sunblock kerana besok merupakan jarak terdekat antara matahari dengan bumi dan besar kemungkinan akan ada peningkatan suhu sehingga 4 darjah C selama 4 hari berturut2... Sila perbanyakkan minuman air mineral atau air masak. Jangan lupa sebarkan info ini kepada keluarga terdekat.


Entri nih telah diambil dari Falak Online dan juga Ideologi untuk dikongsi dgn rodong2...Moh bace kejap!

Satu je perkataan yang tersebut keluar... "Alamak.. mana dapat ni!??" Eh, Silap tu...bukan satu...tapi 4 perkataan!!!

Mari kita tengok ayat yang paling menarik perhatian saya...

"...kerana besok merupakan jarak terdekat antara matahari dengan bumi ..."

Persoalannya, betul ke esok (hari ini) matahari dengan bumi berada pada jarak yang paling dekat?

Mari kita belajar sikit pasal orbit Bumi.

Bumi mengelilingi matahari di dalam bentuk yang Elips, tidak bulat. Ini bermakna, ada satu ketika Bumi akan berada pada titik paling jauh dari matahari, dan ada ketika yang lain berada pada titik paling hampir dengan matahari.

Istilah yang digunakan ialah

Perihelion = Bumi dan Matahari paling dekat
Aphelion = Bumi dan Matahari paling jauh

Lihat rajah di bawah (credit http://www.physicalgeography.net/fundamentals/6h.html)



Dan juga berdasarkan sumber seperti
http://en.wikipedia.org/wiki/Apsis#The_perihelion_and_aphelion_of_the_Earth

Perihelion berlaku pada lebih kurang sekitar 3 Jan setiap tahun.
Aphelion berlaku pada lebih kurang sekitar 4 Julai setiap tahun


Maka, ayat diatas yang mengatakan "esok" (hari ini), dan kalau ikut tarikh keluarnya berita ini di internet, esok (hari ini) bermaksud 26 Julai 2011, jelas tarikhnya jauh menyimpang dari tarikh sebenar!

Malah, bulan Julai ini ialah tarikh ketika Bumi lebih JAUH kepada matahari.. jadi kenapa ia kata"...esok (hari ini) merupakan jarak terdekat ..."

"Peningkatan suhu sebanyak 4 darjah selama 4 hari berturut-turut. ", saya nak tanya, kenapa 4 hari? kenapa bukan 1 hari je..iaitu esok (hari ini), 26 Julai? Kenapa 4 hari tu, tak bermula semalam (kelmarin) atau hari ini (semalam) ke?

Jarak Bumi-Matahari ketika Perihelion (paling dekat) ialah 147.5 juta KM berbanding 152.6 juta KM padaAphelion (bulan Julai).

Suhu purata Bumi secara keseluruhan adalah 2.3 darjah lebih rendah ketika Aphelion berbanding masaPerihelion.

Rujuk http://pm-esip.msfc.nasa.gov/amsutemps/

Jadi, mana datang 4 darjah tu?? Dan kenapa 4 darjah lebih tinggi di bulan Julai, dan bukan bulan Januari?

Ce cite, ce cite... saya nak tau.

"Perbanyakkan minuman air mineral atau air masak"..ni saya sokong pasal baik untuk kesihatan!

Rujuk http://nutrition.about.com/od/hydrationwater/a/waterarticle.htm

I rest my case!

Rujukan lain:
http://spaceweather.com/glossary/perihelion.htm
http://spaceweather.com/glossary/aphelion.html
http://science1.nasa.gov/science-news/science-at-nasa/2001/ast04jan_1/

Wallahu'alam...

Monday, July 25, 2011

tak baik tau korang main2 kan Dr Rozmey

klik untuk pembesaran....

sumber :dauspozi

Bayi Angkasawan Negara

SOPHEA ISABELLA

KUALA LUMPUR - Angkasawan Negara, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor kini bergelar bapa apabila isterinya selamat melahirkan bayi sulung mereka menerusi kaedah bersalin di dalam air. Dr. Halina Mohd. Yunos yang berkahwin dengan Sheikh Muszaphar pada 10 Oktober 2010 selamat melahirkan seorang bayi perempuan pada 21 Julai lalu.

Bayi seberat 3.6 kilogram itu dinamakan Sophea Isabella. Halina mengambil masa 18 jam untuk melahirkan bayi itu di Hospital Pantai Bangsar di sini. Halina kini adalah doktor bius di Hospital Selayang di sini. Ketika dihubungi Kosmo!, Sheikh Muszaphar berkata, dia sangat teruja dengan kehadiran bayi tersebut yang dianggap sebagai anugerah Ilahi paling istimewa. "Isteri saya dimasukkan ke hospital pada pukul 2 pagi Jumaat dan berjaya melahirkan anak pada pukul 9.08 malam.

"Dia memilih kaedah bersalin di dalam air kerana kurang sakit selain lebih semula jadi,'' katanya. Sheikh Muszaphar merupakan rakyat Malaysia pertama berlepas ke Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS) pada 10 Oktober 2007 dan berada di stesen itu selama 10 hari bagi menjalankan pelbagai penyelidikan. Dia kemudian menjadikan tarikh keramat berlepas ke angkasa pada 10 Oktober itu untuk melangsungkan perkahwinan dengan Halina pada tahun lalu.

Sheikh Muszaphar yang kini bertugas sebagai Felo Penyelidik Utama Institut Sains Angkasa berkata, dia sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai bapa. "Kami banyak membaca tentang cara mendidik anak-anak malah mendapat nasihat daripada kedua-dua orang tua kami supaya anak kami kelak berjaya kepada agama, negara dan bangsanya," ujar beliau.



sumber: kosmo


pstt**olololo nomeynye anak sheikh muszaphar ni.....

Friday, July 22, 2011

my bad T__T

pagi ni dengan semangatnye aku kuar dari bilik terus ke dewan nak setup lcd pe seme..... semalam dah problem gile2....harap hari ni keadaan lebih terkawal....tapi sampai2 aje kat dewan laptop xleh connect ag ngan LCD...demmmmmmm T___T

problem lagi....gilak r..aku tak suke..dari dewan kosong sampai dah penuh orang x leh joint ag...gile ko.....aku dah cuak......berpeluh gak dak hafiz try ...tapi die godek2 kat laptop aje....aku duk kat LCD....try pinjam laptop dak ain...laptop da sampai still x leh join....aku cuak gak la..tapi konon2 cover cun aje....ptuiiiiiiii

tetibe dak hafiz g kat LCD

dak hafiz : eh sella ko cucuk kat mane ni???
aku : eh kenape???/ aku salah cucuk ea...
dak hafiz: yela....cucuk kat atas la!!!!!!!
aku : haaa......mane aku tau la....... T___T

dem... demmmmm...demmm.... sia2 aje aku berpeluh2...rupanya aku salah cucukwayar,.. tapi aku ase tu seme bukan salah aku...hahahahaha aku dengan bangganya menyerahkan semua kesalahan ni pada dak hafiz...hahahhahaa....pasal die tak tengok wayar  LCD yang aku cucuk tu,...hahahhahahhaa boleh tak gitu?????

Wednesday, July 20, 2011

Seronok ke tengok laki...............................................LOL

Sebaik tirai dibuka, sekumpulan pelawak terkenal buat persembahan. Semua penonton ketawa berdekah-dekah hingga gamat seluruh dewan kecuali seorang perembuan sahaja yang langsung tidak ketawa seolah0olah tiada apa yang menggelikan hatinya.
Oleh kerana tidak puas hati, seorang gadis bertanya perempuan tersebut, "apakah persembahan tersebut tidak kelakar?"
Jawab wanita tersebut " Kelakar sangat dik"
"Tapi kenapa akak tidak ketawa?", "akak sakit gigi ke?"
"Tak, akan tak sakit apa-apa. Saja diam"
"Habis, kenapa akak tak ketawa? Orang lain ketawa hingga mengalir air mata" soal gadis itu masih tak puas hati.
"Habis, cik adik ingat elok sangat ke gelak-gelakkan suami sendiri tgh buat persembahan di khalayak ramai?" jawab wanita itu geram.

entry tak ade kaitan

da lame kot x jejakkan kaki ke kuantan..lepas abes study memang dah jarang turun kuantan....tapi dulu sekali sekala turun gak sebab enchik pujaan hati masih di kuantan..tapi skang dia bersama keluarga sudah pindah johor....hueeeee memang dah tadek tujuan langsung turun kuantan... melainkan time raye or kalau ade sedare mare kawen....tapi hari ni oleh kerana kursus aku jejak jugak kuantan... hahahahahhahaahaa<---- aku x sure nape aku suke type hahahahahaa walopon tadek ape yg kelakar..

taun lepas ade gak turun kuantan ngan boyfie sebab die mau lawat kakak sepupunya tapi x jalan sangat...tapi ari ni cam merate gak la aku jalan.......masuk kuantan cam berdebar2 aje ase ati..ntah nape..aku pun x tau...tapi satu yang pasti, aku rindu dengan kenangan2 yang ada kat sini...hooooooo tetibe rindu kamu encik steward....rindu bangat shama kamu....nak balik kl...nk jumpe kamu.....rinduuuu T___T

pstt*** rindu jugak kat mak n abah..........aduinye


Saturday, July 16, 2011

Nisfu Syaaban

tadi tengok dekat blog sambal belacan pasal malam nisfu syaaban...kalo tak baca memang tak tahu (LOSER)

ni pulak copy paste dari blog ustazahazimah

Assalamualaikum wbt dan salam nisfu syaaban
Bertemu lagi kita pada catatan kali ini sempena kita menyambut peristiwa besar bagi seluruh umat Islam sedunia iaitu malam Nisfu Syaaban.
Disini suka ustazah kongsikan pesanan Nabi Muhammad saw tentang Nisfu Syaaban ini.
Baginda Rasullullah sendiri telah menggalakkan kita agar beramal pada malam kemuliaan nisfu syaaban dengan sabdanya:
Ertinya : “ Apabila tiba malam Nisfu Syaaban , maka hendaklah kalian bangun pada malamnya (melakukan ibadat) dan berpuasa pada siangnya, ini kerana Allah swt (turun merahmati hamba-hambaNya) pada malam tersebut mulai dari terbenamnya matahari ke langit dunia. Allah swt berfirman ” Adakah dari kalangan hamba-hambaKu yang memohon keampunan, maka akan Ku ampunkannya. Adakah dari kalangan mereka yang memohon rezeki , maka akan Ku turunkan rezeki untuknya. Adakah dari kalangan mereka orang yang ditimpa bala, maka akan Ku sejahterakannya. Adakah dari kalangan mereka yang begini dan adakah dari kalangan mereka yangt begini sehinggalah terbit Fajar “.
Disini juga ustazah catatkan Doa Rasullullah pada malam Nisfu Syaaban :
Ertinya : ” Aku berlindung dengan keampunan-Mu daripada balasan seksaan-Mu, aku berlindung dengan keredhoan-Mu daripada kemurkaan-Mu dan aku berlindung dengan-Mu daripada-Mu kepada-Mu, Tidak terhitung pujian ke atas-Mu,Engkau adalah sebagaimana pujian-Mu ke atas Zat-Mu”.
Sampai di sini dulu hingga jumpa lagi.
Moga catatan ini memberi manfaat kpd semua pembaca InsyaAllah
Wassalam
-ustazah azimah-

Keputusan Liverpool vs Malaysia

jap lagi ni berlangsungnya perlawanan Malaysia vs Liverpool..kompem2 LRT ke sri Petaling full...arghhhhhh...cane aku nk jejak kan kaki aku ke bangi hari ni... itu baru LRT ..lom Kire  komuter..sesak giler dow.....hari ni kawan aku sorang g tengok kat stadium..kawan die belikan tiket katenye...bile aku suh die amek gambor malu katenye.....henpon die cokia aje... =,='' lek r derrr....orang lain pun cokia gak....alaaaa...setakat nikon tu..ape la sgt...kuikuikuikui......

oh..ini first time liverpool datang Malaysia kan????? hohoho..penyokong, pengyokong liverpool mesti penuh stadium hari ni..kalo aku yang datang aku akan pakai jersi Malaysia kot...hhahahahahaha sokong produk tempatan la babe....

aku tunggu kawan aku balik aje la untuk keputusan penuh malaysia berape jaringan liverpool berape jaringan..... aku harap hari ni Malaysia boleh menang

Aku Blogger Negeri PAHANG

Syazwan Che Deraman

huaaaa...ade segmen2 yang tanye keh dari negeri mane wehhh...
pohpaleh la aok..keh memang suke ame jumpe ngan orang2 Pahang.... keh suke dengo loghat pahang....

Nyatakan nama Daerah Anda
keh orang lepeh <----  loghat pahang
aku orang kuala lipis derr <---- loghat key ell....

nyatakan tempat dan makanan menarik tempat anda
hoh...ame tempat keh kat lepeh ni , banyok tempat menarik..air terjun ade, air sungei ade, bandor lepeh sendiri tempat bersejarah kalo deme nak lawat...boleh aje...keknye bosan la...lepeh ade lombong emas...hahahha nk g cari mas dtg la lepeh..makan pulok , macam biase le,,, masak tempoyok...

translate
kalo tempat gua kan der banyak gile r kan tempat menarik kan.... air terjun ade, air sungai ada, bandar lipis itu sendiri adalah tempat bersejarah....kalau korang nak lawat boleh aje,tapinye bosan la....lipis juga ada lombong emas..nak cari emas datang la lipis, macam biasa la kalau pasal makanan lipis terkenal dengan masak tempoyak

eh..kalau nak tau lebih lanjut tempat menarik misz penah citer dekat entry ni



Bonus 2 bulan

Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) memohon kerajaan mempertimbangkan pemberian dua bulan bonus kepada seluruh penjawat awam tahun ini. 
Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, CUEPACS telah memohon secara rasmi mengenai perkara itu dan mengharapkan berita baik daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada pembentangan Bajet Oktober ini.

"Kami telah menghantar surat memohon dua bulan bonus bukan setakat sehingga gred 54 sahaja tetapi keseluruhan penjawat awam, namun ia tertakluk kepada kemampuan kerajaan.

"Penjawat awam harapkan sesuatu tahun ini kerana syarikat berkaitan kerajaan (GLC) ada yang mendapat sehingga lapan bulan bonus sedangkan kita penjawat awam yang betul-betul di bawah kerajaan Persekutuan, negeri dan pihak berkuasa tempatan hanya dapat bantuan khas RM500,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tritahunan kali ke-24 ANULAE cawangan Majlis Perbandaran Kuantan di sini, hari ini.

Beliau berkata, pemberian bonus yang kali terakhir diberi pada dua tahun lepas perlu dipertimbangkan berdasarkan peningkatan kos sara hidup yang semakin meningkat pada masa ini.

Friday, July 15, 2011

Eh..teringin nak buat...

tengok banyak kat blog-blog lain letak iklan-iklan yang sangat banyak..dan pernah jugak orang email tanye harge berape sebulan kalau die nak letak iklan..tapi x jawab pun sebab rase macam eh..seyes ke ni??blog ni ke??x geleme kot blog hambe ni.... huhu
tapi tetibe lak teringin nak buat...kalo korang rase nak letak banner iklan PM detail ye...

oppsss...PERCUMA okeh sampai aku sendiri boring tengok iklan korang..hehe......
tapi aku tak janji bile korang letak iklan kat blog ni korang dpt ramai buyer...trafik aku tak tinggi mane pun la....
kalo takmo pun xpe.... 
wekkkkkk!!!!!!!

Naik LRT guna sogo card boleh dapat Diskaun ....

semalam aku balik dari sogo ade sorang amoi antara aku ngan kawan aku......
mase tu dah kat LRT da... kebetulan kitorang guna TnG aje..then aku touch n go..sekali amoi tu touch kat scanner sebelah aku...gosok2 tak leh terus ke belakang aku gosok2 lagi.... 
then membe aku pelik, asal la amoi ni gosok sogo card bukan tng punye card...pas tu dah beria tenyeh baru amoi tu perasan rupenye die tenyeh sogo card...

aku ngan kawan aku berlalu sambil gelak2, tapi xde la gelak depan die...kan x sopan namenye tu (kalo time orang memang gelak sakan, kalo time sendiri kena diam aje dlm ati harap2 org tak tau)
ingatkan naik lrt kalau gune sogo card leh dapat diskaun cam kat sogo...
sape tak nak kan.. sogo kan tiap2 hari ade diskaun , cube kome cakap hari ape yang sogo tak wat diskaun???? jawapan die tadek..

then kebetulan lak die turun stesen yang sama...masa nak keluar tu aku saje lambat2 nak tunggu amoi tu kot2 die nk tenyeh agi sogo card..hoho kali ni die lebih hati2..seluk poket belakang..pilih2 amek kad yang betul..

pstt ** pernah sekali aku tak bawak kad TnG..aku beli tiket..pas tu aku sibuk gosok tiket kat atas scanner.. =,='' pandang kiri , kanan , orang tadek ...terus masukkan tiket

Bersih 2.0: Menteri Kesihatan tubuh panel khas siasat kes Hospital Tung Shin

BACA DAN NILAI

Dilihat sebagai perkembangan dilihat mengejutkan banyak pihak, Kementerian Kesihatan memutuskan untuk mengadakan satu jawatankuasa inkuiri tahap tinggi bagi menyiasat insiden pihak polis menyasakan Hospital Tung Shin di sini ketika cuba meleraikan perhimpunan Bersih 2.0 pada Sabtu lalu.

Jawatankuasa itu akan diketuai oleh Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Datuk Kamarul Zaman Md Isa, kata menterinya Datuk Seri Liow Tiong Lai (gambar) dalam satu kenyataan malam ini.

Sehubungan itu kata Liow, beliau percaya langkah ini akan memperjelaskan pelbagai kenyataan yang bercanggah, yang dibuat pelbagai sejak beberapa hari lalu.

“Pada 11 Julai lalu, lembaga Hospital Tung Shin memaklumkan menteri bahawa tiada gas pemedih mata dan air berasid dilepaskan ke arah kawasan hospital,” kata Liow.

“Pelbagai saksi yang melihat mendakwa keadaan sebaliknya,” kata beliau.

Justeru kata Liow, beliau percaya jawatankuasa tersebut akan mengadakan satu proses siasatan mendalam dan secara telus, yang menurutnya sangat penting dan perlu memandangkan keselamatan pesakit dan hospital adalah penting.

“Orang ramai yang menyaksikan insiden itu boleh tampil membantu inkuiri. Mereka yang mahu identiti mereka tidak dikenali juga boleh berbuat demikian,” kata Liow lagi.

Dalam satu kenyataan awal pagi, Tony Pua, setiausaha publisiti DAP kebangsaan mahu kerajaan pusat sewajarnya memohon maaf secara terbuka kepada Hospital Tung Shin kerana melepaskan air berasid dan gas pemedih mata dalam menyuraikan perhimpunan Bersih 2.0 pada Sabtu lalu.

Pua mendakwa kerajaan cuba menutup kesalahan polis dan oleh itu, tidak berguna bagi kerajaan untuk terus menafikan apa yang telah berlaku.

“Ketua Polis Negara (Tan Sri Ismail Omar), Menteri Kesihatan dan Presiden MCA (Datuk Seri Dr Chua Soi Lek) harus dengan segera meminta maaf kepada Hospital Tung Shin kerana melanggar wilayahnya dan kepada semua rakyat Malaysia kerana cuba menutup kesalahan pasukan polis,” kata beliau.

Dalam satu kenyataan lewat malam tadi, sekumpulan 11 doktor menegaskan mereka bersedia untuk menyediakan afidavit berkanun untuk mengatakan bahawa pihak polis ada melepaskan air berasid dan gas pemedih mata ke atas kawasan Hospital Tung Shin dan Bersalin Cina di Jalan Pudu ketika perhimpunan Bersih 2.0.

Seramai 11 doktor yang berkata berada di lokasi ketika kejadian menegaskan, mereka kecewa dengan tindakan polis itu tanpa mempedulikan keselamatan pesakit dan doktor.

“Kami, doktor-dotkor yang menurunkan tandatangan di bawah, tidak mahu menyertai polemik perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai 2011, tetapi mahu menjelaskan kebenaran tentang keadaan tidak selesa yang wujud (hari itu),” kata mereka.

Justeru, kenyataan itu bercanggah dengan respons Liow yang telah menafikan polis ada melepaskan air berasid dan gas pemedih ke atas kawasan hospital, sebaliknya tambah beliau ia disebabkan oleh pergerakan angin pada masa kejadian.

Kelmarin, Dr Chua, yang juga bekas menteri kesihatan pula berkata, pihak polis terpaksa bertindak demikian bagi melindungi pesakit-pesakit daripada peserta perhimpunan Bersih 2.0 yang cuba berselindung di kawasan itu.

Kenyataan media itu ditandatangani oleh Dr Musa Nordin, Dr Sheikh Johari Bux, Dr Ng Kwee Boon, Dr Ng Swee Choon, Dr Ronald Macoy, Dr David Quek, Dr Mary Cardozo, Dr Farouk Musa, Dr Mazeni Alwi, Dr Pixie Low dan Dr Steve Wong.

“Adalah menjijikkan pihak berkuasa yang diamanahkan tanggungjawab kepolisian menjaga negara dan melindungi mereka yang lemah, tanpa rasa malu menafikan perbuatan mereka secara umum, di sebalik kejadian itu disokong banyak gambar, video dan pengakuan saksi termasuk pemerhati berkecuali,” kata mereka dalam kenyataan itu.

Wednesday, July 13, 2011

You've just made my day

pepetang cam ni , boring mengadap keje yang tak siap-siap, yang tak balance2. sibuk uruskan kursus sekali dak ain tergelak-gelak....aku pelik kenape la pulak budak ni gelak gile2... die suh aku baca satu entry satu blog ni...ekh..memula aku bace pun dah tergelak-gelak...okeh terus duduk kat meja mintak id blog pada dak ain........

pada aku penulisan uncle ni sangat simple, tapi tak tahu la kenape aku rasa uncle ni kelakar bebeno, seyes aku x boleh baca entry beliau , mesti aku tergelak-gelak...  x melampau kot kalau aku cakap blog uncle ni pilihan aku kalau aku boring2. selepas blog  zack zukhairi (dah lame bersawang T_T)... even cerita die cuma pasal family aje tapi entah la.. bace tajuk pun kekadang aku gelak....

ke aku ngan kawan aku je cenggitu?????

hoh try bace

KomenSen

klik banner untuk bace .

Wordless wednesday~ Batman wannabe

klik untuk pembesaran anak-anak anda

BLOG DIPERLUKAN ..SEGERA !


more segmen ~~ sigh~ harap dengan kebizian hari ni aku still dapat join segmen

makcik jangan mop tempat saya plizzzz!!!!!

okey bebaru ni aku ternampak cleaner kat office ni cuci toilet....die kasi mop satu toilet....toilet jadi wangiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii selepas die mop lantai die mop pulak lantai sekitar


yeee..... disekitar mangkuk tersebut........ rambu ramba mop pun turut termasuk sikit2 dalam longkang tersebut...
fine!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
tandas jadi bersih dan wangi..........................................................
siap aku selesaikan alam punye hal
aku masuk office..
tak lame lepas tu makcik cleaner dtg office kasi mop satu office lak........
kasi mop-mop satu office..mop sini, mop sane, mop tepi , mop tengah, mop..mop...mop..
erkkkkkkkkkkkkkk...... die mop tempat aku.....aku pun segera larang die
xpe makcik.....!!!
die mop ag
xpe makcik!!!xpe!!! xpe...
die larikan mop dari kerusi aku tapi still mop2 ag lantai dkat suis  kat meja aku
xpe makcik!!! aku kuatkan sikit lontaran vokal aku....

aku tak sure samaada die gunakan mop yang sama atau tak...kalau same adekah die kasi cuci itu mop selepas die mop lantai??????????????????
erkkkkkkk............pehlis........

Tuesday, July 12, 2011

Aku malu wei!!!!! malu!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! smbil tekan loceng lif

TAJUK PERBINCANGAN KITA PADA HARI INI IALAH, KENAPA AKU LEBIH SUKA TANGGA DARI LIF.......
BACA DENGAN TELITI SEBELUM MENJAWAB SOALAN 

semalam yang dingin selepas g gym terus balik umah, sebelum nek lif g duk tengok surat dulu ..kot2 ade surat untuk kitorang, bil ke ape, cek2 tengok ade surat dak annoying..huh
baca kan ayat diatas?? annoying.... bile annoying haruslah kite ignore pape benda yang berkaitan dengan mereka, baru nampak diri kau tu brutal gilerOnion Icon

pas blah dari mailbox tu terus tunggu lif, so bila lif ade, terus memasing naik...kebetulan time tu xde orang, aku ngan dak ain, bermaharajalela la dalam tu... sambil nari ala2 jefridin aku nyanyi lagu dangdut......sekali lif stop....aku xde la cuak sangat sebab biase bile tekan2 die jalan balik.....tapi kali ni bile tekan2 die tak jalan, 
aku dah cuak tapi berlagak cool, baru nmpk bergaya
dak ain : aku panik!!!!!!, aku panik!!!aku panik!!!MSN Onion Emoticon Set
aku:rileksssss.......... <---tapi dlm ati takut gak semenyanyeOnion Icons

try2 dah xleh, kecuakkan mula melanda hati aku yang suci murni tadiMSN Onion Emoticon Set

aku: tu la ko, skang ni tuhan bayar cash, sape suh ko xnak amek surat tadi
ain : abes la kiteee.....

 

oh bagi korang yang xpenah naik lif tu , ni aku ade lukis kan button die ...cantikkan ????????
kisahnye lif stop kat level 2 , umah aku level 17, pintu pun xleh bukak...demmmm....


aku: enpon ko ade line????
dak ain: jap...ko try tarik pintu aku nak kol dya......carik line dulu
pintu terbukak la sikit...tnpe segan silu dak ain terus kol dya...
tutt...tutt...tuttt...tuttttt tak berangkat
cuba ag sekali
tuuut...tutttutuuut.........
cubaan kali ke 3 menemui kegagalan bila dak dya langsung tak peduli bunyi enpon...cisssss..ni la harapkan pagar , makan makan padi...
 "aiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii dya ni mandi la ni, time2 ni la die nak mandi!!!!!!!!!!!!!!!!!!!Onion Emoticon Set'' marah aku ngan dak ain...memang emosional sungguh kitorang time ni...


aku : weiiii cctv kan ade.... jom try mintak tolong kot2 dorang nampak kite, Onion Emoticons

aku ngan dak ain pun lambai2 la kat cctv tu...lambai2 tak bunyi suare hanye miming aje perkataan tolong tu.... tak sampai 2 minit kitorang hentikan usaha kitorang sebab aku rase sengal gile perbuatan tersebut...
pas tu sekali bunyi cam tapak kasut orang turun tangge, 

dak ain : cella!!! ko tekan loceng tu....

kringggggggggggg....kringggggggg...kringgggggggggggggggg

eh...bunyi tapak kasut dah tadek..Onion Emoticon...alaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

bunyi tapak kasut lagi, aku tekan lagi loceng

kring...kring...kring...

dak ain: ko tekan lame2 jangan tekan jap2, t orang ingat ko main2...
aku: yelaaaaMSN Onion Emoticon

krinnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnngggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggg

still tadek orang...aku dah berpeluh2, tambah penat bru balik gym....huarggghhhh,dah bermacam cara dah kitorang try...mencik tol la stuck dalam lif time2 cenggini...ilang keayuan aku...
pas tu dgr bunyi orang kat luar, kitorang tarik sikit pintu lif, skodeng kat luar, sekali orang luar pun skodeng kitorang kat dalam.....terus tutup balik pintu lif sambil duk cangkung tengah2 lif, 

aku malu!!!aku malu!!aku malu!!!!!!!!!
pas tu dengar cam2 dalam lif, da cam citer seram thailand plak...tapi xde la aku takut pasal aku tau bunyi orang2 kat luar....bunyi cam orang naik tangge besi pun ade..aku dah fikir bomba dah...harharhar..rupenye org luar nk bukak pintu  x boleh....

guard : tarik pintu kat dalam
dak ain pun tarik la pintu...eh..tetibe lak minah ni jadi gagah...pelik gak aku
hoh...rupanya kitorang ade antara tgh2 kat tgkat 2... da nampak lantai tgkat 3 da....
guard : nampak tak benda kaler merah belah kanan awak....
aku : merah???? yang mane??? x nampak.....Onion Icons
guard : belah kanan kamu....
aku ngan dak ain tertunduk2 cari benda kaler merah
aku : tak de kaler merah.........
guard: ade kat situ
dak ain : tak ade, kaler lain ade la.....
aku pun cube gk la usik2 segala besi yang ade kat situ, pusing2 roda kot2 terbukak...pas tu ade satu besi tu leh angkat2, aku try jap, tapi turunkan balik pasal aku takut lif jatuh menjunam....
pas tu aku angkat lagi,, then pintu terbukak

ohhh.. hepi okMSN Onion Icons

oh..ramainye makhluk duk berkumpul kat depan lif......

guard: hah, terjun skang
dak ain : tepi2 
terus terjun



aku
Onion Emoticon Set

dushhhhh bunyi dak ain jatuh...

aku tergamam gak laa... lom sempat plan sape nk turun dulu, dak ain dah terjun, terjun ala-ala terjun tiruk lak tu, da la aku ngah pegang bekalan makan malam, terpakse la aku suh guard tu pegangkan aku nyer beg ngan nasi sebelum aku terjun... hueee.

dak ain ni aku cakap kalo berperang jangan bawak die,,mau die lari tinggalkan medan perang..
cissssssss
************************************************************************
kitorang terjun tu terus makhluk2 reramai depan lif tadi blah...
eh...cume nak tengok mangse keadaan aje ke????
tak seswai okey...balik la g masak nasi......

guard : amek nasi ni g balik makan...
die hulur nasi aku sambil gelak2

eh..eh..kuang ajo gak guard ni
****************************************************************************

aiyark...kena naik tangge sampai tingkat 17
uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
Onion Icon

kenape la kisah2 sengal mesti ade ko jugak sebagai mangse ain wei.......
dulu pasal terperangkap dalam LRT  ni terperangkap dalam lif lak...
hueeeee

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...