Pengskodeng terhebat

Great deal yawww

Thursday, June 30, 2011

Keputusan Penuh Malaysia vs Taiwan ( Taipei ) | 29 Jun 2011

Keputusan penuh malaysia vs taiwan di stadium bukit jalil berakhir dengan 2-1 sepenuh masa . Malaysia juga berjaya membuahkan gol pada minit ke 28 oleh shafiq rahim dihasilkan dari tendangan swinger yang mengenai palang lawan . Gol kedua Malaysia diperolehi pada masa kedua minit ke 54 oleh tandukan Aidil Zaquan . Pada minit ke 76 , kumpulan lawan memperolehi 1 gol saguhati. TahniahMalaysia Menang :)

   Malaysia pada mulanya menguasai 68% peratus perlawanan pada malam tadi dan sedikit goyah di bahagian pertahanan pada babak masa kedua. Malaysia juga telah menerima 2 kad kuning dan mempunyai kelebihan 6 tendangan sudut.

Wednesday, June 29, 2011

Benda-benda yang boleh buat aku rasa geram nak penyek-penyek.

aku tak boleh nampak benda-benda yang comel , cute atau gemuk...benda-benda ni lah yang buat aku rasa geram nak picit, nak penyek2....ase puas gile kot kalau dapat penyek-penyek

yeee..aku tak boleh tengok baby, nak2 kalau yang comel dan gemuk....time tu rasa geram betul nak penyek2..eeeee tak puas hati sebab x dapat picit puas-puas...t kang nanges lak baby tu...

anak ayam yang baru netas ni pun satu, da la kaler kuning, kecik, kontot, gemok...haa...kalau aaku dapat memang aku picit2...

korang tau tak bola yang jenis lembik2 dan berbulu ..macam gambar kat atas tapi lebih berbulu...yang ni ag satu benda kalau boleh aku nk sepak2 , aku nak penyek2, aku nk siat2....arghhhhhhhh selagi tak dapat memang ase sakit ati..

penah tengok ikan emas yg kecik2 pewot boroi..pas tu berenang terkedek2 kehulu ke hilir...yang ni sumpah aku ase nk picit sampai meletup...arghhhhhhhh
ok fine!!!fine!!!fine!!!*style shuib sepah 

yang ni aku ase nak pijak2 sebab comel
 
walaupun keju ni tak nampak comel mahupun cute, tapi aku tetap geram nak picit...huhu semalam g s*g* tertengok cheese...sudahnye aku picit2 sampai aku puas hati..pas tu tinggalkan beliau atas rak tu balik..harharharhar............

pstt** perasaan geram aku tak boleh nak bendung kalo tengok benda2 cute...eeeeeee geram tol aku

PERISTIWA ISRAK DAN MIKRAJ

Sempena bulan Rejab yang banyak keberkatannya ini, ruangan Sudut Agama menyorot peristiwa Israk dan Mikraj yang berlaku pada 27 Rejab, setahun sebelum Hijrah. Penerangan yang diberikan adalah bersifat sepintas lalu, dan dicadangkan agar anda merujuk kepada ahli agama yang benar dan bertauliah seperti ustaz atau guru yang berkenaan bagi mendapatkan fakta dan huraian selanjutnya.

Ringkasan Peristiwa Israk Dan Mikraj

  Sebelum Israk dan Mikraj

Rasulullah S.A.W. mengalami pembedahan dada / perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika'il. Hati Baginda S.A.W.. dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam ('alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman.ke dalam dada Rasulullah S.A.W. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan "khatimin nubuwwah". Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan "Israk" itu.



  Semasa Israk

 ( Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa ):

Sepanjang perjalanan (israk) itu Rasulullah S.A.W. diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah:

i.      Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah.
ii.     Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A.S. menerima wahyu daripada Allah;
iii.    Baitul-Laham (tempat Nabi 'Isa A.S. dilahirkan);

Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah S.A.W. menghadapi gangguan jin 'Afrit dengan api jamung dan dapat menyasikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib. Antaranya :

§       Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S.A.W. dibertahu oleh Jibrail : Itulah kaum yang berjihad "Fisabilillah" yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.
§       Tempat yang berbau harum. Rasulullah S.A.W. diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Mayitah (tukang sisir rambut anak Fir'aun) bersama suaminya dan anak-anaknya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir'aun kerana tetapt teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir'aun sebagai Tuhan).
§       Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).
§       Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebeis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.
§       Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.
§       Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba`.
§       Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.
§       Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.
§       Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.
§       Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.
§       Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.
§       Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S.A.W. tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensesiakan umurnya sampai ke tua.
§       Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.

Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia` dan mursalin menjadi makmum.

Rasulullah S.A.W. terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.


 Semasa Mikraj ( Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah ):

Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah S.A.W. dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).

i.    Langit Pertama: Rasulullah S.A.W. dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam A.S. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.
ii.    Langit Kedua: Nabi S.A.W. dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi 'Isa A.S. dan Nabi Yahya A.S.
iii.   Langit Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A.S.
iv.   Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A.S.
 v.   Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A.S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.

vi.   Langit Keenam: Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa A.S. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.
vii.    Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Ma'mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah S.A.W., Nabi Ibrahim A.S. bersabda, "Engkau akan berjumapa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha'if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAHMengikut riwayat lain, Nabi Ibahim A.S. bersabda, "Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA LA ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA LA HAULA WA LA QUWWATA ILLA BILLAHIL- 'ALIYYIL-'AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga". Setelah melihat beberpa peristiwa lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).
viii.   Tangga Kelapan: Di sinilah disebut "al-Kursi" yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W. menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah S.A.W. dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.
ix.   Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W. masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur 'Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.
 x.     Tangga Kesepuluh: Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah S.W.T. dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya:
Allah S.W.T     :       Ya Muhammad. 
Rasulullah        :       Labbaika.  
Allah S.W.T     :       Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan.
Rasulullah        :       Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan 'Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan. 
Allah S.W.T     :       Aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah 'Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan Aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang. 
Selesai munajat, Rasulullah S.A.W. di bawa menemui Nabi Ibrahim A.S. kemudian Nabi Musa A.S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S.A.W. merayu kepada Allah S.W.T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.
  Selepas Mikraj

Rasulullah S.A.W. turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah). Wallahu'alam.

(Sumber : Kitab Jam'ul-Fawaa`id)
Kesimpulannya, Peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan kembali setiap kali 27 Rejab menjelang. Adalah lebih penting untuk kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak baik. Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah dan takut kepada kekuasaan-Nya.

Seandainya peristiwa dalam Israk dan Mikraj ini dipelajari dan dihayati benar-benar kemungkinan manusia mampu mengelakkan dirinya daripada melakukan berbagai-bagai kejahatan. Kejadian Israk dan Mikraj juga adalah untuk menguji umat Islam (apakah percaya atau tidak dengan peristiwa tersebut). Orang-orang kafir di zaman Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam langsung tidak mempercayai, malahan memperolok-olokkan Nabi sebaik-baik Nabi bercerita kepada mereka.

Peristiwa Israk dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah Subhanahu Wataala. Allah Subhanahu Wataala telah menunjukkan bukti-bukti kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam.


Mafhum Firman Allah S.W.T. : "Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat."
(Surah Al-Israa': Ayat 1).

sumber : http://www.al-azim.com/~beringin/agama/israkdanmikraj.htm

Lisa Surihani Dan Shaheizy sam sangat lumayan



Semalam, Zass, ada mengupas isu tentang harga artis kita dan khabarnya pelakon yang semakin mencipta nama, Shahizey Sam dan Lisa Surihani, bakal menerima bayaran RM100,000 untuk sebuah filem. 

Harga itu pastinya cukup lumayan, sedangkan bayaran termahal yang diterima oleh seseorang artis untuk sebuah filem ialah RM30,000 hingga RM50,000. Namun dengan jumlah yang mencecah RM100,000, menjadikan Lisa dan Sam antara artis termahal di negara ini. Nampaknya populariti yang dimiliki mereka membuatkan ada pengarah dan penerbit sanggup mengeluarkan kos yang besar hanya untuk mendapatkan khidmat lakonan mereka. Menerusi laporan sebuah akhbar baru-baru ini, pengarah dan produser terkenal, Datuk Yusof Haslam, dikatakan, mengadakan pertemuan dengan CEO Metrowealth Pictures, David Teo untuk melamar dua bintang popular itu. David yang dihubungi Zass mengesahkan berita itu. Menurutnya, dua bintang di bawah pengurusan MIG Talent itu akan berlakon di bawah arahan anak Yusof, iaitu Syafiq yang baru berusia 19 tahun. “Memang benar Datuk Yusof berjumpa saya untuk menawarkan Sam dan Lisa berlakon dengan produksinya. “Setelah berbincang, Metrowealth Pictures bersetuju untuk ‘meminjamkan’ Sam dan Lisa kepada Skop Productions demi mengembangkan lagi kerjaya mereka berdua,” katanya. Ketika ditanya mengenai bayaran untuk Sam dan Lisa yang dikatakan mencecah RM100,000 David bagaimanapun enggan mendedahkannya. “Bayarannya tidak boleh didedahkan kerana sudah termaktub dalam perjanjian, tetapi saya hanya boleh beritahu jumlahnya sangat lumayan. “Bagi saya, bayaran itu setimpal dengan status Sam dan Lisa sebagai antara pelakon paling popular ketika ini,” katanya. Dalam pada itu, David turut melahirkan kegembiraannya apabila usahanya menggilap bakat baru di bawah MIG Talent mula mendapat perhatian produser lain. “Hari ini bintang Sam dan Lisa sedang bersinar, jadi kita memberi peluang kepada mereka. “Tetapi, saya akan terus mencungkil bakat lain sama ada dalam bidang pengarahan, lakonan, penulisan skrip mahupun pengurusan untuk sama-sama membantu industri,” katanya. Beralih kepada filem Sekali Lagi yang mempertaruhkan genre komedi romantik, David yakin keserasian Sam dan Lisa mampu menarik penonton ke pawagam. “Agak mencabar bagi filem Sekali Lagi untuk meraih kutipan tinggi kerana perlu bersaing dengan filem Transformers 3 yang ditayangkan serentak. “Namun, saya percaya kekuatan gandingan Sam dan Lisa serta pelakon lain seperti Mia Sara juga Bront Palarae membolehkan filem ini mencapai kutipan melebihi RM3 juta,” katanya. Sementara itu, Lisa dan Sam gagal dihubungi untuk menjawab persoalan berkenaan.

Perempuan dan Cermin


perempuan ke lelaki ke same je aku rasa kalau jumpe cermin mesti ko pandang..jangan nak buat muke tak ngaku!!!!!!!!!!!!!! aku tau tu semua...alaaaa...paling keji pun kalau nampak cermin mesti korang toleh gak tengok diri sendiri dan terus feeling hensem/lawa.....tapi skang ni aku nak cerita pasal perempuan dan cermin...

perempuan dengan cermin ni memang payah betul nk pisah, tak kira la cermin tingkap ke cermin toilet ke, cermin  kete ke...pendek kate kalau nampak cermin berhenti jap belek-belek tudung ke...tengok bedak okey ke tak, tengok mate ok ke tak...nampak tak??? nampak tak???nampak tak???? nampak tak???? huh..payah tol....
bak kate karam tak timbul2 la...dimana ada perempuan di situ ade cermin...lagi godang sesebuah cermin tersebut lagi godang la kepuasan perempuan tersebut...

dulu masa kat sekolah cermin aku adalah skrin kalkulator atau spek mate kawan aku....harharhar...walaupun mungkin beliau rasa mual bila hari2 ngadap muka aku betulkan tudung depan mata dia tapi aku tak peduli dengan anggapan dia tuh...

penah suatu hari ada sebijik kete parking baikkkk punye....x perasan pulak dalam tu ade orang, elok je aku jengah2 betulkan tudung baru perasan bayang orang dalam tu...pergghhhhhhhhhhh .... malu slallllllllllllllll.......

pada aku la, guna cermin ni bukan untuk korang perasan cantik aje....tapi ianya sangat berguna pada kita nak2 lagi selepas kita makan...nak tau kenapa

kan dah jadi senyuman berlada dan bersayur...kekadang membe ni kalo nampak die tak tegur...kang merate2 ko g tanyang cili tu kat orang....kalo ade cermin ok la kan..leh tengok sendiri...hahahhaa....

pstt** membe aku kate kawan dia pengkid suka tengok cermin sambil raba-raba dagu...emmm maybe ngah tunggu janggut tumbuh...mungkin la...




Tuesday, June 28, 2011

Nama Panjang Giler

Ajoi mendapat kerja sebagai guru sandaran di sebuah sekolah di Kulai.

Selepas memperkenalkan diri, dia menyemak nama murid-murid darjah 3 Raya dan merasa agak pelik semasa membaca nama seorang murid, iaitu “W.TAUFIK WWW”.

Kemudian guru tersebut menanyakan perkara tersebut.

Cikgu Ajoi : “Cikgu nak tahu, siapa yang bernama W.TAUFIK WWW ?”.

Taufik : “Saya Cikgu…” (Taufik menjawab & berdiri).

Cikgu Ajoi : “Taufik, saya ingin tahu nama panjang kamu apa?”.

Taufik : “Maaf Cikgu Ajoi, panjang sangat..”.

Cikgu Ajoi : “Takpe-takpe Taufik,cakap jer..”.

Taufik : “Baik Cikgu , nama penuh saya ialah…Wabillahi TAUFIK-wal hidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi

Wabarakatuh…”.

Cikgu Ajoi menarik nafas panjang dan terdiam.

Setelah dari darjah 3 Raya, Cikgu Ajoi kemudian masuk ke darjah 1 Mawar dan menyemak nama murid-murid.

Mata Cikgu Ajoi tertuju pada 1 nama yang unik iaitu “BKBKBDB DIAN”.

Kemudian Cikgu Ajoi menanyakan siapa muridnya yang mempunyai nama tersebut.

Berdirilah seorang murid dan menjawab “saya DIAN Cikgu…”.

Semasa Cikgu Ajoi melihat wajah murid itu seiras muka Taufik darjah 3 Raya.

Cikgu Ajoi : “Dian ada abang di sekolah ini?”.

Dian : “Ya Cikgu,nama dia TAUFIK.Abang saya darjah 3.”

Cikgu Ajoi : “Saya ingin tahu nama panjang Dian apa pulak?”.

Dian : “Baik Cikgu, nama panjang saya ialah…

Berakit-rakit Ke hulu Berenang-renang Ke tepian, Bersakit-sakit Dahulu Bersenang-senang kemu DIAN”

Cikgu Ajoi :@$%&#^%



sumber : carigold

Berapa Kali Nak Suh Hambe follow Tuan Hamba???

 saya dah follow kamu
sila follow saya balik k....

comel je kan ayat tu...ramai gak yang mintak kita follow dia balik bila dia dah follow kite,  terus-terang MS memang tak keberatan nak follow orang, or tak ada rasa annoying bila korang suh MS follow korang, pada MS tu semua boleh naikkan semangat blogger2 baru untuk tulis entry yang best2 bila tengok ramai follower.. walaupun ramai otai2 kate follower tak penting pembaca setia yang penting.. betul tu, pembaca lebih penting sebenarnya... tapi mcm mana nak dapatkan pembaca??? dari follower jugak la kan...

tapi ada jugak yang jenis cuma nak cari follower... MS banyak kali gak perasan follower tetibe berkurang... pada MS itu tak ada masalah.. mungkin si pe unfollow tersebut rasa ada yang tak best kat blog ni....tapi yang tak bestnye MS ada perasan 2 3 orang blogger yang jenis ni

bulan 9 2010 dia follow MS then tinggalkan komen

si polan : ai follow you, follow me back :)

ms : x kisah.... kita follow ...

bulan 10 2010 orang yang sama follow

si polan : ai follow you , follow me back
aku : erk..... bukan si polan ni dah follow aku ke????
aku pun dah follow dia, so tak perlu follow balik kan....

bulan 3 2011
si polan: ai follow you , follow me back .. peace..
aku : tengok kat follower...eh budak ni lagi... aku dah follow die kot, nak follow celah mane ag...

bulan 4 2011
si polan : nice blog, dah follow awak... follow saya balik k....
aku : grrrrrrrrrrrrr....... maybe budak ni ilang ingatan kot yang die dah follow aku lebih 3 kali....

MSN Onion Emoticonhaaaaahhhhhh.......semput boboy cam ni....
mungkin la kita nak cari follower seramai yang mungkin... tapi xpayah la susah diri unfollow, follow, unfollow , follow....follow...follow, unfollow... tak penat ke ????udah nye korang suh orang yang sama follow ko berulang kali... hihi.... kan dah kantoi... MS pasan sebab follower kite x banyak...kalau mcm orang lain kompem tak perasan sebab follower dia dah beriban-riban kan..rasanya tak perlu la buat macam ni kot... 


pstttt ** kurma ini memang manis, sayangnya perangai kamu tak berapa manis

YUNA LOP U LA!!!!

Semalam ada tengok iklan canon..congrat yuna coz jadi duta untuk canon...tapi aku tak berape berkenan sgt dengan fesyen tudung yuna masa dalam iklan semalam.. ntah la.. kenape erk??? mungkin lah bagi aku seorang yang tak berape reti sgt fesyen ni nampak ianya tak cantik.


seyes tak suka, tapi still yuna cantik....
maybe aku tak berkenan sebab kalau nampak fesyen ni mesti teringat...emmmm... teringat...leh ckp ke tak ea??? alaa tau tak kalau kat conggo pompuan selalu pakai atas kepale tu...tak tau sila google...
aku lebih suka tengok yuna macam ni


shantekk!!!!!




Lady gaga Kebas Duit Mangsa Gempa???? Biar betul

LOS ANGELES: LADY GaGa disaman lebih AS$5 juta (RM15 juta) selepas dituduh menggelapkan wang yang dikumpulkan untuk mangsa gempa bumi Jepun.

Penyany Poker Face berusia 25 tahun itu menjual gelang getah We Pray For Japan dengan harga RM15 dan RM12 lagi untuk penghantaran serta RM2 untuk cukai.


Bagaimanapun, dia didakwa tidak menyerahkan semua wang berkenaan kepada mangsa.

Sebuah syarikat guaman yang berpusat di Detroit, Michigan, menyaman penyanyi itu yang nama asalnya Stefani Germanotta beberapa jam sebelum dia muncul dalam satu persembahan untuk membantu Jepun hujung minggu lalu.

Peguam di 1-800-LAW-FIRM mendakwa GaGa meningkatkan kos gelang getah itu dan mengambil wang selebihnya.


Mereka juga berkata, penyanyi itu enggan memberitahu jumlah daripada RM29 yang dikenakan untuk aksesori itu dihantar kepada mangsa.


Alyson Oliver yang mengemukakan saman itu di sebuah mahkamah persekutuan berkata: “Apabila anda menggunakan pengaruh selebriti untuk mengambil wang daripada orang ramai dengan alasan berpura-pura, ia satu kesalahan.

“Apabila kami cuba berhubung dengan defendan, jawapan yang kami terima ialah: ‘Memang benar kami menyimpan sebahagiannya tetapi kami tidak tahu berapa jumlahnya.’ “Jika wang itu diserahkan kepada pihak yang sepatut menerimanya, bukan kepada saku defendan, kami berharap usaha kami membantu.

Rakannya, Ari Kresh berkata: “Saya menyaman Lady GaGa hanya kerana mahu dia bertanggungjawab memberi wang yang dikumpulkan untuk kebajikan pihak yang ingin dibantunya.

Penyanyi berkenaan masih belum memberi maklum balas terhadap saman berkenaan. - Agensi



sumber: http://www.hmetro.com.my/myMetro/art...cle/index_html

Monday, June 27, 2011

siapakah yang sebenarnya sengal???

kisahnya aku nak pergi celcom centre untuk replace aku punyer simcard sebab kegagalan beliau untuk berfungsi. so hari ni aku terpaksa la keluar kejap untuk mengembalikan keaslian simcard aku...tumpang dak scha smpai bank negara... pas tu nek lrt n nek cab....

aku** pakcik nak g celcom centre
teksi ** boleh2..naik

okeh...kalau diikutkan celcom centre pekeliling tu bukan jauh benau..yang aku tau dekat gile ngan umah aku...jalan kaki pun boleh sampai...then dalam teksi aku dah nampak spital tawakal...aku pun bajet teksi tu nak pusing kat bulatan pahang tu.... aku pun duk godek2 duit dlm purse nk kuarkan tambang... sekali aku angkat kepala pakcik tu dah straight ke jalan tun razak ke ape ntah....

aku** eh.. pakcik...saya nak g celcom centre dekat tawakal tu aje....ni nak g maneMSN Onion Emoticon Set
teksi** oooo....ingat nak pegi celcom dekat semarak tu...alaaaaa xpe...celcom situ beso sikit...semua masalah boleh selesai.....

=,='' betul ke idok pakcik ni......xpe la..ckp die leh terima akal......

sampai kat celcom tu

** sorry cik kat sini office je, kalau cik nak ambil simcard cik pergi kat branch dkt pekeliling Onion Icons
aku cuma mampu senyum sambil ucapkan terima kasih Onion Emoticon sandiwara apekah yang pakcik teksi tadi mainkan???? berani tol die main wayang dengan aku.....cisssssss....

nasib la teksi kat kl ni berlambak....owh..nasib baik segala urusan di celcom pekeliling jap je..x sampai 5 minit..huahuahuahuaaaaa

psttt*** aku ke yang sengal????

Anak Jimmy Shanley ~ Zahrah Shanley


Ramai yang maklum dengan masalah dalaman yang dihadapi oleh Jimmy Shanley, namun berita kelahiran anak yang dikandung oleh Suhailah Eliani sedikit sebanyak bisa melupakan sejenak kisah duka mereka.
Menurut sumber dalaman kami, Suhailah Eliani telah melahirkan seorang baby perempuan sekitar 3 hari lalu. Dia ternampak gambar baby perempuan bernama Zahrah Shanley di laman Facebook.
Redmummy, ada menyatakan bahawa baby perempuan berkenaan dilahirkan di Putra Medical Center, Sungai Buloh. Jimmy Shanley dikatakan menangis apabila berjaya bertemu dengan anak yang baru dilahirkan itu.
Buat masa ini, kami masih menunggu info-info perkembangan keluarga Jimmy Shanley.


sumber : oh bulan

pstt** chomelll anak dia, semoga masalah dorang selesai la hendaknya...amin

Fikir sebelum buat

sebelum buat apa-apa fikir dulu 
jangan ikutkan rasa hati
jangan marah sangat nanti tak sedar ape yang kita buat..tau2 dah terjadi
time tu nak nyesal pun tak guna
pas tu mula la boring sensorang
arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh...
kena g celcom..demmm

LEPAS PUKUL BUANG KE GAUNG

MARANG: “Apa yang mereka lakukan terhadap saya tak boleh diterima akal. Saya bukan saja dibelasah, tapi dicampak ke dalam gaung,” kata Zulkifli Sulong, 45, dari Shah Alam, Selangor yang cedera dibelasah sekumpulan lelaki, kelmarin.
Menurutnya, apabila diperlakukan sebegitu dia hanya terbayangkan mati dan bertawakal.

Dalam kejadian jam 4.45 pagi itu, Zulkifli yang bekerja sebagai penghantar barang berdepan situasi cemas apabila dibelasah selepas meminta seorang daripada kumpulan lelaki terbabit mengalihkan motosikal ketika mengundurkan lori 10 tan dipandunya di kedai serbaneka di Seberang Marang.

Akibat kejadian itu, mangsa yang sudah hampir sembilan bulan bekerja di syarikat kedai serbaneka cedera di muka, mata dan lebam di badan selain menerima jahitan di kepala.

Menceritakan kejadian itu, Zulkifli berkata, dia tidak menyangka permintaannya itu menyebabkan dia diperlakukan tanpa belas kasihan apabila dipukul menggunakan topi keledar dan cota kumpulan lelaki terbabit.

“Ketika itu, saya bersama seorang rakan yang bertindak sebagai kelindan baru tiba di kedai serbaneka di Marang dan ingin menurunkan barang.


“Bagaimanapun, ketika mahu mengundurkan lori untuk menurunkan barang, saya neminta sekumpulan 20 lelaki yang berkumpul tidak jauh dari situ mengalihkan motosikal mereka yang diletakkan di hadapan kedai.

“Semua akur dan mengalihkan motosikal masing-masing kecuali seorang lelaki berusia awal 20-an yang enggan berbuat demikian menyebabkan saya turun dan mengalihkannya sendiri.
“Tindakan itu menyebabkan lelaki terbabit naik angin dan menghubungi beberapa rakannya menggunakan telefon bimbit sebelum kereta jenis Proton yang dinaiki tiga lelaki tiba ke lokasi kejadian.

“Malah, ketika saya mengalihkan motosikalnya, dia yang menggunakan telefon bimbit secara tiba-tiba berkata: ‘Aku anak Marang, jangan tunjuk samseng!,” katanya yang ditemui ketika menerima rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu, semalam.

Menurut Zulkifli, sebaik kereta berkenaan tiba, lelaki terbabit bersama tiga rakannya menutup mukanya dengan kain sebelum memukulnya menggunakan topi keledar. Penderitaan Zulkifli tidak berakhir di situ apabila empat lelaki terbabit menariknya masuk ke dalam kereta sebelum memecut dari situ.

Sepanjang perjalanan 15 minit, mangsa yang diletakkan di tempat letak kaki bahagian tempat duduk belakang berterusan dipukul dan dipijak sebelum kereta itu berhenti di sebuah kawasan perindustrian di Bukit Kor, Marang.

“Saya diheret keluar dari kereta itu sebelum dicampak ke gaung sehingga jatuh tergolek ke dalam paya.

“Sebelum dicampak, mereka sempat mengambil telefon bimbit dan beg duit saya RM300 selain beberapa dokumen termasuk kad minyak.

“Selepas mereka meninggalkan tempat kejadian, saya merangkak hampir satu kilometer untuk meminta tolong sebelum dibantu pengawal keselamatan di sebuah kilang berhampiran,” katanya.

Bagaimanapun, dalam kejadian itu kelindannya tidak diapa-apakan dan membuat laporan mengenai kejadian berkenaan di Balai Polis Jertih, kelmarin.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Ahmad Mazlan Yahaya yang dihubungi berkata, polis sudah mengenal pasti suspek dan sedang memburu mereka.

Friday, June 24, 2011

Perangkap Tikus ~ Kisah Tauladan

Sepasang suami dan isteri petani pulang kerumah setelah berbelanja.

Ketika mereka membuka barang belanjaan, seekor tikus memperhatikan gelagat sambil menggumam "hmmm...makanan apa lagi yang dibawa mereka dari pasar??"

Ternyata yang dibeli oleh petani hari adalah perangkap tikus.
Sang tikus naik panik bukan kepalang.
Ia bergegas lari ke sarang dan bertempik, "Ada perangkap tikus di rumah... di rumah sekarang ada perangkap tikus...."

Ia pun mengadu kepada ayam dan berteriak, "Ada perangkat tikus!"
Sang Ayam berkata, "Tuan Tikus! Aku turut bersedih tapi ia tak ada kena-mengena dengan aku."

Sang Tikus lalu pergi menemui seekor Kambing sambil berteriak seperti tadi.
Sang Kambing pun jawab selamba, "Aku pun turut bersimpati... tapi tidak ada yang boleh aku buat. Lagi pun tak tak ada kena-mengena dengan aku."

Tikus lalu menemui Lembu. Ia mendapat jawaban sama.
"Maafkan aku. Tapi perangkap tikus tidak berbahaya buat aku sama sekali. Takkanlah sebesar aku ni boleh masuk perangkap tikus."

Dengan rasa kecewa ia pun berlari ke hutan menemui Ular.
Sang ular berkata "Eleh engkau ni... Perangkap Tikus yang sekecil tak kan la nak membahayakan aku."

Akhirnya Sang Tikus kembali ke rumah dengan pasrah kerana mengetahui ia akan menghadapi bahaya seorang diri.

Suatu malam, pemilik rumah terbangun mendengar suara berdetak perangkap tikusnya berbunyi menandakan umpan dah mengena.

Ketika melihat perangkap tikusnya, ternyata seekor ular berbisa yang jadi mangsa.
Ekor ular yang terperangkap membuat ular semakin ganas dan menyerang isteri pemilik rumah.

Walaupun si Suami sempat membunuh ular berbisa tersebut, isterinya tidak sempat diselamatkan.
Si suami pun membawa isterinya ke rumah sakit.

Beberapa hari kemudian isterinya sudah boleh pulang namun masih demam.
Isterinya lalu minta dibuatkan sup cakar ayam oleh suaminya kerana percaya sup cakar ayam boleh mengurangkan demam.
Tanpa berfikir panjang si Suami pun dengan segera menyembelih ayamnya untuk dapat cakar buat sup.

Beberapa hari kemudian sakitnya tidak kunjung reda.
Seorang teman menyarankan untuk makan hati kambing.
Ia lalu menyembelih kambingnya untuk mengambil hatinya.

Masih juga isterinya tidak sembuh-sembuh dan akhirnya meninggal dunia.
Banyak sungguh orang datang melawat jenazahnya.
Kerana rasa sayang suami pada isterinya, tak sampai hati pula dia melihat orang ramai tak dijamu apa-apa.
Tanpa berfikir panjang dia pun menyembelih sapinya untuk memberi makan orang-orang yang berziarah.

Dari kejauhan, sang Tikus menatap dengan penuh kesedihan.
Beberapa hari kemudian ia melihat Perangkap Tikus tersebut sudah tidak digunakan lagi.

MORAL: SUATU HARI... KETIKA ANDA MENDENGAR SESEORANG DALAM KESUSAHAN DAN MENGIRA ITU BUKAN URUSAN ANDA DAN LANGSUNG TAK BANTU APA YANG MAMPU... FIKIRKANLAH SEKALI LAGI.

Volvo Lego kejutkan tauke Legoland


SAN DIEGO: Pemilik taman tema Legoland, Peter Ronchetti, terkejut apabila mendapati ruang letak kereta mewahnya berisi dengan ‘kereta’ diperbuat daripada bahan mainan Lego.
Ketika Ronchetti melihat rekaan menyerupai kereta Volvo XC60 miliknya itu, dia tergamam kerana tidak menyangka menjadi mangsa gurauan rakannya, Tim Petsche.

Untuk membina kereta Lego itu, Petche menggunakan 200,000 kepingan Lego untuk mengisi tempat letak kenderaan Ronchetti.
Sebelum itu, Petsche ‘mencuri’ kunci kereta Ronchetti sebelum memanggil trak penunda untuk mengalihkan kereta sebenar dari kawasan berkenaan.

Ronchetti berkata, dia tidak marah dengan gurauan berkenaan, sebaliknya kagum dengan daya kreatif pekerjanya di Legoland.

“Selepas ini saya takkan meninggalkan kunci kereta begitu saja,” katanya. - TS

sumber : metro

pstt*** gile terer buat benda ni..

Thursday, June 23, 2011

Jangan Guna Ctrl + C untuk copy data di komputer



Sekadar untuk informasi semua. Berhati hati dengan Ctrl+ C apabila anda menggunakan Internet Explorer. Kita banyak 'copy' pelbagai data dengan menekan Ctrl+C dan 'paste' kan ia dimana-mana. sebenarnya, 'copy' ini tersimpan di 'clipboard' dan boleh di akses daripada net dengan menggunakan kombinasi javascripts dan ASP.

cuba sendiri
1) copy apa jua jenis text dengan menekan Ctrl+ C

Anda akan melihat text yang anda 'copy' tadi di skrin dimana ia telah di akses oleh website ini. oleh sebab itu jangan sesekali menjadi pemalas apabila menggunakan internet. Jangan guna Ctl+C sebagai jalan pintas untuk memasukkan sebarang data data sensitif (passwords, creditcard numbers, PIN).

Adalah menjadi teramat senang untuk meng'extract' text dari 'clipboard' untuk mencuri maklumat sensitif anda

sumber :email

Pelajar Merupakan Ketua Penggodam Global

WICKFORD, Britain - Identiti individu yang disyaki mengetuai ketua kumpulan penggodam komputer global, LulzSec didedahkan semalam sebagai pelajar pintar berusia 19 tahun, Ryan Cleary.

Sebuah akhbar melaporkan dia dipercayai mendalangi operasi pencerobohan siber tersebut denganmenggunakan dua buah komputer di bilik tidurnya di banglo milik ibunya di sini.

Ryan ditangkap dalam operasi bersama oleh polis Scotland Yard dan Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) di kediaman ibunya, Rita, 45, yang berharga £330,000 (RM219,545) kelmarin.

"Kemungkinan besar bandar ini merupakan pusat pergerakan untuk menggodam rangkaian komputer milik kerajaan-kerajaan di dunia," kata seorang pakar komputer kelmarin

Pelajar itu kini direman di bawah Akta Penyalahgunaan Komputer dan Akta Penipuan Britain di sebuah balai polis di pusat bandar London.

Ibunya yang merupakan seorang jururawat memberitahu, Ryan banyak menghabiskan masa di sisi komputernya.

Jelas Rita, anaknya mempunyai sejarah sakit mental dan menghidap agorafobia iaitu penyakit dihantui perasaan takut ketika berada di tempat terbuka tetapi dia seorang yang amat pintar.

Sumber-sumber polis berkata, sejumlah maklumat dan data dirampas daripada sebuah komputer miliknya.

Pihak berkuasa percaya Ryan merupakan 'orang penting' LulzSec, yang mendakwabertanggungjawab mencuri nama, alamat, data bank dan kata laluan 77 juta pelanggan rangkaian permainan Internet, Sony Playstation.

Selain Sony dan satu lagi firma permainan video, Nintendo, LulzSec turut menceroboh rangkaian komputer Agensi Jenayah Berat Terancang Britain, Agensi Perisikan Pusat (CIA) dan Senat Amerika Syarikat (AS).

LulzSec merupakan kumpulan serpihan geng penggodam Anonymous yang melancarkan serangan siber ke atas firma MasterCard dan PayPal pada tahun lalu.- Agensi 




PENGGODAM BERUSIA 19 TAHUN YANGDITANGKAP TERLIBAT BERSAMA LUZ SECURITY UNTUK MENGGODAM KEBANYAKAN WEBSITE.


Ryan Cleary
pstt** info ni dapat dari pendekar berkuda

Wednesday, June 22, 2011

Short term memory disorder


short term ni dalam bahasa melayunye memori jangka pendek ni macam dah lama melanda diri aku ni...walaupun bukanlah selalu..tapi bila dia melibatkan barang atau apa-apa la, aku mudah lupa..kalau kenangan lame tu lain la kan... 


aku ingat lagi hari tu aku kutip duit office untuk buat jamuan asenye.... bersungguh aku jalankan tugas mengutip duit ni... tanpa kompromi kepada mana-mana pihak, sekali bila aku nak bagi duit pada cc sampul duit dah tak de... aku langsung xde klu sampul tu aku letak mana, walaupun seingat aku sampul tu aku letak atas meja. penat aku cari tak jumpa-jumpa. rasa nak menangis pun ada sebab duit orang..try cari slow2 pun tak jumpa...sedey tol..last2 aku terpaksa ganti dengan duit aku...dlm 80 lebih tak silap aku..hueeee...melayang duit. sakit ati jugak bila fikir sebab aku lansung tak ada klu , tapi mungkin tu bukan rezeki aku...


masa tengah syok2 tengok tv aku tetibe rasa dahaga, then aku bangun pergi ke dapur nak minum air, tapi bila aku sampai dapur aku tak ingat aku nak buat apa, kekadang aku pelik kenape aku ke dapur tadi ni???/ then aku jalan balik baring depan tv sambung depan tv...elok aku baring tetibe baru ase dahaga, baru teringat nak pergi minum air rupanya tadi....


pergi kerja naik teksi, biasa aku ngan makcik dya naik teksi berdua, kadang-kadAng aku bayarkan dulu duit teksi, kekadang dia yang bayarkan dulu... x sampai tengahari aku dah tak ingat sapa yang bayar duit teksi tadi, "eh... aku naik teksi ke tadi".....Ya Tuhan......... betul2 short term la...


paling tak boleh bla kalau aku kena ulang alik g tempat tu 2 3 kali bila setiap kali aku sampai tempat dituju aku tak ingat aku nak buat apa.....pfffftttttttttttt


AKU LUPEEE!!!!! AKU LUPEEEEE!!!!!!


psttt** next time aku cerita kan kisah short term dalam bahasa saintifik..kenapa ini boleh terjadi

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...