Pengskodeng terhebat

Great deal yawww

Tuesday, May 31, 2011

"Mari Sertai Blog Pilihan Malaysia"

Blog Pilihan Malaysia

sape tak kenal BPM ni???kalo tak kenal memang betul2 teettttt....gleme kot ...
dengan join BPM ni jugak la MS dapat ramai kengkawan baru....
dulu MS join kategori blog baru pilihan...huhu skang xde plak kategori tu...
skang BPM dah mula buat segmen baru...
macam taun lepas jugak kena undi2 jugak ni...
tapi jgn risau...kalo undi xde tolak kredit 50 sen ke ape...
so pilih punye pilih MS ase pilih kategori  Blog Personal Wanita Pilihan ikut hati nak join kategori yang nampak cam muda2 sikit..tapi xde pulak =,=''

korang kalo nak join klik banner atas ye....
UNDI LAH SAYA...SAYA BERJANJI AKAN BLA...BLA....BLA...ehhh???? belum undi2 ea???

Sunday, May 29, 2011

Dengkur Bawa Penyakit

kebanyakan orang menganggap berdengkur adalah perkara biasa, namun ia sebenarnya boleh mendatangkan kesan negetif kepada kehidupan dan kesihatan sesaorang. kesan paling cepat dan jelas ialah letih dan mengantuk pada waktu siang.
Dengkuran adalah bunyi yang terhasil apabila saluran pernafasan tersekat ketika tidur. jika sesaorang berdengkur, ia menandakan saluran pernafasannya terhalang seketika.

Faktor Berdengkur

1. Bentuk mulut iaitu samaada lelangit lembut terlalu rendah, uvula panjang, lidah terlalu besar atau tonsil bersaiz besar - semuanya boleh menghalang saluran udara.
2. kegemukan juga menyebabkan saiz empat bahagian berkenaan bertambah dan mengakibatkan dengkuran bertambah teruk
3. terlalu letih
4. minum banyak minuman keras sebelum tidur
5. masalah saluran pernafasan
6. mengalami masalah apnea tidur

Gejala Apnea

1. rasa sangat mengantuk pada waktu siang
2. dengkuran terganggu
3. insiden tercekik di tengah malam ketika tidur kerana tidak cukup oksigen dalam badan.
4. tidur tidak lena
5. Nokturia (kerap kencing tengah malam)
6. tidak boleh menumpukan fikiran
7. mengalami masalah daya ingatan
8. kemurungan
9. mudah terganggu
10. keinginan seksual menurun
11. Apnea juga boleh manggangu kualiti tidur dan hidup pasangan kerana mereka kerap terjaga akibat dengkuran kuat.

Atasi Dengkur

1. ubah gaya hidup dan kurangkan berat badan
2. elak minuman beralkohol, mengandungi kafein dan merokok sebelum tidur.
3. ubah posisi ketika tidur
4. jangan bersenam sebelum tidur
5. elak keadaan yang membuatkan anda terhutang tidur
6. titikberatkan kebersihan persekitaran sebelum tidur
7. gunakan pelekap khas pada hidung
8. gunakan semburan hidung
9. JANGAN ambil pil tidur

Kini ada kaedah lain boleh digunakan untik membantu mengatasi masalah berdengkur iaitu implan Pillar yang ditanam pada lelangit lembut.

Rahsia Warna

Ahli fisiologi dan psikologi menjelaskan ada empat warna utama : merah, hijau, kuning dan biru.

Biarpun tidak dapat dinyatakan daripada sudut saintifik, umum menerima warna mempunyai karektor atau sifat yang berbeza dan mempunyai pengaruh dalam setiap aspek kehidupan manusia, termasuk personaliti.
Merah - Melambangkan keadaan psikologi yang mengurangkan tenaga, mempercepatkan denyutan nadi, menaikkan tekanan darah dan mempercepat pernafasan. Warna ini mempunyai pengaruh produktiviti, perjuangan, persaingan dan berahi.

Merah terang - Mewakili kekuatan, kemahuan atau cita-cita. Warna ini turut melambangkan agresif, aktif, kemahuan keras, penuh ghairah dan dominasi.

Merah jambu - Romantis, feminin, pengemas dan penuh jenaka.

Biru - Ketenangan yang sempurna. Mempunyai kesan menenangkan pada tekanan darah, denyut nadi dan pernafasan sekali gus membantu meningkatkan kesihatan diri.

Biru tua - Melambangkan perasaan yang mendalam. Bersifat perasa, bersikap tenang, bijaksana, tidak mudah tersinggung dan mempunyai ramai kenalan.

Biru muda - Warna ini melambangkan keteguhan dan bertahan. Bagaimanapun, penggemarnya sedikit keras kepala, sering bangga diri dan berpendirian tetap.

Kuning - Mewakili sifat kegembiraan, cukup santai, mempunyai cita-cita setinggi langit.

Kuning terang - Melambangkan sifat spontan dan toleransi. Begitu menonjol tetapi berubah-ubah sikap, suka berharap dan dermawan.

Hijau - Melambangkan adanya suatu keinginan, ketabahan dan keras hati. Mempunyai peribadi yang keras dan berkuasa. Warna ini mampu meningkatkan rasa bangga. Penggemar warna ini sering menjadi pilihan untuk mendapatkan nasihat.

Kelabu - Samar-samar karektornya. Kecenderungan lebih neutral.

Hitam - Melambangkan kehidupan yang terhenti dan memberi kesan kehampaan, kematian, kegelapan, kebinasaan dan kerosakan.

Coklat - Suka merebut, tidak bertolak ansur, pesimis terhadap kesejahteraan dan kebahagiaan masa depan.

Ungu - Warna ini adalah campuran warna merah dan biru. Sifatnya sedikit kurang teliti tetapi selalu penuh harapan.

mertua vs menantu

Alkisah ada seorang ibu dengan 3 menantu dari ketiga-tiga puterinya yang cantik-cantik, sang ibu mertua ingin tahu apakah ketiga-tiga menantunya itu sayang kepada mertuanya atau cuma putrinya saja. 

Dia lalu memutuskan untuk menguji mereka secara bergantian. Suatu hari dia mengajak menantu pertama naik perahu bermotor ke tengah laut. Di sana dia sengaja menjatuhkan dirinya dari perahu dan terlempar ke dalam air laut. Sang menantu tanpa berfikir panjang langsung terjun menyelamatkan ibu mertuanya. 

Besoknya ketika keluar rumah, sang menantu pertama melihat mobil Nissan Livia terparkir di depan rumah, dan sehelai kertas bertulis “Dari ibu mertuamu”. 

Giliran menantu kedua pula yang diajak ke tengah laut. Sekali lagi sang mertua pura-pura terjatuh dan terlempar keluar perahu. Menantu kedua ini melupakan pakaian dan dompetnya, langsung terjun demi menyelamatkan mertua tercinta. 

Besoknya di depan rumah menantu kedua melihat terparkir Toyota Alphard, disertai sehelai kertas tercatat tulisan, “Dari ibu mertuamu” 

Ketika giliran menantu ketiga diajak ke tengah laut, sang mertua kembali melakukan gerakan terjun bebas. Tapi, malangnya kali ini sang menantu bercekak pinggang memandang ibu mertuanya yang tercungap-cungap di dalam air. 

Seraya dia berkata, “Rasakan kau!”, sambil berputar membawa perahunya ke darat. Besok harinya ketika menantu ini keluar rumah, di depan rumahnya terparkir Mercedes Benz S-Class terbaru beserta kertas bertuliskan, “Dari ayah mertuamu”.

Lelaki kenapa sifat melindungi itu sudah semakin hilang?????

wanita kaum yang lemah, lelaki bertanggungjawab melindungi...kalau dulu kita tak pernah dengar kes tumbuk bini, kes kencing isteri, kes belasah isteri mengandung...tapi sekarang kes-kes macam ni dah jadi macam kes kecik pulak..hari-hari dengar, macam kes si abu curi basikal . serius kadang-kadang aku terfikir mana letak perasaan tu????mane pergi perasaan sayang pada isteri macam masa mula-mula kahwin dulu???kemana pergi peri kemanusiaan? yess...aku perlu tahu benda-benda ni...sebab aku perempuan ..

kalau dulu lelaki Melayu penuh dengan sopannya, penuh dengan gentlemen nye..penuh dengan rasa tanggungjawab tapi sekarang, yup...aku rasa perubahan pada lelaki seiring dengan perubahan yang terjadi pada perempuan, tapi sepatutnya kaum adam ni kena memimpin, kena bertolak ansur, ajar kalau salah...bukan ke orang kata suami nakhoda kapal??? aku tak rasa itu masih sesuai digunakan pada zaman sekarang....bilamana aku nampak lelaki tak bertanggungjawab lebih ramai daripada lelaki yang betul2 memegang amanah....

ingat lah wahai kaum adam..sesungguhnya anak dan isteri itu adalah tanggungjawab dan amanah kamu, tahukah kamu bahawa amanah itu adalah sesuatu benda yang sangat berat.....???jangan bila kamu dah bosan dengan anak dan isteri maka kamu tinggalkan mereka....


psstt** Aku jadi takut bila baca kes2 ni... :( semoga Allah melindungi

Saturday, May 28, 2011

kecewanya!!!!!aku ada cara bunuh diri real cara selamat

1. Terjun Bangunan
Carilah reban ayam kat belakang rumah tu dan terjunlah daripada bumbungnya. Untuk keselamatan, letakkan tilam pada tempat yang anda hendak terjun. 

2. Gantung diri
Gunalah benang atau tali atau pun getah yang mudah putus untuk menggantung kan diri anda. Untuk keselamatan , jangan gantung leher anda tapi kalau boleh ikat dekat tangan atau pun pinggang yang mana selesa dan terjun. 

3. Hiris tangandengan pisau
Ambil pisau plastic yang diberi percuma masa anda membeli ‘birthday cake’. Untuk keselamatan supaya tidak luka pakailah sarung tangan. 

4. Berdiri di tengah-tengah jalan raya
Lakukan hanya apabila jalan itu betul- betul lengang. Lebih baik kalau berdiri di tengah-tengah jalan mati atau jalan untuk pejalan kaki. Sebagai keselamatan tentukan tiada orang di situ.Anda boleh juga melanggar kenderaan yang sedang parking 

5. Tembak diri
Tak payah susah-susah cari pistol betul sebab nanti anda kena tangkap Polis. Beli aje pistol mainan yang banyak di jual kat pasar malam. Carilah yang ada bunyi supaya Nampak ‘real’ sikit! Untuk keselamatan cari baju kalis peluru! 

6. Telan Pil tidur Boleh saja,
tapi pastikan anda telan dua biji saja. Untuk keselamatan makan mengikut syor yang di bagi Doktor, 2 biji sebelum anda masuk tidur. Gerenti anda akan lena dan bangun pagi ‘fresh’.

Friday, May 27, 2011

Mudahnya Bahasa Inggeris

Seorang anak baru saja tamat pengajiannya di luar negara.Setelah pulang ke Malaysia,ayahnya cuba menguji kemampuan anaknya berbahasa inggeris.Dia pun mula bertanya kepada anaknya... 

Ayah : Buku dlm bahasa Inggeris apa?
Anak : De Buk. (The book)
Ayah : Pen dlm bahasa Inggeris apa?
Anak : De Pen. (The pen)

Lantas ayah berfikir bahawa Bahasa Inggeris adalah senang.Setiap benda dlmBahasa Melayu bila deterjemahkan ke Bahasa Inggeris mesti ada 'De' dan setiap perkataan berikutnya mestilah dipendekkan.Keesokan harinya,si ayah bertemu dengan seorang rakan sebaya di kedai kopi.

Ayah : Aku dah boleh ckp omputihlah.
Rakan : Iye ke? Cuba engkau cakap 'kambing makan rumput' dlm bahasa Inggeris.
Ayah : Senang jer... ." Dekam demak derum ".
Rakan : #%$&!?

BLOGLIST NMIRMO ^_^

   4~> yosh

amek yosh sebab die nampak cute2 n nampak nakal sikit..hahaha
ehhh...lupe lak nk cakap..ni untuk bloglist semenanye...
die ade 4 kategori korang pilih mane satu korang nak...
haaaa...kan??kan??kan???
nk tau lebih lanjut klik gambar yosh kat atas tu....


miszsheyla
xo

sungguh loser

loser gile rase bila tak ade idea nak update...arghhhhhh
kepale pening...
ade gambar nk update..tapi cam xde mood nk edit.letak watermark bagai..
arghhhhhhhhh...... ade cadangan untuk aku update entry????
sila la usulkan kepade aku...
kesian.....eh...sekian terima kasih

Thursday, May 26, 2011

calon isteri

Ceritanya begini, suatu hari di Kampung Pandan, Kuala Lumpur, ada seorang ibu yang gusar kerana anak sulung lelakinya tak kawin-kawin lagi, so satu hari, si ibu pon bawakla calon-calon yang dirasakan sesuai untuk menjadi bakal menantunya, dia pun menjemput kesemuanya kedalam rumahnya. 
Lalu memanggil anak sulong lelakinya untuk memilih kut yang mana-mana dia berkenan.

CALON PERTAMA:
Pekerjaan : Operator Telefon
"Ala Mak…nih tak syiioookkkk….dia nih selalu cakap:
SILA TUNGGU SEBENTAR,TUNGGU SEBENTAR"

CALON KEDUA:
Ciri-ciri : Kulit sawa matang, mata bulat dan besar,badan 100% bergetah, BUKITnya just nice
Pekerjaan : Setiausaha
Lalu sianak lelaki berkata “Nih lagi tak syyiiiooookkkk…asyik-asyik
HARAP BERSABAR…BERSABAR"

Siibu pon gelisah kerana kebanyakkan calon yang ditunjukkan tidak memenuhi kriteria anak lelakinya… lalu dia pon menjemput calon terakhir…


CALON TERAKHIR:
Ciri-ciri : Kulit gelap-gelita,mata sepet sikit, badan 99.99999% bergetah, BUKITnya kurang memuaskan
Pekerjaan : Guru.
Tanpa segan silu dan memikir panjang lalu si anak lelaki ini bersetuju untuk memilih calon ini. Lalu si ibu pon pening kepala lalu bertanya kepada anak lelakinya mengapa dipilih calon ini. 
Lalu anaknya pun memberitahu…
"Hah! mak nih la syyiookkk sikit…kalau cikgu best sikit..pasal diaselalu cakap
ULANG SEKALI LAGI, BUAT BANYAK-BANYAK, SALAH NIH,BUAT MACAM NIH 10 KALI LAGI, TERUSKAN..HAH..TERUSKAN DAH BETUL TUH…"

Tiba-tiba adik lelaki tersebut yang berumur 10 tahun menyampuk plak…

"Bang!!!….Konduktor bas mini lagi bagus bang…. Diorang selalu cakap….
"NAIK CEPAT, NAIK CEPAT…MASUK,MASUK…..
MASUK LAGI, DALAM LAGI…DALAM LAGILAAAAHHHHHHHHHHHHHH,
MASUK BELAKANG….BELAKANG LAGI,LAGI BELAKANG SANA
…BELAKANG BANYAK KOSONG!…


***lalalalalalalala~ aku tak faham

ayang tak pernah ingat kite :(

Valentine hari tu ayang tanya tang mane kite sayang kat ayang.Time tu kite tak dapat nak jawab. Semalam ayang merajuk ngan kite, kite dah penat nak layan. Ayang call kat kite kite malas nak jawab. Tang mane erk kite sayang kat ayang? Semalaman kite duk pk soalan tu. Pernah ke? Maybe tak sedalam cinta Titanic atau Taj Mahal. Sayang kite kat ayang sangatla kerdil.Sebab tu la ayang selalu merajuk erk? Tak tahula, setahu kite: 
1. Sebelum kite kenal kat ayang, setiap sem kite dapat Anugerah Dekan. Bile dah kenal ngan ayang, setiap sem kite resit paper. Sebelum kenal ngan ayang kite belajar pakai duit biasiswa, lepas kenal ngan ayang, keluar makan lagi nak mintak duit ngan emak kite. 
2. Kalau ade 1 buah epal, kite bagi je kat ayang. Kalau ade 2 buah epal,kita bagi yang besar kat ayang. 
3. Kalau kite makan ikan, ayang makan tang badan ikan tu, kite pula makan tang kepala ikan tu je. 
4. Ayang ni tak la cun sangat, tapi kite tak pernah kutuk ayang tak cun.Tapi kite yang hensem ni ayang lagi nak kutuk ngan member depan kite, kata kite tak hensem langsung. Eera Fazira berlalu depan mata, kite diam je.Takut kalau puji kang ayang marah. Mat Indon duk depan Sogo ayang gi ngorat time kite gi tandas. Siap mintak nombor tepon depan kite lagi. 

Spider Invasion in Pakistan








Spider invasion has some positive consequences for the Pakistani people. It led to a drop in malaria rate.

Tertidur Setiap Kali ketawa

LONDON: Menghidap penyakit cataplexy menyebabkan seorang wanita, Claire Scott, tertidur setiap kali dia ketawa.

Disahkan menghidap penyakit yang jarang berlaku, otot ibu kepada dua anak itu akan lemah setiap kali emosinya meningkat.

Cataplexy menyebabkan Claire tumbang sehingga 50 kali sehari sejak zaman kanak-kanaknya.

Pada satu ketika, Claire, 24, pernah tertidur 25 kali ketika menghadiri majlis Krismas yang penuh meriah.

Selepas diberi ubat antimurung, keadaan Claire agak terkawal sehinggalah baru-baru ini dia sekali lagi tumbang apabila anaknya - berusia lima tahun - membuat kelakar.

Kata Claire, dia gagal menahan diri daripada ketawa.

“Perkara pertama yang saya ingat selepas itu ialah suami saya, David, mengangkat saya dari lantai dapur,” katanya.

Serangan cataplexy berlangsung beberapa saat atau minit dan sepanjang tempoh itu, penghidapnya hanya mampu mendengar tetapi tidak dapat melihat. Satu ketika dulu, doktor pernah menyangka Claire menghidap masalah jantung dan pernah menjalani pembedahan. - TS



sumber:metro


psttt**xleh dibawa ke majlis ni...hueeee :( 

Wednesday, May 25, 2011

Cantiknya seorang Wanita

1. Kecantikan seorang wanita ialah terletak sejauh mana ia dapat menahan (menjaga) malunya, sementara kegagahan seorang lelaki ialah terletak sejauh mana ia dapat menahan (menjaga) marahnya.

2. Orang yang membujang adalah orang yang belum menemukan penghibur duka dan dia baru memperolehinya dengan berkhawin.

3. Suami adalah orang yang mencari kebahagiaan hidup dengan menghilangkan sebahagian kemerdekaannya.

4. Wanita menghadapi banyak permasalahan; sebahagian diatasi dengan berkhawin dan sebahagian yang lain diatasi setelah dia masuk ke liang kubur.

5. Mata yang paling indah tetapi juga harus diwaspadai adalah mata kaum wanita.

6. Jangan menyalahkan perasaan isteri anda kerana perasaannya yang terbaik ialah ketika ia menerima anda sebagai suami.

Eh!!.... u tak faham ke????

Kalau perempuan tanya: Lawa ke budak pompuan tu?
Makna tersembunyi: Siapa yang paling lawa? I ke, budak pompuan tu?

Kalau perempuan tanya: You dah makan ke belum?
Makna tersembunyi: Jom pi makan. Lapar ni!

Kalau perempuan kata: Lawa-lawa la baju kat sini, yek.
Makna tersembunyi: Belikanlah untuk I.

Kalau perempuan kata: Rasa macam nak pening la.
Makna tersembunyi: Tolong picit kepala.

Kalau perempuan kata: Letihnya hari ni. Mana nakmasak, basuh kain-baju lagi…
Makna tersembunyi: Kita makan kat luar jelah. Lepas tu, tolong basuh kain-baju sekali, yek.

Kalau perempuan kata: Kita lebih sesuai berkawan saja.
Makna tersembunyi: I tak nak kat you. Tak paham-paham ke?

Kalau perempuan kata: I suka berkawan dengan you. You baik, memahami bla bla bla…
Makna tersembunyi: Hish… I rasa macam minat sesangat kat you la… Rasa macam nak jadi awek you je.

Kalau perempuan tanya: You pernah tak teringatkan awek you yang dulu?
Makna tersembunyi: Kalau nak gaduh, kalau berani sangat, sebut la nama dia depan aku.

Kalau perempuan kata: I sanggup berkorban demi kebahagiaan you.
Makna tersembunyi: Amboi! Aku kena berkorban.Habih, hangpa dua ekoq gak yang seronok.

Kalau perempuan kata: I tak kisah kalau memang betul you nak kahwin lagi satu. Asalkan you berterus-terang dengan I, bersikap jujur dan berlaku adil.
Makna tersembunyi: Sapa kata aku tak kisah? Adil ke tak adil, aku tak kira! Langkah mayat aku dulu sebelum nak menikah lagi satu

Tuesday, May 24, 2011

Sumpah!!! saya cuma curi seekor lembu jejai

Pada suatu hari, Jejai telah kehilangan 4 ekor lembu miliknya. Dia terus membuat laporan polis. Setelah 3 hari melakukan operasi, pihak polis telah berjaya menangkap pencuri tersebut, iaitu Hitler. 

Polis : Kamu ditahan kerana telah mencuri lembu milik Jejai. Adakah kamu mengaku salah?

Hitler : betul tuan 

Polis : Berapa ekor yang kau curi? 

Hitler : Seekor saja, tuan 

Polis : kamu tak tipu? 

Hitler : Betul tuan.. saya cuma curi seekor saja 

Polis : Tapi, Jejai kata, kamu telah mencuri 4 ekor lembu miliknya 

Hitler : betul tuan, saya tak tipu, yang saya curi cuma seekor 

Polis : kamu jangan cuba berbohong. Jejai kata, akan lepaskan kamu kalau kamu cuma curi seekor. Tapi kamu akan dihukum penjara kalau mencuri lebih dari seekor 

Hitler : Betul tuan, cuma seekor. saya cuma mencuri ibu lembu tapi, bapak lembu dan 2 ekor anaknya mengikutinya, tuan

Arahan Cara Baling Bom

Suatu hari seorang lelaki terjumpa sebutir bom dalam sebuah kotak. Diambilnya bom tersebut dan membaca arahan yang ditulis pada sekeping... 

1. Pastikan anda pegang bom ini dengan menggunakan sebelah tangan. "Ya, aku pegang dengan tangan kiri," kata lelaki tersebut. 

2. Genggam pin di celah jari telunjuk dan hantu menggunakan tangan yang sebelah lagi. "Okey," kata lelaki tersebut. 

3. Tarik pin dengan berhati-hati. "Sudah," kata lelaki tersebut lalu menarik pin. 

4. Buang pin itu melepasi bahu kiri anda. Okey. 

5. Bengkokkan lengan dan dapatkan posisi yang sesuai untuk membaling bom ini. Okey. 

6. Amaran: Lakukan semua ini dalam masa lima sa... 

BBOOMMMMM!!!!

okeh!!! mencik tahap gaban dengan mereka

aku bajet kan dalam 2 3 hari ag baru terjawab persoalan
boleh tak len kali wat2 tak tau jawapan
kan.......
aku baru nak feeling2 orang merayu2 mintak jawapan......
heiiii marah sungguh dengan dak2 ni


 tapi 
shiema sufian punye jawapan salah teeeeetttttttttttttttttttt........

takmo ckp depa teraaaa!!! nyampah

Teka teki wei.. sape jawab tepat dia mang tera tahap gaban

sedang sekumpulan sekawan amit dan kawan2nya menikmati makanan di gerai makan di pinggir lpngan terbang smbil memerhati kapal terbang naik turun amit bertanya satu teka teki kepada kawan2nya
amit:kalau kapal terbang berlepas tinggal ape ??




psttt*** sila la jawab weiiiiiiiiii

Kenapa Wanita Berpendidikan Tinggi Kahwin Lambat

pagi tadi dengar kat hot fm macam la orang punye point of view... pada pendapat aku la kenape golongan ni kahwin lambat
1 - baru abes study xkan terus nak kawen kot...kalo ko amek spm je ye r...keje 2 3 4 tahun dah boleh kawen..kalo orang abes study umor da 26 tahun, keje 2 3 tahun da jadi kertu....

2- Utang PTPTN lom abes....

3- Boypren pun ade hutang PTPTN ag....

4- Xde parents yang bertaraf dato' nak sponsor kawen

5-Mak ayah lom puas merasa wet gaji die...

6- Die lom beli kete.

7- Keje dengan gomen guna SPM punye sijil pasal apply sebelum abes study so gaji kecik

jom Join Bloglist Shiema Sufian


aku di invite secara xclusive untuk join Bloglist ni....eja sikit kawan2 xclusif cane....
pandaaiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii....
korang nak join??? muleh2....
klik banner
Shiema cakap pilih la kategori mane korang nak duk lepak2....
takkan aku nk pilih putera kacak la kan..
x seswai....
haruslah aku masuk puteri canteq...
baru cam nampak ala2 diva sikit kan...
eh...korang nak join klik la banner ye...
xsusah pun kan.... kasi support kawan kite ni...

Kahwin sama, honeymoon sama, baju sama, semua sama

LONDON: Pasangan kembar seiras, Caroline Paxton dan Elizabeth Cooke begitu sukar dipisahkan.

Mereka dilahirkan selang empat minit, belajar di sekolah rendah, sekolah menengah, kolej yang sama serta lulus dengan gred yang sama untuk ijazah sama di universiti yang sama.
Pasangan kembar itu juga berkahwin pada hari yang sama dan berbulan madu di tempat yang sama.
Kedua-dua beradik itu adalah anggota polis wanita, memandu kereta model yang serupa, mempunyai rakan yang sama, masing-masing tinggal di sebuah rumah berkembar dan sering memakai pakaian yang sama, membeli hadiah dan kad hari jadi serupa tanpa dirancang.
Mereka juga melahirkan anak pertama selang beberapa bulan dan kini masing-masing mengandung anak kedua.

Paras rupa Caroline dan Elizabeth hampir sama hingga suami mereka kadang-kadang keliru hingga menyebabkan mereka tersilap mencium wanita itu.

Pernah sebelum ini seorang daripada mereka menyamar menjadi seorang lagi untuk memutuskan hubungan dengan seorang teman lelaki. Kini, perbezaan mereka hanya pada gaya rambut. ELizabeth berkata: “Kami tidak pernah merancang sesuatu bersama. Kami hanya mempunyai gerak hati seperti pasangan kembar lain dan kami tidak dapat menjelaskan bagaimana ia terjadi.

“Apabila kami keluar membeli-belah, kami sering terbeli pakaian yang sama dan pernah beberapa kali kami terbeli kad dan hadiah hari jadi serupa.

“Pernah Caroline tidak mahu memutuskan hubungan dengan seorang teman lelakinya. Saya menyamar dan melakukan untuknya. Yang mengejutkan, lelaki itu tidak tahu perbezaan antara kami.” Caroline berkata: “Orang ramai sering tersilap ketika menegur kami tetapi saya tak kisah untuk membetulkan mereka lagi. Saya hanya tersenyum dan berkata ‘ya.’ Selepas belajar di sekolah menengah dan kolej, pasangan itu tinggal bersama sebelum menamatkan pengajian dengan keputusan yang sama untuk ijazah Perniagaan Ekonomi dari Universiti Nottingham Trent pada 2003. Mereka kemudian sama-sama menjadi anggota polis. - Agensi


Monday, May 23, 2011

Bageroooooooo henpon ku dicuri

sapa yang tak pernah hilang henpon angkat tangan....... yeahhhh beri tepukan kepada diri masing-masing ...aku pernah hilang henpon sekali...huhu sekali aje...korang??? ade yang penah hilang 2 kali, ade yang 3 kali , ade yang 5 kali ade yang sepuluh kali...memang sakit ati kan....kalau nak cerita sejarah aku hilang enpon dulu , memang bengong gile aku ase..ilang di tangan orang yg aku kenal...aku g bandar terjumpe dak skolah aku..yela satu skolah dah lame tak jumpe..borak2 la...borak punyer borak dari borak sal tempat study sampai la ke henpon ape seme...then budak tu nak tengok henpon aku..aku pun bg la...then borak2 ag sal henpon aku yg super nipis..super ringan dan super2.supering...mase borak2 bapak aku sampai ..aku terus salam2 dia n masuk kete.....dah separuh jalan aku teringat henpon aku...aku kol2 die da off henpon aku...aku pun ape ag guna henpon bapak aku maki2 minah tu.....cisssss nyesal betol aku kenal minah tu....amek henpon aku tamoe pulang balik..aku memang ingat la...henpon pade die aku tak amek balik....nak gtau bapak aku takut..aku pun diam2 aje... dlm kete... sampai umah masuk bilik menangis sambil gelak2 =,=''
sebulan lama gak la aku mogok tak makan tak minum sebelum waktu..... maknanya aku mkn n minum on time la...selama ni after time sebab sibuk dok mesej... mase tu la teringat sal abg angkat, kat skandal2 ...number seme dalam henpon tu ...demm!!!gambar pakwe2 ensem seme dalam tu...cisssssss memang bedebah sungguh la...tak lena tidur aku time tu teringat sal skandal2 yang mungkin merindui diri aku...


abes cerita sal aku...cerita korang ilang enpon lak macam mane ye?????? hahahaha semenanya motif entry ni cuma nak ajar sikit dengan orang2 yang panjang tangan yang amek henpon korang tu...... meh sini aku ajar cara dia..kalau  TELEFON KENA CURI 


bagaimana nak halang si pencuri tu guna atau jual henpon korang
*korang boleh menjadikan ia tidak dapat diaktifkan dengan menekan nombor siri yang terdapat di telefon bimbit korang
*sila dail *#06# dan 15 digit nombor siri telefon bimbit korang akan tertera di skrin
*Nombor ini adalah unik untuk setiap telefon bimbit. 
*Catatkan nombor siri ini dan simpannya di tempat Selamat.
*Bila telefon bimbit korang kena curi,korang boleh hubungi pusat servis telefon bimbit korang dan berikannya kod nombor siri tersebut.
*Mereka kemudiannya akan mengunci system dalam telefon bimbit korang dan sesiapa sahaja yang mencurinya pasti hampa kerana walaupun kad simnya telah ditukar,dia tidak akan berupaya mengaktifkan kembali telefon bimbit tersebut.
*Jadi, walaupun ia di curi,namun sekurang-kurangnya korang berpuas hati kerana si pencuri takkan boleh menggunakannya ataupun menjualnya

hahhahhahaha puas hati kan...nak mencuri ag...haaaa nak jual x boleh nak pakai pun x boleh...walaupun henpon tu tak mungkin dia pulangkan pada kita tapi kita akan ase puas hati....

Diet tapi masih Buncit???

Perut yang buncit merupakan satu petanda LEMAK SUDAH MEMBALUTI JANTUNG?
Apabila perut menjadi buncit, tenaga tidak sekuat dulu, mudah letih, mudah lapar dan pergerakan turut menjadi lambat.
Tetapi setiap kali berjumpa Doktor sering diberitahu segala-galanya baik, tekanan darah tidak tinggi dan paras gula pula selalu rendah.

"Sekiranya kesihatan saya baik megapa pula saya sering letih?"

Faktanya
Insulin akan menukar gula kepada tenaga dan ia turut membolehkan sel-sel meggunakan tenaga. Tanpa insulin makanan tidak dapat ditukarkan kepada tenaga dan juga lemak. secara ringkasnya fungsi insulin adalah;

1. Menukar gula kepada tenaga.
2. Membolehkan sel-sel menggunakan tenaga
3. Menukarkan gula kepada lemak dalam badan.
Kerosakan insulin boleh berlaku kepada sesiapa saja. sel-sel ISLET of LANGERHANS di dalam Pankreas menjadi rosak lalu mengeluarkan insulin yangROSAK.

Insulin jenis ini tidak dapat digunakan oleh tubuh bagi menghasilkan tenaga.ia hanya boleh menukarkan GULA kepada LEMAK sahaja. Oleh kerana pada perut kita mempunyai banyak RESEPTOR yang mengesan insulin, maka lemak mula BERKUMPUL pada perut dengan banyak. lama kelamaan bukan sahaja bahagian perut menjadi buncit malahan lemak mula MEREBAK ke punggung dan badan.

Oleh kerana organ dalaman kita seperti jantung dan hati juga mempunyai reseptor insulin maka ia juga mudah mengumpul lemak. lemakMENYUMBAT jantung dan hati akhirnya membuatkan kedua-dua organ gagal berfungsi!
Keadaan itu akan mencetuskan masalah kesihatan yang SERIUS!
Kerosakan insulin merupakan masalah yang harus ditangani dengan bijak. untuk membaiki kerosakan ini kita perlu beransur-ansur mengubah jenis makanan yang diambil.
Setiap makanan berbeza dari segi pertukaranya menjadi gula. secara kasarnya semua karbohidrat adalah gula namun kadang-kadang kita tidak tahu kandungan gula di dalam sayur-sayur atau buah-buahan.

PANDUAN
Sebagai panduan setiap makanan diberi unit GLYCEMIC INDEX (GI).
Lagi BESAR nilai GI, lagi TINGGI kesan terhadap peningkatan gula di dalam darah.
Makanan yang mempunyai GI tinggi mudah dan cepat menjadi gula dalam darah.
Peningkatan kadar gula yang cepat menjadi SIGNAL yang membuatkan sel-sel islet of langerhans aktif bekerja.
Maka insulin akan dikeluarkan dengan banyak sekali.
Apabila sel-sel ini bekerja setiap hari dengan kuat ia akan membesar (menjadi terlalu aktif) dan akhirnya ROSAK dan mengeluarkan insulin rosak yangTIDAK dapat di kesan oleh sel-sel kita.
Tubuh tidak dapat membangunkan insulin MENYEBABKAN kita lemah, tidak bertenaga.
Perut, organ jantung dan hati pula mula berlemak.
Pengumpulan lemak sebegini bukan sahaja menghodohkan penampilan sesarang MALAH mengundang pembentukan KOLESTEROL yang BANYAKdalam darah serta MENYUMBAT jantung!

Justeru itu, untuk mengurangkan aktiviti kelenjar insulin, kita perlu memastikan paras GULA dalam darah tidak melonjak dengan drastik.

Dan yang paling penting ----> kurang-kurangkan lah korang bertapa sampai berjam-jam kat kedai mamak ke, Bistro ke, Cafe ke, sampai berkilo-kilo mentedarah dan meghirup teh tarik, kopi, nasi campur mamak dan roti canai banjir... .

kerana metabolisme kita ni bila waktu malam kurang aktif untuk "menguruskan" makanan-makanan dan kadar gula yang dah korang telan. "Organ Perut" pun nak rehat juga ..


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...